TRIP TO TOKYO - DAY 7
TOKYO DISNEY RESORT (DISNEYLAND)
Assalamualaikum semua,
Rasanya dah lama sangat tak menjenguk blog Ayu ni. Mesti orang pun boring dok tunggu2 sambungan entry belum kunjung tiba. Ayu bz sgt sekarang ni. Buat 4 kerja dalam satu masa. As a Account , PA, Admin and Mummy kepada dua budak comel tu. Banyak kan keja Ayu. Kerja ni berlarutan selama lebih dari 2 bulan tau. Sekarang, Alhamdulillah dah settle.
Alhamdulillah Allah masih memberi kekuatan untuk meneruskan hidup . Aamin.
Kali ni Ayu nk sambung entry yang berikutnya. entry ni agak simple , kerana untuk Tokyo Day 7 Ayu hanya pergi satu tempat je dari jam 10 pagi - 10 malam. Korang mesti dah dapat agak kan, klu dah begitu lama kat situ , tak lain tak bukan mestilah tempat ni bestkan !!!!
Pagi ni semua excited bangun awal sebab semalam dah termimpi-mimpi sampai tempat ni. Hari ni Ayu akan bawa dua budak comel ni ke Tokyo Disneyland. Ayu pun sangat excited. hehehe. Maklumlah baru 1st time nk pergi kat tempat ala-ala fantasy gitewwww. Best ehhhh !!!!
Tema hari ni, 3 beranak pakai colour Merah. Abang Halim tak masuk campur dalam Tema ni. 👴👴👴
#tiket ni sangat penting. Tak bawa jawabnya duduk luar pagar lah !!!
Sebelum keluar ,Ayu akan pastikan , semua dah breakfast , bekal dah sedia dan air secukupnya. Ticket Disneyland Ayu dah siap print kat Malaysia. Beli online harga agak murah , dan perlu print siap2 di Malaysia. Korang jangan dok buat suka hati nk print kat Tokyo ye. Memang tak de kedai print kat sini. hahahah.
Kalau korang tak bawa ticket & hanya tunjuk tru phone mmg tak boleh masuk. Jawabnya korang kena beli tiket baru yang harganya agak berbeza dan perlu que yang agak panjang. Korang decide lah sendiri. Sebab dah ada kes Ayu tengok sendiri depan mata tau. Kesian... Sebelum Ayu dtg sini, Ayu print siap2 dua copy, 1 copy masuk dalam handbag & 1 copy lagi ayu letak dalam file Tokyo.
Kalau korang tak bawa ticket & hanya tunjuk tru phone mmg tak boleh masuk. Jawabnya korang kena beli tiket baru yang harganya agak berbeza dan perlu que yang agak panjang. Korang decide lah sendiri. Sebab dah ada kes Ayu tengok sendiri depan mata tau. Kesian... Sebelum Ayu dtg sini, Ayu print siap2 dua copy, 1 copy masuk dalam handbag & 1 copy lagi ayu letak dalam file Tokyo.
Ni, Pintu nak menuju gate utama ke Disneyland. Korang akan jumpa 3 pintu gerbang untuk ke Disneyland dari Maihama Station.
Teddy baru bangun tidur, masih blur...
Ni kira dah nak sampai gate untuk check tiket.
Ayu & Wyshal tak lepaskan peluang untuk bergambar kat pintu utama yang ada tertulis Tokyo Disneyland. Gambar ni sebagai kenang kenangan time Wyshal & Teddy besar nanti.
KEBAIKAN BELI TICKET DISNEYLAND SECARA ONLINE
Untuk pengetahuan korang yang ada planning nk ke mana-mana Disneyland, untuk memudahkan korang , better korang beli tiket secara online. Ticket ini valid selama setahun dari tarikh pembelian. Bayaran hanya boleh dibuat dengan mengunakan credit card. Maaf, Debit card tak dapat ye !!! Make sure selepas buat bayaran , print & save slip bayaran dan entrance ticket. Jangan lupa bawa tiket masa hari penerbangan korang nanti.
#Harga ticket Disneyland ( 1 Day Passport (Full Day)):
- Adult : 7,400 yen
- Child : 4,800 yen
- ( MYR untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak - MYR 797.00)
* kanak-kanak dibawah 4 tahun - Free.
Kebaikan yang korang dapat jika korang beli online, korang akan dapat Fastpass. Fastpass ni sgt penting klu korang nk try semua permainan yang ada di dalam Disneyland sebab tanpa FastPass mungkin korang tak sempat nak main semua. Cara yang terbaik, take note ye , Ayu nak ajar ni:
- Mula je masuk , terus korang ambik MAP perjalanan. Dekat map tu ada tertera point2 yang korang nak tuju & nak lawat. Contohnya rumah pirates , Cinderella , mickey mouse , Donald duck & macam2 lagi.
