Friday 20 May 2016

BALI 2013 - DAY 5

BALI - DAY 5 

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah, ini adalah last entry utk perjalanan Ayu ke Bali, Indonesia. Akhirnya, dapat juga ayu completed kan entry ini utk tatapan semua. Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang lemah itu disandarkan kepada Ayu.

Hari ini adalah hari terakhir Ayu di Bali. Petang ni flight Ayu jam 7.10 pm. So, banyak masa lagi utk berjalan di sekitar Kuta. Walaupun hari ni lastday, Ayu tetap ikut jadual yang di rancang, still padat Ayu punya itinerary.

1 . KUTA BEACH 

Awal pagi sekali lagi kitaorang ke Kuta Beach untuk melihat Sunrise. Asyik dok tengok Sunset ja kan, nak juga tengok Sunrise. Cuaca pagi ni memang marvelous. Langit membiru , alunan ombak kecil, panas yang dingin, memang best utk berjemur.

Main Road  dari Hotel Alam Kul Kul ke persisiran Pantai Kuta. 







Tengok langit tu, cantik kan!!!



Berjalan dari hujung ke hujung memang tak terasa & tak akan ketemu penghujungnya. Faham tak ? hahahha..



Kuta beach memang cantik. Bisa jatuh cinta dgn keindahan pantainya yang bersih. 
Untuk hari ni, Ayu dah inform Bang Ali supaya datang jemput kitaorang jam 3 ptg di Beachwalk, Bali. Beachwalk Bali adalah salah satu tempat shopping terbesar di kuta. Tempat shopping ni terdapat pelbagai kedai yang branded tetapi terdapat barang khas yang direka hanya utk pelancong yang berkunjung ke Bali. Contoh : Brand Roxy - Pihak Roxy akan mengeluar T-shirt khas utk Bali, dan di tulis di T-shirt sempena nama Bali. Harganya agak berpatutan.

Selepas kitaorang selesai berjemur, kitaorang balik ke Hotel untuk mengemas barang dah bersiap-siap kerana jam 1 akan check out. Bag besar Ayu tumpang letak di Lobby Hotel. Kemudian kitaorang berjalan ke BeachWalk. Jarak antara Hotel ke BeachWalk lebih kurang 20min berjalan. Tak terasa pun sebab kawasan yang cantik dan deretan kedai yang banyak membuatkan kitaorang lupa tentang jarak. heheheh.

Yeh, sampai sudah BeachWalk.

2. BEACHWALK (SHOPPING COMPLEX) 

Ini pintu tepi untuk masuk ke BeachWalk. 
 Tempat pertama yang kitaorang tuju adalah mencari kedai makan halal. Apa yang halal kat sini? Alhamdulillah kat sini banyak kedai makan yang mempunyai logo halal. Akhirnya kitaorang memilih untuk makan Pizza. Kat sini ada Domino's Pizza tau. nyum nyum nyum. Harga lebih kurang kat malaysia je, rasanye murah pun dalam RM3 @ RM4 je kot.

Dah kenyang, kitaorang pun berjalan-jalan melihat apa yang ada disekeliling. Tempat ni memang sangat cantik dan tersusun. Kebanyakkan yang dtg ke sini adalah foreigner. Rakyat Bali sendiri memang kurang kesini alasan mereka kerana barang-barang disini agak mahal. Ayu ada grab satu T-shirt Roxy utk Wyshal , yang tertulis Bali. Harganya lebih kurang RM100-80, mengikut design dan size. Kat sini juga Ayu ada membeli slipper BALI yang harganya RM49.00.


Hampir 2 jam lebih kitaorang window shopping, jam ditangan menunjukan pukul 2.00 pm. Masih ada 1 jam lagi untuk menunggu Bang Ali. Sementara menunggu Bang Ali kitaorang duduk melepak di Starbuck utk minum Coffee dan makan Doughnut yang menjadi favorite Wyshal  sambil melihat gelagat manusia. Macam-macam gelagat ada. hahahah.

Selepas Bang Ali datang, kitaorang terus ke Hotel utk mengambil bagasi, dan Bang Ali akan bawa ke last destinasi kitaorang ialah Pasar Krisna.

3. PASAR KRISNA

Terdapat pelbagai barang yang boleh dijadikan ole-ole & harga yang berpatutan. 

Pintu utama masuk ke Krisna. 
Kat sini Ayu dapat membeli pelbagai ole-ole utk dibawa pulang ke Malaysia. Ayu just beli keychain, makanan masyarakat Indonesia seperti Dodol, pulut hitam , kerepek dan sebagainya. Harga yang dijual seperti Malaysia. 3 bungkus RM10.

