Tuesday 11 August 2020

MANUSIA GILA MEMBELI EMAS

 


Rata-rata dah tahu dan faham tentang topik yang Ayu nk sampaikan. Sekarang ni orang dah tak takut sangat dengan covid , yang Ayu dok tengok orang takut dengan harga Emas. 

Berpusu pusu pergi kedai Emas, tanpa risau akan Covid 19. Dalam FB pun penuh wall orang juai emas. Yang jual emas tu tak pe lah, masalahnya yang dok tayang emas tu. Tak kisah nk tayang tapi kena fikir pron and cons sbb banyak keburukan dari kebaikan. 

Apa keburukan ?

Ramai khalifah di bumi ni , kehilangan sumber pendapatan , pendapatan terjejas, ada yang diberhentikan serta merta, diarah mengambil cuti tanpa gaji , potongan separuh gaji dan waktu kerja dipendekkan , semua gara-gara Covid 19. Ramai sahabat2 Ayu kehilangan kerja. Semoga korang dimurahkan rezki dan dipermudahkan urusan. 

Apabila pendapatan berkurang , berlakulah jenayah sana sini, ragut paling banyak. Risiko tak klu kita dok tayang emas yang kita pakai?

Ni terjadi depan mata Ayu sendiri. Ayu balik dr kerja singgah beli susu untuk Teddy. Time nk turun keta tu tetiba dengar sorang makcik ni menjerit minta tolong. Rupanya dia kena ragut. Peragut tu berjaya ragut Gelang tangan yang dia pakai. Patah pergelangan tangan Makcik tu. huhuhu...Scary. 

Boleh korang nk beli, tapi berpada-pada pakai di badan. Tukar-tukar setiap hari pun ok. Cuma jangan pakai skali gus skali. Kadang tu tgk pkai besaq2 pastu banyak pulak tu, tak berat ke tengkok ngan tangan hangpa wei.... 

Ayu pun antara yang gila tengok emas. Tapi tak suka yang besar2. Ayu suka yang kecil2. Kalau boleh nk pkai emas tapi tak nampk mcm emas. Haaa...gitew... ada ke ?? hahaha. 

Kalau Ayu dah start tgk Ig kedai emas, 2@3 jam pun tk sedar. sebab apa, sebab berangan nk beli. Berangan je lebih. Yang penting pasang angan2 , baru kita kuat nk saving . betul tak ?

Yang bestnye, siap menghasut orang terdekat lagi beli. Dah jd macam agen emas pulak. hahahha.

Ni ayu nk bagi petua beli emas ni. Sekarang kalau jual emas mmg laku, cuma kebanyakan kedai ni berbeza beza harga dia ambik. So klu korang nk Trade in & Jual , make sure Kedai tu ambil mahal lah. compare2 dulu, baru buat keputusan. 


Ni photo dari jauh kedai emas kawan Ayu tu. Kat Desa Pandan. Pegi lah...


Harga emas hari ni (11/8/2020) RM 290/gram.Cepat gila. Last month Ayu jumpa member yg kerja kedai emas , baru RM260/gram. Cepat sungguh. Kalau korang nk beli emas baru , korang mesti tengok harga emas semasa. Ada setengah kedai dia bg harga promosi emas rendah dari harga semasa tapi kos upah dia , dia belasah tinggi gila. Kalau korang beli juga memang rugi lah. 

Contoh, kalau harga semasa RM290/g. Kedai bagi promosi RM280/g , free upah, itu sgt untung, korang patut beli banyak2 , kalau korang duit berkepok kepok... hehehe

Bagi yang tak mampu, why not duit KWSP yang dapat every month tu korang kumpul beli emas, harga Emas skrg makin naik. bagus untuk investment. Jangan ada alasan cakap tgu harga emas turun, bila nak turun pun tak tahu lah. Percayalah tak rugi pun kalau korang beli.

Kat sini, Ayu nk share Kedai mana yang Ayu suka pergi , harga pun the best, upah free. Location kedai terletak ni Desa Pandan, Kuala Lumpur. Nama kedai ni " Kedai Tukang Emas Permata". Korang boleh jumpa kawan Ayu kat situ. Manatau dia boleh bg best price. Orang dia comel2 ala ala arab gitewww... Kalau nk tau nama ye , korang msj personal Ayu ye @ email ayu. heheheh. 

