TRIP TO TOKYO - DAY 6
Jom kita sambung chapter yang seterusnya. Hari ni selepas breakfast , cuci pakaian & sidai, kitaorang bersiap-siap untuk keluar. Sebelum korang tanya baik Ayu jawab. Disebabkan semalam dah mandi so pagi ni kitaorang tak mandi. Sejuk weeeii nk mandi. Suhu hari ni around 11-9 c. Agak sejuk. Bagi Teddy & Wyshal itu sejuk biasa-biasa je. Kulit biawak kot. Mummy dah ketaq satu badan ni. Hangpa buat tak tau ja !!!!.Hari ni tak sabar Ayu nak pakai baju baru yang beli semalam. hehehe. Poyo.
Yehhh !! ni lah view depan rumah Brett. Dalam rumah ni ada lagi 4 rumah studio. korang faham ke tak faham ?? hahaha.
Tepi jalan. Requested nak take photo dengan daun kering. krik krik krik !!!
Baju ni lah yang Ayu beli semalam kat Uniqlo tu. Cantik tak??? muahahaha.
Teddy tidur sampai ke Harajuku. Senang , tak perlu nak main kejar-kejar dengan Teddy. hahaha. Pelbagai ragam orang yang tengok cara Abg Halim tarik adik, ada yang senyum , ada yang gelak, ada yang terkejut , ada yang muka pelik bin hairan, ada yang kelam kabut tunjuk kat member2 , ada juga yang ambik gambar. hahahaha. Korang rasa pelik tak??? pernah tengok tak sebelum ni?? hahaha
Perancangan hari ni berpandukan itinerary yang Ayu buat. Hari ni , Ayu akan ke Harajuku, Takeshita Street & Shibuya Crossing. In shaa Allah.
HARAJUKU
Dalam station. Mencari line mana yang perlu kitaorang guna untuk ke Harajuku. Sempat lagi Wyshal nak bergambar.
Harajuku merupakan kawasan membeli-belah yang terkenal dengan gaya fesyen terkini. Ini menjadikan ianya sebagai satu tempat yang sangat digemari oleh anak-anak muda yang mementingkan fesyen. seperti pakaian cosplay(costume playing) yang dipakai oleh anak-anak muda yang gemar meniru gaya rock artis ataupun karakter anime kegemaran mereka banyak ditonjolkan di Harajuku Fashion Street.
Untuk ke Harajuku :
Direction: walk 15min form Valencia (Brett House) > Ikebubukuro Sta (Yamanote Line)> Harajuku Sta (320 y)
Sampai je di station Harajuku , terus nampak kedai GAP besar. Hahaha. Apa lagi serbu. Masuk je , mak aiiii banyaknya sale baju kids. Dah melekat kat situ hampir 2 jam. Time sampai tu dah pukul 1230 tgh hari. dah dua jam kat situ, mau jam 230 pm baru start jalan-jalan.
Tapi bukan nk cakap lah , memang murah GAP kat sini. Ayu dok pusing pi mai pi mai pening nak beli. Pening-pening pun Ayu beli juga. Tapi bukan untuk Ayu lah, untuk Teddy & Wyshal. Contoh Jean Wyshal , kat KL Ayu tengok harga around RM170-RM200, kat sini after less RM60++. Murah sgt.
Ni dalam bilik persalinan GAP.
Tapi bukan nk cakap lah , memang murah GAP kat sini. Ayu dok pusing pi mai pi mai pening nak beli. Pening-pening pun Ayu beli juga. Tapi bukan untuk Ayu lah, untuk Teddy & Wyshal. Contoh Jean Wyshal , kat KL Ayu tengok harga around RM170-RM200, kat sini after less RM60++. Murah sgt.
Tengok Teddy tak nak pakai jacket. Katanya panas. Pelik betoi lah.
Settle shopping sikit-sikit, Ayu terus jalan2 area Harajuku. MashaAllah manusia macam semut. Ramai sgt. Kita berjalan mcm ikut je satu lorong. Nak masuk kelorong lain memang susah sgt. Berhimpit. Kalau keadaan cuaca sini sama dengan Malaysia, mau bau mcm2. Bikin pingsannn ooo.
Ayu try nk letak video tak dapat lah. Ke Ayu yang tak pandai. hahaha.Tak pe..Ayu try lagi. Mesti boleh lah.
Dah penat berjalan , then tak tahu hala tuju, Ayu decide terus nak ke Takashita Street. Street ni sgt famous di Harajuku. Kitaorang search menggunakan broadband yang dibawa. Line mmg tip top.
