Saturday 31 December 2016

TOKYO - DAY 11 & 12 (THE END)

TOKYO - DAY 11 & DAY 12
 
DAY 11
 
Hari ini adalah hari terakhir di bumi Tokyo , 30/12/2016 ( Friday). Hari ini juga hari yang sedih sangat nk tinggalkan Bandar tersibuk ni. Belum puas lagi berjalan. Pagi ini selepas subuh Ayu tidur balik, bangun balik dah kul 10 pagi. Requested ngan Owner nak check out jam 1230 noon. Owner on aje. Just simple breakfast Nasi Goreng & buah-buahan segar, sebab busy nak packing barang. Datang ringan je bag, tapi bila balik mcm ketoi batu plak bag ni.
 
Check out macam biasa. Kalau tru Airbnb kunci perlu letak dalam post box aje. Make sure sampah perlu di buang di tempat yang disediakan & sebelum tu perlu asingkan sampah mengikut jenis. Ayu selalu pastikan rumah kemas seperti mana time ayu sampai hari tu.
 
Dalam jadual tempat pertama yang hendak dituju ialah Nippori Textile Town. Textile Town terletak di Nippori dan berdekatan dengan Nippori Station. Sampai je di Ikebukuro Station , Ayu lepak di café  bersama Teddy coz Abang Halim & Wyshal nak ke satu kedai untuk beli Gundam. Nama Café ni Edy's bread Café. 
 


 
 
Café ni terletak didalam station bawah tanah. Agak selesa dan agak ramai orang melepak di sini. Sambil minum Coffee , Juice & mixed fruit , kononnya nak pujuk Teddy. Harga Coffee & Juice (590y = RM23). Tapi agak lama juga Abang Halim pergi menghilangkan diri, Teddy dah mula buat perangai, habis air dia bg tumpah.adoi. 
 
 

 
 
Bila Abg Halim dah sampai , terus kitaorang bergerak ke Nippori dengan membawa batu-batu besar ni. Macam nk patah pinggang.   
 
NIPPORI TEXTILE TOWN
 
 # Direction : Walk 8 min to Ikebukuro Sta > Sugamo Sta (Mita Line) > Nippori Sta (Yamanote Line) >Walk 7 min to Nippori Textile (300y)
 
Sampai di Nippori Station , Ayu terus cari locker kosong, rasa mcm nak campak ja bag2 ni. Berat ya amat. Kitaorang ambik 2 locker dengan harga RM45. Satu kecil & Satu besar. Muat utk semua bag. Harga tu untuk sehari ye !!! 
 
Ada apa di sini?? Kalau korang penggemar kain cotton , korang boleh lah datang ke sini. Ayu memang minat sangat kain cotton ni , lagi pun boleh dijadikan buah tangan untuk family di Kedah.
 


 
Dari Station Nippori korang perlu jalan dalam 7 min ke Nippori Textile. Kedai yang famous di sini adalah Kedai Tomato & Mihama Cloth.
 

 
 
Tapi syg seribu kali syg, bukan rezeki Ayu untuk beli Kain Cotton sebab Ayu tengok semua kedai closed. Rupa-rupanya setiap hari Jumaat kedai di kawasan ini tutup. Allahuakbar, agak hampa skali. Kalaulah Ayu tahu , ayu dah change jadual ayu. Datang semalam bukan datang hari ni. Memang rasa nak nangis lah. Dah check byk website tak de plak diaorang mention yang Friday closed. So sad.....
 
# AMARAN : NIPPORI TEXTILE TOWN - JUMAAT TUTUP. INGAT TU SEMUA !!!!!!!
 
Dah closed kitaorang planning nak jalan-jalan disekitar Nippori. berhampiran station , kitaorang melepak minum Coffee & donut sebelum berangkat ke Narita U-City Hotel. Ayu akan check in di Hotel yang berdekatan dengan airport kerana esok flight ke Malaysia pada jam 9.30 am. Dalam jam 5.00 pm kitaorang bergerak ke Hotel.
 
