TRIP TO TOKYO - DAY 8
- AKIHABARA (GUNDAM CAFE & ELECTRIC TOWN)
- ASAKUSA (SENSOJI TEMPLE)
- ASAKUSA (SENSOJI TEMPLE)
- UENO (JAM G-SHOCK MURAH & PRELOVED)
Assalam semua,
Rasanya dah hampir 4 bulan Ayu tak menjenguk blog ni. Ayu dah terima banyak email dari pembaca minta ayu settlekan untuk rujukan mereka. Ayu minta maaf ye semua. Ni ayu nk sambung balik. Kena refresh balik otak ni, sbb dah lama sgt berlalu. Pasni kena cepat2 habiskan. In shaa Allah.
Hari yang ke 8 ni agak best berjalan sebab dapat tengok brg2 electric & barang2 murah yg selalu di perkatakan oleh blogger2 lain. Tujuan utama Ayu hari ni nk cari jam G-Shock. Dengaq kata jam G-Shock kat Japan , harga adalah heaven sgt. Betoi ka ???.
Hari ni kitaorang keluar agak lambat sebab semalam sehari suntuk bermain di Disneyland. Memang setiap hari lambat pun. hahaha. Susah nk maintain masa dengan anak-anak kecil ni. Perlu tunggu diaorang bangun tidur baru dapat gerak. Kalau kejutkan diaorang pasti akan mengamuk , tidur yang cukup baru senang nak handle ketika berjalan nanti. Betul tak ??. So, kalau korang travel dengan budak di bawah umur 9 tahun , perlu jaga quality tidur diaorang tau. Jangan ikut mata korang. Mata korang macam Panda pun still ok !!!.
Hari ni Ayu masak heavy sikit , nasi + sup sayur telur + pajeri nenas + telur dadar. Simple tapi sedap. Bertambah-tambah makan sebab ada kuih pajeri buatan Brahim. Korang kalau g travel bawalah kuah pajeri Brahim ni , confirm bangkit selera korang. Nenas dalam tin ada jual di Seven Eleven @ family mart. Don't worry lah.
Dah settle makan , kitaorang pun bergerak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. kitaorang keluar around 1 pm .Dah nak masuk Asar. Buat jamak siap-siap masa solat zohor. Tempat pertama kitaorang nak tuju adalah Akihabara (Electric Town).
Sebelum tu, Ayu singgah di Family Mart utk beli Juice Apple & Abang Halim yang tadi tak sempat makan , boleh plak dia melepak kat sini untuk makan. hahaha.
Tunggu Abg Halim settle merokok. hmmmm..
#kat sini, klu nak merokok ada certain-certain tempat ye. Korang kena cari. Jangan suka hati nak hisap rokok je. Kang kena tangkap tak balik Malaysia. Padan Muka hangpa !!!
AKIHABARA (ELECTRIC TOWN)
Direction form Brett House : Walk 15 min to Ikebukuro Sta (Tobu Tojo Line) > (JR -Yamanote Line) - Akihabara Sta. JPY 300
Dari pintu keluar Akihabara Station , korang akan nampak bangunan yang tersergam indah. Memang cantik lah.Keluar station je korang akan Nampak Gundam Café. Sesiapa yang peminat Gundam , patut masuk & rasai café ni. Rasa mcm dok dalam dunia robot. Ayu pada mulanya nak masuk tapi ramai sgt que. Malas plak rasa. Sekadar minum coffee pun dah ok kan. Time Ayu sampai ni angin kuat sgt, tak tahu kenapa , tetiba je, cepat2 lari masuk dalam bangunan. Dah ok baru start berayau-rayau.
Kedai yang best yang patut korang try Yodobashi Akiba. Kat dalam tu macam-macam barang electric ada. Harga memang murah, especially gadget. Tapi Ayu tak berapa berminat sangat dengan gadget2 ni. Just tengok2 je. Ada lah beli cable phone , powerbank & ear phone. Wyshal pula rembat stationery. Teddy biasalah beli toys lah.
Tapi yang tak bestnya Handphone kat sini kalau beli pun tak dapat guna kat Malaysia. Kalau korang nak beli handphone kat Tokyo ni , perlu tanya staff yang mana satu handphone yang boleh digunakan di Malaysia. Diaorang akan show kat korang brand2 yang boleh digunakan di luar Japan. In shaa Allah. Tapi I-phone memang tak boleh. Geram je tgk harga dia. Memang over murah uuuu. Contoh I-phone5 around RM5++.
