Wednesday 28 February 2018

ISU NEELOFA "MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA"



ISU NEELOFA  "DUNIA HANYA TUMPANGAN, DUIT HANYA PINJAMAN, KECANTIKAN HANYA UJIAN" Fikir-fikirkan lah.  

Semalam digemparkan isu artis Malaysia Lofa yang memuat naik gambar-gambar yang tak menyenangkan. Majlis pelancaran tudung (turban) vs celebrate birthday di ZOUK ( kelab malam ) yang termuka di KL ni.

Kat sini Ayu nak ambik iktibar atas isu ini as a muslim. Jadikan segala kejadian ini sebagai pengajaran dan berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu. Jagalah Agama dan adat. Dahulukan Agama walaupun diri sendiri dhaif dalam ilmu agama. Tanya pendapat yang lebih arif sebelum melakukan sesuatu.

Pagi ini , Mufti telah menegur kesilapan Lofa. Harap dengan teguran ini dia akan endah kan. Kerana sebelum ini Lofa ada cakap kepada media dia tak kan peduli apa nitizen nk cakap. Ingat Lofa .."Matlamat Tidak Menghalalkan Cara". Ok. Hukum tetap hukum. Jangan kerana mulut badan binasa. "DUNIA HANYA TUMPANGAN, DUIT HANYA PINJAMAN, KECANTIKAN HANYA UJIAN"

Bagi pendapat  Ayu, ini sangat memalukan. Ayu memang tak pernah ikut perkembangan minah ni... sebab tak berapa minat sgt dengan artis-artis ni...

Ayu terbaca satu artikel dari Imam Muda Fakhrul. Agak tertarik apa yang diperkatakan oleh beliau.

Kena berlembut, jangan berkasar.’

“Maaf, sesetengah orang hatinya penuh karat. Tak tercabut dengan air. Kena guna tukul besi. Tak percaya? Rujuk pendekatan dakwah Rasulullah. Yang nak berlembut, silakan tetapi kena ada yang bertegas. Kalau tak, naik lemak dia.

‘Ajak jangan hukum.’

“Maaf, saya tak menghukum. Saya memberitahu hukum dari Yang Maha Menghukum dan saya sedang mengajak mereka untuk mengikut hukum.

‘Ini kesalahan peribadi bukan kesalahan umum.’

“Maaf, kalau kesalahan peribadi melibatkan umum, maka ia menjadi kesalahan umum.

‘Mungkin dia nak dakwah.’

“Maaf, matlamat tidak menghalalkan cara. Dakwah ada kaedah, bukan main rembat ikut hati. Tapi ikut Nabi.

‘Tak apa, yang penting niat dan hati dia baik.’

“Maaf, hati yang baik tak akan pergi ke tempat yang tidak baik dan perlakuan yang tidak baik.

‘Jangan boikot! Macam mana Melayu nak maju?’

“Saya kata boikot semua tudung yang tidak menepati syariat. Maju biarlah berkat, kita nak maju juga dalam kubur dan akhirat. Ada apa pada Melayu? Adat bersendi syariat.

“Nak kata apa lagi? Katalah, selagi mampu kata. Esok di akhirat, mulut dah tak mampu berkata-kata kecuali tangan dan kaki mereka (Surah Yasin).


“Pemiliknya berkata, tak peduli kata-kata orang. Betul, kata-kata Allah pun kau bakul sampahkan. Apalah sangat kata-kata orang. Ya Allah, sesungguhnya aku telah menyampaikan,” katanya.

Disamping itu, Mufti Perak juga ada menegur :

“NEELOFA perlu bertaubat.”

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, umat Islam dilarang mendekati tempat maksiat dan hukumnya sudah jatuh haram jika tempat berkenaan terdapat unsur melanggar syarak.
“Sekiranya ada unsur berkenaan, Neelofa perlu bertaubat dan jangan ulang lagi,” katanya.

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad pula menyifatkan tindakan Neelofa itu salah kerana bersubahat melakukan perkara berunsur maksiat.

"Perbuatan itu haram kerana gerak-geri perempuan ditontonkan kepada lelaki bukan mahram.
"Apapun alasan diberikan, saya tetap menganggap ia salah kerana pusat hiburan menjual minuman keras dan memabukkan. Buatlah sesuatu yang baik dengan cara dan jalan yang betul," katanya kepada Harian Metro.Neelofa perlu muhasabah diri dan mengambil iktibar daripada tindakan yang dilakukannya itu.

"Mohon ampun kepada Allah serta berazam tidak mengulanginya lagi. Bagi kepentingan perniagaannya elok dia mohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan perbuatannya itu," katanya.

Sementara itu, Profesor Institut Pengurusan Fatwa Sedunia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, nama kelab malam itu tidak salah jika tiada sebarang unsur bertentangan syarak.

“Jika tiada arak, tidak membuka aurat dan tiada pergaulan bebas, tiada masalah walau di mana pun pelancaran tudung itu diadakan.

“Yang penting adalah pengisian di kelab itu, jika lancar tudung di rumah tetapi melanggar hukum syarak pun tidak boleh. Jika di pihak Neelofa sendiri mengatakan tiada arak, kita tidak boleh mengandaikan ada benda terlarang itu,” katanya.

Ayu juga berminat dengan apa yang disampaikan oleh Sheik Abdul Kareem Said Khadaied, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA).

Pihaknya akan mengkaji kemungkinan mengambil tindakan ke atas Neelofa atas dakwaan menghina agama Islam susulan kontroversi sambutan hari jadinya yang ke-29 dan pelancaran tudung di sebuah pusat hiburan di sini, malam tadi.

Sheikh Abd Kareem Said Khadaied berkata, langkah itu akan diambil selepas pihaknya mengkaji undang-undang syariah yang boleh disabitkan dengan perbuatan Neelofa.

"Istilah hijab adalah sesuatu yang dipandang mulia dan menjadi lambang kepatuhan kita kepada agama. Apabila Neelofa melancarkan jenama hijab di sebuah pusat hiburan, memang jelas tindakan itu dilihat sebagai mempersendakan agama Islam.

"Buat masa ini, kami sedang meneliti undang-undang jenayah syariah yang ada. Jika tindakannya didapati salah di bawah akta yang diperuntukkan, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Neelofa," katanya kepada BH Online.

Beliau juga berkata, perbuatan Neelofa boleh menambah persepsi negatif terhadap agama Islam.
"Sebagai seorang yang bergelar Hajah, dia sepatutnya berfikir panjang. Sudahlah kesucian agama Islam sebelum ini sering diperlekehkan, kini dia menambahkan lagi perasaan skeptikal itu," katanya.
Neelofa ketika diminta mengulas kontroversi itu, malam tadi, memberitahu, dia tidak tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi berkenaan.
Sebaliknya, Neelofa dilaporkan berkata, pusat hiburan itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.

Semoga sama-sama kita berdoakan agar kita sebagai seorang muslim sentiasa dilindungi oleh Allah akan fitnah Dajjal. Fitnah yang paling hebat adalah Fitnah Dajjal. Dajjal akan mengkaburkan manusia dengan kekayaan yang melimpah ruah.

"Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah besar daripada fitnahnya Dajjal" (Misykat, hal. 472) Hadith Riwayat Muslim 
#kepada yang fanatic dengan Lofa, tak perlu kot LIKE kalau perkara yang dia buat bertentangan dengan shariat islam. Like mana yang bagus lah. Jangan semua ang nak LIKE.