TRIP TO TOKYO - DAY 9
Hari ni adalah hari yang ke 9, Ayu berada di bumi Tokyo. Malam ni malam last Ayu stay di Brett House. Esok Ayu akan check in di Rumah Tosho (Rumah pertama yang kitaorang stay ketika sampai di bumi Tokyo). Tak risau sangat utk menuju ke Rumah Tosho kerana masih ingat laluan train yang perlu di ambil.
Hari ni Ayu tak rushing sangat. Check out jam 12. Sebelum keluar Ayu masak nasi goreng cina , di makan dengan Kurma Ayam Brahim. Seperiuk nasi habis 4 beranak. Ayu juga bekalkan Roti + Nutella , Epal, Juice & sweet untuk bekalan. Hari ni stock makanan Brahim dah habis. So Ayu & Abg Halim terpaksa mencari makanan yang sesuai untuk stay lagi 4 hari di Bumi Tokyo ini.
Ayu tak risau sangat , kerana Wyshal & Teddy penggemar sayur & buah-buahan. So cukup sekadar nasi dimakan dengan sayur. Tepat jam 1230 noon, kitaorang check out. Terus pergi ke rumah Tosho untuk Check In.
Direction : Ikebukuro Station- need use Tobu-Tojo Line (local train toward Narimasu from 4 platform). Ticket ¥150.
Sampai area rumah Tosho pada jam 140 pm. Masih awal. Time Check 245 pm. So jalan-jalan di sekitar kawasan rumah. Banyak deretan Kedai di sini. Banyak barang-barang yang ada di area sini. Agak menarik. Jusco kecil pun ada. Banyak makanan Halal yang si jual di Jusco. Senang skit ayu nak beli buah tangan untuk bawa ke Malaysia.
Jalan-jalan makan Ice cream yang di beli di Jusco , jam pun dah menunjukan pukul 250 pm. Kitaorang terus check in. AIRBNB ni check in sendiri je. Refer pada instruction yg diberikan oleh Tosho tru email. Dah check in kitaorang terus keluar. Destinasi pertama ialah ROPPONGI (TOKYO HARD ROCK CAFE ).
ROPPONGI (TOKYO HARD ROCK CAFE ).
Direction : From Hotel walk 6 min to Oyama Sta (Tobu tojo Line > Ikebukuro Station (Saikyo Line) > to Ebisu Sta (Hibiya Line) > Roppongi Station (340 y)
Tujuan ke sini , tak lain tak bukan nak beli Tshirt Hard Rock. Buat kenang kenangan. Ada juga member-member yang pesan. Dari Roppongi Station nak ke Tokyo Hard Rock café, hanya 7 minit menapak. Time ni Teddy tidur dlm scroller. Memang tak sedar2 sampai habis Ayu shopping kat Hard Rock. Planning nak lepak di Café Hard Rock , tetapi memandangkan perut masih kenyang kitaorang lupakan hajat tersebut.
Dah settle kitaorang terus menuju ke Art Triangle Museum yang tidak jauh dari Hard Rock Tokyo. Tapi sayangnya bila dah sampai gate tutup. Oh rupanya hari ni Public Holiday Japan. Kesian tengok Abg Halim. Agak frush. Next time ye syg. So, Ayu hanya bergambar di luar pagar.
Tengok tu , muka Abg Halim sedih sbb tak dpt visit Museum.Perasaan hampa. Ayu ada suggest dtg the next day , tapi Abg Halim cakap byk lagi tempat nak pegi. Kalau sempat Insyaallah.
#pesanan utk diri sendiri & utk korang, sebelum pergi ke Negara mana2 check dulu public holiday Negara tersebut.
Selepas itu kitaorang berjalan di sekitar Roppongi sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Roppongi ni ada juga patung-patung animasi & deretan-deretan kedai yang pelbagai. Kalau rajin bolehlah korang keluar masuk kedai tengok-tengok barang. Ayu memang suka ambik gambar sekeliling. Kat sini saja pun berpuluh keping Ayu tangkap. Area yang cantik ni namanya TOKYO MIDTOWN.
Lama sungguh budak kecik ni tidur. Dari pegi sampai nk balik dia tido. Hahaha
Lama juga kitaorang melepak kat sini. Hampir satu jam melayan Wyshal bermain di sini. Syg skali Teddy tidur kepenatan.