Pening sebenarnya mau beli apa disini kerana barangnya terlalu banyak dan cantik-cantik , ada yang murah dan ada yang mahal, kerana pening Ayu beli sikit ja. Bagus juga kan. !!!!hahaha. Klu korang tak percaya korang dtg tengok sendiri.

Sebenarnya hajat dihati mahu membeli kain kebaya, tetapi salah Ayu juga kerana tak bgtahu Bang Ali dari awal.huhuhu..sedih. Tak pe, next time dtg mesti beli. In Shaa Allah.
Selepas selesai kitaorang bergerak ke hotel. Jam sudah menunjukan pukul 445 pm. Perjalanan dari Krisna ke Airport lebih kurang 15min.

Gambar di bawah di ambil semasa perjalanan ke Airport.





Masyarakat di Bali penggemar daging babi dan anjing, Tidak hairanlah dimana-mana sahaja terdapat Restaurant Babi Guling. Untuk masakan anjing, masyarakat sini percaya, bahawa anjing perlu dimasak tanpa di hiris atau dicuci kerana tidak mahu ada sedikit darah pun yang keluar dr badan anjing tersebut. Jika berlaku , makanan ini sudah tidak mempunyai khasiat dan ada kebaikan yang ada dlm daging anjing ini mengikut kepercayaan mereka.

Gerai pisang goreng ini dimiliki oleh orang Muslim. 




Siapa tgh cari kerja, boleh call number ini ye !!!!
Alhamdulillah, tepat jam 5 pm kitaorang sampai di Ngurah Rai Airport. Urusan imigresen berjalan lancar. Harus diingat didalam Airport susah untuk mencari makanan halal. Akhirnya Ayu memilih untuk membeli maggie cup untuk mengisi perut sebelum menaiki pesawat. Pesawat Air Asia on time. 710 pm berangkat ke KL. Alhamdulillah, kitaorang sampai di LCTT pada jam 1010pm.

Tamat sudah episode perjalanan Ayu & Family ke Bali Indonesia. Terima kasih kerana sudi membazirkan masa membaca hasil nukilan Ayu.



Tuesday 17 May 2016

BALI 2013 - DAY 4

BALI - DAY 4

Assalamualaikum semua .....Apa khabar ?? Kali ini Ayu nak sambung entry seterusnya Bali - Day 4. Kepada pembaca , terima kasih tak terhingga kerana sudi membaca coretan Ayu yang tak seberapa ni.

Gambar smlm waktu diaorang tgh buat rambut utk Wyshal. 

1. KUTA BEACH

Awal pagi kitaorang dah bgn kerana nk ke persisiran pantai utk mandi laut & yang penting kitaorg nak berjemur. Pantai kat Kuta ni semestinya cantik dan bersih. Awal pagi dah ramai pelancong-pelancong yang memulakan act surfing, penduduk Bali pun dah keluar utk mencari rezeki. Banyak tukang urut yang berkeliaran di pantai mencari pelanggan , menjual brg kraf bali seperti rantai, gelang manik dan sebagainya. Ada juga yang bisa membuat rambut. Apa yek nama rambut tu, yang dandan kecik2 tu. Smlm Ayu & Wyshal ada buat. hehehhe.. Harga utk dewasa RM20 dan kanak2 RM15. Bak kata Bang Ali agak mahal dia cas. ahhh!! Ayu tertipu. Rupanya ada lagi yang murah. 


Suasana awal pg di Kuta Beach




Surfing. 


Di belakang Wyshal , deretan manusia yang sedang berjemur. Sewa payung ikut jam. Seingat Ayu satu jam RM15.00 +kerusi.



Suasana kat sini segar dan bersih. Jauh dari pencemaran dan kesibukan kota kerana Bali adalah salah satu pusat perlancongan yang di jaga corak traditional dan budayanya. Kerajaan Indonesia tidak membenarkan bangunan tinggi didirikan di Bali kerana mahu mengekalkan keaslian bangunan dan budaya masyarakat Bali turun temurun. 

Selepas selesai mandi , perut mula berkeroncong, kitaorang just singgah kedai yang lebih kurang 7e , beli maggie cup & coffee. Makan panas2 memang best. Dipersisiran pantai terdapat byk kedai runcit. So korang tak perlu risau. Kebanyakan barang runcit dr Jakarta dan ada bertanda Halal. So, Jam dah menunjukkan pukul 11. Janji dgn Abang Ali pukul 1230. Kitaorang bergegas ke bilik hotel utk bersiap. Sebelum tu singgah kat swimming pool Hotel bersihkan bdn then baru sambung mandi di bilik hotel. 

