Thursday 1 October 2020

BUSY JUAL BARANGAN UK & USA (IG : Ayu CL)

 Assalamualaikum Semua.

Apa khabar? dah lama Ayu tak berceloteh dalam blog ni. Sejak berjebak dengan business jual barangan dari UK dan USA ni, tak sempat nk updated Blog. 


Minat Ayu dalam dunia fashion terutamanya Handbag-handbag berclass sederhana mewah, mengajak Ayu untuk turun padang berbusines dalam dunia ni. Memandangkan Ayu ada sahabat-sahabat di sana , Ayu cuba bawa masuk bag-bag yang 100% authentic untuk dijual di Malaysia dengan harga mampu milik, dan juga dengan 2x bayaran. Niat untuk membantu sahabat2 memakai bag yang berjenama walaupun Bag itu datangnya dari Outlet dan bukannya Butik. 

Quality outlet tidaklah sebaik Butik. korang perlu faham. Dari segi jahitan , material tidaklah sedetail Butik. Kalau ada bag yang transfer dari butik, untung lah siapa yang dapat, tapi agak susah utk grab. Kerana itu harga agak jauh berbeza dengan Butik. 

Memandangkan orang di luar sana masih belum faham akan perbezaan Butik dan outlet, maka terciptalah blog ni untuk Ayu terangkan sedikit sebanyak utk fahaman korang. Contoh di JPO & GPO, quality agak similar dengan Butik, but ada sesetengah barang dari segi jahitan akan nampak ketidak kemasan. Begitu juga di USA, tetapi di USA jujur Ayu cakap quality ada rendah sedikit dari JPO & GPO. Harga promotion sentiasa berbeza- beza mengikut musim. 


Ayu nak terang sedikit lagi berkenaan hangbag ni. Ayu bagi contoh mudah COACH. COACH mmg berasal dari USA. Tapi kebanyakan Coach sekarang manufacture from Vietnam, Thailand, Indonesia , China etc. Ada sesetengah customer, bila dpt bag terus ckp fake sbb kat dalam bag tu ada tag tulis Made in Vietnam (cth). That why , sebelum korang beli dari mana2 IG , even beli dengan Ayu, make sure korang kaji dan ambil tahu perbezaan Outlet & Butik. 

Untuk barangan yang dari UK , ayu jual mcm2 barang. heheheh. Rambang mata tengok barang cantik-cantik, so Ayu try ambil yang terbaik utk jual. Kalau refer harga di sana nampak mcm murah, bila dah convert, sedih sgt rasa...Duit Malaysia huhuhu....


Ayu cuba bawa masuk barangan dari Outlet UK, antaranya Coach (top quality compare USA), Tory Burch, Long Champ, Harrods, Kurt Geiger, Gucci, Prada, Cath Kidston, Ted Baker, Furla, Primark, Portmeirion, DKNY, Hard Rock, Kate Spade, Kipling etc. Pendek kata apa yang sale semua Ayu bawa masuk. hahahah.

Ayu nk crita skit, salah satu tempat best kat sana Primark. Primark ni kalau kat sana untuk golongan bawahan dan sederhana. Harga murah tapi quality terbaik. Quality pakaian dia sama mcm kat Zara, MNG, Uniqlo malaysia. Harga pun jauh lebih murah. 


Yang bestnye Primark ni jual barangan yang Copyright Original cth Harrypotter, Disney, Barbie, Spiderman, mcm2 lagi. 100% Authentic. Memang rugi kalau tak beli. Untuk barangan Primark , Ayu ambik utk pakaian baby, budak2, dewasa, cadar, mug, bag etc.

Best sebenarnya berniaga ni, tak buang masa. Tapi tu lah Teddy & Wyshal sll tanya, kedai mummy mmg tak pernah tutup ke? hahahha. 


Perbezaan waktu Msia dgn UK & USA , menyebabkan Ayu berjaga sampai jam 1@2 pg. Tak pernah dalam hidup tidur lambat. Nak biz punya pasal terpaksalah buka mata.

 

Insyaallah, dalam masa terdekat ni Ayu akan bawa masuk brg dari Australia. Doakan business Ayu berjalan lancar ye Korang. 

Insyaallah ada Rezki Ayu sendiri akan kesana , untuk beli barang2 yang dipesan, dapat juga melawat negara orang kan, InsyaAllah. 

