Tuesday, 20 December 2016

TOKYO - DAY 1



TRIP TO TOKYO ,JAPAN - DAY 1

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia..



Ayu baru je sampai Malaysia dan dah masuk keja. Back to the normal routine. Banyak terima msj dari kawan-kawan yang mengikuti kisah perjalanan Ayu , dan minta cepat-cepat Ayu menulis blog perjalanan Ayu sepanjang Ayu di Tokyo. In shaa Allah, Ayu akan cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua.

Semua yang requested nak ayu ceritakan mengenai expenses Ayu kat sana, di sini tiada niat nak takabbur @ nk menunjuk-nunjuk , tapi atas permintaan ramai dan nak memudahkan urusan kawan-kawan yang teringin & ada keinginan untuk bercuti ke Tokyo , diaorg minta Ayu ceritakan secara detail & terperinci dari A to Z.

Perjalanan Ayu kali ni hanya bermain dalam Tokyo je selama 12 hari. Dari 19 Dec-31 Dec. Ayu hanya memilih Tokyo kerana trip Ayu bersama anak-anak kecil, 2 tahun & 7 tahun. Ayu tak nak diaorg rasa tertekan dengan perjalanan di negara Matahari terbit, tambah-tambah lagi pada waktu Winter. In Shaa Allah next trip Ayu akan cover Osaka , Kyoto & Hokkaido. Doakan ye korang.

19/12/2016

Flight Ayu pada hari Isnin 19/12/2016 jam 850 pm @KLIA & sampai di Ho Chi Min pada jam 950 pm waktu Vietnam (1050 pm waktu Malaysia). Berangkat ke Tokyo pada jam 545 am. Dalam 6 jam transit. Ayu memilih Vietnam Airline kerana harga tidak terlalu mahal & yang penting services dia Tip Top , lebih kurang mcm Malaysia Airline. Ada luggage 30kg setiap seorang. Ayu book ticket pada Februari lepas. Dekat setahun juga lah. Harga untuk 2 Adult & 2 Children ialah RM3+++.

#Korang klu nk pergi mana-mana better book awal , selalu syarikat airline akan buat promotion pada awal Februari - ujung March. Time tu memang murah sbb dalam masa yang sama ada Matta Fair. Tahun ni Matta Fair pada 17-19 March 2017.Sometime tak perlu pergi Matta Fair pun sebab time tu harga ticket mmg jatuh. hehehe. Kena selalu check lah.

Dekat KLIA before check in

Makanan dlm Vietnam Airline 

#Make sure after make booking korang perlu requested Muslim Meal ok. Cara nk requested korang just email dan inform booking number ke email Vietnam Airline (helpdesk.my@vietnamairlines.com)  Ayu requested kedua-dua penerbangan pergi dan blk KL- Ho Chi Minh - Narita. Then masa dalam flight pun mesti double confirm dgn anak kapal yang diaorg serve tu Muslim Meal. 

Dah nama pun naik Vietnam Air kan , so diaorang mesti minta kita transit kat tempat diaorang dulu , nak suh tengok airport diaorang kan !!!! Ayu pilih untuk transit di Ho Chi Minh sbb duration transit agak pendek. Time pegi lama skit tgu tapi time balik kelam kabut sbb pendek sangat. Sampai je Ho Chi Minh , Ayu mencari gate untuk ke Narita, dekat Gate banyak kerusi yang di sediakan. Kerusi pun agak selesa untuk tidur. Dah buat mcm katil. Yang bestnya diaorang akan switch off lampu di ruang menunggu so dapat lah tidur dengan tenang.



Untuk pengetahuan korang currency yang digunakan di Ho Chi Minh airport ialah currency USD. Diaorang juga terima duit diaorg (DONG). Tapi harga kat Airport ni mmg mahal sgt. Coffee USD4 , Juice USD3.6. Korang convert lah sendiri. Air panas & drinking water di sediakan. Boleh cari dekat area antara Elevator dan escalator. Don't worry.


@ Ho Chi Minh Airport - waiting for transfer to Narita.

