Tuesday 23 August 2016

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) - Ayu dalam Dilemma



WABAK HFMD

Syukur Alhamdulillah, Adik sepenuhnya sihat dari wabak HFMD. Disini Ayu nk cerita sedikit tentang bagaimana adik boleh terkena jangkitan HFMD dan bagaimana cara Ayu cuba merawat Adik dan dengan izin Allah, Adik sihat sepenuhnya dalam masa 2 @ 3 hari. 


Apa itu HFMD?

HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu,segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

                        ( Sumber : Postal Kementerian Kesihatan Malaysia)



Selepas balik dari open house raya anak buah, Adik dah start demam. Kebetulan time open house tu anak sulung anak buah dijangkiti HFMD. Tapi tak serius , alhamdulillah. Hari pertama Adik demam biasa. Ayu just bg ubat. 2 nd day demam makin menjadi dan dia tak dpt nk jalan sebab ada naik biji di tepi peha. Tengok biji yang naik tu macam Chickenpox. Asyik sebut " Mummy , tatit, Mummy, tatit".Kesiannya dengar. Malam tu juga Ayu ajak A.Halim g specialist yang biasa Ayu pegi. Adik & Wyshal dari kecil dengan Doc Tan tu. So senang skit. Walaupun agak jauh,yang penting adik sihat.


Dah sampai klinik , Ayu baru perasan kat tangan pun ada naik sikit. Tapi doc sahkan adik kena Chickenpox. Syukur Alhamdulillah. Balik rumah ayu pakaikan adik ubat sapu, ubat spray kedalam mulut dan ubat makan. 


For the next day bertambah naik di tangan dan mulut. Wlupun tak banyak , Ayu agak risau. Yang Ayu pelik di badan tak de plak. Menurut org-org tua dulu-dulu, Chickenpox ni selalu akan naik kat kepala tapi adik punya tak de plak. Terasa hati ni dah tak sedap. Cepat-cepat Ayu ajak A.Halim ke HUKM pula. A.Halim turut je apa yang ayu inginkan. Mungkin dia pun risau melihat keadaan adik. Tapi Alhamdulillah Adik tak de demam. Sampai HUKM , buat rawatan sekali lagi. Sampai turn jumpa doctor dah rasa berdebar-debar. Dalam setengah jam juga doc check adik. Terlalu detail doc mengenal pasti penyakit adik. Akhirnya doc bersuara , klu tgk dr segi luaran lebih kepada chickenpox , tapi disebabkan ada ulcer didalam mulut, adik lebih terkena jangkitan MFMD, Virus ni tak bahaya , sama sahaja macam chickenpox. Yang penting jangan dedahkan dia dikawasan orang ramai. Alhamduillah akhirnya Ayu dah tahu yang HFMD ni tak berbahaya kalau pencegahan awal diambil dan dengar nasihat doc.Doc tak de bagi apa-apa ubat. Cuma perlu buat rawatan dirumah je.  


Kebetulan Mak akan datang KL pada keesokan hari untuk menjaga adik kerana babysitter (Amma) akan bercuti selama 2bulan. Kat situ pun dah merisaukan Ayu. Adik tak sihat, berpisah pula dengan Amma dan nanti akan berpisah dengan Ayu , Daddy & Kakak. Kesian Ya Allah. Kuatkanlah semangat Adik & peliharakan Adik dari segala penyakit dan sembuhkanlah apa yang telah engkau hadiahkan. Ayu ada minta mak bawakan air penawar yang dibuat oleh abah. Air yang abah buat ni utk sejukan badan adik dan melegakan penyakit adik ini. Kita manusia perlu berusaha, In shaa Allah , klu kita yakin dengan Allah, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Aminn. 


Di bawah ni Ayu nk share cara Ayu rawat Adik : 

1) Sabun Marine Essence (Hai O)


Setiap hari Ayu mandikan adik dengan menggunakan sabun garam buluh dr Hai O iaitu sabun marine essence utk melegakan gatal2,menghilangkan parut dan mengecutkan biji-biji yang tumbuh ditangan dan dimulut adik. Sabun ni memang terbaik, dengan 2,3 kali mandi semua biji-biji tu dah kecut. Gunakan sabun ini dengan selawat dan bacaan doa syifa. In shaa Allah. 

2. Calamine Lotion & Cream 


Kemudian ayu akan sapu dengan sapuan Calamine Lotion bersama dengan Cream (tak ingat ayu cream apa). Calamine ni fungsi dia untuk mengurangkan rasa gatal. 


3. Bubur Nasi, Buah & Sayuran

Dalam waktu rawatan ni selama hampir dua minggu Ayu bagi adik makan bubur nasi yang dimasak dengan halia dan bawang putih (perbanyakkan bawang putih untuk kesan terbaik). Ayu juga masukan ikan, ayam @ daging, carrot, brocoli dan sayur-sayuran lain. Yang bestnya adik ni memang penggemar buah dan sayur, so senanglah nk bagi. Tak perlu kot nak memaksa kan !!!!

4. Habbatussauda'



Di samping itu Ayu juga blend habbatussauda sehingga hancur dah masukkan secubit beserta selawat dan niat kedalam susu (botol susu- shake sehingga sebati). Sib baik Adik tak perasaan. hahhaha..Ok je dia minum, tak de complaint apa-apa pun. Alhamdulillah.

Dengan izin Allah, selepas seminggu quarantine Adik sihat sepenuhnya. 


After 2 weeks kesan parut makin pudar. Selera makan makin menjadi dan makin membesar dengan jayanya. Terima kasih kepada family yang sentiasa memberi semangat kepada Ayu dan A.halim. Love U All. 


 Selepas Adik sihat sepenuhnya, adik di bawa oleh Tok & Tokwan ke Kedah. huhuhu sedih tak  terkata. Tapi Adik macam relaxs je ikut Tokwan. Tak menangis, tak tanya tentang mummy, daddy @ kakak. Macam tak de apa2 yang berlaku. Kami kat sini yang sentiasa bersedih. Tengok je gambar2 comel adik mesti mata berair. huhuhu... Take Care Baby. Mummy, Kakak & Daddy Love u so Much.

# Pesanan : Kepada semua pembaca blog Ayu ni, untuk anak2 yang terkena penyakit HFMD jangan rasa down, take positif, jangan kalut, jangan takut, ikut nasihat doktor, cuba yang terbaik, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menyediakan dan berkorban untuk tidak lupa @ lambat memberi ubat dan sebagainya. Perlu tepati masa dan Yakin dengan Allah bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya. Wallahualam...Akhir kalam , Ayu sertakan Doa syifa untuk semua.