Tuesday 11 August 2020

MANUSIA GILA MEMBELI EMAS

 


Rata-rata dah tahu dan faham tentang topik yang Ayu nk sampaikan. Sekarang ni orang dah tak takut sangat dengan covid , yang Ayu dok tengok orang takut dengan harga Emas. 

Berpusu pusu pergi kedai Emas, tanpa risau akan Covid 19. Dalam FB pun penuh wall orang juai emas. Yang jual emas tu tak pe lah, masalahnya yang dok tayang emas tu. Tak kisah nk tayang tapi kena fikir pron and cons sbb banyak keburukan dari kebaikan. 

Apa keburukan ?

Ramai khalifah di bumi ni , kehilangan sumber pendapatan , pendapatan terjejas, ada yang diberhentikan serta merta, diarah mengambil cuti tanpa gaji , potongan separuh gaji dan waktu kerja dipendekkan , semua gara-gara Covid 19. Ramai sahabat2 Ayu kehilangan kerja. Semoga korang dimurahkan rezki dan dipermudahkan urusan. 

Apabila pendapatan berkurang , berlakulah jenayah sana sini, ragut paling banyak. Risiko tak klu kita dok tayang emas yang kita pakai?

Ni terjadi depan mata Ayu sendiri. Ayu balik dr kerja singgah beli susu untuk Teddy. Time nk turun keta tu tetiba dengar sorang makcik ni menjerit minta tolong. Rupanya dia kena ragut. Peragut tu berjaya ragut Gelang tangan yang dia pakai. Patah pergelangan tangan Makcik tu. huhuhu...Scary. 

Boleh korang nk beli, tapi berpada-pada pakai di badan. Tukar-tukar setiap hari pun ok. Cuma jangan pakai skali gus skali. Kadang tu tgk pkai besaq2 pastu banyak pulak tu, tak berat ke tengkok ngan tangan hangpa wei.... 

Ayu pun antara yang gila tengok emas. Tapi tak suka yang besar2. Ayu suka yang kecil2. Kalau boleh nk pkai emas tapi tak nampk mcm emas. Haaa...gitew... ada ke ?? hahaha. 

Kalau Ayu dah start tgk Ig kedai emas, 2@3 jam pun tk sedar. sebab apa, sebab berangan nk beli. Berangan je lebih. Yang penting pasang angan2 , baru kita kuat nk saving . betul tak ?

Yang bestnye, siap menghasut orang terdekat lagi beli. Dah jd macam agen emas pulak. hahahha.

Ni ayu nk bagi petua beli emas ni. Sekarang kalau jual emas mmg laku, cuma kebanyakan kedai ni berbeza beza harga dia ambik. So klu korang nk Trade in & Jual , make sure Kedai tu ambil mahal lah. compare2 dulu, baru buat keputusan. 


Ni photo dari jauh kedai emas kawan Ayu tu. Kat Desa Pandan. Pegi lah...


Harga emas hari ni (11/8/2020) RM 290/gram.Cepat gila. Last month Ayu jumpa member yg kerja kedai emas , baru RM260/gram. Cepat sungguh. Kalau korang nk beli emas baru , korang mesti tengok harga emas semasa. Ada setengah kedai dia bg harga promosi emas rendah dari harga semasa tapi kos upah dia , dia belasah tinggi gila. Kalau korang beli juga memang rugi lah. 

Contoh, kalau harga semasa RM290/g. Kedai bagi promosi RM280/g , free upah, itu sgt untung, korang patut beli banyak2 , kalau korang duit berkepok kepok... hehehe

Bagi yang tak mampu, why not duit KWSP yang dapat every month tu korang kumpul beli emas, harga Emas skrg makin naik. bagus untuk investment. Jangan ada alasan cakap tgu harga emas turun, bila nak turun pun tak tahu lah. Percayalah tak rugi pun kalau korang beli.

Kat sini, Ayu nk share Kedai mana yang Ayu suka pergi , harga pun the best, upah free. Location kedai terletak ni Desa Pandan, Kuala Lumpur. Nama kedai ni " Kedai Tukang Emas Permata". Korang boleh jumpa kawan Ayu kat situ. Manatau dia boleh bg best price. Orang dia comel2 ala ala arab gitewww... Kalau nk tau nama ye , korang msj personal Ayu ye @ email ayu. heheheh. 

Selamat shopping Emas ye. 