 
 
NARITA U-CITY
 
# Direction :  Nippori Station > (Keisei Line) Keisei-Narita Sta > walk 8 min to Hotel (780y)
 
 
 
Hotel ini closed dengan Narita Airport (Terimal 2) terminal untuk Ayu berlepas esok utk balik ke Malaysia. Kitaorang sampai di Hotel pada jam 630 pm. Hari dah gelap. Tidak jauh berjalan dari station ke Hotel lebih kurang 8 min. Tetapi yang memenatkan kerana naik turun anak2 tangga. Ingat ke awal pagi ada shuttle . Rupanya Shuttle Bus under hotel hanya ada seawal jam 8am. Jawabnya esok terpaksalah kitaorang berjalan kaki ke Station dengan membawa batu-batu berat ni. hahahah.
 
 
 
Cantik suasana hotel disini, bersih dan hotelnya agak luas. Harga nya pun tidak terlalu mahal. RM253 per night, ayu booking tru Booking.com. Hotel ni 4 star. Ayu dah buat bayaran di Malaysia, so tak pening2.
 
Dah masuk bilik , perut terasa lapar, perlu cari makanan untuk makan. Berdepan dengan lobby hotel ada Family Mart & Seven E. Dapatlah Abang halim beli nasi, dimakan bersama sotong kering yang dibeli di Ueno semalam. Ayu juga ada rebus telur menggunakan kettle air yang disediakan oleh hotel. 3 bungkus nasi habis licin. hahahah. Sama ada sedap @ lapar , itu Ayu tak pasti. Yang penting malam ni charges tenaga untuk bawa batu-batu ke airport esok. Zassss...
 
 
TOKYO - DAY 12 (BERANGKAT PULANG)
 
Seawal 4.00 am, Ayu dah bangun. Dah settle kemas & check out , terus kitaorang menuju ke Station untuk ke Airport. Malam tadi di station Ayu ada tanya pekerja train station, katanya train tiba setiap satu jam, mengikut jadual perjalanan train, train akan tiba di Station Narita pada jam 5.30 am. Perjalanan dari Station Narita ke Terminal 2 mengambil masa 20 min.
 
 
 
# Direction : Walk 9 min to Keisei-Narita Sta > (Keisei Line) Airport Terminal 2 Sta (Narita Int Airport) (260y).
 

 
Sampai di Airport, kaunter pun belum buka lagi. Layan dulu a cup of coffee & Apple juice utk Teddy & Wyshal. Ayu beli tru mesin je. Harga RM7 setiap satu. Sebelum tu Ayu pegi counter JR untuk refund balance yang ada dalam Suica Card. Masih banyak lagi balance dalam Suica Card Ayu, Abang Halim & Wyshal. Dalam 2800y macam tu lah. Korang jgn lupa tukar, syg kalau tak ambik duit balik. Jangan jadi baik sangat. hahaha
 
 
 
Jam menunjukkan pukul 7.30 am. Time ni counter Check In dah buka. Alhamdulillah batu-batu tu semuanya selamat masuk. Ringan rasa badan. Ketika menunggu gate open, Ayu pusing-pusing sekitar Airport untuk mencari makanan yang boleh di makan. Ayu mencari Restaurant narita yang halal tapi memandangkan asyik menyinggah je tengok barang , memang tak sempat nak cari. Kitaorang beli Vegetable Sushi & bun. Abang Halim ada beli nasi makan bersama salad yang di jual di Family Mart.
 
Lagi pun atas flight nanti banyak makanan yang diaorg hidang. memang tak larat makan. Di airport banyak juga barang yang murah. Toys agak murah disini. Perfume, cosmetic & toiletries pun murah.
 

 
 
Flight Ayu ke Ho Chi Minh pada jam 930am. Sharp 9.00am kitaorang dah dlm perut Airplane. Ayu bagi 5 STAR untuk Vietnam Airline kerana bagi VVIP services. Makan dah sampai nk pecah perut. Makan pulak sedap.
 
