Wednesday, 21 December 2016

TOKYO - DAY 2

TRIP TO TOKYO - DAY 2

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia semua....korang sihat? Semoga korang diberi kesihatan yang baik dan dipayungi rahmat Allah. Aamin...

Ramai yang pm Ayu minta Ayu sambung cepat-cepat next extry ni. hehehe. In shaa Allah klu diizinkan & ada masa yang terluang Ayu akan habis kan secepat mungkin trip 12 hari ke Tokyo ni.

21/12/2016

Bangun dengan badan yang segar, cukup tidur , dah makan semua so masa untuk bergerak ke Kawaguchiko. Pagi ni memang tak mandi sebab cuaca sangat sejuk, 6c. Kitaorang pakai baju 3 lapis. Rasa dah mencukupi sebab bila tengok forecast suhu jam 11am - 3pm around 11-13c. Not so cold. Sebelum keluar rumah , make sure sampah dah dibuang , dan diasingkan mengikut jenis. Last skali baru selfie sikit. 😏


Teddy tengah fikir jari mana untuk buat peace , dia masih confuse. Hahaha.



Again, still confuse dengan little figures dia...






Time ni tengah sunrise. Memang cantik view dari balcony ni. Belakang Abg halim tu sunrise tu. Hehehe sengaja lindung , kang take photo nampak hitam legam. Dengan angin sejuk memang nyaman je rasa. Teddy siap ckp " Best Mummy, Siiijukkkk" 😍




Masih confuse nak buat peace... hahahhah.....Apalah Teddy ni !!!!



Muka Abg Halim bengkak sbb terkena fish dlm flight smlm. Nasib baik bawa ubat allergic.

#make sure sebelum bercuti korang sediakan ubat apa yang patut. Macam Ayu, Ayu akan bawa ubat demam, batuk , selesema dan ubat allergic. 



Muka tak mandi 👊 Ni kat bawah Studio Apartment yang kitaorang bermalam. Dah Check out just drop key kat pos box. Masa check in pun owner akan bagi email cara-cara untuk membuka pos box untuk dapatkan key. Untuk membuka pos box perlu ada password.


Laluan dari Oyama Station ke Studio Apartment. Ingat laluan basikal & jalan kaki je. Rupanya segala kenderaan lalu kat sini. Perlu betul2 alert dgn kenderaan yang datang.



Setiap kali jumpa Seven E, pasti si Teddy minta stop nak beli mainan. Teddy beli robot kecil. Harga dalam RM18 lah selepas convert. 


ele..ele..ele.. tunjuk robot dia.


Ayu sekarang berada di Oyama Station utk ambil train ke Shinjuku Station. Dari Shinjuku Ayu perlu ke Terminal Expressway Bus. Cara nk ke Terminal bas :

#Oyama Sta (Tobu-tojo Line) >  to Ikebukuro Sta (Saikyo Line Platform 1) > Shinjuku Sta > Walk 2 min to Terminal Expressway Bus. Jpy 310.



Waiting for the train. Mood Teddy baik sebab dapat robot kecik. Klu tak jangan harap nak duduk atas stroller. Sampai je Shinjuku Station terus cari Information counter untuk bertanya direction ke Shinjuku Bus Terminal. So dah dapat direction, Terus ke Terminal. Terminal Bus berdepan dengan Shinjuku Station. Korang keluar je Main entrance terus nampak bangunan besar yang tertulis Shinjuku Bus Terminal.






#Harga untuk locker di Shinjuku Station ni around 300 y - 700 y utk sehari bergantung kepada size.


Ni Shinjuku Station (Station Train), berdepan dengan station ni ada Terminal Bus.


Budak comel dua orang ni tgh menunggu mummy beli tiket bus ke Kawaguchiko. Ayu memilih untuk menaiki bas kerana tak de stop2 atau perlu pertukaran bas, klu menaiki train Ayu perlu bertukar-tukar train dan memenatkan. Perjalanan dari Shinjuku ke Kawaguchiko Station mengambil masa 1 jam 30 min.


Ayu sedang mendapatkan info tentang perjalanan ke Kawaguchiko. Pakcik counter tu suggest beli tiket 1115am. Waktu skrg jam 1110am. Lagi 5 min. Hentam je lah sbb dia kata sempat. Klu tak sempat mmg luku kepala dia. 

#Harga 4 seat untuk ke Kawaguchiko 5860 yen = RM205. Adult 1750 yen , Children 880 yen. One way ok. 1.5 jam - 2 jam je ke Kawaguchiko.

