TOKYO - DAY 11 & DAY 12
DAY 11
Hari ini adalah hari terakhir di bumi Tokyo , 30/12/2016 ( Friday). Hari ini juga hari yang sedih sangat nk tinggalkan Bandar tersibuk ni. Belum puas lagi berjalan. Pagi ini selepas subuh Ayu tidur balik, bangun balik dah kul 10 pagi. Requested ngan Owner nak check out jam 1230 noon. Owner on aje. Just simple breakfast Nasi Goreng & buah-buahan segar, sebab busy nak packing barang. Datang ringan je bag, tapi bila balik mcm ketoi batu plak bag ni.
Check out macam biasa. Kalau tru Airbnb kunci perlu letak dalam post box aje. Make sure sampah perlu di buang di tempat yang disediakan & sebelum tu perlu asingkan sampah mengikut jenis. Ayu selalu pastikan rumah kemas seperti mana time ayu sampai hari tu.
Dalam jadual tempat pertama yang hendak dituju ialah Nippori Textile Town. Textile Town terletak di Nippori dan berdekatan dengan Nippori Station. Sampai je di Ikebukuro Station , Ayu lepak di café bersama Teddy coz Abang Halim & Wyshal nak ke satu kedai untuk beli Gundam. Nama Café ni Edy's bread Café.
Café ni terletak didalam station bawah tanah. Agak selesa dan agak ramai orang melepak di sini. Sambil minum Coffee , Juice & mixed fruit , kononnya nak pujuk Teddy. Harga Coffee & Juice (590y = RM23). Tapi agak lama juga Abang Halim pergi menghilangkan diri, Teddy dah mula buat perangai, habis air dia bg tumpah.adoi.
Bila Abg Halim dah sampai , terus kitaorang bergerak ke Nippori dengan membawa batu-batu besar ni. Macam nk patah pinggang.
NIPPORI TEXTILE TOWN
# Direction : Walk 8 min to Ikebukuro Sta > Sugamo Sta (Mita Line) > Nippori Sta (Yamanote Line) >Walk 7 min to Nippori Textile (300y)
Sampai di Nippori Station , Ayu terus cari locker kosong, rasa mcm nak campak ja bag2 ni. Berat ya amat. Kitaorang ambik 2 locker dengan harga RM45. Satu kecil & Satu besar. Muat utk semua bag. Harga tu untuk sehari ye !!!
Ada apa di sini?? Kalau korang penggemar kain cotton , korang boleh lah datang ke sini. Ayu memang minat sangat kain cotton ni , lagi pun boleh dijadikan buah tangan untuk family di Kedah.
Dari Station Nippori korang perlu jalan dalam 7 min ke Nippori Textile. Kedai yang famous di sini adalah Kedai Tomato & Mihama Cloth.
Tapi syg seribu kali syg, bukan rezeki Ayu untuk beli Kain Cotton sebab Ayu tengok semua kedai closed. Rupa-rupanya setiap hari Jumaat kedai di kawasan ini tutup. Allahuakbar, agak hampa skali. Kalaulah Ayu tahu , ayu dah change jadual ayu. Datang semalam bukan datang hari ni. Memang rasa nak nangis lah. Dah check byk website tak de plak diaorang mention yang Friday closed. So sad.....
# AMARAN : NIPPORI TEXTILE TOWN - JUMAAT TUTUP. INGAT TU SEMUA !!!!!!!
Dah closed kitaorang planning nak jalan-jalan disekitar Nippori. berhampiran station , kitaorang melepak minum Coffee & donut sebelum berangkat ke Narita U-City Hotel. Ayu akan check in di Hotel yang berdekatan dengan airport kerana esok flight ke Malaysia pada jam 9.30 am. Dalam jam 5.00 pm kitaorang bergerak ke Hotel.
