Thursday 1 October 2020

BUSY JUAL BARANGAN UK & USA (IG : Ayu CL)

 Assalamualaikum Semua.

Apa khabar? dah lama Ayu tak berceloteh dalam blog ni. Sejak berjebak dengan business jual barangan dari UK dan USA ni, tak sempat nk updated Blog. 


Minat Ayu dalam dunia fashion terutamanya Handbag-handbag berclass sederhana mewah, mengajak Ayu untuk turun padang berbusines dalam dunia ni. Memandangkan Ayu ada sahabat-sahabat di sana , Ayu cuba bawa masuk bag-bag yang 100% authentic untuk dijual di Malaysia dengan harga mampu milik, dan juga dengan 2x bayaran. Niat untuk membantu sahabat2 memakai bag yang berjenama walaupun Bag itu datangnya dari Outlet dan bukannya Butik. 

Quality outlet tidaklah sebaik Butik. korang perlu faham. Dari segi jahitan , material tidaklah sedetail Butik. Kalau ada bag yang transfer dari butik, untung lah siapa yang dapat, tapi agak susah utk grab. Kerana itu harga agak jauh berbeza dengan Butik. 

Memandangkan orang di luar sana masih belum faham akan perbezaan Butik dan outlet, maka terciptalah blog ni untuk Ayu terangkan sedikit sebanyak utk fahaman korang. Contoh di JPO & GPO, quality agak similar dengan Butik, but ada sesetengah barang dari segi jahitan akan nampak ketidak kemasan. Begitu juga di USA, tetapi di USA jujur Ayu cakap quality ada rendah sedikit dari JPO & GPO. Harga promotion sentiasa berbeza- beza mengikut musim. 


Ayu nak terang sedikit lagi berkenaan hangbag ni. Ayu bagi contoh mudah COACH. COACH mmg berasal dari USA. Tapi kebanyakan Coach sekarang manufacture from Vietnam, Thailand, Indonesia , China etc. Ada sesetengah customer, bila dpt bag terus ckp fake sbb kat dalam bag tu ada tag tulis Made in Vietnam (cth). That why , sebelum korang beli dari mana2 IG , even beli dengan Ayu, make sure korang kaji dan ambil tahu perbezaan Outlet & Butik. 

Untuk barangan yang dari UK , ayu jual mcm2 barang. heheheh. Rambang mata tengok barang cantik-cantik, so Ayu try ambil yang terbaik utk jual. Kalau refer harga di sana nampak mcm murah, bila dah convert, sedih sgt rasa...Duit Malaysia huhuhu....


Ayu cuba bawa masuk barangan dari Outlet UK, antaranya Coach (top quality compare USA), Tory Burch, Long Champ, Harrods, Kurt Geiger, Gucci, Prada, Cath Kidston, Ted Baker, Furla, Primark, Portmeirion, DKNY, Hard Rock, Kate Spade, Kipling etc. Pendek kata apa yang sale semua Ayu bawa masuk. hahahah.

Ayu nk crita skit, salah satu tempat best kat sana Primark. Primark ni kalau kat sana untuk golongan bawahan dan sederhana. Harga murah tapi quality terbaik. Quality pakaian dia sama mcm kat Zara, MNG, Uniqlo malaysia. Harga pun jauh lebih murah. 


Yang bestnye Primark ni jual barangan yang Copyright Original cth Harrypotter, Disney, Barbie, Spiderman, mcm2 lagi. 100% Authentic. Memang rugi kalau tak beli. Untuk barangan Primark , Ayu ambik utk pakaian baby, budak2, dewasa, cadar, mug, bag etc.

Best sebenarnya berniaga ni, tak buang masa. Tapi tu lah Teddy & Wyshal sll tanya, kedai mummy mmg tak pernah tutup ke? hahahha. 


Perbezaan waktu Msia dgn UK & USA , menyebabkan Ayu berjaga sampai jam 1@2 pg. Tak pernah dalam hidup tidur lambat. Nak biz punya pasal terpaksalah buka mata.

 

Insyaallah, dalam masa terdekat ni Ayu akan bawa masuk brg dari Australia. Doakan business Ayu berjalan lancar ye Korang. 

Insyaallah ada Rezki Ayu sendiri akan kesana , untuk beli barang2 yang dipesan, dapat juga melawat negara orang kan, InsyaAllah.