Saturday 23 December 2017

SHORT TRIP TO PENANG & SIK, KEDAH

Hai All ... Assalamualaikum

Ni just nak cerita yang simple2 je kat korang. Masa cuti Chrismas Ayu ada pegi Penang & balik kampung kat Sik, Kedah. Walau pun cuti agak pendek tapi rasa happy je balik sebab banyak perkara yang berlaku.

Dalam journey tu anak buah Abg Halim pun join. So makin meriah lah trip ni. Diaorg bersama 3 orang anak yang ada sebaya dengan Wyshal & Teddy.

Yang best je Ayu ada check in satu tempat ni. Tengok dalam gambar macam tak best , tapi bila dah sampai not bad. Disebabkan bawa anak-anak yang ramai , Ayu memilih utk check in Hotel Apartment. Yang penting nak area Tanjung Bungah. Setiap kali mai Penang tempat favourite Ayu ialah Tanjung Bungah & Batu Feringgi. Of course Ayu akan pilih Seaview.




Nak tau tak, Ayu book kat mana? Haaa..Nama hotel ni  Leisure Cove Hotel & Apartments. Hotel ni 3.5 Star. Memang sesuai sangat kalau you all nak bawa family ramai-ramai. Ayu ambik yang 2 bilik sebab 2 family kan. Yang penting SeaView. Time Ayu check sempena Chrismas. Maybe harga agak tinggi skit kot. Tapi kalau 2 bilik dengan harga RM480.00 memang agak berbaloi.




Kitaorang tak banyak masa, so hanya check in satu malam je. Ayu book tru Hotel.com. Hotel ni tak de breakfast. Its ok, sebab kedai mamak banyak kat bawah tu. Hotel memang terletak di persisiran pantai.



Awal pagi kitaorang turun mandi laut. Pastu bawa diaorg mandi swimming pool.  Round-round penang then terus balik sik. Sebab malam tu abah nk buat BBQ.






Apa yang best di Sik ni ? Actually banyak tempat yang menarik di Sik ni. Antaranya, Empangan Tasik Beris, Air Terjun Rimba Takwa, Air Terjun Lata Mengkuang, Empangan Gubir, Ulu Muda Eco Park dan banyak lagi. Daerah Sik ada daerah yang paling besar di Negeri Kedah. Kawasannya meliputi hidupan hijau yang bebas dari pencemaran. Dok sini memang sihat sokmo.

Ayu bawa my anak buah ke D'Puncak Beris Lake Resort. Tempat ni merupakan tempat penginapan ala-ala kampong. Kat sini korang boleh memancing, berkayak, bbq, kuda & burung unta pun ada di resort ini. Kedudukannya di tepi tasik, membuatkan resort ini cantik dan tenang.



Sesiapa yang dating Kedah tu, mai lah jalan-jalan Sik. Rugi kalau you all tak datang hirup udara segar bugar ni. K bye..



Tuesday 14 November 2017

VICTORIA FACELIFT, UK - The Best Treatment

Hai Semua...Semoga korang sihat2 belaka ye !!!



Ayu nak share benda best & berbaloi ngan korang ni. Bulan November adalah bulan yang Ayu paling happy dalam dunia sebab this month ialah Birthday month Ayu. hahaha. Banyaklah voucher2, free gift yang Ayu dapat. Check je email belambak free gift. Pilih & book aje. Yang bestnya ada satu free gift ni dari Victoria Facelift. Nama Ayu terpilih untuk buat satu treatment. Kalau ikutkan harga treatment ni untuk satu sesi RM580.

Nampak tak nama Ayu yang No.4 tue ?? Kata nama Ayu tapi tu nama Noor Zakiah. Kira samalah tu. hahahah

So, Ayu pun apa lagi redeemlah this voucher. Keesokannya, Ayu dapat call dari Victoria Facelift (VF). Make appointment , date , time & venue. Ayu pilih yang terdekat dengan rumah area The Garden Mall. VF Staff tu suruh bawa IC je.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Sharp Ayu sampai jam 2 pm. 1 st skali Ayu perlu isi form utk record diaorang then Beauty Consultant start checking skin Ayu. Katanya Skin Ayu ni agak sensitive, ada sedikit blackheads & wrinkle. Yup, I have eczema. Katanya product ni sesuai dengan Eczema & treatment ni akan mengurang kadar eczema. Hopefully time treatment nanti semuanya ok.  Treatment ni mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Memang sedap lah dia buat facial, siap urut bagai lagi. Siap suruh Ayu jgn stress & selalu geram kat apa2 perkara. Hahaha. Katanya ada part urat geram tu agak keras. Maksudnya Ayu selalu tahan geram. Lucu plak dengar.