Friday 7 August 2020

DUNIA ANAKKU "TEDDY" - PKP BAJU SENDAT DAN PADAT

Sesi bergambar dgn kakak wyshal. Teddy jadi model. hahaha



Teddy dah besar. Dah 6 tahun. Next year dah 7 tahun. Teddy ni anak yang penyayang, mudah simpati, mudah sedih , kuat cemburu dan sangat manja. Dia masih anggap Mummy hak dia seorang je, kakak dan daddy tak boleh share. Dia masih rasa dirinya baby kecil. Tapi si Teddy ni kurang sabar, kalau dia bercakap semua orang perlu bg tumpuan, kalau tak dia akan menjerit suh dengar. Kalau nk tegur dia perlu nada yang manja, kalau tegur dlm nada keras , dia tak dapat terima. Mungkin buat tak tahu atau akan menjawab dgn pelbagai soalan. Contoh " itu pun nak marah, skit je, benda simple mummy, boleh settle. hahahah . Kalau tegur dengan lembut dan belaian mudah je di follow. hahaha. 




 Next year dah masuk standard 1. Yang paling merisaukan & menyedihkan Ayu dan Abg Halim ialah rambut Teddy. OMG syg sgt nak potong. Masih mencari design yang sesuai untuk size kepala Teddy yang agak besar berbanding dgn kanak-kanak lain. 

This year isu covid, Teddy dapat pergi sek start Jan - Mar '20 je. After this Ayu dah tak hantar Teddy sek, Insyallah until Dec '20. Belajar dirumah je lah. Risau klu dia pergi school, byk dugaan kat luar sana. 
Registration untuk tahun 1 pun dah buat, dah berjaya masuk sek keb & sek agama. 

Sekarang kat rumah Teddy dengan dunia dia, bermain hotwheel, perang, lego dan mcm2 lagi lah. Yang paling pening kaki menyakat kakak. Kalau dia start main piano , baru best sebab tak de isu pergaduhan dan cakar mencakar kat situ. hahaha. Mummy pun tak naik hantu. 

PIANO 


Baru habis class.


Kebolehan Teddy utk mengingati chords, alhamdulillah. Teacher cakap Teddy qualified untuk menduduki exam Grade 1 dalam masa terdekat. Hampir 10-15 lagu pendek kanak2 Teddy dah dapat bermain. Tak sangka Teddy dapat faham dan cepat boleh. hehehe. Macam tak percaya.

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya" setuju sgt . Itu apa yang Ayu apply untuk Teddy. Dia mahu dan minat so Ayu follow.  Alhamdullillah dia beri sepenuh perhatian.

RAMBUT 




Isu rambut Teddy masih menjadi tanda tanya. Bagi cadangan skit rambut apa yang sesuai utk size kepala besar ni. Teddy ni dari baby size lilitan kepala besar, sebab otak dia besar dr lain , kata doc selepas scan kepala teddy. heheh. Yang penting teddy ni sihat. Dah lah lawak bodo , pantai cakap pulak.

PAKAIAN

Try baju baru. Umur Teddy 6 tahun. Pakai size baju 8 tahun. hahaha

Hahaha. Sendat tak dapat nk duduk. Baru 3 bulan PKP...Berat badan Teddy dah mencecah 27kg

Mummy dan daddy terpaksa keluar beli baju baru. Baju lama dah tak muat. Dalam 10 pasang juga lah beli hari tu. 

Tengok badan tu . Baju baru tak de , so pkai boxer je lah. Baju lama semua sendat. 




During MCO , asyik makan je. Semua baju dan seluar Teddy mmg sendat. Dah tak muat. Ketat. Badan dia naik hohohoho berkilo kilo. Asyik nak makan je. 😆😆😆 Umur 6 tahun , pakai size baju dan seluar 7@8 tahun. korang bygkan lah. 

Sunday 26 July 2020

CERITA LUCU KANGKUNG BELACAN


Hi semua.. Sihat. Huiiii dah lama tk tulis blog. Lps ni setiap seminggu mesti ada crita lh. 
Korang mesti pelik kn title ayu tu "BELACAN" . Apa yg best disebalik belacan ye.. 🤣🤣🤣
Crita dia mcm ni, baru2 ni sblm covid ayu ada fly ke bintulu atas urusan kerja. Kt sana rata2 org ckp , belacan paling best. Actually , ayu tk makan belacan, mmg belacan tk de pun dlm umh. Tp disebabkn org ckp sedap, so ayu beli lh beberapa ketul belacan. Sampai kl ayu just ambik satu ketul, selebihnya bg dekat Mak. 