Transit di Ho chi Minh hanya 2 jam. So sampai di KL pada jam 630pm waktu Malaysia. Flight dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur yang paling best. Makanan yang diaorang sajikan ialah Beef & Mashed Potato. Memang dah gian, 13 hari kot tak dapat makan beef, makanan Teddy pun ayu belasah. hahahhah...
 
Ok All. Sampai di sini sahaja cerita tentang Tokyo. Selamat Melancong semua. Semoga coretan ini bisa membantu korang sedikit sebanyak dalam persediaan untuk melancong bersama anak-anak kecil.
 
ARIGATOGOZAIMAS...

kat sini pun ada Tokyo Itinerary. Korang click je sini TOKYO ITINERARY
 
 
 

TOKYO ITINERARY 2016

👌👌👌👌Assalam Semua & Salam 1 Malaysia..

Ayu minta maaf kepada pembaca yang selalu follow blog ni & ada yang requested nak contoh itinerary Ayu ke Tokyo last year. Hampir setahun baru dapat upload. Ayu edit balik sebab ada tempat yang Ayu tak pergi & ada penambahan tempat yang tak de dalam itinerary sebelum ni.

Diharap dengan Itinerary ni dapat membantu korang utk travel ke sana nanti. Tapi jadual perjalanan ini hanya sesuai utk family yang bawa kanak-kanak & yang nak holiday secara santai. Sesuai juga kepada backpacker. Tak de nak rushing2. Bagi Ayu, nama pun pergi holiday, buat apa nak kalut-kalut kan, relax sudah. hahahah.

Itinerary ini tak termasuk kos makan & pocket money untuk shopping. Hanya merangkumi kos Airfare, hotel, entrance & public transport untuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak.

JAPAN ITINERARY 2016
COST
DAY DATED DESTINATION  TIME ACTIVITY YEN MYR
                 
  19/12/2016 KL HCM 8.50 pm 9.50 pm From KLIA to Ho Chi Minh ( Vietnam Airline)            81,043.00 3,015.00
  Monday              
                 
1 20/12/2016 HCM NRT 6.45 am  2.10 pm From Ho Chi Minh to Tokyo (Narita)    
  Tuesday Narita Airport  Tosho House 3.00 pm 5.00 pm Narita Airport Check out - Airport Terminal 2 Station  # Kaunter Keisei (Berdepan dgn kaunter NEX) Dari Narita > Nippori station (line Keisei-Ueno) > Then ambik JR (Yamanote Line) > Ikebukuro Sta > (Tobu Tojo Line) Oyama Sta > Walk 5 min to Tosho House . 2,860.00 112.00
             # 2 jenis trains Line Keisei 1-skyliner (30min) 2-Ordinary (Access Express - Keisei Main Line) (60min) 1030 y      
            # Suggestion : used the Keisin tren & buy the suica card ) kaunter depan pintu keluar dr immigration    
            Check In @ Tosho (2 Days, 1 Night) 8,800.00 321.00
            Rest @ Round Hotel Area.    
                 
2 21/12/2016       7.00 am  Check Out @ Tosho    
  Wed Hotel  Shinjuku TES     From Hotel Walk 6 min to Oyama Sta (Tobu-tojo Line) >  to Ikebukuro Sta (Saikyo Line Platform 1) > Shinjuku Sta > Walk 2 min to Terminal Expressway Bus. Jpy 310                   775.00 31.00
            Beli Ticket bus ke Kawaguchiko (Mount Fuji) by online- By Shinjuku Expressway Bus  (beli return - if can)  A: 1,750 y C : 880 y     
    Shinjuku Kawaguchiko Station  7.45 am  9.30 am Shinjuku Expressway Bus > Kawaguchiko @ Keio Highway Bus Terminal (one way ticket - 2 Adult , 1 children @4,380 JPY)               4,380.00 175.00
             Take the 2 Days unlimited Bus ticket JPY 1000 (A)                3,000.00 120.00
    Kawaguchiko Station  Hotel      Check In - Plaza Inn Kawaguchiko (4 Days, 3 Night)            28,500.00 1,140.00
    Hotel  Kawaguchiko 10.00 am 6.00 pm Round area Kawaguchiko - Kodaki Fuji View Point & Kawaguchiko Natural Living Center    
                 