20/12/2016

Alhamdulillah , perjalanan yang memakan masa 6 jam, akhirnya Ayu & Family selamat sampai di Narita Airport. Ayu sampai dlm jam 130 pm waktu Japan. Dalam flight dari Ho Chi Minh - Narita, pihak Vietnam Air akan menyediakan selimut dan bantal untuk keselesaan penumpang. Di sediakan makanan dan minuman. Yang bestnya lepas makan je anak-anak kapal akan switch off lampu dan minta kita tutup window, semua penumpang dapat tidur dengan selesa. Time penerbangan pergi , flight tu tak de TV di setiap seat , hanya TV disediakan diatas je, diaorang yang control channel, Tapi flight balik ada TV di sediakan di setiap seat. Yang bestnya ank-ank Ayu ni bukannya nk tdo ..diaorg nk main. Adoiii. Kebetulan ada stewardess ni bagi puzzle & buku kat diaorang, main punya main, bila lampu buka ja, mak aii punyanya mcm tongkang pecah. Hai lah anak !!!!! Layanan Vietnam Air memang terbaik ☺


Tengah isi borang clerance custom. Kena declare semua. 
Lepas ambiL luggage, Kena melalui custom and perlu buat clearance. Tapi alhamdulillah , bila custom tu tengok kitaorang bawa anak-anak kecil , langsung dia tak check bag kitaorang. Pergi dengan hati yang berbunga-bunga. Bukan apa Ayu takut juga sebab Ayu bawa product yang berunsurkan daging. Takut je tak lepas. heheheh. 

Dah settle ,terus check suhu di luar , yehhhh 7c. memang sejuk ni. So keluarkan thermal, cepat2 salinkan baju Teddy & Wyshal. Setiap seorang memakai 4 lapisan. Thermal wear + Tshirt +Knit  + Winter Jacket. Dah settle semua,

Yehhhh !!! Dah sampai Japan !!! Tengok Wyshal tu amboi mcm orang besar...
Ayu terus ke kaunter Keisei Line untuk beli ticket ke Nippori Station. Kaunter tu ada kat bawah level arrival. Dari Nippori station Ayu perlu naik train ke Ikebukuro Station dan tukar train ke Oyama Station. Badan kena kuat sebab banyak bag nk angkut ni, dengan anak lagi. hahahaha. Ayu memilih ticket Ordinary sbb kitaorang tak rushing sgt. Perjalanan dalam 80 min. Ada train yang laju lagi tapi harga pun boleh tahan lah. Korang boleh pilih mana yang korang mampu hehehe. Tempat tinggal Ayu mlm ni di  Oyamahigashicho.  Harga dari Narita Airport ke Nippori Station untuk Adult 1030 yen & Children half price 515 yen, utk Teddy foc. Total 3 beranak 2575 yen = RM100.50.


Beza antara Adult & Children- ada cop biru mcm sayap tu. hehehe.

Lepas beli ticket Keisei Line, Ayu ke JR East Travel Services Center sbb nak beli Suica Card untuk di gunakan sepanjang berada di Tokyo. JR East Travel Services Center hanya sebelah Keisei Information Counter.

Ok, Suica Card ni mcm Touch & Go. Actually, dia boleh dibeli di mesin tapi disebabkan Wyshal ni masih budak kecil , so Ayu terpaksa beli di counter. Diaorg minta Ayu tunjukan Wyshal punya passport baru diaorg release. Kad Suica ni suka hati koranglah nk top up berapa pun. Klu banyak jalan top up banyak sikit. Ayu based on budget. So untuk adult Ayu top up 6000 yen setiap seorang dan untuk Wyshal pula 3000 yen. Total untuk Suica Card 15000 yen. Tambang bagi children adalah 50% daripada tambang dewasa. Korang darablah sendiri dengan 0.039 (latest rate).
Kalau balance dah kurang , korang boleh top up di mesin je. Setiap station menyediakan mesin top up semula.


Budak dua orang ni menunggu Mummy mendapatkan informasi.

Bila dah dapat detail information, Ayu bergerak menaiki train. Masa tu jam dah pukul 330 pm. Dah nk maghrib pun. Maghrib jam 4.40 pm. Perlu minta info awal2 sbb orang jepun ni banyak yang tak berapa pandai speaking. Nanti macam Ayam dengan Itik plak. Pakat dok lawan tunduk. hahaha..Kat bawah tu , yang Teddy buat ala-ala Ultraman tu , dalam train on the way nak ke Nippori Station. 




Ultraman sesat dalam train. 


Masing-masing muka dah penat . Tgu mata nk lelap je. Time ni rasa bawa bag mcm bawa batu.