- Cari point yang ada tulis FastPass (FP). Klu pergi ngan member2 @ ada cik suami , wakilkan diaorang pegi counter Fastpass untuk print ticket entrance & make sure pilih time yg tak bertembung dgn permainan yang lain. Kaunter ni tak de org jaga pun, mmg self services. Pandai2 lah korang baca instruction kat situ. Kalau tak faham juga tanya je pekerja kat situ # dgn Fastpass ni korang tak perlu nk Que panjang. Special lah sikit. Mcm layanan VVIP gitu.
- So korang juga dapat arrange masa untuk setiap permainan. Bagi budak dibwh umur 3 tahun , permainan yang extreme selalunya tak dpt masuk. Diaorang akan ukur ketinggian sebelum masuk. So terpaksa lah Ayu & abg bergilir2 jaga Teddy. Mujur ada Fastpass. Cepat & tak buang masa.
PERJALANAN KE DISNEYLAND.
Macam biasa Ayu akan berjalan kaki lebih kurang 1 km untuk ke Ikebukuro Station. Cuaca yang sejuk memang tak terasa penat berjalan. Jarak antara Ikebukuro station ke Disneyland lebih kurang 45 min menaiki train. Ayu keluar hotel dalam pukul 830 pagi. Mengikut jadual akan sampai ke Disneyland sebelum jam 10 pagi.
Direction :
From Hotel walk 15 min to Ikebukuro Sta (Marunouchi Line) > Tokyo Sta (Keiyo Line) > Maihama Sta > walk 6 min to Tokyo Disneyland. Jpy 550 (per Adult), Jpy 275 (Child)
# MYR 110.00 (return utk 2 dewasa , 1 kanak-kanak)
# Satu lagi Ayu nk pesan , make sure korang bekalkan sedikit makanan @ jajan , bawa budak ni diaorang tak berapa nk check sgt, so boleh je bawa masuk makanan kat dalam tu. Ayu byk bekalkan roti dan coklat. Air klu bekal byk2 mau bag berat mcm batu kan !!! . hahahah. So pejam mata je beli air kat dlm tu walau pun harga agak melampau. Satu lagi sesiapa yang bawa baby tu bw lah stroller ye , bekalkan baju & towel juga sbb nak stay kat situ until 10 mlm.
#Pakaian korang juga perlu selesa dan kalis sejuk , kasut perlu sesuai kerana korang memang banyak berjalan. Rugi kalau korang tak habis jalan. heheheh.
Sebelum masuk tengok kat dalam, tetiba binatang-binatang ni kuar, so berebut-rebut Wyshal dah bergambar. Pandai Wyshal, dia siap tarik tangan binatang ni ajak bergambar. Kalau malu mmg tak dpt lah. Good Girl, baby !!!
Pinocchio yang comel. Hidung dia tak panjang sgt sebab time ni dia tak banyak kelentong kot !!!. hehehe
Teddy masih blur. Apakah ???? hahahah
Mula-mula korang akan lalu kedai-kedai ni semua. Memang korang akan beli lah. Penipu lah klu korang tak singgah beli. hahaha. Teddy masih dok berangan nk beli.
Jeng-jeng -jeng ..ni lah yang Wyshal & Teddy grab sorang satu. Tengok tu kat atas kepala Wyshal tu !!! Tak rugi beli , sebab diaorang pakai sungguh.
Comel tak Teddy & Wyshal ??? hahahah
Ngam jam 10 pagi take photo ni. Depan-depan castle. Cantik sgt. !!!
Sebelum masuk dalam rumah Pirates , tangkap gambar dulu. Perlu naik boat nak masuk dalam ni. Best !!!
Tengok !!! mcm real kan ???
Qarun. Kalau betul..mau semua orang terjun ambil. hahahah
Ada Ultraman sesat dalam Disneyland ni. hahahah
Bawa Teddy & Wyshal naik train tengok manusia gua. heheheh. Tak perlu lama untuk que.
Jam 1130 am kitaorang tengok show. Korang boleh je refer dalam map tu.
Teddy betul-betul enjoy tengok !!!
Sebelum panjat pokok, tengok rumah atas pokok, bergambar dulu dengan ukiran2 kayu ni. Ni rasanya dalam cerita Pocahontas.
Tinggi juga anak tangga nak panjat ni. Tapi view kat atas ni memang cantik.
cantikkan !! ni view dari rumah atas pokok ni ..