3 22/12/2016 Hotel  Kawaguchiko Station       Bus Day 2     
  Thursday          - Kawaguchiko Museum of Art                   800.00 32.00
            Kawaguchiko Ropeway (Cable Car)               2,050.00 80.00
             - Yakuba Iriguchi (Taman tepi tasik)                                                         - Herba Scene Kawaguchiko     
                 
4 23/12/2016 Friday Hotel  Fujiten Snow Resort 9.00 am 2.30 pm Main snow @ Fujiten Resort ( Taxi & Entrance )               8,000.00 300.00
    Fujiten Snow Resort Hotel      Rest @ Hotel     
                 
5 24/12/2016              
  Saturday     11.00 am    Check Out - Plaza Inn Kawaguchiko    
    Kawaguchiko Station  Shinjuku Station 12.10 am  1.55 pm Depart form Kawaguchiko Station to Shinjuku Station 4,380.00 175.00
    Shinjuku Station  Brett House 2.45 pm 3.00 pm Check In @ Brett House ( 5 Days, 4 Night) 740.00 943.00
            Direction : Shinjuku Sta (Yamanote Line) - Ikebukuro Sta - Kita ikebukuro Sta (Tobu tojo Line) - Walk 6 min to Hotel. JPY 310 775.00 31.00
            Ikebukuro City    
                 
6 25/12/2016              
  Sunday Brett House Harajuku Station 9.00 am 9.30 am  Harajuku (Fesyen Remaja).                                                                                           Direction: walk 8 min form Valencia (Brett House) > Ikebubukuro Sta (Yamanote Line)> Harajuku Sta (320 y) 800.00 32.00
    Harajuku Station Takeshita Street     Takeshita Street - 3 min walk    
    Takeshita Street Shibuya Crossing               Shibuya Crossing (persimpangan tersibuk di dunia)                                                                                    # Direction : From Takeshita Street  walk 3 min to Harajuku Sta > Shibuya Station (Yamanote Line ) Platform 1 (Hachikō exit)  > and walk 3 min to Shibuya Crossing) 140 y 350.00 14.00
    Shibuya Crossing Gyumon Halal Restaurant     Gyumon Halal Restaurant ( Berdekatan Shibuya Station) walk 11 min form Shibuya Crossing) - FULL (Must Book early)    
    Gyumon Halal Restaurant Brett House     Back to Hotel . Direction : Walk 6 min to Shibuya Sta >ikebukuro Sta > Walk 13 min to Brett House. (170 y) 425.00 17.00
                 
7 26/12/2016         Disneyland - 1 day pass 19,600.00 797.00
  Monday Brett House Disneyland 7.30 am  9.30 am  From Hotel walk 10 min to  Ikebukuro Sta  (Marunouchi Line) > Tokyo Sta (Keiyo Line) >  Maihama Sta  > walk 6 min to Tokyo Disneyland. Jpy 550 1,375.00 55.00
    Disneyland  Brett House     Back To Hotel @ Rest    
            Tokyo Disneyland walk 7 min to Maihama Station (Keiyo Line) > Shin kiba Sta (Yurakucho line)> Ikebukuro Sta ( Tobu Toyo Line) Walk 10 min to Hotel. Jpy 550 1,375.00 55.00
                 
