Wednesday, 4 May 2016

Happy Mother's Day


HAPPY MOTHER'S DAY


Tak lama lagi satu dunia akan menyambut Hari Ibu. 8 Mei 2016 (Sunday). Apa planning korang???Dah beli hadiah ke ?? ke ada planning lain ? Apa pun yang penting korang mesti wished ...klu sebelum ni memang tak pernah wished, tahun ni mesti wished, buat apa nk segan /malu...bukan sapa pun..mak kita juga kan...klu malu tutup mata so tak nampak...tak pun tulis surat lekat kat mana2 yg mak korang boleh nampak!!!! Yg penting hajat tercapai....

Bagi Ayu , bukan sekadar 8 Mei Ayu sambut hari Ibu, tp rasanye tiap-tiap hari kot hari ibu, tiap-tiap hari teringat muka mak, tiap-tiap hari teringat sambal ikan sardin mak..tiap-tiap hari rindu ngan suara mak...Adoi...Rasa nk nangis bila sebut MAK. 

Mak dulu seorang yang lemah lembut. kelembutannya sampai sekarang. Mak tak de sifat marah. Mak tak pernah naik tangan , cubit , jika nakal Mak akan sentuh dan usap dengan nasihat yang betul2 menusuk, Jika masih tak dengar cakap tugas akan di berikan kepada Abah. Mak sgt rajin. Apa yang kami Adik beradik minta semua di penuhi. Tak pernah merungut letih. Kami 8 beradik masing-masing mempunyai perangai yang tersendiri. Paling lucu , tiba malam utk mengaji Alquran suara Mak akan kuat sedikit kerana sudah lambat utk ke kelas. Ank-ank masih bermain. Itu je yg dapat kami dengar suara mak marah. Mak masih melayan, melayan sampai skrg. Teringat ketika alam sekolah, kasut sekolah Mak akan cuci walaupun ketika anak2 sudah berusia 6-12 tahun. Sarapan sudah sedia terhidang, dulu mak buka kedai makan, sibuk memasak utk orang lain, tapi anak-anak mak utamakan. 

Segala tunjuk ajar Mak , kelembutan yang ada pada Mak hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih Mak kerana menjaga dan membimbing kami utk kehidupan dunia dan akhirat.Tanpa Mak siapalah kita semua. Jasa Mak tak mampu kami adik beradik membalasnya. Sekarang bila dah meningkat dewasa, Ayu akan cuba dapatkan apa yang mak ingin kan wlupun benda itu susah. Akan cuba dan terus cuba demi menjaga hati Mak.  



Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w:
 “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.  (Hadis Riwayat Tirmizi)

Tengok betapa pentingnya Mak...Rasulullah ada sebut byk kali perkataan "IBUMU"..Ya Allah, besar pengorbanan seorg ibu. Memang tak ternilai betapa hebatnya seorang Ibu. Sesiapa yg menjadi Ibu termasuk Ayu..berbanggalah dan jadilah seorang Ibu yg disarankan oleh Al-Quran & As Sunnah. In Shaa Allah. Ingatlah, Selagi kita berpegang kpd 2 perkara ini, kita tak akan sesat. 

SELAMAT HARI IBU KEPADA SESIAPA YANG SUDAH BERGELAR IBU !!!

No comments:

Post a Comment