BALI - DAY 4
Assalamualaikum semua .....Apa khabar ?? Kali ini Ayu nak sambung entry seterusnya Bali - Day 4. Kepada pembaca , terima kasih tak terhingga kerana sudi membaca coretan Ayu yang tak seberapa ni.
Gambar smlm waktu diaorang tgh buat rambut utk Wyshal. |
1. KUTA BEACH
Awal pagi kitaorang dah bgn kerana nk ke persisiran pantai utk mandi laut & yang penting kitaorg nak berjemur. Pantai kat Kuta ni semestinya cantik dan bersih. Awal pagi dah ramai pelancong-pelancong yang memulakan act surfing, penduduk Bali pun dah keluar utk mencari rezeki. Banyak tukang urut yang berkeliaran di pantai mencari pelanggan , menjual brg kraf bali seperti rantai, gelang manik dan sebagainya. Ada juga yang bisa membuat rambut. Apa yek nama rambut tu, yang dandan kecik2 tu. Smlm Ayu & Wyshal ada buat. hehehhe.. Harga utk dewasa RM20 dan kanak2 RM15. Bak kata Bang Ali agak mahal dia cas. ahhh!! Ayu tertipu. Rupanya ada lagi yang murah.
Suasana awal pg di Kuta Beach |
Surfing. |
Di belakang Wyshal , deretan manusia yang sedang berjemur. Sewa payung ikut jam. Seingat Ayu satu jam RM15.00 +kerusi. |
Suasana kat sini segar dan bersih. Jauh dari pencemaran dan kesibukan kota kerana Bali adalah salah satu pusat perlancongan yang di jaga corak traditional dan budayanya. Kerajaan Indonesia tidak membenarkan bangunan tinggi didirikan di Bali kerana mahu mengekalkan keaslian bangunan dan budaya masyarakat Bali turun temurun.
Selepas selesai mandi , perut mula berkeroncong, kitaorang just singgah kedai yang lebih kurang 7e , beli maggie cup & coffee. Makan panas2 memang best. Dipersisiran pantai terdapat byk kedai runcit. So korang tak perlu risau. Kebanyakan barang runcit dr Jakarta dan ada bertanda Halal. So, Jam dah menunjukkan pukul 11. Janji dgn Abang Ali pukul 1230. Kitaorang bergegas ke bilik hotel utk bersiap. Sebelum tu singgah kat swimming pool Hotel bersihkan bdn then baru sambung mandi di bilik hotel.
Selepas solat , Bang Ali sampai terus pegi ke KFC. Hari ni just makan KFC je. Agak berbeza menu KFC disini.
Kemana sahaja si kecik ni bw Tom's ni. Hadiah dr Daddy. |
Next Destination is PURA LUHUR ULUWATU.
2. PURA LUHUR ULUWATU
Pura Luhur Uluwatu atau pura Uluwatu merupakan pura yang berada di wilayah Desa Pecatu, Kecamatan Kuta, Badung.
Pura yang terletak di hujung barat daya pulau Bali di atas pelantar batu karang yang curam dan tinggi serta menganjur ke laut ini merupakan Pura Sad Kayangan yang dipercayai oleh orang Hindu sebagai penjaga dari 9 mata angin. Pura ini pada mulanya digunakan menjadi tempat memuja seorang pendeta suci dari abad ke-11 bernama Empu Kuturan. Ia menurunkan ajaran Desa Adat dengan segala peraturannya. Pura ini juga dipakai untuk memuja pendeta suci seterusnya, iaitu Dang Hyang Nirartha, yang datang ke Bali pada akhir tahun 1550 dan mengakhiri perjalanan sucinya dengan apa yang dinamakan Moksah atau Ngeluhur di tempat ini. Kata inilah yang menjadi asal nama Pura Luhur Uluwatu.
Pura Uluwatu terletak pada ketinggian 97 meter dari permukaan laut. Di depan pura terdapat hutan kecil yang disebut alas kekeran, berfungsi sebagai penjaga kesucian pura.
Pura Uluwatu mempunyai beberapa pura pesanakan, yaitu pura yang erat kaitannya dengan pura induk. Pura pesanakan itu yaitu Pura Bajurit, pura Pererepan, Pura Kulat, Pura Dalem Selonding dan Pura Dalem Pangleburan. Masing-masing pura ini mempunyai kaitan erat dengan Pura Uluwatu, terutama pada hari-hari piodalan-nya. Piodalan di Pura Uluwatu, Pura Bajurit, Pura Pererepan dan Pura Kulat jatuh pada Selasa Kliwon Wuku Medangsia setiap 210 hari. Manifestasi Tuhan yang dipuja di Pura Uluwatu adalah Dewa Rudra.
