Thursday, 29 December 2016

TOKYO - DAY 10

TOKYO - DAY 10

Pagi ni kitaorang agak santai , tak perlu nak rushing , hari ni Ayu hanya nak pergi Ueno & Tokyo City. Dah 2 hari berfikir , Ayu dah buat keputusan nak beli apa di Ueno. Lagipun cousin Ayu ada pesan beli Jam Baby-G. Hari ni juga Ayu nak beli buah tangan utk family & kawan2 di Malaysia.

Cuaca pagi ni agak sejuk lebih kurang 11c. Pagi ni Ayu bangun jam 10 pagi. Ajak Wyshal turun ke Mini Market bawah. Mini market hanya berdepan dengan services studio apartment yang kitaorang tinggal (Tosho & Neeky House (AIRBNB).100% Ayu rekemen kat korang stay disini. Especially yang bawa anak2 kecil. Memang cukup selesa.




 Tokyo ni yang best, buahan-buahan & ikan, masih segar & harga pun murah. Kat sini Ayu paling suka beli grape, Apple & Orange. Boleh dikatakan setiap hari beli buah. Hari ni Ayu beli udang, grape , pear, ikan & sayur campur , apple juice. Heaven juga masakan hari ni. Nak makan puas-puas. Grape & pear, Ayu beli lebih sebab nk buat bekalan time berjalan nanti.


Ni view dari rumah. kat bawah ni lah mini market yang Ayu cakap murah tu. Semua completed dalam ni.




Selepas makan, kitaorang bersiap untuk berjalan. Jam 1pm kitaorang bergerak dari Apartment menuju ke Station.

UENO   

Direction :  Oyama Station  (Tobu-Tojo Line) > Ikebukuro Station (Yamanote Line) > Ueno Station. (320 yen)

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 28minit. Tempat pertama yang Ayu singgah ialah beli Green Tea Ice Cream. Sedap sangat. Sejuk-sejuk lagi heaven makan Ice Cream tau. Wyshal & Teddy ambil Milk Ice Cream. Ayu ambil Green Tea & Abg Halim nak share. Katanya takut tak best. Tapi rasa ice cream ni mmg terbaik. Teringat kat Ice Cream ni bila tgh tulis blog ni. Ni korang punya pasal lah ni, bg ayu ingat kembali. hahaha. mau tak lena tidur malam ni.




#Kalau korang nk rasa Ice Cream ni , skrg ada jual kat Mid Valley , nama kedai tu Family Mart, tak silap Ayu level 2 tepi pintu masuk laluan nk pegi ke KTM station. Korang boleh try.

Lepas lepak makan ice cream, Ayu terus ke Ameyoko Ueno Market. Ayu repeat beli sotong kering. Beli lagi 6 packet, nak bawa balik Malaysia. Then, pergi kedai Gundam, Abg Halim nk beli utk kawan. Separuh dah beli di Ikebukuro. Kalau korang nk beli Gundam better beli di Ikebukuro. Harga agak berbeza dari tempat lain (Tokyo).




Settle berjalan sambil makan buah, Ayu ada ternampak kedai tanda masjid tapi tak de logo halal. Beriyani. Ayu pun naik, benda pertama Ayu tanya ialah ada daging lembu. Tapi sygnya dia tak de jual daging lembu . Hanya kambing & ayam sahaja. Yang Ayu pelik kedai dia lambang kubah masjid tapi dalam kedai dia ada patung sembahyang. Memang sah-sah tak halal. Turun dengan perasaan hampa.





Tak pe , singgah je family mart, Ayu beli biskut, roti & air sebagai alas perut kalau Wyshal & Teddy nk makan nanti. Kat sini mmg best barang preloved. Rasa nak gila dibuatnya. Ada juga Ayu grab.hehehe.

Lepas beli brg yang diidamkan , Ayu terus ke satu kedai untuk beli jam G-shock.




Harga yang tertera tu harga belum discount & belum tolak GST. Memang berbaloi murah.. Kalau utk buah tangan korang beli brand Casio & Citizen pun dah kira class dah. Harga jangan cakap lah. Untuk Casio dalam RM15-RM100.


TOKYO CITY

Direction :  Kamiyacho Station  (Hibiya Line) > Kasumigaseki Station (Marunouchi Line) > Tokyo Station. (170 yen)

Dari Euno kitaorang melangkah terus ke station. Excited nak ke Tokyo City, kerana kebanyakkan Blog2 yang Ayu baca tak de yang menceritakan Tokyo City. Kenapa ye !!! adakah mungkin diaorang sudah tahu yang Tokyo city tidak ada apa2 yang nak di lawat.

Keluar je dari Tokyo Station  alangkah terkejutnya Ayu & Abg Halim, betapa cantiknya suasana malam ni sini. Tidak ada deretan kedai , hanya office semata-semata. Bangunan yg mencakar langit , manusia pun ntah ke mana, cukup lengang, persekitaran yang cukup bersih. Gah rasa duduk di bawah bangunan yang klasik & modern, memang cantik. Eh !Banyak plak Ayu melalut. hahaha.




 Mungkin semua dah balik kerja. Baru Ayu tahu Tokyo City hanya tempat diaorang bekerja, dan luar Tokyo City tempat diaorang berhibur. City Tokyo adalah pusat pentadbiran Negara Jepun. Inilah yang dikatakan Negara Maju. Sistem pentadbiran terancang & teratur.  Kitaorang berjalan hampir 1km untuk melihat kawasan sekitar mana tahu ada terjumpa restaurant fast food @ restaurant halal. Memang di Tokyo City tidak ada kedai. hahahah. Lepas bergambar terus ke Ikebukuro.



Sampai je di Ikebukuro, ayu rasa better masak lagi best makan, singgah family mart , ayu beli telur , sayur dan udang. Lagi pun bukan juah nak berjalan dari station ke tempat penginapan. Sampai je rumah terus ayu masak. lagi best makan dari beli di luar. hehhehe.

Esok adalah hari terakhir Ayu di Bandar Tokyo. Ikuti perjalanan Ayu seterusnya ye. Salam sayang semua !!!TOKYO - DAY 11 & 12

Itinerary ada sini. Korang click je sini TOKYO ITINERARY

No comments:

Post a Comment