8 27/12/2016 Brett House Akihabara 8.00 am  10.00 am Akihabara. (Electric Town)    
  Tuesday         Direction : Walk 10 min to  Ikebukuro Sta (Tobu Tojo Line) > (JR -Yamanote Line) - Akihabara Sta. JPY 350 875.00 35.00
    Akihabara Electric Town      * Electric Town near Yodobashi Akiba    
    Electric Town Asakusa     Asakusa.     
            Direction : Akihabara Sta - Tsukuba Express - Asakusa Sta. JPY 210 525.00 21.00
    Asakusa Sensoji Temple      Sensoji Temple (tempat paling murah beli Souvenir) - Asakusa Culture & Tourist Center  # Direction : Walk 7 minit    
             Makan di Tendon Soba Udon. Hanya boleh makan Tempura sahaja @ makan di Naritaya , Asakusa sensoji temple # Direction : Walk 8 minit     
    Sensoji Temple Ueno     Dr Asakusa ke Ueno .  # Direction : Asakusa > Ueno Station (Ginza Line) (170 y) (G-shock murah disini @ Takeya & Preloved shop) 425.00 17.00
    Ueno Ueno Park     Ueno Park.  # Direction : Walk 8 minit    
    Ueno Park Brett House     Back to Hotel. # Direction : Ueno Sta - Ikebukuro Sta (Yamanote Line-Platform 2) - walk 10 min to Hotel. JPY 380 950.00 38.00
                 
9 28/12/2016     11.00 am    Check Out - Brett House    
  Wed Brett House Tosho House 01.00 pm   Check In @ Tosho & Neeky Apartment (3 Days, 2 Night) 18,200.00 677.00
            Direction : Ikebukuro Station- need use Tobu-Tojo Line (local train toward Narimasu from 4 platform). Ticket ¥150. Your stop is Oyama Station (大山駅) It's 3th stop (just 5 min.) 375.00 15.00
    Tosho House Roppongi      Roppongi. Direction : Ginza Sta (Libya Line) > Roppongi (170y) - Art Triangle Museum 425.00 17.00
    Roppongi Hard Rock      Hard Rock Café Tokyo (7 min walk)    
    Hard Rock Tokyo Tower     Tokyo Tower. Direction : Roppongi (Hibiya Line)>Kamiyacho Station (170 y) 425.00 17.00
    Tokyo Tower Tosho House     Back to Hotel . Direction : From Tokyo Tower Walk 11 min to Onarimon Sta (Mita Line Platform 2) > Itabashikuyakusho Mae Sta > Walk 7 min to Hotel. (270y) 675.00 27.00
            Round to Sunshine City    
                 
10 29/12/2016 Tosho House UENO     Ueno Town - Market @  Direction :  Oyama Station  (Tobu-Tojo Line) > Ikebukuro Station (Yamanote Line) > Ueno Station. (320 yen) 800.00 32.00
  Thursday EUNO  Tokyo City     Round Tokyo City @ Direction :  Kamiyacho Station  (Hibiya Line) > Kasumigaseki Station (Marunouchi Line) > Tokyo Station. (170 yen) 425.00 17.00
    Tokyo City Ikebukuro City     Dinner @ Hotel    
                 
11 30/12/2016         Check Out @ Tosho & Neeky Apartment    
  Friday Tosho House Nippori      Nippori Textile Town - Kedai kain Tomato @ Mihama Cloth (Nippori Station)    
            Direction : Walk 8 min to Itabashikuyakushomae Sta > Sugamo Sta (Mita Line) > Nippori Sta (Yamanote Line) >Walk 7 min to Nippori Textile 850.00 33.00
    Nippori  U city Hotel     Check In @ U city Hotel Narita 6,200.00 253.00
            Direction :  Nippori Station > (Keisei Line) Keisei-Narita Sta > walk 8 min to Hotel JPY 780 1,950.00 82.00
                 
12 31/12/2016         Check Out @ U City Hotel    
  Saturday U city Hotel Narita Airport 6.00 am  6.30 am  From Hotel walk 5 min to Narita Sta - (JR Narita Line) Airport terminal 2 Sta. Jpy 200 @ Walk 9 min to Keisei-Narita Sta > (Keisei Line) Airport Terminal 2 Sta (Narita Int Airport) JPY 260 650.00 25.00
    NRT HCM 9.30 am  6.30 pm Fly to KL (Vietnam Air)    
                 
 203,778.00    8,751.00
Semoga membantu. InsyaAllah.