ππππππTRIP TO TOKYO - DAY 5
Assalam Semua & Salam Sejahtera,
Lama bercuti menulis blog ni , kena kuat kan semangat dan kepala otak ni untuk pulihkan kembali ingatan untuk meneruskan penulisan yang tak seberapa nak ok ni. Perangai buruk Ayu ni jenis malas nak membaca, so kadang-kadang nak create satu-satu ayat ni punyanya seksa. Satgi takut si pembaca tak faham , tak pun salah faham. Lepas ni perlu tanamkan sikap suka membaca dalam diri. In shaa Allah. Korang doakan k.
Sebelum Ayu merapu lebih panjang lagi ,rasanya belum terlambat untuk Ayu ucapkan kepada pembaca yang berbangsa cina & kawan-kawan Ayu yang berbangsa Cina , Happy Chinese New Year 2017. Semoga korang Happy & sukses selalu.
Kita sambung Trip ke Tokyo untuk hari yang ke -5. Memandang kan hari ini hari last di Kawaguchiko , perasaan sedih tu menyelubungi juga lah, sebab sayang nak tinggal tempat yang cantik ni. Lepas ni dah tak dapat nak tengok muka Mt Fuji yang cantik tu. Hari ni dia show muka dia kat kitaorang secantik-cantiknya. Hebatnya ciptaan Mu Ya Allah.
Bas ke Tokyo (Shinjuku) pada pukul 1115 am. Time check out jam 1100 am. Time nak check out tu , owner hotel yang baik hati ni, bagi beberapa keeping postcard Kawaguchiko & Mt Fuji kepada kitaorang. katanya sebagai kenang kenangan. Arigatogazaimasss !!! tu je kitaorang tau ...hahahah. Teddy pun selalu sebut word tu. hahaha. Budak comel yang lucu.
Dah check out , masih ada masa , sementara menunggu bas tiba , kitaorang ambil gambar di kawasan station. Tepat jam 1110 am bas sampai. Time ni memang ramai sangat visitor. Ramai yang que nk beli tiket tapi kebanyakkan sold out. Alhamdulillah, semalam kitaorang dah beli kalau tak akan jadi mangsa keadaan juga kot.
Tak tahu sebab kenapa Si Teddy ni menangis. Lepas bancuh susu, bagi bantal busuk , terus pengsan sampai lah ke Shinjuku station. Lega .....
Ayu sentiasa bekalkan chocolate untuk Wyshal & Teddy. Chocolate bagi diaorang energy sehari-hari berjalan. Begitu juga Ayu & Abg Halim.
Perjalanan dari Kawaguchiko ke Shinjuku station mengambil masa dalam 1 jam 45min - 2 jam. Sepanjang perjalanan Teddy tidur, Wyshal asyik dengan game & Abang Halim asyik dengan camera. Berpuluh gambar Mt Fuji Abg halim tangkap. Terlalu cantik ciptaanMu Ya Allah.
Si comelku sudah pengsan !!!! muahahaha...
Sampai di Station Shinjuku jam 110 pm. Terus kitaorang ke Shinjuku Train Station (Station berdepan dengan Station Bus). Planning pada mulanya nak drop luggage dalam locker di Shinjuku, habis satu station Abang Halim pusing, semuanya full. So, terpaksa kitaorang tukar plan. Then kitaorang terus ke penginapan untuk check in di Kita-Ikebukuro. Kali ni Ayu stay di rumah orang Canada. Namanya Brett. Isteri Brett orang local Tokyo. Ayu booked tru Airbnb. Ayu stay sini dari 24 - 28.
Harga untuk 4 malam RM945.00.
Untuk ke Rumah Brett :
Shinjuku Sta (Yamanote Line) - Ikebukuro Sta - Kita ikebukuro Sta (Tobu tojo Line) - Walk 6 min to Hotel. JPY 310
#boleh juga turun di Ikebukuro station & jalan lebih kurang 1 km. Kalau turun di Kita-Ikebukuro , berjalan hanya 400 meter tapi jalan shortcut agak susah. Hampir setengah jam kitaorang sesat cari rumah. So next time planning nak jalan kaki dari Ikebukuro station lah. Walaupun jauh , yang penting tak sesat. Musim sejuk tak rasa sangat berjalan. Exercise bagi kering sikit.
Disebabkan tak de Internet , dengan map ni lah sebagai panduan kitaorang mencari Rumah Brett. Memang agak susah. Tanya orang , cakap mcm ayam & itik. Asyik dok angguk je. hahaha. Alhamdulillah akhirnya sampai juga.
Kitaorang sampai di Rumah Brett pada jam 3.30 pm. Dah nak malam pun. Perut pun dah tersangat lapar. Rumah Brett memang cantik & luas. Dalam bilik disediakan satu katil queen, single & ada sediakan baby cot juga. Sampai je Ayu terus cari broadband untuk inform Brett yang kitaorang dah masuk rumah dia. Then minta dia explain cara guna dapur. Kebetulan kunci rumah Brett lupa tinggal kat atas table. Terpaksa menunggu cleaner Brett untuk hantar kunci rumah. Tapi services Brett memang Tip Top.
