Thursday, 22 December 2016

TOKYO - DAY 3




TRIP TO TOKYO - DAY 3

Hari ni, hari last Ayu guna service Kawaguchiko Sightseeing Retro Bus. Sebenarnya hari ni banyak juga tempat yang nak pergi tapi sayang hujan dari pagi sampai ke petang. Mt Fuji pun tak nampak. Hanya nampak badan je. Mt Fuji diselaputi oleh awan & kabus yang tebal.

Syukur sgt, semalam dapat tengok kau Fuji. Hopefully esok dapat tengok kau balik. Selepas breakfast & semua dah ready kitaorang pun ke Station untuk memulakan perjalanan. Tapi hari masih hujan. Kitaorang redah je. Jam time tu dah pukul 1030 am.


Gambar ni dah bersiap-siap nak keluar. Perangai Teddy yang menyakitkan hati bila je semua dah siap , then nk keluar je, mesti dia akan cakap nk berak. Adoiiii ..mau tak sakit hati. Setiap hari mcm tu. Klu kat Malaysia ok satu lapis baju je. Ni berlapis-lapis baju nk buka. Bukan senang nk pasang semua fir-fit kat dalam. 

Cuma yang bagusnya, dia membuang time kat hotel, klu membuang time jalan lagi ar. # Pesanan Ayu kat korang yang bawa baby kecil, make sure bekalkan wipe tissue semasa berjalan ye, sebab kat toilet tak de air. Klu ada pun jenis tekan butang terus pancut melalui lubang mangkuk jamban tu, susah klu nk basuh bontot budak kecik, mau jatuh dalam lubang jamban nanti. kang haquuuuu nanti...








Ni kat dalam station , saja masuk sementara menunggu bas sampai. Sambil tu beli souvenir. Mahal juga, harga keychain setiap satu around RM16. 

Sementara menunggu bas. Hujan masih renyai-renyai.

On the planning, 1st destination nak pergi tempat yang ada bumbung sebab hujan. 😅 So Ayu & Abg decide nak pergi Kawaguchiko Museum of Art.



Untuk ke Museum ni , Ayu perlu ambik Red Line. Dan akan turun di point Museum of Art berdekatan dengan Music Forest Museum. Tapi kitaorang still inform driver bus minta dia stop kat tempat yang kitaorang nk pergi sbb tak faham bila dia announce dlm bhs diaorang. Bila dah sampai dia panggil kitaorang dan bgtau "go, go". Kitaorang pun jawablah " Arigatogozaimasssss". Itu je yang tau pun. hahahah.


Hujan masih turun dan agak lebat, tapi hujan kat sini , air hujan dia tak rasa mcm hujan, lembut je rasa air hujan sini, halus. Ingat dah turun snow. Selalunya di Kawaguchiko ni snow akan turun early Jan. Time tu memang nampak putih je semua.

Berjalan kaki ke Museum of Art. Lebih kurang 300 meter dari bus stop.


Cantik sangat tempat ni. Banyak photo & video yang di ambil. Tak dapat Ayu nk share semua ngan korang. In shaa Allah jika di beri kesempatan Ayu akan upload dalam Fb Ayu. Korang boleh add Ayu as your friend, itupun klu korang nk jadi member Ayu. hahaha. My fb name : AYUCHELAH

Tapi menurut owner Hotel yang Ayu stay ni, last year snow turun awal , mid of Dec dah ada. Mesti bestkan, nampak putih je.

Kitaorang tersalah jalan, masuk salah lorong, tapi sempat lagi berposing. Teddy minta daddy dia take photo dia. Wow bukan senang dia nk bergambar. Siap tanya lagi " Comel tak adik, Daddy??". Perasan budak jepoon ni !!!!

Tengok, signboard tunjuk arrow ke situ 👈..yang kitaorang ke situ 👉👉..hahahah..


Kita orang cepat-cepat lari masuk ke Museum of Art. Sebenarnya Ayu tak minat sangat pergi tempat2 mcm ni , tapi di sebabkan Abg Halim ni mmg orang seni so layan je lah. Ayu just duduk lepak kat area reception je, diaorang ada sediakan kerusi menunggu. Abang halim dan anak-anak je masuk.

#Bayaran masuk untuk Adult ialah 800 yen & untuk Children FOC.