Selepas solat , Bang Ali sampai terus pegi ke KFC. Hari ni just makan KFC je. Agak berbeza menu KFC disini. 

Kemana sahaja si kecik ni bw Tom's ni. Hadiah dr Daddy.
Next Destination is PURA LUHUR ULUWATU. 

2. PURA LUHUR ULUWATU 

Pura Luhur Uluwatu atau pura Uluwatu merupakan pura yang berada di wilayah Desa Pecatu, Kecamatan Kuta, Badung.


Pura yang terletak di hujung barat daya pulau Bali di atas pelantar batu karang yang curam dan tinggi serta menganjur ke laut ini merupakan Pura Sad Kayangan yang dipercayai oleh orang Hindu sebagai penjaga dari 9 mata angin. Pura ini pada mulanya digunakan menjadi tempat memuja seorang pendeta suci dari abad ke-11 bernama Empu Kuturan. Ia menurunkan ajaran Desa Adat dengan segala peraturannya. Pura ini juga dipakai untuk memuja pendeta suci seterusnya, iaitu Dang Hyang Nirartha, yang datang ke Bali pada akhir tahun 1550 dan mengakhiri perjalanan sucinya dengan apa yang dinamakan Moksah atau Ngeluhur di tempat ini. Kata inilah yang menjadi asal nama Pura Luhur Uluwatu.



Pura Uluwatu terletak pada ketinggian 97 meter dari permukaan laut. Di depan pura terdapat hutan kecil yang disebut alas kekeran, berfungsi sebagai penjaga kesucian pura.
Pura Uluwatu mempunyai beberapa pura pesanakan, yaitu pura yang erat kaitannya dengan pura induk. Pura pesanakan itu yaitu Pura Bajurit, pura Pererepan, Pura Kulat, Pura Dalem Selonding dan Pura Dalem Pangleburan. Masing-masing pura ini mempunyai kaitan erat dengan Pura Uluwatu, terutama pada hari-hari piodalan-nya. Piodalan di Pura Uluwatu, Pura Bajurit, Pura Pererepan dan Pura Kulat jatuh pada Selasa Kliwon Wuku Medangsia setiap 210 hari. Manifestasi Tuhan yang dipuja di Pura Uluwatu adalah Dewa Rudra.
Pura Uluwatu juga menjadi terkenal kerana tepat di bawahnya adalah pantai Pecatu yang sering kali digunakan sebagai tempat untuk sukan luncur, bahkan sukan luncur antarabangsa sering diadakan di sini. Ombak pantai ini terkenal amat sesuai untuk dijadikan tempat meluncur selain keindahan alam Bali yang amat cantik.

# Pesanan - kat sini banyak kera liar, so pastikan korang berjaga-jaga, dan sebaiknya pakailah topi utk mengelakkan terkena najis kera, jgn sekali-kali memberi makan kepada kera liar tersebut. Bag tangan harus dierat kemas, takut menjadi mangsa ragut sang kera liar ini. 

Antara upacara pemujaan (Tari Kecak Uluwatu) yang dilakukan. Selalunya upacara ini akan dilalukan sebelum sunset. 

Tiket masuk Pura Uluwatu ialah : Dewasa Rp 20,000 & Kanak2 (2-10thn) Rp 10,000. Korang akan dapat satu kain jikalau korang berpakain pendek di atas lutut kerana korang mengunjungi salah satu tempat ibadat Agama Hindu dan Bagi wanita yang sedang period dilarang untuk naik ke area atas pura, melainkan hanya dapat menikmati dari area bawah sepanjang tebing atau hanya untuk menonton Tari Kecak Uluwatu. 

Yang paling menakutkan Ayu, selepas Ayu masuk je ke kawasan Pura tersebut, ada seorang pemandu teksi yang agak berani memberi  makan kepada sang kera liar, dengan ganasnya sekumpulan kera liar berebut-rebut lalu memarahi pemandu teksi dan mencakar muka pemandu teksi tersebut. Habis luka dah berdarah akibat dicakar oleh sang kera. Pemandu teksi itu di bawa ke Hospital utk rawatan lanjut. Seram sejuk Ayu tgk. 

Subhanallah, cantik sungguh ciptaanMu.
Bila kitaorang dipuncak, terpegun dgn ciptaan Allah SWT. Ya Allah, cantik sungguh ciptaan Mu. Cantik sgt. Korang patut dtg sini. Rugi sgt klu korang tak singgah sini. Kitaorang kat sini lebih kurang 3 jam. memang tak terasa masa cepat berlalu. Sunset kat sini sgt cantik. Tapi make sure sebelum gelap korang patut keluar dr tempat ni, bukan apa takut Kera dtg tiba2. huhuhu. 