Dalam perjalanan ke Takeshita Street ternampak gerai Kebab dan gerai Chips. Chips ni agak pelik. Besar dan panjang. Macam nak try je. Ayu terus que. Nama kedai di Jbox.
Kalau bab makan Ayu yang paling cepat. Malas pun jadi rajin. hahaha. Ayu just ambil yang biasa. Pada mulanya tak nampak sijil halal so tak berani nak ambik yang ada sos & mayo. Bila dah bayar baru nampak. Tak pe lah, makan je lah. Harga pun tak kurang hebatnya. 500 yen = RM20. Then untuk kebab , tu turn Abg Halim beli. Punya kejam , sbb nk makan chips tak sanggup nk que beli kebab. hahahah.
👇👇👇 Tengah tunggu Abg Halim beli kebab, sempat Ayu tangkap gambar manusia-manusia di sekeliling. MasyaAllah ramai sungguh. Tak tahu lah diaorang ni nk pegi mana.
Slps beli kebab terus kitaorang masuk ke Takeshita Street, area sini banyak sgt kedai jual crepe. Tapi Ayu tak beli pun sebab dah beli kebab tadi. Kang membazir pulak. Cari tempat makan. Ada satu lorong tu diaorang sediakan tempat duduk untuk makan. Tapi tak boleh take photo. Akur dengan papan amaran tu. 👴 benci toiiii...
Ni kebab daging dan ayam bersama nasi. Yang kat bawah tu kebab bersama roti pita. Harga ke dua-dua ni RM 50.
Lepas makan kitaorang jalan-jalan di sekitar Takeshita Street. Tempat ni memang best. Manusia mcm semut. Macam-macam ada jual. Tapi bila di convert balik dengan MYR agak mahal barang disini. Barang-barang yang dijual lebih kurang Petaling street lah. Cuma quality kat sini terbaik sebab kebanyakkan barang kat sini barang local. Takeshita street ni panjang dia lebih kurang 1.5 km. Walaupun panjang, tapi tak terasa bila berjalan sebab dapat lihat barang yang dijual kiri dan kanan jalan.
Beginilah rupa manusia sepanjang Takeshita Street. Dari hujung ke hujung. Setiap masa manusia seramai ini. Allahuakbar.
Bila dah jalan dalam 500 meter ternampak ramai sangat orang beli Cotton Candy yang besaq kedabak tapi warna dia colorfull. Cute sgt weiii. Teringin pulak nak mencuba. Nak dijadikan rezeki, lepas je Abg Halim naik beli , orang seterusnya dah tak boleh naik. Tak tahulah kenapa. Sebab Ayu tak faham bahasa diaorang. hahahah. Lebih kurang 15 min juga menunggu Abg Halim untuk beli Cotton Candy tu. May be ramai orang kot kat atas tu. Tapi Teddy & Wyshal setia menunggu. Good Boy & Girl lah budak comel 2 org ni.
Bergambar dulu while waiting for Daddy.
Kedai jual Cotton Candy tu atas Etude House ni. Korang patut try. Nice sgt. Harga untuk Cotton Candy ni lebih kurang RM25 setiap satu. Mahai nak mampusssss....
Jeng jeng jeng....Abg Halim dah dapat. Cantikkan. Tengok Wyshal tu excited. Yang peliknya Teddy tak suka. dia cakap tak best. So yang habis kan bahagian Teddy ialah Mummynya. hahaha
Wyshal mula menggigit. hahahah. Colour tu cantik. Syg pulak nak makan.
Untuk pengetahuan korang , di Takeshita Street ni , kalau korang nak beli barang boleh tawar menawar. Cara tawar menawar dia just pegang calculator and press amount yang korang nak then show kat penjual tu. Kalau dia setuju kira rezki lah, klu dia dok geleng2 kepala baik korang cari tempat lain pulak.
Bila berjalan sampai ke penghujung , baru best rasa tengok view dari sini, tangkap gambar kat sini, kat Pintu gerbang Takeshita Street, dari sini dapat lihat manusia berpusu-pusu, macam semut je. Time ni dah jam 5 pm. Best sangat tengok ribuan orang kat ni. Ni baru satu lorong. MasyaAllah.
Ni kira penghujung Takeshita Street. Kat sini memang port orang ambil gambar. Ayu pun tak lepaskan peluang untuk bergambar.
Teddy dah tak tahan sejuk. Requested pakai Baju sejuk yang beli kat GAP tadi. Nak pkai baju Batman. Bagi je lah...
Next destination kitaorang akan ke Shibuya. Tujuan ke sana untuk tengok Shibuya Crossing.
