Saturday 24 November 2018

TRIP TO MELBOURNE - SYDNEY, DAY 7 & 8

DAY 7

Ayu gabungkan Day 7 & 8 skali, memandangkan tidak banyak tempat yang kitaorang pegi sbb baru sampai awal pagi , then lepak2 kawasan yang berdekatan je.



Kitaorang sampai Sydney Central Market around 7am. Terus ambik luggage and cuci muka. Sememangnya tidur tak sedar diri. Selesa sgt train tu. Bergambar kat station pun dah sekian, tgk jam dah pukul 830 am. Check In pukul 2pm. Mana lah nk melepak dgn luggage yg byk ni. hahaha



Tawakkal je....jalan2 sekitar kawasan, mana tahu ada kedai Halal yang boleh jadi habuan perut for Breakfast. Maka terjumpa Gloria Jeans Coffee. Melepak lah kitaorang kat situ sampai kul 11pm. tu je dapat bertahan duduk lepak dalam tu. Minum Coffee & Makan Croissant. Habis coffee beli lagi habis beli lagi. Bila Teddy dah buat perangai boring, kitaorang keluar pegi Park, tidak jauh dari Cafe. Nama Park ni Belmore Park. Dah tak tau nk lepak mana.


#Apa yang menakutkan kat sini , ramai gelandangan yang aggressive, suka hati ambil barang orang. OMG. Kitaorang stay jauh dgn diaorang, memang sgt menakutkan.


Kita orang beredar dari park tu, then berjalan menuju ke apartment, book thru Airbnb. Agak jauh sebenarnya berjalan sambil membawa batu batu besar yang tak tahu lah apa kebenda ada dalam bag baju ni. Actually dekat, memandangkan baru 1st time maka berlakulah sesat menyesat kat situ. Check in jam 2pm. Sekarang baru jam 1130am. Ayu try whatsapp owner minta check in awal. Klu rezki mana tahu dapat check in awal. Tak sangka Joshua (owner rumah) nice person. Dia bagi check in around 12am , after cleaner settle kemas studio. Melompat ar kitaorang. Nama Studio ni APX Apartment.  

Ok lah untuk 4 branak. Ada dapur masak , peti ais & mesin basuh. 

Dah check in, Ayu terus masak, lepas makan & solat Zohor, kitaorang tidur tak ingat dunia. Bangun je jam dah jam 330pm. Terus mandi solat asar then keluar. Plan nk pegi Paddy Market. 

#Paddy Market (open Wed - Sunday) Closed 6pm. 






Jarak antara APX dengan Paddy market tak jauh pun. 5 min je jalan kaki. So around 430pm kitaorang dah sampai Paddy Market. Paddy Market ni mcm Petaling Street. Mcm tak de je orang local yg meniaga semuanya muka dari China. So mcm tak best nk membeli. Just beli cap, key chain &  fridge magnet je. Pegi pasar basah , beli buah. Buah kat sini sangat fresh. 




Berjalan di sekitar Sydney City , sebelum balik bilik. Time ni Chrismas, ramai lah manusia, especially pelancong dari China. 









Lepas ke Paddy Market kitaorang round sekitar kawasan , then singgah beli barang dapur. Heaven shopping barang dapur.

Balik bilik, masak lagi for Dinner. Then layan movie, terus zzz...

DAY 8

Hari ni hari yang dinantikan. Surprise for Aria Wyshal. Dah 6 bulan Ayu berhubung dgn Stephanie Kurlow utk berjumpa & she's suggest to booking studio for 45 min class utk wyshal menari dgn nya. Alhamdulillah tak sangka dia reply msj Ayu. 

Siapa yang tak kenal beliau, Ballerina pertama dunia yang berhijab. Menjadi sumber inspirasi Wyshal & naik kan semangat Wyshal untuk menjadi Bellerina yang berjaya. (Ayu ada crita dlm blog sebelum ini MY BALLERINA - ARIA WYSHAL (PART 2))


Singgah ambik gambar , dalam perjalanan ke Paddy Market utk ambik Tram. Sebelum jumpa Stephanie di Bankstown, kitaorang singgah dulu di Sydney Fish Market utk breakfast. Kali ni breakfast makan Seafood. 


Direction : Walk 5-7min to Paddy Market (Take Tram @Dulwich Hill Station) > 10 min to Fish Market Station > Walk 6 min to Sydney Fish Market.




Excited sangat tengok Market ni. Pilih je seafood , & diaorang terus masak. Ada restaurant yang Halal. Korang boleh pilih lah nk yang mana. Satu portion pun belambak. Tak larat makan. Ayu ambik satu set utk 3 adult makan. Harga dalam AUD23 = RM75. 



Portion agak besar. Banyak ni pun dah kenyang.







Teddy dah tak layan camera. Asyik nk makan je. 



Sambil makan, sambil layan air laut. Heaven. Angin dingin je time ni. 


Entrance ke Fish Market bahagian restaurant. 



Dah isi perut, kitaorang bergerak ke Bankstown. Janji dengan Stephanie jam 2pm. Perjalanan ke BankStown mengambil masa lebih kurang 50 min)

Direction : Walk 6 min to Fish Market Station > Take Tram 21 min to Dulwich Hill Station (change train to Bankstown) > 20 min to Bankstown Station. 

Akhirnya , sampai sudah di Station Bankstown



Sampai je di Bankstown , Ayu & Abang Halim terkejut sgt2 tengok kawasan ni ramai community Muslim. Allahukhbar. Banyak Kedai makanan halal. Even KFC & MCD pun halal. Bestnya. Kalau tahu dari awal, kan bagus Ayu check in je kat Bankstown. Next time klu datang , mmg nk stay area sini lah. Best. 




Kitaorang terus melangkah mencari Bankstwon Art Centre.  Wyshal agak teruja & terkejut sebab dia mmg tak tahu yang Ayu & Abg Halim plan semua ni. Baju Ballet & kasut Ballet pun Ayu curi2 bawa. Ibu mana tak gembira melihat impian Anak tercapaikan!!!. 






After Wyshal tukar Ballet leotard, sesi menari pun bermula. Excited Abang Halim ambik video. Ayu siap beli toys utk Teddy , tak nk bagi dia kacau. hahaha. 






Settle class, kitaorang bergambar bersama, Mummy Stephanie pun datang. Mak dengan anak sama2 baik, lemah lembut je. Nice person. 

Sebelum balik ke Sydney City, Kitaorang singgah makan Pizza & jalan2 di mall yang berdekatan. Shopping skit2. hehehe. Murah2 baju kat sini. Memang best. Banyak butik2 baju muslimah kat sini. Sorry, Ayu lupa ambik gambar. hahaha







Photo ini menjadikan kenangan yg luar biasa. 

Sampai je Sydney City kitaorang round di City sampailah ke malam. hahaha. Then balik bilik, masak , mandi & solat jamak terus pengsan sampai pagi. 



Depa nk tiru hidung org dalam gambaq tu ... hahaha

Terbawa bawa sampai dalam train fesyen hidung kembang .... 












Thanks kerana sudi layan blog ayu & tengok photo2 yang tak berapa nk elok ni.