Jam dah menunjukkan pukul 6.30 ptg. Kitaorang bergerak ke Hotel. Mlm ni, kitaorang nk berjalan ni Legian Street.

3. LEGIAN STREET, KUTA 

Legian street lebih kurang macam Batu Feringgi. Tapi rasanya lagi happening kot. Busy sgt. Deretan kedai kanan-kiri yang menjual pelbagai barang. Kitaorang naik kereta keldai / Kuda (rasanye). hahahha.Tak ingat dah. Barang-barang kat sini murah klu pandai tawar menawar. Kitaorang berjalan hampir 3 jam. Dari Hujung ke hujung, semua kedai kitaorang singgah. Kat sini paling top ialah Hard Rock Cafe. Ayu jenis tak minat sgt. Just masuk tengok je. Tak beli pun. 
Manusia kat sini memang ramai. Tgk naik motor sampai 3 org. Suka hati je. Best tgk gelagat org :-)

Haa...kereta ni lah Ayu naik.

Tempat tumpuan pelancong utk bergambar.


Berjalan jauh, perut dah rasa lapar, kat area Legian ni ada satu kedai nasi padang, kedai dia kecik je. Tapi makanan kat sini memang sedap. Memandangkan kitaorg just makan KFC dan buah je td, apalagi menambah lah mkn nasi. hahahha..Dah kenyang, sambung jalan dan baru blk ke Hotel. Byk juga brg yg dibeli sebagai ole ole utk family. Kat sini baju tidur memang murah dan kualiti kain pun bagus. Harga lebih kurang RM10-25. 
Lagi pun esok dah nak balik Malaysia. Sedih. Back to normal routine. huhuhu.

Ok. Cukup sudah. Kita sambung ke Entry terakhir. Bali -Day 5 

Friday 13 May 2016

BALI 2013 - DAY 3

BALI - DAY 3

Hari ni , hari ke 2 berurut. Tapi Bang Ali bw tempat best berurut di Denpasar. Awal pagi dah bgn. Bang Ali ambil Ayu jam 8.00 pg utk berurut. wyshal pun nak follow berurut. Pas hantar Ayu , Abang Halim & Bang Ali tak tahu lah diaorang ke mana. 

1 - BALINESESPA

Nama SPA ni ialah Balinesespa. Tempat yang agak tersorak tapi dalamnya cantik sgt. Dia menggunakan Bungalow lot bertemakan Traditional Bali. Kat sini terdapat pelbagai package yang boleh dipilih. Cik Hubby (Abg Halim bg masa utk Ayu manjakan diri selama 3 jam, so apa lagi Ayu ambik full package). hahahha. Package yang ayu ambil termasuklah 
  • Traditional Massage 
  • Herba Sauna
  • Flower Foot Bath
  • Lulur & Body Scrub
  • Milk Bath
Harganya amat mengejutkan. Harga package ni bila di convert ke MYR just paid RM135. klu mcm ni tiap-tiap hari Ayu boleh pampering kan Body ni. hahahha
Lebih kurang kul 11, kitaorang ke Villa utk check out & akan check In Hotel di happening area. The best area kat Bali ni ialah KUTA. Actually Ayu pun tak tahu yg area Kuta lagi best dr semua tempat. Dah dtg baru tau, Klu tau dr awal memang melepak di Kuta je. Tapi next time dtg lagi. hehehhe..In shaa Allah. 

2 - ALAM KULKUL HOTEL

Hotel ni antara hotel terbaik di Kuta kerana lokasinya yang strategy, berdepan dgn Kuta Beach, Kuta Night market, Legian street, Club etc. Alam Kul kul adalah 4 star hotel. Klu korang book awal , korang akan dapat harga yang murah. Masa Ayu book ni thru Booking.com, harganya agak murah. Ayu dapat 2 mlm RM564. So satu malam lebih kurang RM282. Menurut Avriel, Hotel ini adalah Hotel orang Malaysia. Pengasasnya org Islam Malaysia. Oleh itu makanan yang disajikan Halal. Alhamdulillah, tepat booking Ayu memilih Alam Kul Kul.
 Staff kat sini MasyaAllah, berbudi bahasa, sopan santun, tolong buka dan tutup pintu kereta, tolong angkat bag Ayu yg berat mcm batu, besaq mcm gajah.:-). Dia balik confirm sakit badan. hahahha.Respect lah org2 Bali ni, adat dgn tetamu mmg terbaik. Ayu bg 10 star. :-)

# Jangan lupa bg sedikit tip utk diaorang.
Pintu utama ke Lobby Hotel & Reception



Ini Bilik yg Ayu book. Nama bilik ni Alam Room. King size, berdepan swimming pool.

