Saturday 21 March 2020

CORONAVIRUS (COVID- 19)


Dunia makin tenat, dunia makin rasa sensitif dgn manusia di dalamnya yg hanya pentingkan diri, apa yang diajar oleh agama tidak diendahkan. Rasa ego , rasa hebat dari sang pencipta. Makan segala macam tanpa  berfikir kesan yg akan larut didalam badan sendiri lalu membawa padah pada org sekeliling. Bukan shj di satu tempat malah terkesan di Satu Dunia. 
Hanya sebesar zarah, covid ini Allah bg kepada manusia , ranap dunia, kelam kabut dibuatnya, panik, gentar utk menghadapi. Siapa lah kita di mata tuhan. Tak kn dapat melawan kuasanya. Mayat berkelimpangan ibarat Train to Busan. Jangkitan yg menakutkan , jangkitan manusia ke manusia, hanya dgn bersentuhan , akan terkena malapetaka covid19. Si A batuk , bersin depan Si B... Si B akan positif covid19. Bayangkan betapa dasyatnya virus ini. 

Virus yg berasal dari Wuhan, december lalu bisa menakutkan dunia. Jangkitan bagaikan peluru. Semua wilayah ditutup, rakyat diquarantin. Satu dunia terkena tempias. Kini Virus itu berkampung di Malaysia. Dalam rakyat dunia risaukan Covid19, PM letak jawatan, semua Menteri digugurkan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Kerajaan baru dibentuk mengikut budi bicara YDPA. Hebat rakyat Malaysia. Tidak ada istilah rusuhan dibuat, hanya menyuarakan didalam FB atau IG ketidakpuasan mereka. 

Hari demi hari Covid19 meningkat. Sehinggakan PM perlu announce Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18/3 - 31/3. Punya 6 langkah perlu di ambil, termasuklah syarikat swasta di arah tutup operasi. Alhamdulillah, boss masih baik hati, gaji masih berjalan. 

Di awal tempoh pengawalan, banyak manusia diluar sangat masih bodoh, tidak faham bahasa, masih berkeliaran membawa anak2 berjalan di taman, berjogging, ada yang membawa ank2 bercuti, check in hotel dan sebagainya. Knp masih tak fhm bahayanya Covid19. Diaorg tidak endah , tidak rasa takut, kdg ada alasan berbaur yg mempersendakan agama. "knp perlu takut virus, takut Tuhan lah ". Mana korang belajar semua ni....knp perlu berserah tanpa ikhtiar. Hadis mana korang belajar... Tk perlu ada usaha utk tangani. Bukan sekadar belajar agama, tapi kita perlu menghayati agama itu sendiri, Allah bg akal utk fikir, utk mengkaji, bukan semata2 berserah 100% kepadanya. 

Hari ke 2, masih lg ada manusia degil. Kematian asbab covid19 dah ada. Manusia bodoh masih tk takut. Sampaikan PM perlu membuat mengumuman utk kali ke 2 . Allahuakbar !!! 
Hari ni dah hari ke 4. Byk lagi yg tidak endah. Di kwsn rumah , masih nmpk org berkeliaran, polis dtg halau, lps polis pergi, diaorg kembali. Apalah yg keras kepala sangat. Makan batu ke hangpa ni. Dah ada 8 kematian, 1183 kes, masih lagi boleh gelak tawa, borak2 kosong, tk de pakai mask even batuk2... Kebal sungguh degil hangpa. 

Sekarang hanya ketua keluarga shj yg dpt keluar beli barang. Rasa tk yakin pulak nk suruh, takut tersalah beli. Haha !!
Ni namanya Pembelian panik.

"Hanya ketua keluarga sahaja boleh keluar untuk beli barang dapur.

Akibatnya 100 orang lelaki panik di pasar kerana tak kenal mana satu ikan kembung, ikan selayang, ikan siakap dan ikan talapia. 

Bertambah panik di bahagian sayur, yang mana satu lengkuas, yang mana satu kunyit dan yang mana satu halia."

 Ayu petik di dlm FB. Mmg lucu sgt. 😂😂😂

Utk pengetahuan semua, ayu nk share cara Ayu simpan bahan mentah. Cth klu korang beli ayam, udang , sotong bersama geng2nya, korang boleh cuci siap2, then bekukan bersama air. Insyaallah makanan tu tahan lama. Tk berbau. Untuk telur pulak, terus letak dlm peti, jgn dicuci. Nak masak baru cuci. Insyaallah tahan. 

Barang yg penting tu beli lebih skit, cth tepung, beras , gula, garam, kacang dal dan susu ank2. Bhm kering pun patut ada cth ikan bilis , sotong kering, ikan kering dan dan apa2 yg kering ni. 
Tk rugi beli lebih, takut kes makin meningkat, perintah kawalan dilanjutkan. Korang bygkan !!! Satu lagi, benda paling penting kan ialah Gas utk memasak. Yg ni sgt2 penting. Angpa dah beli semua brg, tp gas tak dak, mcm mn nk masak. Cer fikir cer fikir ...tk kn nk bakar kn.. 🤣 . Apalagi ye !!! Ayu ada beli vitamin C (sgt penting), panadol, ubat batuk ,ubt cirit, minyak angin dan vicks, sanitizer, pencuci tangan , syampoo, mandian dan pencuci lantai anti bacteria. Ini sgt2 penting ye. 

Yeah!! esok Angkatan dikerah. Hopefully berlaku perubahan. Mn yg degil tu suh kerah blk umh. Degil juga , tembak je bg mati. Tk pun p letak kt ward yg kena virus tu. Kn depa ni kebal. Biaq depa rasa. Kita tunggu esok. Plss lh dengar seruan gov, jgn nk politik sgt. Fikir secara rasional. Yg rasa diri pandai pun, tk yh nk petikai seruan kerajaan, biar diaorg buat keja diaorg. Ini tk, ckp itu ini. Kita kt umh ni, bykkan doa, solat hajat, baca quran, jaga family, jgn dok menyibuk hal org. Faham !!!! 

Doakan virus ni Allah ambik blk, minta Allah pelihara kita semua. Semoga segalanya dipermudahkan, Ya Allah, selamat kan lh bumi Malaysia. 

Bagi sesetengah org2 Tabligh yg belum serah diri pls serah diri. Jangan takut. Hospital tk tembak angpa pun. Ikhtiar, jgn serah bulat2 kat pencipta tanpa usaha. Tgk jemaah yg lain boleh je serah diri, knp korang yg tk serah diri ni degil sgt !!! Sama2 membantu, sama2 fikir tanggungjawab utk hapuskan virus ini. Insyaallah.