Kat Tokyo ni public transport memang mahal.
Dah settle beli tiket, kelam kabut cari bas. Ye lah ada 5 min je lagi. Bila kitaorang nampak kelam kabut , pekerja kat terminal tu pun jadi kelam kabut, dia terus dtg tengok ticket dan tolong angkat bag , terus masuk dlm bonet bas. Oic depan tu je pun bas. hahaha. Bus ke Kawaguchiko macam express bas kat malaysia, bas ni juga ada instruction dalam english.



Wyshal berselfie dengan Daddy.


View atas highway




 Ni lah Robot yang Teddy beli tu. Tak tau lah apa nama binatang ni. Sekejab je dia main , pastu tidur sampai ke Kawaguchiko Station. Alhamdulillah. Lapang dada klu si kecik ni dah tidur. Bila dia dah cukup tidur , tak lah dia meragam nanti.





Kusyuk Teddy main robot ni.




View yang sempat Ayu ambik dengan hanset murah Ayu ni sepanjang perjalanan ke Kawaguchiko.





Winter je , semua pokok jadi color coklat kan. Tapi still cantik sgt.



Akhirnya , sampai sudah ke Kawaguchiko Station. Setiap bas ada screen monitor untuk inform the next station. Walaupun dia inform secara verbal dalam bhs dia, tapi still dapat faham sbb ada tertulis kat situ.

Yang bestnya, syukur Alhamdulillah, rezeki Ayu & Family dapat tengok Mt Fuji dengan jelas. Dari jauh lagi dah nampak Mt Fuji. Bukan senang nk dapat tengok dengan jelas. Menurut orang sini, Mt fuji ni dia agak kedekut untuk tunjukan kecantikan dia , selalu mesti di lindungi awan @ kabus, Tapi hari ni, Allah izinkan kitaorang tengok kekuasaan dia. Subhanallah, indahnya ciptaan Mu. Memang cantik. Tak dapat Ayu nk luahkan dlm penulisan ni. Subhanallah memang cantik.


View dari seberang jalan Kawaguchiko station. 


Sempat lagi , Abg halim ambik time baru turun bas. Risau takut terlepas view yang cantik ni.


Teddy menghirup udara segar, sambil mulut dia mentioned " Bestkan Mummy, Sijuk jipun ni kan Mummy ???" hahaha.


Lagi photo Mt Fuji. 


Pintu Gerbang masuk ke Hotel. Sebelum Check in, selfie dulu bersama Mt Fuji. Teddy masih mencari cari untuk nk buat peace. ✌

Ayu check in di Plaza Inn Kawaguchiko dari 21-24hb. Hotel ni bagus, bersih & Klasik. Yang bestnya kedudukan Hotel ni berdepan dengan station Kawaguchiko. Ini akan memudahkan percutian korang klu korang check in disini. Ayu booking ni tru website booking.com

#Rate untuk Plaza Inn Kawaguchiko Hotel untuk 3N4D , 28,500 yen = RM1112. Rate satu malam dalam RM370. 


Tangkap lagi photo, sebab terlalu cantik kuasa Mu, Ya Allah. Lepas drop bag kat bilik, Ayu terus ke kaunter ticket untuk beli pass 2 day unlimited ride for Red line/Green Line. Bus ni org panggil Kawaguchiko Sightseeing Retro Bus.Pas ni boleh pakai utk Red & Green line Bus. 

#Harga untuk 2 day unlimited  Ride ni for Adult 1200 y , Children (age 7& Above) 600 y. Total 3000 y = RM120. Teddy mcm biasa lah FOC. hehehe



Ada kawasan-kawasan yang tertentu Bus ni stop. Korang boleh refer map yang ada di Kawaguchiko Information Counter. Map ni dapat membantu korang kemana sahaja destinasi yang korang nk lawat. Ayu memilih untuk ambik Red/Green line memandangkan jam dah pukul 3 ptg. So, esok boleh guna sehari lagi. 

#Waktu bas ni beroperasi pada jam 8.30am - 630pm



Map ni lah yang Ayu refer sepanjang 2 hari.



Belakang Ayu ni Station ye. Station ni cantik dari segi senibinanya. Ramai pelancong yang datang , mungkin time ni time school holiday. Banyak juga Ayu jumpa orang Malaysia, Singapore & Indonesia.  

Alamak ...mana kau Mt Fuji. Camera ni fokus muka Ayu plak.

2 budak comel di sini. Sedang menunggu bas yang belum kunjung tiba.



Korang jangan bosan ye tengok gambaq Ayu upload banyak sgt ni. hahahah.




Cantikkan. Cameraman ni mmg pandai tangkap gambar. Yang penting jangan kacau dia. hehehe


Excited Wyshal & Teddy tgu bas comel. 