Laluan antara bilik ke bilik. Nice place.

View Hotel dr jauh. 
Pantai Kuta terkenal dengan activity surfing. Kat sini memang ramai foreigner, especially warga Australia. Settle check in jam dah menunjukan pukul 2.00 ptg. After makan kita orang bergerak ke Nusa Dua. 

3- NUSA DUA BEACH

Nusa Dua salah satu pantai yang tercantik di Bali, memiliki pasir putih yang cantik , ombak yang beralun dan tidak garang, menjadikan tempat ini tarikan pelancong yang terbaik utk mandi manda dan picnic bersama keluarga.



 Kitaorang kat sini tak lama, Just utk bergambar dan melihat alam sekeliling. 


Diatas pulau yang menghijau nun jauh disana, ada lah tempat dewa-dewi & tempat pemujaan Agama Hindu. Dijaga dengan bersih dan rapi. Disekeliling kuil terdapat taman yang sgt cantik , dan telah dibina laluan berjalan kaki utk para pelancong dan para penganut Agama Hindu utk upacara keagamaan. Setelah hampir 2 jam kitaorg kat sini, destinasi berikutnya kitaorang akan ke Pura Tanah Lot utk melihat sunset.

4. PURA TANAH LOT

Tanah Lot adalah sebuah tempat perlancongan yang terkenal di BaliIndonesia. Di sini ada dua pura (tample) yang terletak di atas batu besar. Satu terletak di atas bongkahan batu dan satunya terletak di atas tebing mirip dengan Pura Uluwatu. Pura Tanah Lot ini merupakan bahagian dari pura Dang Kahyangan. Pura Tanah Lot merupakan pura laut tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut. Tanah Lot terkenal sebagai tempat yang indah untuk melihat matahari terbenam. Sebelum sampai di Tanah Lot terdapat deretan pasar yang menjual cendramata, kraf tangan, pakaian yg bertemakan Bali. Kat sini Ayu ada grad keychain & mug utk dihadiahkan kpd kwn2 di Malaysia. 

Subhanallah tempat ni sgt cantik. Terpegun Ayu melihat ciptaan Allah yang maha Agung. Cantik sgt. 

Pintu masuk ke Tanah Lot

Niat kitaorang dtg ke sini ingin melihat sunset. Alhamdulillah segalanya diizinkan. Cantik sgt & rasa bersyukur dpt melihat sunset didepan mata dan dikelilingi laut biru yang tak dpt digambarkan. Korang dtg lah tgk sendiri.  


Inilah rupa Sunset yang dpt dilihat. Tempat ini luas.korang boleh lihat sunset di mana-mana je korang duduk. 
# Untuk pengetahuan korang semua, tempat ni tak sesuai utk membawa baby kecil utk melihat sunset, kerana waktu begini, semua tample disini akan mengadakan upacara pemujaan dewa-dewi. Rasanya tak sesuai utk baby yg berusia bwh 24 month.

Jam menunjukan pukul 8.00 mlm. Dah sampai masanya waktu Dinner, kitaorang bergerak pulang ke Kuta untuk mencari makanan halal. Maaf, Ayu dah lupa nama restaurant tu. Selepas makan kitaorang blk ke Hotel. Malam ni planning nk stay hotel je. Penat sgt. Esok masih ada. heheheh...

Jom sambung ke BALI -DAY 4 






Wednesday 11 May 2016

BALI 2013 - DAY 2

BALI - DAY 2
Tidur yang nyenyak disebabkan badan segar selepas di urut, bgn pagi rasa nikmat sgt. Hilang keletihan dan minda rasa lapang , lupa kesibukan di Kota KL yang bisa membuatkan minda kembali berserabut apabila diingatkan kembali.

Ting ! Ting! ....Adoi bunyi apa plak tu. Tengok jam dah pukul 8.30 pg. Hahahha... Bang Ali sudah sampai rupanye. Tepat masa Bang Ali. Kitaorg baru bgn dan belum berkemas lagi. Sian Bang Ali perlu menunggu hampir 1 jam. Korang jgn ikut macam Ayu. Sian driver tu. :-). Dah siap breakfast di bilik , jam 9.45 pg kitaorang bergerak menuju tempat yg hendak di tuju. Pagi ni kitaorang planning nak tgk Gunung Berapi aktif yang paling famous kat Bali  " KINTAMANI FASCINATING VOLCANO & LAKE BATUR ".