Yg lucunya, bila ada belacan, teringat lh kangkung. Sll yg top sayur taruk belacan ialah kangkung. Sebelum ni tk pernh pun beli kangkung, disebabkan belacan, maka beli lh kangkung. 🤭🤭🤭

Cara nk masak kangkung belacan , ayu google je. Yes menjadi. Then the next day abg halim nk masak kangkung belacan. Sebab tk puas mkn mlm tu. Ayu tk de, keja. Time tu dia off. 
 
Korang bygkn kangkung seikat je, dia letak setengah ketul belacan. Sampai hitam jd kangkung tu. Org letak setengah sudu teh je, dia letak setengah ketul belacan. 🙉🙉. 
Mana resepi dia copy pun tk tahu lah. 

Ptg tu ayu blk keja, so tgk ada satu bekas ni ada kangkung. Then buka, rasa nk pengsan you all. Then tanya Teddy.

Mummy : Adik, sayur apa ni? 
Teddy : kangkung belacan mummy, dady masak
Mummy : Sedap ke?
Teddy : Adik geli, busuk lh mummy. Nk muntah rasa
Mummy : 🤣🤣🤣 Daddy mkn tak ? 
Teddy : Daddy mkn skali je, pastu tk tambah dah .
Mummy : 🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Ambik phone, terus call Abg halim. Pecah perut gelak. Check belacan dlm peti tinggal half. Mau qopeng hidung boh belacan byk tu 😂😂😂. 

Boleh muntah hijau, bau satu umh. 🤣🤣🤣. 

Saturday 21 March 2020

CORONAVIRUS (COVID- 19)


Dunia makin tenat, dunia makin rasa sensitif dgn manusia di dalamnya yg hanya pentingkan diri, apa yang diajar oleh agama tidak diendahkan. Rasa ego , rasa hebat dari sang pencipta. Makan segala macam tanpa  berfikir kesan yg akan larut didalam badan sendiri lalu membawa padah pada org sekeliling. Bukan shj di satu tempat malah terkesan di Satu Dunia. 
Hanya sebesar zarah, covid ini Allah bg kepada manusia , ranap dunia, kelam kabut dibuatnya, panik, gentar utk menghadapi. Siapa lah kita di mata tuhan. Tak kn dapat melawan kuasanya. Mayat berkelimpangan ibarat Train to Busan. Jangkitan yg menakutkan , jangkitan manusia ke manusia, hanya dgn bersentuhan , akan terkena malapetaka covid19. Si A batuk , bersin depan Si B... Si B akan positif covid19. Bayangkan betapa dasyatnya virus ini. 

Virus yg berasal dari Wuhan, december lalu bisa menakutkan dunia. Jangkitan bagaikan peluru. Semua wilayah ditutup, rakyat diquarantin. Satu dunia terkena tempias. Kini Virus itu berkampung di Malaysia. Dalam rakyat dunia risaukan Covid19, PM letak jawatan, semua Menteri digugurkan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Kerajaan baru dibentuk mengikut budi bicara YDPA. Hebat rakyat Malaysia. Tidak ada istilah rusuhan dibuat, hanya menyuarakan didalam FB atau IG ketidakpuasan mereka. 

Hari demi hari Covid19 meningkat. Sehinggakan PM perlu announce Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18/3 - 31/3. Punya 6 langkah perlu di ambil, termasuklah syarikat swasta di arah tutup operasi. Alhamdulillah, boss masih baik hati, gaji masih berjalan. 

Di awal tempoh pengawalan, banyak manusia diluar sangat masih bodoh, tidak faham bahasa, masih berkeliaran membawa anak2 berjalan di taman, berjogging, ada yang membawa ank2 bercuti, check in hotel dan sebagainya. Knp masih tak fhm bahayanya Covid19. Diaorg tidak endah , tidak rasa takut, kdg ada alasan berbaur yg mempersendakan agama. "knp perlu takut virus, takut Tuhan lah ". Mana korang belajar semua ni....knp perlu berserah tanpa ikhtiar. Hadis mana korang belajar... Tk perlu ada usaha utk tangani. Bukan sekadar belajar agama, tapi kita perlu menghayati agama itu sendiri, Allah bg akal utk fikir, utk mengkaji, bukan semata2 berserah 100% kepadanya. 