Anak-anak ikut minat daddy. hehehe. Dua beradik ni memang minat lukis. Perangai pun sebijik mcm daddy. Hampir 2 jam kitaorang kat sini , sementara menunggu hujan berenti.Kat ruang legar ada jual souvenir. Macam-macam ada, kain sutera, scaft sutera, jewelry box , hasil kraf tangan masyarakat jepun dan mcm2 lagi. Abang Halim ada beli postcard dan jewelry box sebagai kenang kenangan.

(Abang halim dengan dunianya. hahaha.)


Tunggu punya tunggu , dengan harapan hujan akan berenti tapi masih lagi hujan. Kitaorang decide nak teruskan je perjalanan wlupun perlu redah hujan. Payung tak ada , sib baik kitaorang pakai winter jacket yang ada hood. hehehe.
Dah keluar dari Museum tu, hujan makin lebat, kat luar ada satu pondok, tepi museum ni ada park, so kitaorang berteduh dulu kat pondok ni sambil makan maggie goreng yang ayu bekal tadi. Sejuk2 ni perut pun cepat lapar.


Taman yang kita orang lepak ni memang cantik. Adik & Wyshal excited nak main hujan. Bagi je lah , rasa mcm hujan kat sini selamat je sebab halus2 rintikan hujan dia.

👆haa...budak comey ni lah yang suka berak tu... hahaha...

Si Mummy sibuk ajak diaorang bergambar. Rugi kalau tak bergambar kan. Hanya dengan gambar je dapat berbicara nanti time diaorang dah besar. betul tak korang ???
Ni idea Wyshal, suruh tangkap gambar buka tangan. Apa motif pun Ayu kurang pasti !!! hahaha. Hentam je lah labu.

Dengan asyik bergambar, tiba-tiba bas lalu , terkejar-kejar 4 branak ni , sebab dah hampir satu jam menunggu kat pondok tu, redah je lah walaupun masih hujan. Planning kali ni nk stop dekat Lake Kawaguchiko Pleasure Cruise "En. Soleil" Mt Kachi Kachi Ropeway.

Kawaguchiko Museum of Art.

View dari atas yang di capture oleh Abang Halim.

Kat sini pintu masuk Kawaguchiko Ropeway. Susah sgt nk take photo 4 beranak. Tetambah si Teddy tu. Macam-macam ragam
.Ada 2 jenis tiket yang boleh korang pilih samaada memilih untuk menaiki Ropeway sahaja @ menaiki Ropeway ada cruise. Memandang hari pun hujan, Mt fuji pun tak nmpak , ayu decide just ambik ropeway je.

#Harga untuk Ropeway = Adult 800 yen (round trip) & Children 450 yen. Tiket perlu dibeli melalui mesin tiket yang disediakan. 
Don't worry, ada instruction dalam English.
Ni gambar Wyshal dalam Ropeway.

Time nak naik tu Teddy tidur dgn nyenyaknya. memang tak sedar langsung lah. Mungkin penat kot berlari main hujan tadi. Naik pun time hujan , so view tak berapa cantik sangat. tapi tak kan lepaskan peluang untuk bergambar. Jarak perjalanan menaiki Ropeway tak jauh pun. Dalam 10 minit je.
Sementara menunggu Ropeway sampai. Sempat lagi kitaorang bergambar .
Teddy masih melayan mimpi-mimpi indah..Siiijukk Mummy kat Jiiipuuunn..Tak leh blah ayat Teddy ni !!!

View dari atas.

Sampai puncak , Teddy bangun. kat puncak ada kedai jual souvenir, makanan & minuman. harga agak mahal berbanding kedai kat bawah. Teddy agak kacau nk mainan, rasa tak berbaloi beli sebab harga mahal.

Ajak Teddy tengok patung Rabbit yang dijadikan hiasan kat situ. So, sibuk bermain dengan patung-patung tu , mainan tadi pun dia dah lupa. hehehe. Terkena jerat Teddy ni. Teddy tengah bercakap dengan patung-patung tu. hahaha. Tak tahulah apa yang diborakkannya. Lucu budak kecik ni.

Hoitt Teddy !! patung tu tak hidup lah... hahhaah

Teddy masih pelik. Masih dalam dunia fantasi. hahaha.. siap tepuk-tepuk Rabbit tu.😆.

Masih lagi confuse. Siap pujuk lagi...cakap Rabbit ringan je...jgn nangis. !!! hahaha.

Ajak Teddy ke belakang ada diaorang sediakan tempat duduk dan ada vending machine utk ice cream & air. Kat sebelah mesin ni ada mesin Telur. Apa lagi suka lah Wyshal & Teddy ada mesin telur mainan tu. Korang tau tak apa maksud Ayu mesin telur ?? hahahah.. setiap hari Wyshal & Teddy mesti dapatkan sebiji telur sehari. huhuhu. mau botak kepala.