Lepas facial & picit2 blackheads, dia letak mask, after mask dia letak lagi mask with cream. Ayu tak tau lah apa benda. Mask ni ada kot dia tempek & ayu kena tunggu dalam 1 jam sampai dia kering. Pastu dia letak collagen & start guna roll mesin utk firmer & younger. Memang rasa kelainan time dia massage muka dengan roll tu. Best gila. Hilang stress.

Actually ada satu (Toner). Ayu tertinggal kat umah. hehehe. Semuanya ada 3 jenis.

Dah settle letak collagen bagai , baru lah dia letak toner & moisturizer. Harum je bau. Dah siap !!!. Time nak balik tu dia bagi lagi 1 V-lift product set (travel kit). Cantik sgt. Boleh lah Ayu try. Kebetulan sekarang ni Ayu memang tengah cari product yang sesuai utk skin Ayu. Selalu muka Ayu ni lepas facial jadi gatal & merah2, tapi kali ni tak pulak. Alhamdulillah.

Mesti korang terfikirkan, staff tu tak promote ka beli package @ product diaorang ??

Of couse ada ..before balik dia suh ambik package bagai. Pandai pandailah korang layan.Memang tak lagi buat masa ni. Sebab Ayu akan try dulu utk 1@ 2 minggu this product. Kalau ok baru Ayu prefer nak ambik package tu. Sib baik dia tak push. Kalau tak mau makan penumbuk. heheh. Tapi services dia memang tip top. Ayu bagi 4 star.

The next day , muka Ayu still ok dengan this product. So masuk hari ni dah 3 hari pakai. Yehh !!! inshaallah ujung bulan ni nk beli lah product ni. Ayu pun dah survey harga product tu. Agak mahal juga tapi quantity dia banyak. Maybe boleh bertahan dalam 5@ 6 bulan.

Insyaallah , pasni Ayu akan buat treatment kat sini every 3 month. Kalau every month mau botak kepala gueee...



Oh ya !! Ayu ada check Fb VF ni. Sekarang diaorang ada buat promotion RM25 aje untuk treatment tu. Baik korang try . memang best gila. Ni link dia .. victoriafacelift promotion . Korang book dulu then tunggu staff VF call.

K bye. Semoga korang juga dapat manjakan wajah korang dengan berbaloi. hehehhe.







Thursday 2 November 2017

BUDGET MURAH & SELESA KE KRABI, THAILAND

Assalam & Salam Sejahtera.


Kat sini Ayu nk bg tip simple tentang trip Ayu ke Krabi baru- baru ni. Semoga dengan coretan ni dapat korang buat planning secara bijak , tanpa ada unsur pembaziran. Bagi yang memang tak kisah tentang budget, so tak perlu nak teruskan pembacaan korang kat bwh2 ni ye !!! hehehe. Ni yang memang nak budget tapi budget yang cukup selesa bersama anak-anak kecil. yazzzz !!!

EXPENSES ( 4 Days/3Night) 
  1. Airfare Air Asia - RM 1,300 (2 Adult + 2 Kids + Luggage 20KG + Insurances) 
     2. Accommodation - RM 940 ( 4 Days & 3 Night ,Free 2 Mocktail @ Pakasai Resort (Ao Nang)

     3. Pocket Money - RM 1,000 ( THB 8,000 - Public transport / Makan / Package / Shopping)
 
TOTAL = RM 3,240 / 4 person = RM 810/person

MY ITINERARY

DAY 1  - KLIA - KRABI
              - Krabi Airport to Pakasai Resort (Check In) ( THB 300)
              - Dinner @ Ao Nang Street (THB 460)

DAY 2 - Breakfast @Hotel
             - Round Ao Nang Beach ( Mandi laut + Cari Package)
                #Night Market Transport by Mini Van(THB 400/2 person)
                # Krabi 4 Island by SpeedBoat (THB 2200/3 person+ makan +  insurance)
             - Lunch at Ao Nang Street (THB 410)
             - Sewa Motor 5 hours (THB 150)- tak larat jalan nak blk hotel sebab jalan jauh sgt..hahaha
               Dia cakap motor tu boleh naik 4 orang. So kitaorang belasah 4 orang.
             - Night Market (open Friday to Sunday - namapun night market so buka malam aje)
             - Dinner @ Night Market (THB 260 - Memang Sedap makan sini)
             - Beli barang sikit-sikit (THB 540)
             - Lepak minum sementara tgu Van datang (THB 100)
             - Stop at Ao Nang street tgk Festival Loi Pratong
             - Balik hotel