Hari ke 2, masih lg ada manusia degil. Kematian asbab covid19 dah ada. Manusia bodoh masih tk takut. Sampaikan PM perlu membuat mengumuman utk kali ke 2 . Allahuakbar !!! 
Hari ni dah hari ke 4. Byk lagi yg tidak endah. Di kwsn rumah , masih nmpk org berkeliaran, polis dtg halau, lps polis pergi, diaorg kembali. Apalah yg keras kepala sangat. Makan batu ke hangpa ni. Dah ada 8 kematian, 1183 kes, masih lagi boleh gelak tawa, borak2 kosong, tk de pakai mask even batuk2... Kebal sungguh degil hangpa. 

Sekarang hanya ketua keluarga shj yg dpt keluar beli barang. Rasa tk yakin pulak nk suruh, takut tersalah beli. Haha !!
Ni namanya Pembelian panik.

"Hanya ketua keluarga sahaja boleh keluar untuk beli barang dapur.

Akibatnya 100 orang lelaki panik di pasar kerana tak kenal mana satu ikan kembung, ikan selayang, ikan siakap dan ikan talapia. 

Bertambah panik di bahagian sayur, yang mana satu lengkuas, yang mana satu kunyit dan yang mana satu halia."

 Ayu petik di dlm FB. Mmg lucu sgt. 😂😂😂

Utk pengetahuan semua, ayu nk share cara Ayu simpan bahan mentah. Cth klu korang beli ayam, udang , sotong bersama geng2nya, korang boleh cuci siap2, then bekukan bersama air. Insyaallah makanan tu tahan lama. Tk berbau. Untuk telur pulak, terus letak dlm peti, jgn dicuci. Nak masak baru cuci. Insyaallah tahan. 

Barang yg penting tu beli lebih skit, cth tepung, beras , gula, garam, kacang dal dan susu ank2. Bhm kering pun patut ada cth ikan bilis , sotong kering, ikan kering dan dan apa2 yg kering ni. 
Tk rugi beli lebih, takut kes makin meningkat, perintah kawalan dilanjutkan. Korang bygkan !!! Satu lagi, benda paling penting kan ialah Gas utk memasak. Yg ni sgt2 penting. Angpa dah beli semua brg, tp gas tak dak, mcm mn nk masak. Cer fikir cer fikir ...tk kn nk bakar kn.. 🤣 . Apalagi ye !!! Ayu ada beli vitamin C (sgt penting), panadol, ubat batuk ,ubt cirit, minyak angin dan vicks, sanitizer, pencuci tangan , syampoo, mandian dan pencuci lantai anti bacteria. Ini sgt2 penting ye. 

Yeah!! esok Angkatan dikerah. Hopefully berlaku perubahan. Mn yg degil tu suh kerah blk umh. Degil juga , tembak je bg mati. Tk pun p letak kt ward yg kena virus tu. Kn depa ni kebal. Biaq depa rasa. Kita tunggu esok. Plss lh dengar seruan gov, jgn nk politik sgt. Fikir secara rasional. Yg rasa diri pandai pun, tk yh nk petikai seruan kerajaan, biar diaorg buat keja diaorg. Ini tk, ckp itu ini. Kita kt umh ni, bykkan doa, solat hajat, baca quran, jaga family, jgn dok menyibuk hal org. Faham !!!! 

Doakan virus ni Allah ambik blk, minta Allah pelihara kita semua. Semoga segalanya dipermudahkan, Ya Allah, selamat kan lh bumi Malaysia. 

Bagi sesetengah org2 Tabligh yg belum serah diri pls serah diri. Jangan takut. Hospital tk tembak angpa pun. Ikhtiar, jgn serah bulat2 kat pencipta tanpa usaha. Tgk jemaah yg lain boleh je serah diri, knp korang yg tk serah diri ni degil sgt !!! Sama2 membantu, sama2 fikir tanggungjawab utk hapuskan virus ini. Insyaallah. 

