Wednesday 30 September 2015

PERCUTIAN KE PERTH - DAY 6


Perth - Day 6

Hari ni hari terakhir kami di Albany. Sedih sgt. Macam nak stay lama je..
Persiapan telah dibuat sebelum check out. Klu lupa barang mmg tak patah balik dah. hehehe.. so, persiapan rapi perlu ok. Bag, bekal dan brg2 baby dah siap kemas. Yang paling utama ialah brg baby. Bawa baby kecil ni yg paling penting susu lah kan.  Untuk 13 hari ayu di Perth ni ayu bawa susu Adeq 5 kotak. Sbb si kecik ni mmg kuat menyusu.

#Nasihat Ayu, kpd sesiapa yg nk ke Perth bersama baby kecil, bekal lah susu secukupnya kerana tak byk susu yg ada di Msia wujud di Perth ni. hahhaha..susu byk di perth, tp byk susu utk family.

Hari ni kami akan berangkat ke Margaret River. Sebelum meneruskan perjalanan ke Margaret River, kami akan habis kan lawatan di Albany seperti mana yg tercatat dalam jadual. Hari ni, kami bercadang akan ke EYRE PARK, ALBANY HILL (PRINCESS ROYAL HARBOUR / THE NATIONAL ANZAC CENTRE), MIDDLETON BEACH & ROUND ALBANY CITY. 

Sebelum check out perlu pastikan bilik kemas, sampah di buang , klu tak anda akan dikenakan extra charges ok. Make sure semuanya bersih. Jam dah menunjukan pukul 10pg. Bawa anak2 ni nak cepat pun jd lmbat. So planning is very important & make sure u all mesti pandai uruskan masa.

MIDDLETON BEACH

Lepas je Check Out, kami terus ke Middleton Beach. Jarak antara Albany Holiday Unit dgn Middleton just 500m. Dekat je. Singgah di puncak bukit tgk Middleton Beach. Kami tak pun jln dipersisiran sbb baru je mandi laut di Perth hari tu kan. Ni view dr atas puncak. Suhu waktu ni mencecah 10c..sgt sejuk. tp si Adeq ni mcm relaks je.














Cantikkan permandangan kat sini!!! yang bestnye sejuk. hahahhaa...Ayu paling suka sejuk dan udara yg bersih...Rasa sht je. Next Destination Princess Royal Harbour. Lebih kurang 3 km dr Middleton Beach ni. Tak jauh pun. Semua nye dekat je dgn Albany Holiday Units.

PRINCESS ROYAL HARBOUR / NATIONAL ANZAC CENTRE

Princess Royal Harbour is a part of King George Sound on the South Coast Western Australia, and harbour to Albany.On its northern shore is the Port of Albany. The first European to explor the waters was George Vancouver in September 1791, he named the harbour after Her Royal Highness Princess Charlotte Augusta Matilda. The Entrance is called "Atatürk Entrance".The harbour was less than two metres deep until it was dredged in 1901,and its entrance was dredged in 1952. The Princess Royal Harbour was the departure location for a large convoy of Australian troops in November 1914.


The National Anzac Centre is dedicated solely to honouring the Anzacs of the First World War. Set within Albany Heritage Park, Western Australia, the Centre offers visitors a deeply personal connection with the Anzac legend revealed through interactive multimedia displays, unique artefacts, rare images and film, and audio commentary.

Nak belanja skit gambar2 di Princess Royal & ANZAC Centre ni. Kedua dua tempat ni mmg dalam satu kawasan . Masuk percuma & Parking pun percuma. Don't worry k.  Sorry gambar Adeq tak de sebab time ni dia tido, sian Adeq tak de gambar.
















hahaha...suka hati je pinjam topi security tue....mana mata wyshal oiiii???


rasanye blkg ni fortress kot...tak tau lah cari tak jumpa pun signboard dia..Tp mmg tak leh masuk. tgk kat luar je




Ingat masa zaman belum ada anak...sll ar tangkap gambar mcm ni :-) 




yeh!!! hampir sejam di sini... pas ni kami akan ke Eyre Park. Sampai je Eyre Park pusing2 mcm tak de apa pun. mcm taman tasik titiwangsa je. so tak jd brenti lah. tgk dr dlm keta je. Sebelum memulakan perjalanan yg jauh ni kami round lagi di Albany City. Ada tempat2 yg belum singgah. Singgah pun utk take photo sbb Pekan Cowboy yg cantik rugi plak tak take photo.

ALBANY CITY (COWBOY TOWN)


















kat bawah tu laut ...nampak tak?? pekan ni kecik je...turun je bukit albany city je terus jumpa laut..laut tu ada whale tau..tak boleh mandi..nnt kena ngup..




Building tepi kerusi tu utk pameran lukisan time. Ni tgh tgu cik hubby lah..Layan je lah minat dia ..hehehe




Ni tempat Parking yang memisahkan jalan kiri dah kanan. Parking ni kat tgh2.  Parking Free.




Jom kita mulakan perjalanan  ke Margaret River. Kali ni kami menggunakan jalan yang lain pulak. Hari tu masa dtg Albany kami melalui Albany Highway dr Perth City. Tapi skrg kami menggunakan jalan yg cukup venture.  Perjalanan mengambil  masa 4-5 jam (370km) melalui State Route 102.  Ditepi- tepi jalan hanya nampak semak samun, hutan tebal , ladang ternakan dan bukit bakau.