DAY 3 - Breakfast at Hotel
            - Van Pickup # Start 4 island
            - Pranang Cave Island, Tup Island, Chicken Island & Poda Island
            - Lunch di Poda. (Tomyam Curry, Mix Vege & Chicken Wing, Halal Food, Nice Food) 
               Makanlah banyak manapun yang korang nak makan, jgn tapau bw balik sudah)
            - Back to Hotel @ 330 pm
            - Night @ Free & Easy - Jalan-Jalan Ao nang street cari makan ( THB 280)
            - Beli souvenirs ( THB 510)
            - Sewa Tut Tut balik Hotel (THB 100) tak larat nk jalan.

DAY 4 - Breakfast at Hotel
             - Check Out
             - Pick up to Krabi Airport by Mini Van (THB 300/2 person)
             - KRABI - KL (Home Sweet Home)      


TIPS KE KRABI.

Waktu yang sesuai

Mengikut history form trip advisory , bulan yang terbaik melawat krabi pada November - April. Time ni juga pelancong ramai, so harga agak mahal sedikit. Tapi cuaca time ni agak kurang untuk Krabi terima hujan. Maksudnya, cuaca baik.

Airfare

Korang perlu selalu check tru Traveloka @ direct Air Asia website. Selalu kalau nak murah setiap hari Rabu . Ayu ambik bulan July. Ada harga lagi murah mengikut waktu penerbangan. Selalu murah flight awal pagi & flight malam. Memandangkan bw anak-anak kecil Ayu terpaksa pilih time yang sesuai untuk keselesaan mereka. Tapi still murah sebab harga tiket tu termasuk luggage 20kg pegi balik & Insurance pun cover sepanjang berada di Krabi.

# Jgn Skip ambil Insurance. Insurance sgt penting. Malang tak berbau tau !!! 

Accommodation

Korang perlu study kemana korang nak pegi. Macam Ayu memang planning nak stay area Ao Nang coz area ni sangat happening & antara tempat famous di Krabi. Untuk Hotel, Ayu selalu compare price antara Booking.com, Agoda, Expedia & Hotel.com. Ayu book hotel pada bulan September. Time tu Ayu memang jatuh hati dengan dengan Pakasai Resort. Sebulan sebelum tu Ayu check memang harga satu malam mencecah RM700 satu malam. Oh apakah !!!!. Dah rasa fade up.

Tetiba on September Ayu check lagi tru Hotel.com dapat RM300 per night. Tapi booking terus kena buat full payment. Fikir punya fikir & tak sanggup nk lepaskan , Ayu terus buat full payment.




Public Transport

Sampai je di Krabi Airport, lepas keluar pintu immigration , korang tengok sebelah kanan hujung skali ada counter taxi. Yang ni services Taxi dia guna mini van. Kalau korang ambik yang sebelah dia , korang akan dapat taxi macam bus. Itu agak tak selesa. Harga untuk satu orang THB150. Ayu ambik 2 tiket je. Pekerja dia suggest ambik 2 je dah muat. ok fine. Rupanya seat dia agak besar. Balik pun korang ambik je kat area hotel ada je. Harga pun Ayu tengok sama.

Perjalanan dari Krabi Airport ke Ao Nang mengambil masa 40 min.

Package

Ada pelbagai package yang di tawarkan. Korang perlu pandai tawar menawar. Untuk Night market , Ayu ambik di counter berdekatan dengan Pakasai Resort, dia bagi THB 400 untuk 2 orang. Katanya ank2 boleh riba @ duduk sebelah, sebab seat besar.



Ada 3 Package ke Island yang di tawarkan. Ayu ambik yang bersesuaian dengan bw budak. Tak jauh sangat nak boat. 4 island lah yang Ayu pilih. Katanya dekat, bila naik boat jauh juga. hahahah. Kalau ikutkan package dalam THB 3600 included entrance fee masuk national park. Tapi tawar punya tawar, & abg tu suka tengok Teddy dia bagi cincai THB2200 ajeee termasuk entrance National Park tau..