SHIBUYA (SHIBUYA CROSSING)
Untuk ke Shibuya dari Takeshita Street :
Direction : From Takeshita Street walk 3 min to Harajuku Sta > Shibuya Station (Yamanote Line ) Platform 1 (Hachikō exit) > and walk 3 min to Shibuya Crossing) 140 y
Kitaorang sampai di Shibuya around 630 pm. Bila exit je dari Station Shibuya (Ayu keluar melalui Hachiko exit) Subhanallah cantik sgt view kat sini. Keluar je terus Nampak gah bangunan mencakar langit. Tv besar di setiap puncak bangunan. Rasanya kat depan station ni selalu orang buat shooting drama , film @ iklan. Sebab fimilar sgt tempat ni dengan Ayu. Macam selalu tengok. Tapi ni tengok real, & berdiri kat tengah-tengah ni, Allahuakhbar memang cantik & menarik perhatian. Walaupun agak sesak & padat still teratur.
Korang tahu tak apa yang best di sini & kenapa Ayu nak sangat dating kat Shibuya ni.
Faktor utama Ayu ke sini sebab Ayu nak tengok persimpangan orang melintas jalan. Nama persimpangan ni Shibuya Crossing & faktor ke 2 nak p tengok patung Hachiko yang mempunya sejarah agung bagi masyarakat jepun.
SHIBUYA CROSSING.
Shibuya Crossing adalah tempat penyeberangan pejalan kaki paling sibuk di JAPAN dan juga di dunia. Setiap dua mInit, ribuan orang menyeberangi jalan ini. korang bayangkan, persimpangan ni adalah persimpangan tersibuk didunia. Masa Ayu nak melintas ke Starbucks berdepan dengan dengan station, hanya kaki-kaki manusia yang Nampak, lantai jalan memang tak Nampak langsung. Berjaga-jaga takut terpijak kaki manusia. hahaha.
Sejarah ringkas Hachiko. Hachiko ni adalah seekor anjing yang mempunyai sifat yang setia kepada majikannya. Hachiko seekor anjing jantan jenis Akita Inu kelahiran Ōdate, Prefektur Akita. Ia terus dikenang sebagai lambang kesetiaan anjing terhadap majikan. Setelah majikannya meninggal, Hachikō terus menunggu majikannya yang tidak kunjung pulang di Station Shibuya, Tokyo.
Tujuan utama Ayu ke Starbucks adalah untuk merakam video pergerakan manusia ketika menyeberangi jalan (Shibuya Crossing). Alhamdulillah , sampai je Starbucks Coffee terus Ayu naik keatas bersama Teddy & Wyshal, Abg Halim pula que untuk membeli coffee, tak perlu menunggu panjang , sampai je atas ada couple ni sudah bangun dari tempat duduk. Walaupun view dari tempat Ayu tak berapa nak best tapi boleh je jalan g tepi tingkap tu ambik video kan. hehehe. Manusia memang ramai sgt dalam Starbucks ni. Bestnya lah bisness mcm ni. Orang berpusu-pusu masuk atas sebab nak merakam video je. Berebut-rebut membuat rakaman setiap kali lampu hijau muncul. Memang dasyat persimpangan ni. Tak dapat Ayu nak ceritakan dalam coretan ni. Korang perlu pergi sendiri. Subhanallah.
Harga Coffee di sini lebih kurang MYR je. Dalam 2 jam Ayu melepak ni Starbuck ni, ramai Ayu jumpa orang Malaysia. Diaorang pun asyik dengan camera. hehehe. Teddy & Wyshal pun rasa relaks dan tak buat perangai. Mungkin penat berjalan dari jam 12 noon. Dapat lepak lama. Teddy asyik dengan bas besar yang beli semalam, bawa kemana-mana.Dah lah besar, kehulu kehilir dia bawa bas tu. 💃💃💃
Kitaorang bergerak balik ke Brett House jam 9.00 pm. Sampai bilik pukul 10.00 pm. Badan dah penat. Sampai rumah Ayu masak Maggie sup , lepas makan , mandi , terus pengsan. Esok perlu bangun awal sebab esok adalah hari yang dinanti-nantikan oleh Wyshal & Teddy. Bersemangat sangat diaorang. Alhamdulillah.
Direction dari Shibuya - Brett House :
Shibuya Sta >Ikebukuro Station (Saikyo Line) > Walk 15 min to Brett House. (170 y)
Ok , Ayu akan sambung TOKYO - DAY 7
Korang boleh juga tengok Itinerary utk Tokyo ni. Klik je sini TOKYO ITINERARY
Korang boleh juga tengok Itinerary utk Tokyo ni. Klik je sini TOKYO ITINERARY
No comments:
Post a Comment