1- KINTAMANI FASCINATING VOLCANO & LAKE BATUR .

Jarak perjalanan dr Kota Denpasar ke Kintamani lebih kurang 1 jam. Dalam perjalanan menyusuri sawah-sawah padi di lereng-lereng bukit, ladang-ladang kopi yang tumbuh segar dan pemandangan yang sgt cantik. Terfikir sejenak yg pelik2, klulah lah dlm perjalanan ni gunung berapi ni meletoppp, huhhh. Nauzubilah. Ya Allah selamatkan lah perjalanan kitaorang anak beranak.




Kitaorang sampai kepuncak dlm jam 11.00 pg. Angin sepoi-sepoi bahasa , gunung Kintamani yg gah nun jauh disana, dengan adalah asap2 yang menunjukan dirinya masih aktif , lava kehitaman di lereng-lereng gunung, Subhanallah cantik sungguh ciptaan Mu..Terasa dgn je gunung berapi tu ngan kitaorang. Di hujung ujung gunung ada satu perkampungan org2 hulu Bali. Sambil melepak di Batur Sari Restaurant & menghirup secawan coffee di Coffee House Kintamani yg berada di puncak, kitaorang mendengar cerita yang menarik dr Bang Ali.
# Bak kata Bang Ali , Restaurant ni tak halal kerana pengusahanya beragama Hindu. So kitaorang just minum coffee je utk membasahi tekak. 


Ini lah gunung yg masih aktif. Bila2 je boleh meletup. 
Sedikit coretan tentang Gunung Batur Kintamani:

Terletak di barat laut Gunung Agung, gunung memiliki kaldera berukuran 13,8 x 10 km dan merupakan salah satu yang terbesar di dunia (van Bemmelen, 1949). Pematang kaldera tingginya berkisar antara 1267 m - 2152 m (puncak G. Abang). Di dalam kaldera I terbentuk kaldera II yang berbentuk melingkar dengan garis tengah lebih kurang 7 km. Dasar kaldera II terletak antara 120 – 300 m lebih rendah dari Undak Kintamani (dasar Kaldera I). Di dalam kaldera tersebut terdapat danau yang berbentuk bulan sabit yang menempati bagian tenggara yang panjangnya sekitar 7,5 km, lebar maksimum 2,5 km, kelilingnya sekitar 22 km dan luasnya sekitar 16 km2 yang yang dinamakanDanau Batur. Kaldera Gunung Batur diperkirakan terbentuk akibat dua letusan besar, 29.300 dan 20.150 tahun yang lalu .Gunung Batur terdiri dari tiga kerucut gunung api dengan masing-masing kawahnya, Batur I, Batur II dan Batur III.
Gunung Batur telah berkali-kali meletus. Kegiatan letusan G. Batur yang tercatat dalam sejarah dimulai sejak tahun 1804 dan letusan terakhir terjadi tahun 2000. Sejak tahun 1804 hingga 2005, Gunung Batur telah meletus sebanyak 26 kali, dan paling dahsyat terjadi tanggal 2 Ogos dan berakhir 21 September 1926. Letusan Gunung Batur itu membuat aliran lahar panas menimbun Desa Batur dan Pura Ulun Danu Batur.
Desa Batur yang baru, dibangun kembali di pinggir kaldera sebelah selatan Kintamani. Pura Ulun Danu dibangun kembali, hingga saat ini masih terkenal sebagai pura yang paling indah di Bali. Pura ini dipersembahkan untuk menghormati "Dewi Danu" yakni dewi penguasa air, seperti halnya pura yang terdapat di Danau Bratan juga dipersembahkan untuk memuja "Dewi Danu".
Nampak tak bukit di ujung sana. Adanya perkampungan yang penuh misteri.
Disini, ada lagi kisah seram tetapi unik yg dicerita oleh Bang Ali. Kawasan Gunung Batur terkenal sebagai objek wisata andalan Kabupaten Bangli. Konon menurut cerita dalam Lontar Susana Bali, Gunung Batur merupakan puncak dari Gunung Mahameru yang dipindahkan Batara Pasupati untuk dijadikan Sthana Betari Danuh (istana Dewi Danu). Pada waktu tertentu, seluruh umat Hindu dari berbagai daerah di Bali datang ke Batur menghaturkan Suwinih untuk mengusir bencana hama yang menimpa ladang mereka. Dengan menghantarkan suminih ini maka kawasan gunung Batur menjadi daerah yang subur.Daerah yang dapat ditonjolkan sebagai objek wisata adalah kawahkaldera dan danau. Terdapat aliran air dalam tanah yang mengalirkan air Danau Batur, yang muncul menjadi mata air di beberapa tempat di Bali dan dianggap sebagai "Tirta Suci"Wisata budaya yang terdapat di kawasan Gunung 
Batur adalah Trunyan. Meskipun seluruh penduduk Trunyan beragama Hindu seperti umumnya masyarakat Bali, mereka menyatakan bahwa Hindu Trunyan merupakan Hindu asli warisan kerajaan Majapahit. Di sebelah utara Trunyan terdapatkuban, sebuah tempat makam desa, namun jenazah tidak dikuburkan atau dibakar, melainkan diletakkan di bawah pohon setelah dilakukan upacara kematian yang rumit. Tempat pemakamanan ini dipenuhi oleh tulang-tulang, dan bisa jadi kita menemukan mayat yang masih baru.
Seram sejuk bila dengar Bang Ali menceritakan perihal mayat yg hanya di letakkan di bawah pohon selepas upacara kematian, Tetapi mayat itu tidak busuk walaupun hari demi hari dimakan oleh sang2 ulat. Bak kata Abang Ali lagi, para pelancong tidak dibenarkan memasuki perkampungan tersebut. 