Friday 17 January 2020

SHORT VACAY 2020 - CAMERON HIGHLAND

Assalam semua,

Ayu kembali bersiaran utk penulisan kali ini. Time ayu create utk trip ni, Ayu masih di CH. Tak sabar rasanya nk berkongsi dgn korang almaklumlah hampir 6 tahun tak menjejak kaki ke CH.
Terlalu banyak perubahan sekarang. Tempat Penginapan bagai cendawan tumbuh. Pilih je mana yg korang inginkan bergantung kpd minat dan kemampuan. 
Trip kali ni mmg unplanned. Kebetulan Abg Halim off weekend so peluang Ayu utk bw anak-anak rest. Tak sangka Abg Halim dah Booking Hotel. Minta Ayu check email utk print itinerary. Very surprise tahap tak betul bila tengok itinerary ni. Yes this is a real itinerary !!Sbb rindu sgt nk dtg CH. Teddy plak langsung tk pernah kenal CH. Siap tanya lagi Cameron Highland tu apa mummy. 😂🤣😅

DAY 1
Abg Halim book di Copthorne Cameron Highlands. Kat sini byk jenis bilik. Kitaorg ambil jenis apartment utk 2 rooms with breakfast. Harga utk bilik ni RM420. Nak bg Wyshal & Teddy surprise ada bilik diaorang time holiday 🤗.
Ayu bertolak dari KL around 1030am after Wyshal & Teddy finish their lesson. Kitaorg naik melalui jalan Tapah. Tujuan naik sebelah Tapah because of Durian. Ya..because of Durian. Ayu mengidam nk makan durian. 😅
Sepanjang perjalanan, byk gerai yg jual rambutan & petai. Pertengahan jln baru nmpk durian. Terus stop. Utk apa? Utk makan durian. Kat sini boleh dikatakan Durian kampung. Rata2 org asli yg meniaga. RM30 utk 3 biji. Skali Ayu mkn 3 biji. Sorang ye 😅😅. Pening Abg Halim , bini makan durian over sgt 🤣. Nasib lh dpt bini hantu durian. 
Lps makan durian terus bergerak, singgah lagi beli buah tampoi, manggis, pisang, & pulasan. Murah & berbaloi. Sampai di Tanah Rata , singgah lunch around 230pm di Food Court Tanah Rata. Ada nasi campur & goreng2. Semua makanan sedap2. Harga pun murah. Korang bygkan nasi kukus 2 , Kueyteow goreng 1, nescafe tarik, sirap,teh o ais & limau ais , total RM28. 🙆‍♀🙆‍♀
Lepas makan, terus bergerak ke Hotel. Hotel ni terletak di Brinchang. Jam 315pm Ayu check in. 

Alhamdullillah, apartment yang cantik. Parking disediakan. Apartment ni mmg besar dapat muat 2 family. Bilik air ada di setiap bilik. Wifi disediakan, ada microwave & ada pinggan mangkuk, iron & hair dryer. Balcony sgt besar. Puas hati. Yg penting selesa & bersih. Teddy sgt teruja sebab cuaca yg sejuk. Dia ckp tempat mcm ni lah yg sesuai dgn dia. 😂 ayat poyo. 
#p/s hotel ni tk de sediakan sejadah ye. Minta korang bawa. 
Around 530pm, kitaorg keluar jalan2 area hotel. 1st place is playground. Kebetulan depan bilik ayu ada playground. Alamatnya kena singgah dulu lh. 

Actually hotel ni dekat sgt dgn Kea Farm market. Just 10min walk. Kea Farm ni antara tempat famouse ni CH ni. Kea Farm market ni buka kul 7am - 7pm. Ada jual macam2. Kalau korang nk beli strawberry murah, beli kat sini tapi pegi time diaorg nak tutup. Dlm 630pm tu diaorang dah start lelong. Mmg murah gila...smpai ayu & abg blur nk beli kt gerai mana satu. 😂😂 .
 Kat sini juga korang boleh try ice cream PUKU. Banyak flavour ada tau, oreo, coklat, green tea, tiramisu, vanilla & strawberry. Sebatang RM5. Berbaloi. Mmg heaven mkn time sejuk. Oh ye ! Makanan famouse kt CH ni tk lain tk bukan cendawan goreng & strawberry coklat . 2 bekas utk cendawan RM10, satu bekas strawberry RM5 , ada dlm 9 biji.
Tgh kitaorang jln2, ternampak Sheep Santuary. Actually dari balcony bilik lg ayu dah nmpk, tgk dari kanta camera. Ingat jauh , rupanya dekat. Apalagi ajaklah Teddy masuk. Rupanya dah tutup. Operation hour 9am - 5pm. So, besok je lah bawa Teddy dtg sini lg. 
Mlm kitaorg lepak bilik je. Mlm ni Room services je. Mls nk keluar. Pas mkn zzzz.... 

