Hari ini adalah hari terakhir di Bumi Melbourne. Memandangkan hari ni adalah Friday , dan hari ini juga adalah Black Friday. Korang tau tak apa itu Black Friday ?? Black Friday adalah Jumaat yang gelap...sebab nk bagi gelap kan mata angpa, gelapkan duit angpa... hahahaha
Hari ni juga Ayu check out. Time to check out di Melbourne ni pada jam 11am. Ada sesetengah tempat check out kul 10 am. Bapak awal.... hahaha. Ni kira ok lah ... Lepas subuh Ayu dah tak tdo, masak nasi & habis kan Ayam dalam peti , Ayu masak Ayam masak merah (paste Brahim) , sayur campur & telur goreng.
Abang halim keluar pegi QVM. Rasa malas nk ikut sbb anak2 masih dibuai mimpi indah. Lepak di hotel sebelum check out. Lagi pun tak rushing sbb train ke Sydney pada sebelah mlm. Bila crita dekat kwn-kwn terdekat , semua hairan dan pelik knp Ayu perlu ambik train ke Sydney. Sedangkan harga Flight lebih kurang je. Date yg Ayu pergi ni, Ayu check flight, tiket murah RM120 dari train. Tetapi Ayu still memilih Train. Knp ye ??? hehehe.
Salah satu sebab, klu ambik flight agak leceh, perlu menunggu di Airport sgt lama, dah tu check immigration plak sangat ketat. Better elakkan, sedangkan Domestic je. If by train just wait for 20 min early, simple checking.
#For your information, Ayu ambil train ticket tru online NSW TRAINLINK . Ambil awal time kat Malaysia. First Class Seat. Time Ayu ambik tu ada harga promo. Teddy FOC. Mmg rezeki Teddy lah. Total utk 4 beranak AUD 185.30 (RM600) for One Way. Bertolak pada 750pm - 7am (11 jam). Pihak NSW akan email ticket, then korang jangan lupa print & bawa bersama ye.
Kitaorang requested to check out 1130am. Staff ok on , Alhamdulillah. Lepas makan drop bag di Hotel. Staff Mercure ni mmg baik. Smooth je. Then kitaorang kuar dari Hotel ambik free tram ke Flinder Street. Dari situ kitaorang berjalan menyusuri kedai-kedai, cari barang yg boleh di beli. hehehe...make sure under budget ye.
Cara Ayu, Ayu akan buat 2 envelope duit, tulis kat situ shopping di Mel & Shopping di Syd. Pandai2 lah berjimat. Jangan nk terambil duit kat sampul lain. Kena jujur dgn diri sendiri.
1st tempat Ayu singgah di St Bourke. Kt sini butik H&M besar gila. Cantik...yang penting murah sempena Black Friday. Rambang mata. Ayu rambang mata bila sampai kat tempat accessories. Korang bayangkan harga Towel AUD5. Mau tak borong. Short Pant for Men AUD10-15. Bahagian pakaian perempuan & Kids Range harga AUD5-25.
Beli punya beli 2 plastik besar. Lupa jab g ni nk kena tarik bag ke train station. hahaha. Then pegi plak Chemist Pharmacy, borong perfume yang ada sales. Dapat lah dalam 5 botol. Ada lagi kedai2 yg kitaorag singgah. tak dpt nk cerita semua. Next , makan sbb dah lapar. Tempat yang senang tuju ialah Nando's semestinya Halal Toyyiban. Ayu ambik 3 set Nando's. Makan lah dgn jayanya.
Lepas makan kita orang pegi State Library of Victoria. Tetiba hujan. G tengok je , lupa ambil gambar. Adoiiii.... Dia nk suh mai lagi... Tgk jam dah pukul 4pm. Terus balik hotel ambil bag then ambil Tram ke Southern Cross Station. Yang best je sampai je Southern Cross , kita orang terus check in bag. Train sini mcm airport, boleh check in bag & nk bawa by hand pun ok. Better check in. Lepas drop luggage kitaorang terus berjalan di sekitar kawasan tu. Kat atas Southern Cross pun best shopping. Besar gila mall dia. Apalagi memandangkan duit dlm envelope Melbourne masih ada, mari lah kita habiskan. Kat sini kedai BONDS OUTLET agak besar.
Nando's |
Kalau korang datang Melbourne ni , masuk lah Bonds ye. Shopping pakaian dlm, baju tidor, quality mmg berbaloi. Tak rugi pun. Beli lah.
Red Rooster to Non Halal ye. Kitaorang tumpang meja je. |
Jam di tangan dah menunjukan pukul 7pm. Singgah beli Kebab & beli jajan di 7e utk bekalan coz makanan dalam train tak de yang halal. Train sampai sharp 750pm. Selesa gila seat dia, ruang kaki besar. Yang bestnya , Fisrt Class ni byk golongan veterans, yang muda2 byk ambil economy class. hahahah. Hentam je lah.
See. Hasil tangkapan Black Friday .... |
x
No comments:
Post a Comment