Friday 30 September 2016

MY BALLERINA - ARIA WYSHAL


MY BALLERINA


Dah lama rasanya Ayu tak menjenguk blog diri sendiri, dgn asyik sibuk menjenguk blog orang lain untuk mencari segala information tentang percutian seterusnya, dah lupa yang Ayu ni mempunyai blog yang tak berapa nak glamour gitu. hehehe.



Bila mana rakan-rakan fb & instagram bertanya tentang my ballerina, lebih mudah rasanya jika Ayu berkongsi terus di dalam penulisan Ayu yang tak seberapa ini. Pertanyaan yang banyak mengenai yuran, waktu class dan exam. Tunggu ye Ayu akan inform kat korang nanti. In shaa Allah.



Disini, Ayu mulakan cerita dari permulaan hingga sekarang mengenai minat Wyshal untuk menari Ballet semenjak usia 3 tahun lagi. Bila Ayu tanya Wyshal nanti umur 4 tahun nk masuk kelas apa? Piano, Silat, Karatedo, @ Dance ?. Wyshal tetap menjawab nak jadi macam Barbie. Nak menari Ballet. Dalam bulan June ,selepas blk dr Bali , Ayu ada pergi The curve , time tu dekat ruang legar ada show Barbie & the Pink Shoes, then kat situ juga Danceology Ballet Academy tengah open registration. Wyshal dah excited tengok semua tu, tp Ayu still tak register dia memandangkan fee agak tinggi , lagi pula gaji pun belum masuk, so just ambil name card je lah. Dari hari tu Wyshal asyik sebut2 je nk masuk ballet & setiap hari dia akan tengok Barbie & the Pink Shoes.


Yang ni lah yang menjadi kegilaan Aria Wyshal. Thanks Barbie hehehe.
Memandangkan minat yang mendalam, aku nekad dan berjanji akan masukkan wyshal dr grade awal hingga grade akhir, In shaa Allah. Semua bergantung kepada semangat parent untuk meluangkan masa untuk menghantar anak-anak mengikut kelas yang diambil. Minat dah ada cuma semangat parent sahaja yang menentukan semuanya. Betul tak ??. Kalau tak silap Ayu pada 6 July 2013, Ayu ajak Abg Halim pergi ke Danceology Ballet Academy yang terletak di Damansara Perdana. Time tu memang dah nekad nk masukkan Wyshal belajar step as a ballerina. So main naik je & jumpa dengan Teacher Jasmeen (owner). Bila Ayu tgk je dia  memang terkejut lah, lemah lembut, cakap pun lembut je, cantik, tinggi lampai, & sopan santun sgt. T.Jasmeen , just mention kebaikan seorang ballerina. Dalam Ballerina bukan sahaja di ajar menari , tapi diajar cara- cara percakapan , berjalan, penampilan, sebagai seorang princess.heheheh. Tarian Ballet ni adalah tarian bangsawan masyarakat dahulu. Benda baik tak salah kita mencuba.


1st thing nak masuk ballet ni , kena ukur kaki utk order Ballet shoes. Then set pakaian ballet lah mengikut grade. Grade pertama ialah PPID. (Pre Primary In Dance).



Comel sgt Wyshal berkasut Ballet. 1st Ballet Shoes.

 Untuk yuran pendaftaran RM200, monthly fees RM85(deposit) + RM85 (current month), RM71 (Ballet Shoes) , RM79 (leotard) , RM9 (Ballet Sock) +  RM59 (Skirt) = Total RM588.00.


Class kita boleh pilih untuk nak join hari apa tapi senarai yang dipaparkan mengikut grade. Weekend pun ada class, don't worry ok.

Ist time Wyshal join Ballet Class. Good Luck my baby.

Setiap tahun , jika performance bagus, diaorg akan ambik exam. Macam wyshal 2014 akan ambik exam utk PPID. Untuk Fees Exam , harga mengikut grade. PPID RM160 @ Federal Academy of Ballet, Petaling Jaya. Kalau tak lulus student perlu repeat. Wyshal ambik exam Sep 2014. After lulus Wyshal masuk grade baru PID (Primary In Dance). 1 year belajar & take the exam if performance bagus.



Waiting for Exam


With Teacher


With Fav Teacher :-)


Ballerina PPID
Selepas 2 bulan menunggu result, Alhamdulillah Wyshal dapat Result cemerlang. Wyshal dapat Top 1 untuk batch Wyshal. Mummy sgt bangga dengan Ballerina mummy. :-). Certificate di keluarkan oleh Royal Academy of Dance (Queen Elizabeth).







Alhamdulillah Wyshal dapat ambil exam yang ke 2. Sepatutnya Wyshal perlu ambil pada March 2016, Tapi memandangkan 2015 Wyshal banyak cuti , sbb mummy ada baby so Wyshal terpaksa ambil Sep 2016. Untuk Sep Exam terpaksa lah wyshal menghadapi exam seorang diri. Wyshal perlu masuk private class untuk memudahkan Wyshal  belajar secara detail untuk menghadapi exam.



Harga untuk private class ialah RM35 per 30 min. So sebulan ada 4 kali . RM35 x 4 weeks = RM140. Yuran utk PID Exam ialah RM210. Nov ni Result PID keluar. Seram sejuk Ayu nk tgu result wyshal ni. heheheh.





Waiting for PID Exam.

Teacher kesayangan Wyshal :-)

Last sekali untuk concert. Setiap tahun Danceology akan adakan concert. Time concert ni memang best sgt. Rasa taksub tengok lenggokkan badan dan berdirinya seorang Ballerina dengan ujung jari kaki. Pergggg dasyat.  Bayaran untuk concert hanya perlu bayar untuk costume. Dan bagi ibu bapa perlu membeli tiket seat. Selalunya Concert akan diadakan di Pentas Theater. 


Seingat Ayu untuk concert yang pertama, bayaran utk costume RM 165 , dan setiap seat RM35. 



Cute semua baby-baby ni...Geram tgk !!!


Wyshal - Kanan ujung (blkg). 





Now, waiting for 2nd concert @ Nov 2016. Wyshal busy berlatih utk preparation for concert. Chaiyok2 baby. Untuk Fees 2nd Concert ni lebih kurang lah harga concert yang pertama. 



Wait & See.........................................




Rasanya dah detail utk korang refer. So lepas ni boleh lah korang explore ank korang yang ada minat mcm Wyshal. Bagus sebenarnya utk perkembangan minda anak-anak bila join any dance class. Nak memupuk semangat keberanian dan disiplin dalam diri anak. In Shaa Allah, semoga wyshal berjaya menjadi seorang Ballerina yang berjaya suatu hari nanti. Aamin...