DAY 2
Pagi ni bgn awal. Selesai solat subuh...siap2 utk breakfast. 
Tujuan utama nk pegi Mossy Forest. 
Mossy Forest antara tempat tercantik di Cameron Highland. Tapi syg, Ayu tk dpt pergi sbb utk kesana perlu kreta yg lebih tinggi. Fourwheel drive sgt sesuai. Kitaorg dah half way pergi , tapi tak dpt masuk sbb laluan kesana terlalu teruk. Banyak lopak2 yg memungkinkan kreta biasa utk masuk. Rugi sgt rasa. Next time lh pergi lagi. Sewa jeep yg disediakan. Bawa pakaian yg sesuai. Ni kitaorang suka hati je pkai sbb tk plan pun nk hiking. 
Kita org just take photo disekitar kwsn then bergerak ke Strawberry Farm yg tak jauh dari Kea Market. Kt brinchang ni ada 2 tempat famouse utk picking strawberry. Satu di Raju Hill & EQ Strawberry Farm. Ayu pergi ke EQ Strawberry Farm sbb tk perlu memanjat bukit 🤣🤣. 

Harga utk pick up , 1/2 kg RM30 & 1 kg RM60. Kita org just ambik yg 1/2 kg...sebab smlm dah byk beli strawberry. Tapi kan...😅😅 petik punya petik terlebih 1/2 kg. Around 750g...so perlu lh byr lg RM15. Total RM45. Hehe. Kat sini juga ada Bee Farm. Ada jual Honey. Harga Honey dari RM65-RM300 ikut size botol & jenis madu. Ayu ada grab satu.😁

Next, kitaorang balik bilik untuk kemas brg for check out. Jam dah menunjukan pukul 11am. Check out jam 1pm. Ngum lh 2 jam nk bersiap & berkemas. Lps check out terus ke Sheep Santuary. Kan dah janji dgn Teddy. Dari pagi dia dok tanya tu lah. Sampai rasa nk muntah jawab. Yg bestnya Sheep santuary ni parking free. Just beli tiket je. Tiket pun tk mhl. 

# Ticket :  Adult RM6, kids RM4. (inc makanan utk biri2 tu. )
Yg best nya, bila kitaorang masuk je terus sheep tu kejar ..apalagi menjerit lah...rupanya dia tgk makanan yg kita pegang tu...😅 dia nk mkn. Ya Allah geli tk tau nk ckp bila sheep tu makan atas tapak tangan Ayu....

Teddy & Wyshal sebelum dtg byk ckp ,nk bg mkn lh, main lah , pegang sheep lh...dah sampai semua benda takut. 
Hmmmm....lps bergambar, main dgn sheep then kitaorang gerak ke next destination. 
Dalam perjalanan ke Tea Farm (T2), singgah di tepi jln utk take photo "I love CH". Sorry photo dlm camera Abg Halim. 
#korang boleh juga pergi Agro Technology Park under Mardi. Kat sini best, byk bunga2 cantik. Ayu dah pernh pergi so rasa mls pulak nk pergi.  
- Ticket : Adult RM5, Kids RM3. 
Singgah minum di T2. Semua minuman berunsurkan Tea. Mcm2 jenis Tea ada. Hangpa jangan dok minta kopi plak...😄Ada juga jual makanan. Simple menu like spaggetti, cake, Sandwich, burger, nugget, donut etc. Makanan dia pun sedap. Ayu beli Spagetti 2 set, teh tarik, peach tea, hot premium tea & 1 slice cake.. Total RM60. Harga makanan kat sini agak mhl sebab tumpuan pelancong. 
Lepas makan, kitaorang melawat ladang teh yg terletak kat bwh restaurant ni.
#Ticket - Adult RM3. Kids Foc below 12 years old.
Klu korang nk beli teh, boleh lh beli sini. Tepi restaurant ada kedai jual tea. Mcm2 Flavor ada. Harga ok lh...sesuai. 
Lps lepak , ambik gambar bagai, kitaorg gerak blk KL. Sepanjng berjalanan byk org asli jual buah buahan dan hasil kraf. Barangan rotan byk dijual. Harga boleh tawar menawar. Make sure korang guna jln ke Tapah. Klu laluan Simpang pulai tk byk org asli jual. Hehe. 
Time ni otw balik. Teringin nk ambik photo kabus turun. Cer korang tgk blkg Ayu tu...view ada kabus cantik sgt. 
Done utk short trip kali ni 😍😍.