Selamat shopping Emas ye. 


Friday 7 August 2020

DUNIA ANAKKU "TEDDY" - PKP BAJU SENDAT DAN PADAT

Sesi bergambar dgn kakak wyshal. Teddy jadi model. hahaha



Teddy dah besar. Dah 6 tahun. Next year dah 7 tahun. Teddy ni anak yang penyayang, mudah simpati, mudah sedih , kuat cemburu dan sangat manja. Dia masih anggap Mummy hak dia seorang je, kakak dan daddy tak boleh share. Dia masih rasa dirinya baby kecil. Tapi si Teddy ni kurang sabar, kalau dia bercakap semua orang perlu bg tumpuan, kalau tak dia akan menjerit suh dengar. Kalau nk tegur dia perlu nada yang manja, kalau tegur dlm nada keras , dia tak dapat terima. Mungkin buat tak tahu atau akan menjawab dgn pelbagai soalan. Contoh " itu pun nak marah, skit je, benda simple mummy, boleh settle. hahahah . Kalau tegur dengan lembut dan belaian mudah je di follow. hahaha. 




 Next year dah masuk standard 1. Yang paling merisaukan & menyedihkan Ayu dan Abg Halim ialah rambut Teddy. OMG syg sgt nak potong. Masih mencari design yang sesuai untuk size kepala Teddy yang agak besar berbanding dgn kanak-kanak lain. 

This year isu covid, Teddy dapat pergi sek start Jan - Mar '20 je. After this Ayu dah tak hantar Teddy sek, Insyallah until Dec '20. Belajar dirumah je lah. Risau klu dia pergi school, byk dugaan kat luar sana. 
Registration untuk tahun 1 pun dah buat, dah berjaya masuk sek keb & sek agama. 

Sekarang kat rumah Teddy dengan dunia dia, bermain hotwheel, perang, lego dan mcm2 lagi lah. Yang paling pening kaki menyakat kakak. Kalau dia start main piano , baru best sebab tak de isu pergaduhan dan cakar mencakar kat situ. hahaha. Mummy pun tak naik hantu. 

PIANO 


Baru habis class.


Kebolehan Teddy utk mengingati chords, alhamdulillah. Teacher cakap Teddy qualified untuk menduduki exam Grade 1 dalam masa terdekat. Hampir 10-15 lagu pendek kanak2 Teddy dah dapat bermain. Tak sangka Teddy dapat faham dan cepat boleh. hehehe. Macam tak percaya.

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya" setuju sgt . Itu apa yang Ayu apply untuk Teddy. Dia mahu dan minat so Ayu follow.  Alhamdullillah dia beri sepenuh perhatian.

RAMBUT 




Isu rambut Teddy masih menjadi tanda tanya. Bagi cadangan skit rambut apa yang sesuai utk size kepala besar ni. Teddy ni dari baby size lilitan kepala besar, sebab otak dia besar dr lain , kata doc selepas scan kepala teddy. heheh. Yang penting teddy ni sihat. Dah lah lawak bodo , pantai cakap pulak.

PAKAIAN

Try baju baru. Umur Teddy 6 tahun. Pakai size baju 8 tahun. hahaha

Hahaha. Sendat tak dapat nk duduk. Baru 3 bulan PKP...Berat badan Teddy dah mencecah 27kg

Mummy dan daddy terpaksa keluar beli baju baru. Baju lama dah tak muat. Dalam 10 pasang juga lah beli hari tu. 

Tengok badan tu . Baju baru tak de , so pkai boxer je lah. Baju lama semua sendat. 




During MCO , asyik makan je. Semua baju dan seluar Teddy mmg sendat. Dah tak muat. Ketat. Badan dia naik hohohoho berkilo kilo. Asyik nak makan je. 😆😆😆 Umur 6 tahun , pakai size baju dan seluar 7@8 tahun. korang bygkan lah.