Friday, 13 May 2016

BALI 2013 - DAY 3

BALI - DAY 3

Hari ni , hari ke 2 berurut. Tapi Bang Ali bw tempat best berurut di Denpasar. Awal pagi dah bgn. Bang Ali ambil Ayu jam 8.00 pg utk berurut. wyshal pun nak follow berurut. Pas hantar Ayu , Abang Halim & Bang Ali tak tahu lah diaorang ke mana. 

1 - BALINESESPA

Nama SPA ni ialah Balinesespa. Tempat yang agak tersorak tapi dalamnya cantik sgt. Dia menggunakan Bungalow lot bertemakan Traditional Bali. Kat sini terdapat pelbagai package yang boleh dipilih. Cik Hubby (Abg Halim bg masa utk Ayu manjakan diri selama 3 jam, so apa lagi Ayu ambik full package). hahahha. Package yang ayu ambil termasuklah 
  • Traditional Massage 
  • Herba Sauna
  • Flower Foot Bath
  • Lulur & Body Scrub
  • Milk Bath
Harganya amat mengejutkan. Harga package ni bila di convert ke MYR just paid RM135. klu mcm ni tiap-tiap hari Ayu boleh pampering kan Body ni. hahahha
Lebih kurang kul 11, kitaorang ke Villa utk check out & akan check In Hotel di happening area. The best area kat Bali ni ialah KUTA. Actually Ayu pun tak tahu yg area Kuta lagi best dr semua tempat. Dah dtg baru tau, Klu tau dr awal memang melepak di Kuta je. Tapi next time dtg lagi. hehehhe..In shaa Allah. 

2 - ALAM KULKUL HOTEL

Hotel ni antara hotel terbaik di Kuta kerana lokasinya yang strategy, berdepan dgn Kuta Beach, Kuta Night market, Legian street, Club etc. Alam Kul kul adalah 4 star hotel. Klu korang book awal , korang akan dapat harga yang murah. Masa Ayu book ni thru Booking.com, harganya agak murah. Ayu dapat 2 mlm RM564. So satu malam lebih kurang RM282. Menurut Avriel, Hotel ini adalah Hotel orang Malaysia. Pengasasnya org Islam Malaysia. Oleh itu makanan yang disajikan Halal. Alhamdulillah, tepat booking Ayu memilih Alam Kul Kul.
 Staff kat sini MasyaAllah, berbudi bahasa, sopan santun, tolong buka dan tutup pintu kereta, tolong angkat bag Ayu yg berat mcm batu, besaq mcm gajah.:-). Dia balik confirm sakit badan. hahahha.Respect lah org2 Bali ni, adat dgn tetamu mmg terbaik. Ayu bg 10 star. :-)

# Jangan lupa bg sedikit tip utk diaorang.
Pintu utama ke Lobby Hotel & Reception



Ini Bilik yg Ayu book. Nama bilik ni Alam Room. King size, berdepan swimming pool.

Laluan antara bilik ke bilik. Nice place.

View Hotel dr jauh. 
Pantai Kuta terkenal dengan activity surfing. Kat sini memang ramai foreigner, especially warga Australia. Settle check in jam dah menunjukan pukul 2.00 ptg. After makan kita orang bergerak ke Nusa Dua. 

3- NUSA DUA BEACH

Nusa Dua salah satu pantai yang tercantik di Bali, memiliki pasir putih yang cantik , ombak yang beralun dan tidak garang, menjadikan tempat ini tarikan pelancong yang terbaik utk mandi manda dan picnic bersama keluarga.



 Kitaorang kat sini tak lama, Just utk bergambar dan melihat alam sekeliling. 


Diatas pulau yang menghijau nun jauh disana, ada lah tempat dewa-dewi & tempat pemujaan Agama Hindu. Dijaga dengan bersih dan rapi. Disekeliling kuil terdapat taman yang sgt cantik , dan telah dibina laluan berjalan kaki utk para pelancong dan para penganut Agama Hindu utk upacara keagamaan. Setelah hampir 2 jam kitaorg kat sini, destinasi berikutnya kitaorang akan ke Pura Tanah Lot utk melihat sunset.

4. PURA TANAH LOT

Tanah Lot adalah sebuah tempat perlancongan yang terkenal di BaliIndonesia. Di sini ada dua pura (tample) yang terletak di atas batu besar. Satu terletak di atas bongkahan batu dan satunya terletak di atas tebing mirip dengan Pura Uluwatu. Pura Tanah Lot ini merupakan bahagian dari pura Dang Kahyangan. Pura Tanah Lot merupakan pura laut tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut. Tanah Lot terkenal sebagai tempat yang indah untuk melihat matahari terbenam. Sebelum sampai di Tanah Lot terdapat deretan pasar yang menjual cendramata, kraf tangan, pakaian yg bertemakan Bali. Kat sini Ayu ada grad keychain & mug utk dihadiahkan kpd kwn2 di Malaysia. 

Subhanallah tempat ni sgt cantik. Terpegun Ayu melihat ciptaan Allah yang maha Agung. Cantik sgt. 

Pintu masuk ke Tanah Lot

Niat kitaorang dtg ke sini ingin melihat sunset. Alhamdulillah segalanya diizinkan. Cantik sgt & rasa bersyukur dpt melihat sunset didepan mata dan dikelilingi laut biru yang tak dpt digambarkan. Korang dtg lah tgk sendiri.  


Inilah rupa Sunset yang dpt dilihat. Tempat ini luas.korang boleh lihat sunset di mana-mana je korang duduk. 
# Untuk pengetahuan korang semua, tempat ni tak sesuai utk membawa baby kecil utk melihat sunset, kerana waktu begini, semua tample disini akan mengadakan upacara pemujaan dewa-dewi. Rasanya tak sesuai utk baby yg berusia bwh 24 month.

Jam menunjukan pukul 8.00 mlm. Dah sampai masanya waktu Dinner, kitaorang bergerak pulang ke Kuta untuk mencari makanan halal. Maaf, Ayu dah lupa nama restaurant tu. Selepas makan kitaorang blk ke Hotel. Malam ni planning nk stay hotel je. Penat sgt. Esok masih ada. heheheh...

Jom sambung ke BALI -DAY 4 






No comments:

Post a Comment