Lepas Insya kitaorang keluar jalan-jalan town Ikebukuro. Ikebukuro ni memang besar , bangunan yang agak teratur dan memudahkan kitaorang bergerak ke sana-sini. Waktu operasi kedai di Tokyo ni lebih kurang Malaysia, jam 10 malam baru tutup. So sempat lah kalau nak bershopping. Walaupun winter waktu siang lebih pendek tetapi kedai beroperasi seperti biasa 10 pagi - 10 mlm. Korang jangan risau. Kalau di Perth korang patut risau ye sbb kebanyakkan kedai akan closed pada jam 5 pm. hahahah. Mau kelam kabut nak bershopping.
Malam ni kitaorang jalan-jalan cuci mata. Ayu sempat lagi grab baju & legging uniqlo. Harga Uniqlo disini agak murah berbanding Malaysia. Sebagai contoh , legging - harga di Malaysia sekitar RM 59 -69. Tapi di Tokyo ni Ayu beli 880 yen = RM 35. So baju yang Ayu beli ni boleh lah pkai esok. hehehe. Jika pembelian 5000 yen ke atas dapat claim balik GST. Masa ayu beli tu tak sampai 5000 yen so terpaksalah bayar GST. Sedih toiii. Esok Ayu pakai nah baju tu...wait & see...hahaha
Untuk reward Wyshal & Teddy yang berkelakuan baik , Ayu & Abang Halim hadiah kan toys. Kat Ikebukuro ni nak beli mainan budak-budak atau Gundam murah boleh datang kat kedai ni. Ayu terlupa pulak nama dia (Klu ingat nanti Ayu updated). Tapi kalu dari station Ikebukuro tu korang kuar kanan (guna tangga ke Parco) lepas McDonald ada BIC Camera , then kedai tu sebelah BIC Camera. BIC Camera agak mahal berbanding kedai ni. Kedai ni memang murah sangat. Beza harga antara 200-300 yen.
Teddy agak pening nak pilih yang mana satu mainan. Berpuluh kali Teddy pusing, masih confuse nak beli apa. hahaha. semua dia nak. Atlast dia beli Bas besar & ultraman. Si Teddy yang baik, tak ambil banyak2 sebab esok katanya nak beli lagi. hahahah. Gitewwww.
Wyshal pun apa kurangnya. hahaha. Melilau pilih.
Banyak Gundam kat sini. Kepada yang peminat Gundam boleh lah datang ke sini. Harga agak berbeza dari kedai-kedai lain. Yang boleh Ayu tahu perbezaan harga sebab ada member pesan beli Gundam. Kat sini yang paling murah.
Lepas beli mainan kitaorang planning nak singgah Lawson (lebih kurang Seven Eleven) beli Apple Juice & Roti untuk breakfast pagi esok. Jalan-jalan area situ ternampak kedai LV. Saja Ayu cuci mata. Layanan dia terbaik. Walaupun Ayu sekadar cuci mata , staff dia still bagi apple juice untuk Teddy & Wyshal. Tak cukup ditambah lagi. Semua orang yang masuk di layan sama. Tidak memandang kita atas bawah. Di Kuala Lumpur kalau kita pakai ala kadar dan masuk ke kedai macam tu, dipandang jijik , dan agak risau bila kita pusing2 cuci mata. Allahuakbar. Nampak kan perbezaan attitude orang kita dengan orang Jepun. Persepsi orang Malaysia banyak bergantung kepada pandangan luaran. Ehh !!! apalah yang Ayu melalut ni. hahah... sambung lagi...
Keluar dari butik LV, terus berjalan untuk ke Lawson dan bergerak balik. Tetiba ternampak benda yang best. hehehhe. Ada lori kebab tepi jalan. Dah lah sejuk, perut ni bergendang dari tadi lagi. Lapaq jangan cakap lah. Dok berangan pada mulanya memang nk masak Maggie je bila sampai Brett house nanti. Terus senyum kat Abang Halim. heheheh. Cara Ayu mudah, sebelum ayu order Ayu akan bg salam dulu "Assalamualaikum". Bila mana si penjual menjawab salam, Ayu rasa tak was-was untuk membeli walaupun tanda Halal ada tertampal di lori tersebut. Penjual ni memang menjawab penuh salam Ayu. "Waalaikumussalam warahmatullahiwabaratuh, alhamduillah , you muslim?" .siap tanya lagi . heheheh. So jadi beli. hahaha.
Suasana malam yang agak menarik. Ramai sgt manusia berpusu-pusu di Sunshine City. Ikebukuro terkenal dengan gelaran Sunshine City. Malam ni malam masyarakat jepun menyambut Hari Natal pada yang beragama Kristian. Tetapi Nampak disekitar sini kebanyakkan bukan yang beragama kristian. Mungkin beragama nenek moyang mereka. Sebab tak ada celebrate apa-apa pun. Hanya sekelompok masyarakat sahaja yang mengenakan pakaian untuk meraikan Hari Natal.
Nak lintas jalan. Tunggu lampu hijau. hehehe. Teddy kena galas sebab asyik dok berlari je.
Muka Teddy tak puas hati sebab di paksa tangkap gambar. hahaha. Orang sejuk terketaq-ketaq, tapi dia relax je.
Tengok belakang Wyshal, ada Chrismas tree yang di hiasi dengan menggunakan lampu, just simple kan.
Ayu beli Kebab mix beef & chicken , Rice with beef & chicken. Harga setiap satu 500 yen = RM20. Total 1000 yen = RM40. Alhamdulillah , tak sabar nak jalan balik. Nak belasah kebab. Dah lah jauh nak jalan, lebih kurang 15 min juga ni. Dah sampai belasah kebab. Memang sedap. nyum nyum.
Ok korang kita sambung esok ye.
No comments:
Post a Comment