For the next destination is COFFEE PLANTATION TRAY. 

2 - COFFEE PLANTATION TRAY (To drink Balanese coffee and Luwak Coffee)

Jarak antara Gunung Agung Kintamani tak jauh sgt pun. Around 20 min. Kat sini kitaorg dapat lihat deretan pokok kopi yang ditanam dan dapat merasai keenakan kopi dan terdapat pelbagai jenis kopi. Tempatnya sgt cantik dan aroma kopi semerbak. menghirup secawan kopi segar di tepi kaki bukit. Perhhh memang cantik sgt tempat ni. Fees masuk kat ladang ni Free je. Kat sini pelbagai kopi yg kitaorg dpt tgk. Siap boleh minum kopi free lagi. Tapi yang terkenal adalah Luwak Coffee. Bila Ayu dengar cara proses kopi luwak ni, memang loya tekak, rasa nk kuar apa yg ada dlm perut ni. Tapi bg yg penggemar kopi may be rasa nikmat dan tk peduli kopi ni asal dari mana. hahahah.

Korang tau tak Luwak tu apa? Luwak itu ialah Musang comel. :-)
Hi !!! Nama saya Luwak. Saya berak keluarkan kopi, diprocess menjadi biji kopi Luwak. Glamour tak saya ??!!!!

Luwak, atau lengkapnya musang luwak, senang sekali mencari buah-buahan yang cukup baik dan masak termasuk buah kopi sebagai makanannya. Dengan indra bau yang peka, luwak akan memilih buah kopi yang betul-betul matang optimal sebagai makanannya, dan selepas itu, biji kopi yang masih dilindungi kulit keras dan tidak tercerna akan keluar bersama kotoran luwak (tahi).
Ini lah tahi luak bersama biji kopi. Lepas ni peringkat mencuci dengan air panas akan dilakukan. Selepas itu akan dikering kan dan process seterusnya akan dimasak sehingga betul kering. 

Ini terjadi kerana luwak memiliki sistem pencernaan yang sederhana, sehingga makanan yang keras seperti biji kopi tidak boleh tercerna. Biji kopi luwak seperti ini, pada masa lalu hingga kini sering diburu para petani kopi, kerana diyakini berasal dari biji kopi terbaik dan telah difermentasikan secara semulajadi di dalam sistem pencernaan luwak. Aroma dan rasa kopi luwak memang terasa special dan sempurna kepada para penggemar dan penikmat kopi di seluruh dunia. Biji kopi luwak adalah yang termahal di dunia, mencapai USD100 per 450 gram.



Semua kopi diatas sedap-sedap belaka. The best is Coconut Coffee, wangi je bau kopi ni. 
 Ayu ada beli beberapa bungkus kopi yg pelbagai rasa termasuklah Luwak Coffee. Just nk bw blk kg bg kat abah. Ntah lah abh minum ke tidak luwak coffee tu. heheheh... Next destination is TEGALALANG (Country side and it's beautiful rice terrace). 