Dah lah borak pasal ni, kita ke next destination plak.
ASAKUSA
Direction : Akihabara Sta - Tsukuba Express - Asakusa Sta. JPY 210
Dah sampai Asasuka ni. Jadi apa yang ada di Asakusa ini? Antara place of interest, sudah tentulah Sensoji temple. Di Sensoji temple ini, terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati/cenderamata. Hasil dari pemantauan Ayu , Asakusa adalah tempat yang paling murah kalau nak beli souvenir. Ayu plan nak beli souvenirs kat sini je lah. Tak payah nak susah2 cari tempat lain nanti.
Turun je train terus cari direction ke Sensoji Temple. Dalam 7 min jugalah korang perlu berjalan dari station nak ke Sensoji Temple tu. Dalam dok jalan-jalan , Ayu mencari-cari juga kedai yang halal. Perut macam lapar je. krik krik krik.
Asakusa ni memang Nice place. Tempat dia macam satu perkampungan zaman Jepun lama. Cantik sangat. Korang mesti datang sini kalau sampai ke Tokyo. Ayu sampai sini hari dah gelap. Cahaya lampu sepanjang jalan menampakkan kawasan ini makin tersergam indah. Manusia berpusu-pusu datang melawat Asakusa.
Muka pun dah Nampak bengkak, sebab kesejukan yang amat sangat. Hari dah nak gelap , suhu pun makin tahap beku.
Muka pun dah Nampak bengkak, sebab kesejukan yang amat sangat. Hari dah nak gelap , suhu pun makin tahap beku.
Banyak juga photo yang ayu ambil. Rugi kalau tak ambil untuk kenang kenangan. Apa yang best di sini, orang-orang jepun (peniaga) , kalau dia tahu kita seorang muslim dia akan suggest kita & tunjukkan kita makanan yang Halal untuk kita beli. Ada sesetengah makanan yang dijual , plastik luar ada label Halal.
Ni tempat kegemaran para pelancong ambik gambar. Ayu tak lepas peluang bergambar kat bwh tanglong besar ni.
Dari sini dapat lihat Tokyo Sky tree. So tak perlu kot nk pegi tgk Tokyo sky tree lagi kan. Just pegi tengok Tokyo Tower je lah esok.
Souvenirs kat sini boleh dikatakan murah compare tempat lain di Tokyo ni. Murah cara Tokyo lah. Kalau convert, memang mahal ya amat. Tak sanggup nk beli banyak. Korang bayangkan 1 keychain yang jual kat KLCC RM18 kat sini RM35-40. Mahal ke tak? Korang fikir fikirkan lah. Paling murah pun RM15 satu. Tapi tak cantik sangat. Ayu beli based on budget. Ayu ada beli biskut beras. Memang sedap. Harga satu bungkus RM20. Beli bawa balik Malaysia sebagai buah tangan.
Dari sini dapat lihat Tokyo Sky tree. So tak perlu kot nk pegi tgk Tokyo sky tree lagi kan. Just pegi tengok Tokyo Tower je lah esok.
Souvenirs kat sini boleh dikatakan murah compare tempat lain di Tokyo ni. Murah cara Tokyo lah. Kalau convert, memang mahal ya amat. Tak sanggup nk beli banyak. Korang bayangkan 1 keychain yang jual kat KLCC RM18 kat sini RM35-40. Mahal ke tak? Korang fikir fikirkan lah. Paling murah pun RM15 satu. Tapi tak cantik sangat. Ayu beli based on budget. Ayu ada beli biskut beras. Memang sedap. Harga satu bungkus RM20. Beli bawa balik Malaysia sebagai buah tangan.
Sebelum balik, ada singgah beli kuih goreng. Banyak student muslim yang beli kuih goreng , & mengatakan boleh dimakan & tidak ada unsur bahan-bahan haram di gunakan. Mulanya kitaorang beli 6 biji je sebab takut tak sedap. Bila dah makan mak aiii sedap sangat. Dimakan panas2 , time tu pula tengah menggigil kesejukan , dapat makanan yang panas memang awesome. Abg Halim beli tambah lagi 8 biji. Untuk alas perut sementara nak cari tempat makan.