Wlupun jalan hutan, tapi jaringan jalan yg baik , tidak ada lopak@ lubang , melancarkn perjalanan kami anak beranak. Kamu bertolak lebih kurang jam 12tgh hari. Planning kami akan sampai di Margaret River lebih kurang jam 5 ptg sebelum senja. Takut wei...jalan hutan. Memang tak nampak rumah org pun. Hanya ada Kangaroo melintas je. Klu kat Malaysia Lembu melintas, klu kat sini Kangaroo melintas. Macam comel je signboard Kangaroo Melintas. hehehhe...Ayu lupa nak take photo sighnboard tu...

Terpegun dengan kebersihan ladang. Macam mana lah diaorg jaga sampai mcm ni skali. Memang rajin lah org sini.


  Patut lah ada Lagu "A MC Donald Have a Farm". mmg sesuai lagu tu dgn mat-mat saleh kat sini.






Perjalanan tanpa henti selama 2 jam , so perut pun dah berkeroncong. Planing kami akan singgah di mana2 kawasan tepi jalan yang ada sediakan tempat duduk. Selalunya kami akan singgah di pekan pekan kecil, kerana agak selamat. Kami akan singgah di Manjimup. Dalam perjalanan kami ternampak di tepi jalan ada pondok kecil yg menyediakan kerusi dan meja serta toilet kecil. Kami pun singgah di situ utk lunch. Lunch ayu dah bekalkan - ayu masak di Albany Holiday Unit. Simple menu, porridge utk adik, ayam goreng, sayur campur dan telor goreng. Jus buah and fruits yg paling penting. 

Paling bestnye anak2 Ayu ni mmg vege. So klu bw kemana2 pun senang. Alhamdulillah.






Sempat lagi Cik Hubby dok tangkap gambar bunga ni..!!!


Yang tak best nye makan kat sini, gagak byk..gagak-gagak kat sini agak liar..mmg makan dalam ketakutan !!! hahahhah belasah je lah Labu..sbb lapar sgt..akur ..



Makan simple2 pn best..Time ni suhu 19c. still sejuk. tapi utk wyshal & Adeq mcm biasa je. Pas makan kami meneruskan perjalanan. Masih panjang lagi perjalanan kami. Lebih kurang 3 jam lagi dr Manjimup.

Dalam perjalanan kami terpegun dengan kecantikan semulajadi tempat ni "Nannup". Bukit bakau yg cantik, Subhanallah. Ladang yang cantik, sayu mata memantang. Mmg dah geram sgt, Ayu paksa hubby stop kereta sbb nak bergambar. hahahha. Mulanya hubby tak setuju sbb kwsn hutan kan ..tp atas desakan , akhirnye....teng teng teng ....






 Time ni tangkap gambar, tetiba je Farmer tu lalu naik jeep. lain mcm je dia tgk kitaorg..naik cuak juga..erk..









 cara lembu ni tgk ..mcm nak makan cik hubby je...marah rasanya dok p ambik gambar dia..


Tu bukan salji ye ..hahaha..capture dr dlm keta..cermin keta kotor dgn binatang2 kecil hutan..

Alhamdulillah kami pun sampai di Pekan Nannup. Jalan di Nannup mmg tak dpt laju sbb jalan jln berbukit bakau sgt bahaya. Kami terpaksa kurangkan kelajuan. Hopefully tak lah lewat sgt sampai di destinasi. Jalan di dalam hutan mmg menakutkan kerana bw anak2. Singgah sekejab di pekan Nannup utk settlekan adik. Adik kebocoran. hehehe..

Sempat lagi ambik gambar di Nannup Town.



Perjalanan dr Nannup ke Margaret lebih kurang 1 jam lagi (71km). 



Cik Hubby singgah di tengah2 hutan utk pump tenaga..hahaha. Biasalahkan lelaki. Time ni dah lambat . Jam dah menunjukkan pukul 530ptg. Dah nak maghrib ni.

Sampai di Margaret kami terus ke tempat penginapan. Malam ni kami akan tidur di dlm kontena. hehehe..pengalaman baru. Sebelum sampai Ayu dah call pihak hotel yg kami akan late check In. Urusan disini sgt simple dan senang berurusan. Kami akan bermalam di Riverview Tourist Park.

RIVERVIEW TOURIST PARK.

Kami sampai di Riverview Tourist Park tepat jam 615ptg. Lepas check in kami pun masuk kontena. Hehehe..cantik sgt kawasan kat sini. Kami disini hanya satu malam. Sbb kat sini tak byk kwsn yg nak dilihat. Yang bestnye ialah Cape Leeuwin Lighthouse. Cost penginapan kami utk satu malam AUD105. Korang convert lah sendiri ye..hehehhe..Ayu dah byr siap2 kat Msia. Senang, tak yh fikir dah.


Di depan Cabin yg comel....Alhamdulillah sampai juga kami di Margaret River



Dalam Cabin. 


  Studio size. 

Bilik ni tk disedia kan dapur utk memasak. Tapi Ayu dah bw multi cooker kan..pergi mana2 pun senang. Malam ni just makan maggie je. Lagi pun nasi putih masih ada yang balance tadi. Masih elok. Simple maggie sup sayur. Tak kenyang juga belasah Bread yg dibeli masa 1st Day kat Albany. Buah pun masih byk. Mmg ayu beli stock buah & sayur byk sbb Wyshal & Adeq suka. 

Kat Riverview Tourist Park ni mmg tempat org camping dan penyinggahan Caraven. Klu tgk, kat belakang Kontena ayu ni mmg byk Caraven. Rasanya si Cameraman kita lupa nak take photo. 
Dah kenyang, Wyshal & Adeq tidur awal, may b penat perjalanan jauh td. Cik Hubby g cuci baju. Kat sini ada sediakan self service laundry. Harga utk wash AUD4 & dryer AUD3. 

Ok, kita sambung entri berikutnya. Perth - Day 7.
Good Night All.