NARITA U-CITY
# Direction : Nippori Station > (Keisei Line) Keisei-Narita Sta > walk 8 min to Hotel (780y)
Hotel ini closed dengan Narita Airport (Terimal 2) terminal untuk Ayu berlepas esok utk balik ke Malaysia. Kitaorang sampai di Hotel pada jam 630 pm. Hari dah gelap. Tidak jauh berjalan dari station ke Hotel lebih kurang 8 min. Tetapi yang memenatkan kerana naik turun anak2 tangga. Ingat ke awal pagi ada shuttle . Rupanya Shuttle Bus under hotel hanya ada seawal jam 8am. Jawabnya esok terpaksalah kitaorang berjalan kaki ke Station dengan membawa batu-batu berat ni. hahahah.
Cantik suasana hotel disini, bersih dan hotelnya agak luas. Harga nya pun tidak terlalu mahal. RM253 per night, ayu booking tru Booking.com. Hotel ni 4 star. Ayu dah buat bayaran di Malaysia, so tak pening2.
Dah masuk bilik , perut terasa lapar, perlu cari makanan untuk makan. Berdepan dengan lobby hotel ada Family Mart & Seven E. Dapatlah Abang halim beli nasi, dimakan bersama sotong kering yang dibeli di Ueno semalam. Ayu juga ada rebus telur menggunakan kettle air yang disediakan oleh hotel. 3 bungkus nasi habis licin. hahahah. Sama ada sedap @ lapar , itu Ayu tak pasti. Yang penting malam ni charges tenaga untuk bawa batu-batu ke airport esok. Zassss...
TOKYO - DAY 12 (BERANGKAT PULANG)
Seawal 4.00 am, Ayu dah bangun. Dah settle kemas & check out , terus kitaorang menuju ke Station untuk ke Airport. Malam tadi di station Ayu ada tanya pekerja train station, katanya train tiba setiap satu jam, mengikut jadual perjalanan train, train akan tiba di Station Narita pada jam 5.30 am. Perjalanan dari Station Narita ke Terminal 2 mengambil masa 20 min.
# Direction : Walk 9 min to Keisei-Narita Sta > (Keisei Line) Airport Terminal 2 Sta (Narita Int Airport) (260y).
Sampai di Airport, kaunter pun belum buka lagi. Layan dulu a cup of coffee & Apple juice utk Teddy & Wyshal. Ayu beli tru mesin je. Harga RM7 setiap satu. Sebelum tu Ayu pegi counter JR untuk refund balance yang ada dalam Suica Card. Masih banyak lagi balance dalam Suica Card Ayu, Abang Halim & Wyshal. Dalam 2800y macam tu lah. Korang jgn lupa tukar, syg kalau tak ambik duit balik. Jangan jadi baik sangat. hahaha
Jam menunjukkan pukul 7.30 am. Time ni counter Check In dah buka. Alhamdulillah batu-batu tu semuanya selamat masuk. Ringan rasa badan. Ketika menunggu gate open, Ayu pusing-pusing sekitar Airport untuk mencari makanan yang boleh di makan. Ayu mencari Restaurant narita yang halal tapi memandangkan asyik menyinggah je tengok barang , memang tak sempat nak cari. Kitaorang beli Vegetable Sushi & bun. Abang Halim ada beli nasi makan bersama salad yang di jual di Family Mart.
Lagi pun atas flight nanti banyak makanan yang diaorg hidang. memang tak larat makan. Di airport banyak juga barang yang murah. Toys agak murah disini. Perfume, cosmetic & toiletries pun murah.
Flight Ayu ke Ho Chi Minh pada jam 930am. Sharp 9.00am kitaorang dah dlm perut Airplane. Ayu bagi 5 STAR untuk Vietnam Airline kerana bagi VVIP services. Makan dah sampai nk pecah perut. Makan pulak sedap.
Transit di Ho chi Minh hanya 2 jam. So sampai di KL pada jam 630pm waktu Malaysia. Flight dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur yang paling best. Makanan yang diaorang sajikan ialah Beef & Mashed Potato. Memang dah gian, 13 hari kot tak dapat makan beef, makanan Teddy pun ayu belasah. hahahhah...
Ok All. Sampai di sini sahaja cerita tentang Tokyo. Selamat Melancong semua. Semoga coretan ini bisa membantu korang sedikit sebanyak dalam persediaan untuk melancong bersama anak-anak kecil.