Friday, 20 May 2016

BALI 2013 - DAY 5

BALI - DAY 5 

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah, ini adalah last entry utk perjalanan Ayu ke Bali, Indonesia. Akhirnya, dapat juga ayu completed kan entry ini utk tatapan semua. Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang lemah itu disandarkan kepada Ayu.

Hari ini adalah hari terakhir Ayu di Bali. Petang ni flight Ayu jam 7.10 pm. So, banyak masa lagi utk berjalan di sekitar Kuta. Walaupun hari ni lastday, Ayu tetap ikut jadual yang di rancang, still padat Ayu punya itinerary.

1 . KUTA BEACH 

Awal pagi sekali lagi kitaorang ke Kuta Beach untuk melihat Sunrise. Asyik dok tengok Sunset ja kan, nak juga tengok Sunrise. Cuaca pagi ni memang marvelous. Langit membiru , alunan ombak kecil, panas yang dingin, memang best utk berjemur.

Main Road  dari Hotel Alam Kul Kul ke persisiran Pantai Kuta. 







Tengok langit tu, cantik kan!!!



Berjalan dari hujung ke hujung memang tak terasa & tak akan ketemu penghujungnya. Faham tak ? hahahha..



Kuta beach memang cantik. Bisa jatuh cinta dgn keindahan pantainya yang bersih. 
Untuk hari ni, Ayu dah inform Bang Ali supaya datang jemput kitaorang jam 3 ptg di Beachwalk, Bali. Beachwalk Bali adalah salah satu tempat shopping terbesar di kuta. Tempat shopping ni terdapat pelbagai kedai yang branded tetapi terdapat barang khas yang direka hanya utk pelancong yang berkunjung ke Bali. Contoh : Brand Roxy - Pihak Roxy akan mengeluar T-shirt khas utk Bali, dan di tulis di T-shirt sempena nama Bali. Harganya agak berpatutan.

Selepas kitaorang selesai berjemur, kitaorang balik ke Hotel untuk mengemas barang dah bersiap-siap kerana jam 1 akan check out. Bag besar Ayu tumpang letak di Lobby Hotel. Kemudian kitaorang berjalan ke BeachWalk. Jarak antara Hotel ke BeachWalk lebih kurang 20min berjalan. Tak terasa pun sebab kawasan yang cantik dan deretan kedai yang banyak membuatkan kitaorang lupa tentang jarak. heheheh.

Yeh, sampai sudah BeachWalk.

2. BEACHWALK (SHOPPING COMPLEX) 

Ini pintu tepi untuk masuk ke BeachWalk. 
 Tempat pertama yang kitaorang tuju adalah mencari kedai makan halal. Apa yang halal kat sini? Alhamdulillah kat sini banyak kedai makan yang mempunyai logo halal. Akhirnya kitaorang memilih untuk makan Pizza. Kat sini ada Domino's Pizza tau. nyum nyum nyum. Harga lebih kurang kat malaysia je, rasanye murah pun dalam RM3 @ RM4 je kot.

Dah kenyang, kitaorang pun berjalan-jalan melihat apa yang ada disekeliling. Tempat ni memang sangat cantik dan tersusun. Kebanyakkan yang dtg ke sini adalah foreigner. Rakyat Bali sendiri memang kurang kesini alasan mereka kerana barang-barang disini agak mahal. Ayu ada grab satu T-shirt Roxy utk Wyshal , yang tertulis Bali. Harganya lebih kurang RM100-80, mengikut design dan size. Kat sini juga Ayu ada membeli slipper BALI yang harganya RM49.00.


Hampir 2 jam lebih kitaorang window shopping, jam ditangan menunjukan pukul 2.00 pm. Masih ada 1 jam lagi untuk menunggu Bang Ali. Sementara menunggu Bang Ali kitaorang duduk melepak di Starbuck utk minum Coffee dan makan Doughnut yang menjadi favorite Wyshal  sambil melihat gelagat manusia. Macam-macam gelagat ada. hahahah.

Selepas Bang Ali datang, kitaorang terus ke Hotel utk mengambil bagasi, dan Bang Ali akan bawa ke last destinasi kitaorang ialah Pasar Krisna.

3. PASAR KRISNA

Terdapat pelbagai barang yang boleh dijadikan ole-ole & harga yang berpatutan. 

Pintu utama masuk ke Krisna. 
Kat sini Ayu dapat membeli pelbagai ole-ole utk dibawa pulang ke Malaysia. Ayu just beli keychain, makanan masyarakat Indonesia seperti Dodol, pulut hitam , kerepek dan sebagainya. Harga yang dijual seperti Malaysia. 3 bungkus RM10.

Pening sebenarnya mau beli apa disini kerana barangnya terlalu banyak dan cantik-cantik , ada yang murah dan ada yang mahal, kerana pening Ayu beli sikit ja. Bagus juga kan. !!!!hahaha. Klu korang tak percaya korang dtg tengok sendiri.

Sebenarnya hajat dihati mahu membeli kain kebaya, tetapi salah Ayu juga kerana tak bgtahu Bang Ali dari awal.huhuhu..sedih. Tak pe, next time dtg mesti beli. In Shaa Allah.
Selepas selesai kitaorang bergerak ke hotel. Jam sudah menunjukan pukul 445 pm. Perjalanan dari Krisna ke Airport lebih kurang 15min.

Gambar di bawah di ambil semasa perjalanan ke Airport.





Masyarakat di Bali penggemar daging babi dan anjing, Tidak hairanlah dimana-mana sahaja terdapat Restaurant Babi Guling. Untuk masakan anjing, masyarakat sini percaya, bahawa anjing perlu dimasak tanpa di hiris atau dicuci kerana tidak mahu ada sedikit darah pun yang keluar dr badan anjing tersebut. Jika berlaku , makanan ini sudah tidak mempunyai khasiat dan ada kebaikan yang ada dlm daging anjing ini mengikut kepercayaan mereka.

Gerai pisang goreng ini dimiliki oleh orang Muslim. 




Siapa tgh cari kerja, boleh call number ini ye !!!!
Alhamdulillah, tepat jam 5 pm kitaorang sampai di Ngurah Rai Airport. Urusan imigresen berjalan lancar. Harus diingat didalam Airport susah untuk mencari makanan halal. Akhirnya Ayu memilih untuk membeli maggie cup untuk mengisi perut sebelum menaiki pesawat. Pesawat Air Asia on time. 710 pm berangkat ke KL. Alhamdulillah, kitaorang sampai di LCTT pada jam 1010pm.

Tamat sudah episode perjalanan Ayu & Family ke Bali Indonesia. Terima kasih kerana sudi membazirkan masa membaca hasil nukilan Ayu.



No comments:

Post a Comment