# better korang tak yah masuk National park. Tak de apa pun. tengok hutan je. Ayu tk masuk pun. Abg halim je masuk.






Apa yang best di Krabi

* Makan - must try Banana Pancake (Nutella)
* Coconut Shake
* Thai food (Somtham, Tomyam , Oyster Beef, Ayam merah, Nasi goreng nenas, Seafood etc)
* Snorkeling diving, berjemur, mandi laut
* Massage (THB 150 - 350)







Reference

Kat bawah ni ada name card yang abg bg package murah tu. Kat sini dia ada tawarkan package makanan halal. Korang boleh keep ni as a references ok !!!


Next time Ayu nk pergi lagi untuk explore semua island especially Phi Phi ...tak puas rasa. InsyaaAllah. K bye ...



Monday 9 October 2017

SAKIT GIGI & KLINIK GIGI BEST AREA KLANG VALLEY

2 hari lepas , time nak tidur , tetiba je rasa gigi Ayu nyut nyut. Ribut tak de taufan tak de tetiba sakit gigi. Ni 1st time dalam hidup sakit gigi. Iskkk memang sakit lah. Sakit lagi dari nak beranak.

Tak tahan sangat Ayu kumur dengan ayaq garam. 2,3 kali kumur baru dapat tidur. Esok kat ofc pun masih lagi sakit gigi. Rasa nak tumbuk je semua orang dalam ofc ni. Yang Boss asyik dok buat lawak bodoh !!!

Ayu bertahan dengan active fast. Balik kerja Abg Halim beli ubat gigi Sensodyne, suh letak kat gigi yang sakit tu. Ada sedikit perubahan tapi still sakit. Masih rasa nak tumbuk orang. Esok dah tekad , kalau dah tak bengkak , Ayu nak g cabut. Apa jadi pun nk cabut. The next day, dah kurang sakit tapi masih bertahan dengan Active Fast. Settle keja ofc , terus gi clinic gigi.

Sebelum pergi Ayu ada servey2 juga clinic yang ok dekat area PJ & Old Klang Road. Mulanya nk g klinik kerajaan , bila difikirkan balik tak larat nk menunggu Ayu decide nk g private je. Mahal pun mahal lah, memang tak sanggup dok sakit ni. Ada kot dalam 10 clinic Ayu servey. Atlast Ayu decide nak pergi clinic Drs.Wong & Partners. Sebab apa Ayu pilih clinic ni , Ayu tengok Signboard dia cantik & mcm professional, hahahah. Signboard besar, Ayu tak sempat nk take photo. Then branch dia pun banyak.



Takut ni jangan cakap lah. Asyik dok p toilet je. Yang Abg Halim dok usik cakap kalau dapat Doct Pompuan kena bersedia , sebab akan sakit. Doct pompuan tak kuat nak tarik gigi. Waaaa !!! tak henti-henti Ayu berzikir .




Wahh !! cantik clinic ni. Staff dia pun agak friendly and pujuk ckp itu ini. Rasa confident skit. Equipment pun sangat bersih.Tengok doc muda lagi , lelaki. Risau juga sebab masih muda. Takut kurang experience. Alhamdulillah kerja tangan Doct ni memang terbaik. Dia check dulu semua gigi Ayu. Dia ada suggest next time dtg tampal ada satu gigi tu, yang lain semua elok.

Bius tu lah sakit skit. Cabut tak sakit pun. Selamat satu seksa. Charges pun tak mahal. Cabut gigi RM100.00 je. Ayu ada tanya juga, kalau tampal & cuci harga berapa. Same price. Wow..murah tu. Next time dating sini lah.

Nama Doct yang rawat Ayu ni ialah Doc Siew. Kat bwh ni name card dia. Dia tak de tiap2 hari. Kalau korang nak jumpa Doct muda ni , korang dtg lah hari Isnin, Rabu & Jumaat. Best gila Doct ni punya services. Lembut je & yang penting tak sakit & cepat baik.


Bila dah jatuh cinta dgn Doct ni , Ayu bawa Wyshal plak pegi cabut gigi. Pas ni sasaran Ayu ialah Abang Halim. Hahahaha. Ingat harga semua sama. Rupanya budak lagi murah. Charges yang dikena kepada Wyshal hanya RM70.00. Murahkan !!! . Wyshal pun cakap Doct ni best. Mula tu senyum memanjang. Bila Doct tengah check nangis ckp takut. Time bius tak nangis plak. Pelik betoi.
 