Destinasi seterusnya TOKYO TOWER.
TOKYO TOWER
Direction : Roppongi (Hibiya Line)>Kamiyacho Station (170 y)
Jarak antara Tokyo Tower dengan Roppongi hanya 5 min menaiki train. Dari Roppongi dah nampak Tokyo Tower mencecah langit. Cantik sgt. Time tu hari dah gelap. Sampai je Station Kamiyacho terus ada signboard ke Tokyo Tower. Korang tak perlu risau. Signboard banyak di Tokyo ni. Tapi agak jauh juga nak berjalan dari station ni. Perlu mendaki bukit, sakit juga lah kaki ni. Perut pun macam dah berbunyi je.
Ayu tak naik atas pun sebab ramai sangat visitor. Perlu que panjang. Kalau ada tempat makan area situ mungkin Ayu sanggup menunggu. Tapi disebabkan perut lapar, bekal yang di bawa tak menarik minat Teddy & Wyshal, so lepas melawat sekitar kawasan kitaorang bergerak ke Ikebukuro.Tujuan kesana adalah untuk dinner. hahaha
IKEBUKURO (SUNSHINE CITY)
IKEBUKURO (SUNSHINE CITY)
Direction : Kamiyacho Station (Hibiya Line) > Kasumigaseki Station (Marunouchi Line) > Ikebukuro Station. (340 yen)
Turun je Train terus ke Sunshine City, Ikut signboard yang tertera di dinding. Tujuan utama nak cari kedai makan. Terbaca dalam Visit Japan banyak kedai makan Halal di Sunshine City. Tapi syg pusing punya pusing tak jumpa , mungkin kerana waktu malam agak sukar nak cari. Yang ada hanya Lotteria. Of courses dapat makan Shrimp Burger sahaja. Shrimp Burger pun Shrimp Burger lah. Asalkan kenyang.
Kali ni Ayu beli 3 set. Lapar kan. 3 Set dalam MYR120. Baru ada mood nak berjalan bila perut dah kenyang. Alhamdulillah. Jam dah menunjukkan pukul 940 mlm. Masih meriah di sini. Bagaikan malam minggu. Kota Ikebukuro ni suasana malam ala-ala Bukit Bintang. Ramai remaja yang keluar melepak & berhibur.
Berdepan dengan Lotteria , ada kedai yang mencabar kesabaran Teddy & Wyshal. Hello Kitty Shop. Settle makan Ayu bawa Teddy & Wyshal ke Hello Kitty Shop. Wyshal beli keychain, Sticker & pensil. Teddy tak nk apa2 , katanya tak best. Dia nk ajak Daddy pegi Seven E. Kalau dah di Seven E confirm Teddy akan beli Robot @ Hot Wheel. Apa-apa jelah Teddy asalkan Happy 👶👶👶.
Gambar ni di petik melalui google. |
Kat sini kalau korang dtg malam2 memang best. Tengok barang & tengok orang. Patutlah kota ini di panggil Sunshine City..mmg sgt Sunshine pun.
Kitaorang balik ke Hotel dalam jam 11 pm. Sampai je Hotel pasang TV. Terkejut bila dengar berita , ada gempa bumi kuat berlaku sebentar tadi 1045 mlm. Time tu perjalanan balik ke Hotel. Mungkin di bawah, gegaran tak terasa, kalau time tu kat Hotel , gegaran pasti terasa. Kerana menurut berita TV gegaran kali ini agak kuat. Seram dengar. Terus call Mak Abah di Malaysia. Hahahah.
K lah. Nanti Ayu sambung utk Day 10. See U All. Thanks sudi menjadi pembaca setia Ayu. Muackkk.
Direction : Ikebukuro Station (Tobu-Tojo Line) > Narimasu Station . ¥150.
Kalau rajin baca teruskan TOKYO - DAY 10
Rajin lagi tengok Itinerary pulak. Klik sini TOKYO ITINERARY
Kalau rajin baca teruskan TOKYO - DAY 10
Rajin lagi tengok Itinerary pulak. Klik sini TOKYO ITINERARY
No comments:
Post a Comment