Ada banyak jenis telur, ada kecik & ada besar. Harga berbeza-beza. Telur cantik mesti mahal kan. hahaha. Aippppp jgn fikir kelain arrrr..ni telur mainan. Bukan telur tu tu tu !!! apalah korang ni.. 😉

Yang bestnya bila Ayu tengok Vending machine yang jual ice cream tu ada ice cream yang halal, apalagi terus beli 2 kotak. hahaha. Then Abg Halim biasa lah one cup of coffee. No creamer coz tak sure creamer dia halal or not. Boleh tahan sedap ice cream ni. Makan sejuk-sejuk pulak mmg best. Harga ice cream ni 150 yen. Lebih kurang RM 6. Tengah makan & layan Teddy & Wyshal main mainan dari telur, ada satu family cina ni tegur kitaorang. "Orang Malaysia?". Rupanya diaorang pun Cina Malaysia. Orang Cheras, dekat je ngan Ayu klu kat KL ni. hehehe.

Borak punya borak , dtg lagi satu group tapi diaorang dari Singapore. Muslim Singapore. Diaorang day trip ke Kawaguchiko, dgn harapan dapat tgk Mt Fuji, tapi sygnya hujan dari pagi sampai petang. Nampak kesedihan dari raut wajah diaorang. Member dari Malaysia ni pun baru sampai pagi ni di Kawaguchiko , tapi diaorang stay satu mlm dengan harapan esok dapat tengok Mt Fuji. Masih lagi berborak, bertanya hala tuju untuk esok. Destinasi yang sama diaorang akan pergi, dapat sewa teksi sekali. Rezeki, save sikit. Bukan save skit lah cikk oiiii, save banyak tu. hahaha. So make appoinment siap2. Jam 830am tunggu di Station Kawaguchiko.

Kat atas ini memang best klu nk tengok view kawaguchiko. Walaupun cuaca tak berapa baik tapi still nampak cantik view dia.

Teddy dengan dunianya !! Abaikan Teddy

View dari atas bumbung kedai souvenirs ni .
Settle melawat kawasan sekeliling & bergambar, kitaorang turun untuk ke Next destination. Memandangkan jam sudah hampir pukul 345 pm, Ayu decide nak ke destinasi yang tidak berapa jauh. Destinasi yang seterusnnya ialah Herba Scene Kawaguchiko.

Suka Teddy melihat view diluar ropeway. Time ni tgh turun.

Excited si Teddy nak naik sampan dengan Rabbit. Teddy cakap, Rabbit tu kawan dia. hehehe 

Herba Scene Kawaguchiko.

Disini , ada tempat memproses herba. Tak besar pun tempat ni , macam shop lot je. Rasanya barang-barang kat sini semua tak halal. Kitaorang tengok-tengok je. hehehe.Time ni Windy , angin kuat sgt. Habis board yang diaorang letak di tepi kedai terbalik, con ice cream pun terbang. Suka si Teddy kejar benda tu. Badan si Teddy pun di tolak angin. hahahah.


Jam dah menunjukan pukul 5.30 pm. Hari dah gelap. Suasana malam memang tak berapa best ni sini. Sunyi sepi. Kita orang balik ke hotel. Sebelum tu mcm biasa, singgah di Seven E untuk beli makanan. Macam biasa beli nasi , roti, buah dan Apple juice. Kali ni Ayu beli pisang & Orange. Nampak cantik je pisang dia. Harga jgn cakap lah.

Yeh ...pisang ni harga mcm tak logik dek akal. Korang try teka brp sebiji ni ??? RM6

Orange ni manis & sedap sgt. Tapi harga pun sedap. RM20

Ice Cream favorite Wyshal. Setiap hari satu kotak utk wyshal.

Choco Baby ni memang best lah. Korang mesti try klu g Tokyo tau. Harga dalam RM7.50 sekotak. Ni pure chocolate.
Malam ni tidur awal, sebab esok pagi nk bangun awal. Wyshal tak sabar sgt nk tgu hari esok. wowowowo...Ayu pun tak sabar. heheheh.

Sambung ye korang - TOKYO - DAY 4

Kat sini ada Tokyo Itinerary. Korang boleh tengok kalau nk tengok TOKYO ITINERARY



















































































No comments:

Post a Comment