Pura Uluwatu juga menjadi terkenal kerana tepat di bawahnya adalah pantai Pecatu yang sering kali digunakan sebagai tempat untuk sukan luncur, bahkan sukan luncur antarabangsa sering diadakan di sini. Ombak pantai ini terkenal amat sesuai untuk dijadikan tempat meluncur selain keindahan alam Bali yang amat cantik.
# Pesanan - kat sini banyak kera liar, so pastikan korang berjaga-jaga, dan sebaiknya pakailah topi utk mengelakkan terkena najis kera, jgn sekali-kali memberi makan kepada kera liar tersebut. Bag tangan harus dierat kemas, takut menjadi mangsa ragut sang kera liar ini.
Antara upacara pemujaan (Tari Kecak Uluwatu) yang dilakukan. Selalunya upacara ini akan dilalukan sebelum sunset. |
Tiket masuk Pura Uluwatu ialah : Dewasa Rp 20,000 & Kanak2 (2-10thn) Rp 10,000. Korang akan dapat satu kain jikalau korang berpakain pendek di atas lutut kerana korang mengunjungi salah satu tempat ibadat Agama Hindu dan Bagi wanita yang sedang period dilarang untuk naik ke area atas pura, melainkan hanya dapat menikmati dari area bawah sepanjang tebing atau hanya untuk menonton Tari Kecak Uluwatu.
Yang paling menakutkan Ayu, selepas Ayu masuk je ke kawasan Pura tersebut, ada seorang pemandu teksi yang agak berani memberi makan kepada sang kera liar, dengan ganasnya sekumpulan kera liar berebut-rebut lalu memarahi pemandu teksi dan mencakar muka pemandu teksi tersebut. Habis luka dah berdarah akibat dicakar oleh sang kera. Pemandu teksi itu di bawa ke Hospital utk rawatan lanjut. Seram sejuk Ayu tgk.
Subhanallah, cantik sungguh ciptaanMu. |
Bila kitaorang dipuncak, terpegun dgn ciptaan Allah SWT. Ya Allah, cantik sungguh ciptaan Mu. Cantik sgt. Korang patut dtg sini. Rugi sgt klu korang tak singgah sini. Kitaorang kat sini lebih kurang 3 jam. memang tak terasa masa cepat berlalu. Sunset kat sini sgt cantik. Tapi make sure sebelum gelap korang patut keluar dr tempat ni, bukan apa takut Kera dtg tiba2. huhuhu.
Jam dah menunjukkan pukul 6.30 ptg. Kitaorang bergerak ke Hotel. Mlm ni, kitaorang nk berjalan ni Legian Street.
3. LEGIAN STREET, KUTA
Legian street lebih kurang macam Batu Feringgi. Tapi rasanya lagi happening kot. Busy sgt. Deretan kedai kanan-kiri yang menjual pelbagai barang. Kitaorang naik kereta keldai / Kuda (rasanye). hahahha.Tak ingat dah. Barang-barang kat sini murah klu pandai tawar menawar. Kitaorang berjalan hampir 3 jam. Dari Hujung ke hujung, semua kedai kitaorang singgah. Kat sini paling top ialah Hard Rock Cafe. Ayu jenis tak minat sgt. Just masuk tengok je. Tak beli pun.
Manusia kat sini memang ramai. Tgk naik motor sampai 3 org. Suka hati je. Best tgk gelagat org :-) |
Haa...kereta ni lah Ayu naik. |
Tempat tumpuan pelancong utk bergambar. |
Berjalan jauh, perut dah rasa lapar, kat area Legian ni ada satu kedai nasi padang, kedai dia kecik je. Tapi makanan kat sini memang sedap. Memandangkan kitaorg just makan KFC dan buah je td, apalagi menambah lah mkn nasi. hahahha..Dah kenyang, sambung jalan dan baru blk ke Hotel. Byk juga brg yg dibeli sebagai ole ole utk family. Kat sini baju tidur memang murah dan kualiti kain pun bagus. Harga lebih kurang RM10-25.
Lagi pun esok dah nak balik Malaysia. Sedih. Back to normal routine. huhuhu.
Ok. Cukup sudah. Kita sambung ke Entry terakhir. Bali -Day 5
No comments:
Post a Comment