Sampai je Nippori Station , kitaorang akan tukar JR train (Yamanote Line) ke Ikebukuro Station. Then dari Ikebukuro Station, ambil Tobu Tojo Line ke Oyama Station. Dari Ikebukuro ke Oyama Station dalam 10 min je. Tambang dari Nippori Station ke Oyama Station , 800 y = RM32.00.
Add caption



Family Mart ni berdepan dengan Oyama Station.

Keluar je Oyama Station, nampak Family Mart depan mata, terus je serbu. Dahaga air ni jangan ckp lah sbb galas batu kan tadi. hahahah. Ayu pun apalagi tengok-tengoklah gambar snek yang halal untuk dibeli. Alhamdulillah ada pun. Biskut & Coklat.

Cookies tu mmg terbaik. Harga 185 yen= RM7.20. Chocolate tu harga 285 yen =RM12. Mineral water agak mahal lebih kurang RM5 sebotol kecil. Teddy suka minum Apple Juice, so setiap hari Ayu akan bekalkan Teddy dgn Apple Juice. Harga dalam RM8.

#sorry, lupa nk take photo Apple Juice yang Teddy suka. 😆








Tengok makcik tua tu ..kuat lagi kayuh basikal. Majoriti Orang jepun ni jadikan basikal kenderaan utama mereka. Ok lah suhu sejuk bawa basikal. Kalau kat Malaysia mau basah ketiak. 






Pas ni nak jalan lagi , nak g cari studio apartment yang kitaorang check in tu, hanya bergantung kepada google map yg Ayu print dari Malaysia semata-semata. Menurut Pakcik google hanya perlu berjalan dalam 450 meter je dari Oyama Station ni .

Alhamdulillah, kitaorang sampai kat tempat penginapan dalam jam 7.30 pm.Dah Insya pun. Untuk kiblat , Ayu hanya menggunakan kompas dan waktu solat just search internet je. Setiap penginapan yang Ayu stay memang menyediakan free wifi dan dapat bawa kemana-mana sahaja. Yang penting jaga baik-baik jangan bg hilang. Kalau tak denda 20,000 yen ooooo. 

Ayu booked ni tru Airbnb. Owner dia nama Tosho & Neeky. Owner ni best sebab memang orang jepan dan  fast respond. Studio apartment dia cantik , bersih, selesa dan view dia agak menarik. Ayu bermalam kat sini hanya semalam je. Esok pagi dah nk gerak ke Kawaguchiko. Then akan kembali stay di sini pada 28hb - 30hb.

Masa Ayu booked. rental 1 night agak murah , RM321. Rumah ni ada kitchen , peralatan memasak dan toiletries semua disediakan. Cuma korang perlu samak terlebih dahulu sebelum menggunakan alatan memasak. 

Sebelum Ayu guna alatan memasak  , Ayu samak terlebih dahulu. Ayu samak dengan menggunakan sabun Taharah yang dibawa dari Malaysia. 

Yang bestnya, mangkuk tandas dia memang selesa kot klu duduk time winter, rasa suam je, klu korang tersalah set mau terbakaq korang punya, hahaha, tab mandi pun jenis tab mandi duduk , kecik je. Luculah tapi comel sgt.  


# Ingat ye , watt electric kat sini tak sekuat Malaysia, Korang jangan hairan , klu korang spin, baju korang dok rasa basah lagi, jgn dok spin banyak kali kan hancoq baju korang. Setengah mesin ada dryer , tapi mesin yang ni tak de dryer. Semua instruction dalam bahasa Jepun, Susah sungguh laaa nk translate balik. Caranya , Ayu akan email Tosho untuk maklumat detail. :-)









Ni antara photo yang Ayu sempat ambik. Dah sampai & explore setiap umah , Ayu pun start masak. Masak apa yang di bawa dari Malaysia. Malam ni makan nasi bersama Ayam masak merah Brahim. nyum nyum !!!! 

Malam ni tidur sgt nyenyak , sejuk jgn cakap lah , siap pasang heater, sebelum tidur Teddy & Wyshal layan Youtube sampai tertidur. Semua tidur tak sedar diri. Lagi pun check out esok jam 11am, so tak lah rushing sgt. Biar Teddy & Wyshal rehat secukupnya untuk mendapatkan energy. 😆

Sambung TOKYO - DAY 2

Nak tau Tokyo Itinerary tengok sini...TOKYO ITINERARY...
 




No comments:

Post a Comment