Klinik yang ayu pegi ni area OUG Mall. Berdepan dengan RHB Bank Old Klang Road. Kat bawah tu ada address, korang boleh call dulu tanya. Kalau nk Doct yang sama, tanya staff dia. Yang Ayu pegi ni Mega Mendung.Yang dok terpendam niat nak cabut @ cuci gigi tu , g lah jumpa doct ni. Insha Allah puas hati. Semoga coretan ni membantu korang.

Wednesday 27 September 2017

SCAM - DUNIA DAH BANYAK PENIPUAN

Salam 1 Malaysia !!!

Sekarang dunia dikejutkan dengan pelbagai SCAM. Korang tau tak apa itu SCAM. SCAM tu maksudnya penipuan. Penipuan online, tak kisahlah tru PC @ Call. Tak kisahlah dimana korang berada, apa yang korang buat , korang perlu alert dengan kes-kes penipuan. Jangan ambik mudah @ tak nak ambik tahu dengan permasaalahan ini. Tak kena batang hidung sendiri tak pe lah , kalau dah kena mau nangis sampai kering. So, lepas ni korang perlu juga ambil tahu & jaga tepi kain org.

Asbab Ayu menaip cerita Scam ini , kerana Ayu nak berkongsi pengalaman dan perkara ini berlaku depan mata Ayu sendiri. Sama-sama lah kita manfaatkan ilmu ini. In shaa Allah.

Kes ini berlaku kepada kakak sama office Ayu bekerja. Pada mulanya dia mendapat panggilan telephone dari seorang perempuan India yang kononnya bekerja di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya, Selangor. Dia menghubungi handphone beliau dengan menggunakan talian 03-7960 xxxx pada jam 9.00 am. Perempuan itu meminta beliau menghadirkan diri ke Mahkamah Seksyen pada jam 1.00 pm tanpa memberitahu  kes @ kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Apabila ditanya, perempuan tersebut menyatakan dia mempunyai warrant saman yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah, dan meminta beliau menelefon Pendakwaraya bernama  Zuria (bukan nama sebenar) dari Ismail Halim & Co. (Tel No: 03 6242 xxxx) . untuk mengetahui detail kes & berunding atas kes tersebut.

Beliau memberitahu perempuan tersebut, yang beliau akan hadir sendiri ke Mahkamah , lalu Perempuan india itu membenarkan pergi dengan syarat selepas pukul 1 pm kerana kes perbicaraan akan berlangsung selepas jam 1 pm dan memberi warrant number kepada beliau (WSS8/112). Tetapi yang menghairankan kenapa apabila di tanya kes apa yang dilakukan , perempuan itu tidak mahu memberitahu. Disitu sudah ada keraguan.

Beliau cuba menelefon pihak Mahkamah PJ , untuk mengetahui detail warrant yang diberi. Tapi pihak mahkamah memberitahu beliau warrant tersebut tidak sah (tiada dalam record). Terus Beliau menelefon pihak Telekom untuk memeriksa number pendakwaraya yang diberi, tetapi pihak telekom memberitahu no itu tidak wujud & company tersebut tidak listed dalam system telekom. Disangkakan diaorang dah tak kacau selepas itu, rupa-rupanya hari keesokkannya , awal pagi beliau mendapat lagi panggilan dari mereka.

Tapi kali ini , seorang perempuan Melayu yang menelefon beliau. Memang licik permainan mereka, mereka menelefon office , dan Ayu sendiri yang mengambil panggilan tersebut. Terus Perempuan itu kenalkan diri sebagai pekerja di Mahkamah Seksyen dan dia ingin mengetahui lebih detail latar belakang kakak ofc Ayu. Ayu terus hold panggilan dan memanggil kakak ofc.

Beliau menyambut panggilan perempuan tersebut, lalu perempuan tersebut memarahi beliau , kenapa semalam beliau tidak hadir ke Mahkamah yang dijanjikan. Perempuan itu masih mengugut beliau dan memberitahu detail alamat rumah beliau, alamat rumah mentua beliau , dan mengugut sekiranya hari ini beliau tidak hadir ke mahkamah, mereka akan meminta pihak polis datang ke office untuk menangkap beliau. Katanya jika beliau tidak hadir , account bank akan di bekukan , segala harta akan disita dan akan diistiharkan muflis.  Beliau sempat mengambil nama penuh perempuan tersebut yang menyamar sebagai ASIAH BINTI ZAID (Bukan nama sebenar) No. Pekerja : xxxx , line sambungan telephone xxxx .Bila ditanya IC No, perempuan tersebut memberi seribu alasan. Katanya sudah cukup sekadar memberi No. pekerja.

