Thursday 2 June 2016

KHASIAT AVOCADO

AVOCADO & AYU


Assalamualaikum semua.....

Topik Ayu nk share ngan korang hari ni ialah Avocado & Ayu. Ayu tu bukan nama Ayu ye !!!! ...tp Ayu tu didefinasikan sebagai Cantik luaran dan dalaman. 

Ayu telah mengamalkan Avocado lebih kurang 6 bulan , so skrg Ayu nk share lah ngan korang apa yang Ayu rasa selepas Ayu mengamalkan buah Avocado ni. 



Nak dijadikan cerita memang agak bengong pada mulanya...hahahhahahaha. Maklumlah tak pernah beli pun sblm. Kononnya nk mencuba , so Ayu belilah satu biji nk try, kataorang buah ni sedap. Ayu beli buah ni kat giant dengan harga sebiji RM6.99. Balik je rumah Ayu terus buka & makan. Hoiiittt!!! rasa nk termuntah, pahit ya amat...pelik juga mcm mana diaorang boleh ckp sedap. hahahah, Rupanya selepas blk dr Australia baru tau , kena tgu kulit nya berwarna koko baru boleh mkn. (Thanks Kakak Australia bg tau cara makan).Yang Ayu makan tu yang belum masak. Hi lah giant !! awat ang p juai yg tak masak lagi. 


Ok kita sambung lagi, Actually klu korang nk makan mcm tu je pun sedap , tapi buah ni rasa lemak2, dan tak manis. Tapi nice sgt. Klu ikut cara Ayu makan, Ayu blend dengan fresh milk, Ayu amal pagi dan mlm. Korang boleh dpt murah klu kkorang lucky. Selalunya klu Avocado dr Australia murah dr USA @ NZ. Baru ni Ayu beli kat giant hanya RM0.99 je. Apalagi borong sakan. :-)


Klu korang nk ikut cara Ayu senang je... 


Bahan-bahannya : 

Sebiji Avocado (yg dah masak k..kang pahit klu yang belum masak)
Segelas susu segar
Blender utk hancurkan buah bersama susu 
#boleh tambah madu @ kismis utk rasa manis

Ayu guna susu ni.
Caranya: 
Kupas buah tersebut, buang biji , dan masukkan segelas susu tadi & blend ikut berapa hancur korang nk. Pastu boleh lah dihidangkan. (cara kupas buah senang je , tak perlu kot guna pisau, korang je tarik je kulit dia)




Jom kita tengok apa khasiat Avacado : 


 Pokok avocado atau nama saintifiknya persea Americana

mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan

 mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan,

 penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti. 


1) Mengawal tekanan darah

Avocado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2) Menggalakkan kesihatan mata

Avocado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.

3) Melindungi daripada kanser

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avocado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

4) Menyembuhkan nafas berbau

Avocado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

5) Ciri-ciri anti -penuaan

Avocado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat

6) Penjagaan Kulit

Minyak avocado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

7) Berat badan

Avocado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avocado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avocado adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.

8) Mengekalkan kesihatan jantung

Avocado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avocado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

9) Vitamin E Powerhouse

Avocado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.

10) Mengandungi banyak vitamin

Mengandungi vitamin AB (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

Bagus kan Buah Avocado ni. Klu korang dah try tolong komen skit kat blog Ayu. Ayu nk tgk reaksi & kesan kat korang lps korang try ni. 


Thank you & Selamat mencuba.






2 comments:

  1. Betul sdp, tp i blend ngan air pati gula kabung + cmpur sikit susu pekat & ais..perghhh sdp giler...mcm rsa ala2 cendol pn ada...klau bli jus yg mcm tu..bpk mahal..

    ReplyDelete