View dari dalam bas. Sorry, Ayu lupa nk ambik gambar bas kecik molek tu.

Tempat pertama yang kitaorang tuju main redah je. Bila tgk Mt Fuji nampak makin jelas dan cantik , bas berenti je terus turun. Pas turun baru tengok map apa nama tempat yg kitaorang turun. 

Nama tempat ni Kodaki Fuji View Point. Woww tepat skali kitaorang turun. memang cantik view Mt Fuji dari sini. Sebab hari nk nak maghrib, main redah je lah. Takut lama atas bas nanti tak sempat bergambar dengan Mt Fuji. Belum tentu esok Mt Fuji akan show muka dia kan !!!!



Dah nk sunset pun. Lake Kawaguchi ni luas sangat. Tenang je air dia. Tempat ni memang bersih, udara segar & di kelilingi oleh rimbunan pokok-pokok yang cantik. Subhanallah.


Alhamdulillah, dapat juga gambar satu family. Thanks Camera. 


Ya Allah cantiknya engkau Mt Fuji.


 Rugi tak bergambar dengan Mt Fuji yang cantik ni.

Sorry Abg Halim, Bini awak tak pandai sgt pegang camera, hahaha. Maka keluarlah gambar mcm ni. Oklah kira nampak juga gunung tu.



Teddy berlari turun naik. "Best ..lari laju, Mummy". Dia tak tau, klu jatuh mau hidung hilang.


Sunset


Sempat berborak dan bergambar bersama pelancong dari Philippine. Nice person.

#Lepas dah puas bergambar, tetiba je nampak bas lalu, kelam kabut lari kejar bas. Nasib baik sempat. Dah tak tanya dah, betul ke tak bas tu, main naik je. Sib baik betul, Kalau tak buat malu je kena halau turun. Dah naik dalam 5 min, dari jauh nampak view cantik. Bas ada stop. Kita orang turun lagi. hahahah..memang gile bergambar. 

Dah turun bas , baru tahu tempat ni apa. Kawaguchiko Natural Living Center. Kat sini klu musim spring lagi cantik. Sebab banyak bunga. Sekarang semua pokok jadi color coklat sbb sejuk. Macam kitalah, klu sejuk mesti nampak bibir2 biru je kan. 




Again, gambar cantik Mt Fuji.


Cantik sgt. Masa ni dah nk gelap. Jam dah menunjukan pukul 445 pm.



3 beranak. Ntahlah kenapa wyshal & Teddy suka sgt gaya buka tangan ni. 


Tiga beranak yang tak sempat posing.





Nak selfie dgn Mt Fuji , tak nampak lah pulak.


Teddy hilang entah kemana. 


Teddy & Wyshal yang poyo. hehehe




Sibuk Si Teddy ni nk tengok gambar comel dia. Siap tanya lagi " Adik comel kan, Daddy ???"




Sempat juga curi-curi tangkap. Klu si Teddy & Wyshal perasan ni mau muncung sampai esok.


Dah penat bergambar & hari pun dah makin gelap, jalan dah sunyi , bas sampai jam 630 pm je, kitaorang terus balik hotel. Sebelum balik hotel singgah dulu Seven E , beli nasi dan roti, Juice & Ice Cream. Harga Nasi dalam RM5 , roti RM6 & Ice cream tu tak silap Ayu dalam RM4. Memang sedap ice cream ni, tambah-tambah makan dalam cuaca sejuk. Heaven !!!! Banyak kedai2 24jam yang ada di sekitar Kawaguchiko Station seperti Seven E & Lawson.

#Untuk nasi , Ayu minta Seven E panaskan terlebih dahulu, memandangkan hotel yang Ayu stay tidak menyediakan microwave. Untuk lauk , Ayu rendam dengan air panas je. Senangkan!!! Brahim lah yang paling senang. Just rendam 8-10 min then buka dan makan.   




#Mesti korang terfikirkan , Halal ke apa yang Ayu beli ni. Ok utk pengetahuan korang semua ni Ayu telah merujuk kepada Fb "melancong ke Jepun" . Kat sini diaorang dah senaraikan makanan apa yang halal di beli oleh orang muslim. So sebelum Ayu pergi Ayu dah siap2 print screen dan save dlm phone. Bila sampai je sana, masuk je kedai terus buka hp & cari makanan yang disenaraikan. Mudahkan !!!!



Yehh , dah sampai hotel. Ni depan Hotel yang Ayu stay. Good Night semua.Nak tdo. Penat. Esok banyak lagi tempat nk pegi ni. 

Kita sambung ye TOKYO - DAY 3

Kalau nak tengok Tokyo Itinerary click sini TOKYO ITINERARY



No comments:

Post a Comment