Dah kenyang , puas bergambar & jalan-jalan kitaorang terus ke Station Asakusa. Next destination ialah UENO.
UENO
Direction : Asakusa > Ueno Station (Ginza Line) (170 y) (G-shock murah disini @ Takeya)
Jarak dari Asakusa dengan Ueno agak dekat. Tidak perlu mengambil masa yang begitu lama. Walaupun hari dah gelap tapi jam di tangan masih awal. Tujuan utama Ayu ke Ueno adalah untuk mencari & survey jam G-Shock & jenama yang seangkatan dengannya.
Sampai je di Ueno station terus je bergerak mengikut signboard ke Ueno Town. Dalam 5 min menapak utk sampai ke jalan besar. Memang meriah disini. Banyak deretan kedai-kedai yang menjual jam tangan & handbag. Contoh jenama Jam yang dijual sudah tentu made in Japan (Casio (G-Shock & Baby G), Q&Q, Seiko , Citizen & pelbagai lagi). Dijual dengan harga jauh lebih murah dari Malaysia. Memang berbaloi . Pada mulanya kitaorang berjalan di kawasan pasar. Pelbagai barang ada dijual. Harga boleh tahan mahal tapi quality barangan kat sini memang Tip Top. Disini, kita boleh tawar menawar. Asalkan korang pandai ambik hati peniaga. Apa susah senyum n tekan calculator je. Hahahah.
Preloved Handbag mmg belambak-lambak. Kena pandai cari dan tawar menawar je. Better korang survey dulu , then dah dpt terbaik baru decide. Rajin lah jalan skit. Antara brand yang banyak Preloved seperti LV, Gucci , Prada, Coach, Chanel etc. Harga berbaloi & quality terbaik. Kebanyakan condition kat sini 7/10 - 9/10. Ada juga like new. Tak salah pun pkai yg perloved. Yang penting original kan. Tahan lama & dah tahu kualitinya. Balik Malaysia boleh jual balik. hahaha.
Benda pertama yang Ayu beli ialah Sotong kering. Memang sedap sangat. 2 packet 1000 yen. Tapi uncle ni bagi free satu packet. Ayu beli 4 packet then dia bagi 6 packet. 5 packet sotong & 1 packet tuna.
Untuk pengetahuan korang , kat sini mmg best shopping jam G shock. Beza harga antara sini & Tanah Air ku dalam lingkungan Rm100-200. Tapi Ayu belum beli, coz Ayu nk survey kat tempat lain lagi. Oh ya !! Sesiapa yang penggemar bag Longchamp , kat sini banyak sgt. Original ok. Murah sgt. Harga around 9k yen - 15k yen.
Dah penat survey , Ayu ajak Abg Halim balik, sbb tak tahan tengok semua cantik. Pening dah pilih, baik balik. Tak gitu !!!. "Kesian laki aku ikut pi mai pi mai atlast tak beli pun." Semasa dok jalan tu hanya buah yang menjadi alas kitaorang. Sambil2 tu ada juga tengok kedai-kedai yang ada tanda halal. Susah sgt nk cari , Ayu terus rujuk tru handphone , restaurant2 yang ada jual makanan yang halal.
Banyak blog-blog orang muslim menyatakan LOTTERIA (Restaurant Fast food) menu "Shrimp Burger" boleh di makan oleh org muslim. Mata Ayu , Abg Halim & Wyshal liar je mencari Lotteria. Hahaaha. Jalan depan skit , yeh dah jumpa. Di tepi jalan besar. Satu set untuk Shrimp burger, fries & coke only 750 yen. Ayu try beli 2 set coz nk try boleh terima tekak @ tak. Untuk 2 set 1500 yen ( RM60). Burger sedap , fries pun besar & fresh. Yang penting perut kenyang.
Settle makan, kita orang bergerak untuk balik ke Hotel. Ayu balik dengan tangan kosong , tapi dalam otak ayu ada pelbagai benda nk beli. Bagi masa untuk berfikir. hehehe.
# Direction : Ueno Sta - Otsuka Sta (Yamanote Line-Platform 2) - walk 17 min to Hotel. JPY 380
No comments:
Post a Comment