BALI 2013 - DAY 1
Atas permintaan kawan-kawan minta Ayu masukkan juga Percutian Ayu ke Bali, wlupun hampir 3 tahun berlalu, anak pun dah tambah sorang, so Ayu rajin kan jari jemari utk menaip sedikit sebanyak entry bercutian ke Bali. Wlupun secara amnya , dah tak berapa nk ingat, tapi bila ayu korek-korek email dan conversation yang lama2 akhirnya terjumpa info perjalanan tentang percutian ke Bali ni. Alhamdulillah.
DAY 1
Percutian kali ini Ayu memilih untuk pergi pada penghujung bulan May 2013 kerana niat dihati utk menyambut Birthday Ankku Wyshal yang ke 4 thn. Ayu pergi selama 5 hari 4 malam (30 May - 3 June). Perjalanan dengan menaiki pesawat Air Asia (penerbangan tambang murah). Ayu book tiket pada 4 Feb 2013, harga tiket agak mahal RM1,536.00 ( 2 Adult & 1 Child). Klu korang ke Bali , airport yang korang kena landing ialah Denpasar Ngurah Rai. Kat bwh tu ialah cth booking ticket Ayu yang Ayu dah book.
Ayu bertolak pada pukul 10.50 pg dan dijangka tiba pd 1.50 ptg. Alhamdulillah perjalanan smooth. Airport Ngurah Rai kecil je, tak perlu nk berjln jauh. Utk ke Bali korang tak perlu visa, just bawa passport and Rupiah je. Sampai je di Airport Denpasar terasa seakan di negara jauh dr Malaysia. hahahha. Banyak mat saleh kat sini. Maklumlah tempat perlancongan terbaik dunia. Pemeriksaan immigration berjalan lancar. Cuma perlu Q sbb terlalu ramai. Hampir 1 jam berlalu.
Dah settle urusan di dalam , kitaorg pun terus keluar dan mencari driver yang mmg dah book dari Malaysia. Yang kitaorang dok usha ialah sepanduk yg tertulis nama AYUCHELAH. glamour sungguh nama Ayu ni, sampai ke Bali, hahahha. Yehhh !!! dah dapat. Nnt Ayu akan share ngan korang ttg driver ni. Mana tau if korang nk pergi boleh ambik driver ni. Lagi plak driver ni Islam. Senang korang nk cari makanan halal kat sini. Ayu book dgn Avriel Yantoo kawan fb ayu and yang driver ni Avriel hantar Abang Ali coz dia bz dgn tugasan lain. If korang nak korang boleh direct ke FB ayu and search dlm Friend list Ayu nama Avriel Yantoo, ok. So korang tanya lah apa yang korang nk tanya. Avriel sgt baik orgnya.
# Untuk pengetahuan korang penduduk Bali lebih kurang 4 juta orang, dengan majority 84.5% penganut beragama Hindu. Agama lain adalah Buddha (0.5%), Islam (13.3%), Protestan dan Katolik (1.7%). Agama Islam adalah agama minority terbesar di Bali dgn penganut kini mencapai 13.3% berdasarkan bancian terbaru pada Januari 2014.
Kereta yang di beri oleh Avriel lebih kurang kereta Toyota Avanza. Ayu tak sure lah nama kereta tu. Class you termasuk driver tau. Sgt selesa. Sebelum bergerak ke Villa, Bang Ali bawa kitaorg ketempat makan dulu. Sbb perut pun dah berkeroncong. Munurut Bang Ali , di Bali susah utk mencari makanan Halal. Sometime kita nmpak muka mcm org islam tapi sebenarnya bukan beragama Islam. Kebanyakan org Malaysia yg ke sana tidak tahu ttg perkara ini. Bak kata Bang Ali , dia sll melihat org malaysia makan di kedai bukan islam. Nauzubillah. Pesan Bang Ali klu nk selamat makan lah di restaurant Nasi Padang. Restaurant Nasi Pasang di Bali semuanya dimiliki oleh penganut yang beragama Islam. In shaa Allah.
|
Yeh..sampai Bali , korang jgn lupa try teh botol. Wajib try. sedap.... |
# Sorry, Ayu terpaksa crop photo Ayu sbb time tu masih nakal2 lagi. heheheh !!!.
Slps makan kitaorg terus ke Villa. Hari ni mmg planning tak de pegi mana2, cuma utk dinner nnt je keluar sekejab. Tu pun keluar sendiri kat area2 situ je. Ayu stay 2 mlm di Banyumas Residence. Villa ini terletak di Pekan Denpasar. Villa ni sgt cantik (4 star). Memang awesome. Facilities completed. Best sgt. Ayu booking thru Booking.com. Rate smlm RM174. Murahkan !!!! Klu kat Malaysia 4 star mau RM300++. Klu korang ambik family room pun still murah. Hanya RM250 per night & ada 2 bilik.
|
Lobby Villa. Villa ni mmg super duper. Tepi tu kereta yang Ayu sewa. Besarkan. |
|
Swimming pool yang awesome. |
|
Dalam kamar. |
|
Ni Bang Ali yang baik hati & sentiasa tepati janji. |
|
View malam @ Villa. |
|
Cantikkan !!! Apalagi korang boleh try.
|
Dah check In , dah masuk bilik...rasa mcm nk tidur je. Sebelum tu Ayu dah book siap2 utk celebrate birthday Wyshal mlm esok. Dan utk malam ni Ayu juga dah book utk massage. Tukang urut hotel mmg akan dtg ke bilik. Harga nya mampu milik. RM70 selama 1 jam 45 min. Memang nyaman urutan dia. Masih muda tapi gerakkan tangan dia perhhhhh tak boleh blah. ringan je rasa badan.
# For your information : Untuk tentukan kiblat korang mmg dinasihatkan bawa kompas krn senang nk tentukan arah kiblat. Sebab Hotel ni mmg tak de tunjuk arah kiblat.
# Waktu di Bali juga sama je dengan waktu di Malaysia. Tapi utk waktu solat lebih kurang sama waktu di Sabah Sarawak. Cth waktu Asar jam 3.++ptg.
Ok..dah settle entry Day 1. Jom kita sambung ke Entry Day 2.
No comments:
Post a Comment