Beliau terus meletak gagang telefon dan memberitahu Ayu , perempuan itu memberi masa 20 min kepada beliau untuk menghubunginya kembali bagi memastikan perempuan  tersebut adalah staff Mahkamah. Lalu, beliau skali lagi menelefon pihak Mahkamah PJ untuk mengenal pasti staff yang bernama Asiah Bin Zaid (bukan nama sebenar)samaada wujud @ tidak. Memang benar ada staff yang bernama Asiah , tapi bukan Asiah Bin Zaid. Wahhh !!! licik permainan mereka kan. Nama staff hampir sama. Selepas 20 min, beliau tidak menelefon kembali, beliau mendapat mesej dari perempuan tersebut. Korang tengok gambar kat bawah ni :-





Ayu nasihatkan beliau, lebih baik membuat report polis, & pihak Mahkamah juga menyarankan supaya membuat report polis dengan segera atas dasar-dasar keselamatan. Beliau terus ke Balai polis untuk membuat laporan.



Menurut polis, kes seperti ini banyak berlaku, pihak polis meminta detail si penipu dan beliau memberi detail tel no & nama yang diberikan oleh si penipu. Polis juga memberitahu kes seperti ini , sering berlaku kepada orang-orang tua yang sudah pencen @ retire kerana penipu-penipu ini cuba untuk membolot duit pencen @ duit kwsp yang dikeluarkan. Kononnya surat warrant dah keluar , untuk meyelesaikan masalah diaorang perlu membayar wang service @ denda kepada pendakwaraya yang penipu ini. Begitu mudah cara diaorang menipu untuk mendapatkan wang haram. Cepat dapat dengan menipu , tapi lihatlah di akhirat kelak.

Polis juga memberitahu kes kes ni byk berlaku di kampung-kampung, kerana atuk-atuk dikampung selalunya mempunyai simpanan wang yang banyak. Mudah percaya dah risau jika diberitahu ada surat warrant & saman. Mungkin Account bank akan dibekukan , harta akan disita, siapa yang tak takut dgn ugutan sebegini.

Pengajaran dari kes ini, ringan-ringankan lah mulut korang utk memberitahu mak, ayah, atuk , nenek , pakcik makcik korang yang berada kat kampung @ mana2 lah diaorang berada supaya berjaga-jaga dengan penipu yang licik ni. Jangan mudah nk bagi personal detail kat orang.

Ok... BYEEEEEE.....



 

Tuesday 26 September 2017

TEMBIKAI ANTARA 3 RAJA BUAH (BANYAK KHASIAT YG TERSEMBUNYI)





Aisyah meriwayatkan " Rasulullah SAW memakan tembikai bersama tamar masak"

Bahkan, Anas bin Malik menyatakan dalam hadis yang bersanad lemah ertinya

"Bahawa Rasulullah SAW mengambil ruthab (kurma masak) dengan tangan kanannya & tembikai dengan tangan kirinya. Lalu Baginda memakan ruthab dengan tembikai dan ia ruthab adalah buah yang paling disukainya".

Siapa pembaca blog ayu ni yang suka makan tembikai? Tiap-tiap hari dia makan tembikai? kerap makan tembikai? badan korang rasa mcm mana? feel korang rasa mcm mana?

Dulu Ayu tak berapa suka sangat dengan Tembikai. Kerana apa? kerana kerap buang air kecil, tu lah malas nak makan. Tapi bila ada 1000 rahsia dalam buah ni , Ayu skrg penggemar tembikai, tak kisah lah kerap ke toilet pun , asalkan dapat khasiat dari sumber badan tembikai ni.


Menurut Iman As-Suyuthi, tembikai mempunyai sepuluh kebaikan termasuklah sebagai :
  • Makanan
  • Minuman
  • Bau bauan,
  • Buah buahan
  • Garam potasium
  • Meningkatkan keinginan jimak
  • Merawat penyakit dingin seks
  • Mencantikan kulit
  • Dapat membasuh perut
  • Memperbanyakan air mani 
Oleh itu, Ibnu Qayyim mengkategorikan tembikai sebagai salah satu daripada tiga raja buah termasuklah anggur & tamar masak.