Tengah menunggu kapal sampai. Bawa Teddy & Wyshal naik.
Dari atas kapal , nampak Toy Story character. Siap diaorang lambai lagi. Nice !!!
Laki bini selfie ...
Tengok Teddy tu. Tak nak di dukung. !!!
Kepenatan. Time ni dah pukul 1 pm. Nak bagi makan nasi tak nak. So daddy belikan original chips & air. Harga chips around RM20.Yang Teddy bawa tu chips & Pop corn.
Olaf yang Teddy bawa tu, actually olaf popcorn bucket. Setiap kali refill pop corn masuk je dalam perut olaf tu. Harga olaf tu around RM50 - RM60. Pop corn setiap kali refill RM20. Ada pelbagai flavour. Yang Teddy & Wyshal suka ialah honey & caramel. Rasanya dari Pagi sampai malam Ayu kat situ, ada kot 5, 6 kali refill pop corn.
Yehhh !!! mainan ni memang best. Rasa nak pecah perut naik ni. Mummy respect lah Wyshal, berani try. Semua benda yang extreme dia nk try. Tak rugi Mummy spend untuk Wyshal.
Kat belakang tu lah yang Wyshal naik tadi. Punyanya dia suka. Nak ajak naik banyak kali.
Menda alah ni Ayu tak naik. Sebab Teddy tak bagi. So terpaksa Abang Halim temankan Wyshal. Turun je dari sini muka Abg Halim pucat lesi. hahahaha.
Teddy setia menunggu Daddy & Kakak Wyshal.
Ada si cilik gegirl jepun ngorat Teddy. Macam jual mahal je Teddy tue !!!!
Ayu kesian tengok Teddy sebab lama sangat tunggu Daddy & Kakak, Ayu bawa dia naik kuda & elephant.
Tengok tu..Nampak kepala Teddy je !!! Elephant ni boleh terbang.
Kali ke 2 Teddy naik. hehehe.
Time ni baru pukul 430 pm. Dah maghrib. Sejuk sgt. Suhu dalam 5c.
Ayu & Wyshal naik cup yang memusing tu. Pening, nak muntah semua ada.
Que nak masuk castle. Rugi kalau tak masuk ni. Ayu pilih malam sebab Ayu sampai area ni dah malam. hahahah. Sama je malam ke siang ke.
Muka dah kembang sebab penat + sejuk beku.
Antara Lukisan yang ada dalam istana ni.
Cantik sgt dalam ni. Terus rasa nak buat rumah mcm ni bila balik Msia nanti. In sha Allah.
Kasut Cinderella.
Ayu pun nk juga. hahaha. Macam budak2.
Perarakan terakhir. Jam masih awal lagi. Baru pukul 8 pm. Tempat ni tutup pukul 1030 pm.
Sempat bawa Teddy & Wyshal masuk tempat patung2 kecik. Kadang2 tengok agak menyeramkan. macam hidup je. Teringat Film Childs Play. eeeeeeee
Nampak muka Wyshal dah penat.
Ni tempat terakhir kitaorang melawat. Maksudnya dari pagi ke petang kitaorang sempat lawat semua kawasan Disneyland. Alhamdulillah.Berbaloi dtg. Sebenarnya banyak lagi tempat yang best. Kalau Ayu nak ceritakan semuanya, mau ambik 2,3 hari blog ni.
Gambar pun banyak nak kena tengok. Apa yang Ayu nak kongsikan, memang best. Kalau korang berkesempatan bawalah anak-anak kesini, sebab Tokyo Disneyland sangat bersih dan cantik.
Tepat jam 10 pm. Ayu bergerak balik ke Hotel. Kitaorang sampai ke Hotel dalam jam 1145 pm. Sempat singgah beli kebab untuk makan lewat malam.
Thanks korang sudi membaca !!!! syg korang ketat2.
Mesti baca ni TOKYO - DAY 8
Gambar pun banyak nak kena tengok. Apa yang Ayu nak kongsikan, memang best. Kalau korang berkesempatan bawalah anak-anak kesini, sebab Tokyo Disneyland sangat bersih dan cantik.
Tepat jam 10 pm. Ayu bergerak balik ke Hotel. Kitaorang sampai ke Hotel dalam jam 1145 pm. Sempat singgah beli kebab untuk makan lewat malam.
Thanks korang sudi membaca !!!! syg korang ketat2.
Mesti baca ni TOKYO - DAY 8
Kat sini ada Itinerary. Kalau rajin boleh tengok. Haaa click kat sini TOKYO ITINERARY
No comments:
Post a Comment