3.TEGALALANG, UBUD

Destinasi seterusnya ialah Tegalalang Rice Terraces di Ubud. Jarak perjalanan antara Ladang kopi ke Tegalalang lebih kurang 20min. Dekat je. Tempat ni terkenal dengan pemandangan sawah padi yang indah. Kawasan sawah padi ini menggunakan sistem pengairan traditional di kawasan lereng bukit. Tempatnya agak menarik dan unik , disamping itu kitaorang boleh melihat barang-barang Bali yang dijual disini. Kebanyakkan brg kat sini memang 100% handmade. Harga boleh tawar menawar. Klu korang mulut manis confirm dapat harga terbaik. hahhaha. Ayu ada beli seramic Bali. Klu ikutkan harga kat Malaysia mencecah RM200-300. Tapi tawar menawar pujuk memujuk akhirbya dr RM150 (convert) ayu dapat RM49. hahahha..Untung badan.


MasyaAllah !! Cantik sgt.
   
Yehhh !! tempat ni sejuk tau, ditambah dengan kehijauan alam , Subhanallah memang cantik. Jam dah menunjukkan pukul 2.00 ptg. Ada 2 lagi destinasi yang perlu kitaorang tuju. The next place is ke CELUK VILLAGE (House of Gold and Silver Smiths). Jarak perjalanan dr Tegalalang lebih kurang 45 min.


4. CELUK VILLAGE (House of Gold and Silver Smiths)

Celuk Village adalah tempat membuat emas dan silver. Pelbagai rekaan yang menarik dicampur dengan batu utk menghasilkan kualiti barang dan design yang up to date. Tapi harganya agak mahal. Tak de plak Ayu grab sbb mahal sgt. heheheh..just pegi melawat kilang & nk cara proses pembuatan utk menghasilkan barang-barang perhiasan yang berunsurkan emas dan silver. 














Pekerja sedang kusyuk dgn tugasan masing2. 


Perhiasan yang sudah siap akan di jual di sini.

Kitaorang tak lama pun kat sini. Lagi pun tempat ni kecik je. Pengalaman melihat diaorang membuat perhiasan menggunakan tenaga manusia mmg sgt halus dan agak detail. Harga yang diberipun agak berpatutan kerana 100% handmade.
Destination terakhir kitaorang ialah TOHPATI VILLAGE TRADITIONAL HAND WEAVING CLOTH/BATIK


5.TOHPATI VILLAGE (Traditional Hand Weaving Cloth/Batik)

Bali Tohpati Village  terkenal dengan Batik Wand Weaving Center Bali. Batik adalah satu bentuk tradisional kain lukisan. Mereka sgt teliti menggunakan titik dan baris daripada lilin untuk menghiasi kain. Ia sangat menarik. Rugi jika tidak melawat tempat sebegini kerana di Bali , seni ukiran batik adalah salah satu bentuk seni negara paling maju.



Pintu masuk utk membeli dan melihat pelbagai kain atau baju yg bercorak batik
















Antara bahan dan peralatan yang di gunakan utk membuat batik 




Halus seni tangan makcik ni.

Kat sini, Ayu ada grab satu kain berunsurkan batik alam (handmade) dgn harga lebih kurang RM35.00. Quality kain sgt bgs. Last destination is Art Gallery yang terletak di Batuan, Bali.



5. IWAYAN MARDIANA PAINTER (BATUAN - BALI)

Perjalanan yang menyusuri pekan lama Bali, dapat dilihat ukiran patung-patung lama yang melambang adat istiadat Bali , yg pernah di takbir oleh kerajaan Majapahit. 









Patung-patung yang diukir mempunyai maksud yang tersurat. Kitaorg sampai di Art Gallery agak lewat. Lebih kurang jam 6.00 petang. Hari makin senja. Terkejut dengan studio lukisan yang di olah oleh Iwayan Mardiana salah seorang pelukis terkenal Bali. Sang suami teruja kerana dunia seni bisa menerjunkannya ke lembah yang leka akan waktu. hahahha.. Cantik lukisan tangan yg dilakukannya. Setiap lukisan makan berbulan-bulan utk di siapkan. Mana tidaknya , puluhan ribu ringgit lukisan yang terjual. 





















Alhamdulillah, cukup utk hari ni. Perjalanan yg sgt panjang. Malam ni nk celebrate birthday Wyshal yg ke 4 thn. Kami sampai di Villa pada jam 7.45 mlm. Book dengan Villa restaurant pada jam 9.30 mlm.

Aria Wyshal 4th Birthday Celebration 









Sorry ye, muka Ayu terpaksa ditutup sbb (korang fikirlah sendiri !!! hahahahha

Alhamdullillah, selesai sudah utk hari ke 2 di Bali. Next entry Bali - Day 3