Tembikai merupakan sumber yang sangat baik untuk beberapa vitamin ;

Vitamin A - bagi membantu mengekalkan kesihatan mata & antioksidan
Vitamin C - membantu menguatkan imuniti, menyembuhkan luka & mencegah kerosakkan sel
Vitamin B6 - membantu dalam fungsi otak dan menukarkan protein kepada tenaga

Tembikai juga mengandungi kepekatan likopen yang tinggi berbanding buah-buahan & sayur-sayuran yang lain. Tembikai berguna untuk menambahkan platlet darah bagi penyakit DENGGI.
Selain itu , kalau korang nak tau Buah ni juga baik untuk melawan penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Terdapat sumber kalium yang tinggi dalam tembikai. Kalium dapat membantu fungsi otot dan saraf, kekalkan keseimbangan asid-bes dalam badan & mengurangkan risiko TEKANAN DARAH TINGGI.

Ia juga kaya dengan Citrullin (Asid amino)yang berfungsi dalam membantu meningkatkan peredaran darah & kesihatan kardiovaskular dalam badan.


Tembikai juga digunakan dalam Perubatan Islam. Antaranya ialah :

1. Menghaluskan & melicinkan kulit - Tumbuk biji tembikai hingga hancur kemudian lumur pada kulit. (Biji yang kering lebih baik)

2. Bengkak  - Tampal isi tembikai pada tempat yang bengkak

3. Sakit & bengkak di atas kepala - Letak kulit tembikai di atas kepala

4. AIDS - Rebus akar pokok tembikai dengan segelas air sehingga mendidih selama 15 min. dah sejuk, korang tapis , dan minum. Amalkan selalu.

5. Anti serangan jantung - Makan isi buah tembikai berterusan

6. Menghilangkan penyakit - Memakan tembikai sebelum ambik makanan berat akan daoat memberrsihkan perut

7. Kecacingan - Tumbuk biji tembikai hingga lumat , perah airnya dan minum

8. Demam kuning-  Makan isi tembikai

9. Demam malaria - Rendam daun tembikai dalam air panas yang baru mendidih, tapis & minum ketika masih panas.

10. Bandar banyak lender/ hingus / kahak - Makan isi buah tembikai @ minum jus

11. Badan lemah / lemah tenaga fizikal - makan isi buah tembikai

12. Panas badan - makan buah tembikai & buah kurma sebelum mengambil makanan berat

13. Sakit Buah Pinggang / Buah pinggang bermasalah - Makan isi buah tembikai

14. Hati bermasalah - Tumbuk kulit buah tembikai sehingga lumat kemudian sapukan pada dada

15. Kulit muka bermasalah  - Jemur kulit tembikai hingga kering & tumbuk lumat. Buang kulit sehelai daun lidah buaya (aloe vera) & kisar sebiji timun menjadi jus & campur 2 sudu besar serbuk dan jadikan sebagai masker. Biarkan selama satu jam sebelum cuci dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

16. Sakit Mulut - Makan isi buah tembikai

17. Perut kotor - Kisar isi buah menjadi jus & minum 3 kali sehari

18. Perut sukar hadam - Makan isi tembikai & kurma sebelum sarapan

19. Bengkak pundi kencing - Makan isi tembikai

20. Rambut gugur, botak & akar rambut lemah - Tumbuk isi kulit tembikau yang berwarna putih sehingga lumat & gosak pada kulit kepala. Biar beberapa minit kemudian bilas.

21. Sistem pencernaan bermasalah - kisar isi buah tembikai & tomato dalam kuantiti yang sama banyak menjadi jus. Minum 3 kali sehari.

22. Sakit kerongkong - Makan isi tembikai

Wahhh !! banyak kan khasiat tembikai. So lepas ni sesiapa yang tak berapa suka dgn tembikai, suka suka kan lah. Insyaallah lepas ni kalau ayu rajin menaip Ayu akan share lagi ngan korang khasiat2 pemakanan lain ngan korang, ok !!! Selamat mencuba.






    

Monday 25 September 2017

JALAN - JALAN DI MITSUI OUTLET PARK ,KLIA SEPANG

Hai semua,

Hari Jumaat baru-baru ini , sempena public holiday Awal Muharram , Ayu ada bawa Wyshal & Teddy berjalan-jalan di Mitsui, KLIA. Jarak dari rumah Ayu ke Mitsui tidak lah berapa jauh , mungkin mengambil masa dalam 20 minit sahaja.


Mitsui adalah satu pusat membeli belah yang menawarkan harga yang murah berbanding di pusat-pusat lain. Barangannya 100% aunthentic. Korang yang kaki shopping tu boleh lah mai sini. Sapa rasa banyak duit & tak tau nk melabur kat mana disarankan mai  lah melabur kat sini ye !!!

MURAH SANGAT KE DI MITSUI OUTLET?

Yes. Harga di Mitsui jauh lagi murah berbanding di luar sana. Banyak butik-butik yang branded menawarkan discount yang amat berbaloi. Walaupun barangan yang dijual bukan lah barangan mengikut season & new arrival , tetapi barangan di jual mungkin barangan yang dipamerkan di butik dalam lingkungan 3-6 bulan lepas. 





Antara butik-butik yang ada di Mitsui ni seperti POLO RALPH LAUREN , AKEMIUCHI, DR MARTEN, CLARK, TIMBERLAND, COTTON ON, TOMMY HILFIGER, AIGNER, BONIA, MANGO, TOMAZ, DOCKERS, TYPO, G2000, HAVAIANAS, VERSACE, LACOSTE, PEPE JEANS, QUICK SILVER, LEVIS, GUESS, HUGO BOSS, SACOOR, SKECHERS, ESPRIT, BALLY, BROOKS BROTHERS & banyak lagi butik-butik yang best-best kat sini. Korang tengok link Mitsui ni. MITSUI OUTLET PARK, KLIA SEPANG

 
 

Kalau korang dari KLIA @ KLIA2, pihak Mitsui juga ada menyediakan Free Shuttle Bus Services.Ini memudahkan para pelancong untuk membeli barang2 yang diinginkan.
Mitsui juga ada menyediakan foodcourt , ada pelbagai jenis makanan yang disediakan , & terdapat juga restaurant lain di dalamnya.  




Di Mitsui memang harga agak berbaloi , contoh nya Levis , Jeans perempuan klu di Butik harga RM299-RM329, tapi korang boleh dapat di Mitsui ni RM190-150. Jean untuk lelaki pun lebih kurang sama dengan harga jean perempuan.


Datang sini Ayu paling suka pergi ke Dr Marten & Skechers. Harga memang berbaloi. Contoh kalau Dr Marten harga discount boleh dapat dalam 50%. Banyak tu. Siap boleh reserved lagi tau. Skechers pun sama, Ayu selalu beli kasut Teddy & Wyshal.

 
Ni dalam butik clark. Time ni, kasut budak tengah ada sales. Semua kasut budak harga RM60.

 

Bagi yang suka jenama sport korang boleh singgah butik Nike , Adidas , New Balance , Puma & etc. Harga disini boleh dikatakan heaven juga. Butik dia pun agak besar & banyak pilihan.

 
 
 


Kat sini juga ada kedai Toys murah. Sesuai kalau korang nak belikan mainan untuk anak2. Kebanyakan toy kat sini akan ada discount 20% - 70%. Yang penting korang pandai pilih.  Nama kedai tu Toy World.


\Dah penat berjalan , boleh singgah minum & makan. Mitsui ni banyak restaurant yang ada. Kalau Ayu dtg sini tempat makan yang Ayu selalu pegi ialah Food Court @ Gao Gao. Gao Gao ni menyediakan menu santai seperti Pizza & Pasta. Harga untuk sebiji mengikut jenis RM25-RM35. Served untuk 2@3 orang. Kat sini juga ada sediakan kids menu . Harga untuk kids menu RM10 termasuk juice. Quality tip top . Sedap. Nyum nyum.




 


 
 
 
Di Mitsui ni , barang yang Ayu wajib beli kalau Ayu datang sini ialah Beryl's Chocolate. Yup!!! Beryl's. Bagi Ayu , Beryl's adalah chocolate yang paling sedap & brand lain memang tak boleh lawan lah. Korang tau Beryl's ni dari mana. Tak lain tak bukan Beryl's ni buatan 100% Malaysia tau. Hebat kan!!!.

  
Teddy suka bergambar. Ni dia yang requested snape gambar dia. Layan je lah asalkan tak kacau.



Parking kat sini boleh dikatakan mahal juga lah. Kalau tak silap Ayu , RM4 setiap satu jam. Barang murah , mesti lah parking mahai.. ye dakkk !!!

Ok, pada sesiapa yang dating KL , rugi kalau tak pergi ke Mitsui, Luangkan masa korang datang sini. Kalau memang kaki shopping tu, Mitsui lah tempat yang sesuai untuk korang. Ok lah. Selamat berangan-berangan untuk Shopping di Mitsui ye !!!!