Wednesday, 21 November 2018

TRIP TO MELBOURNE - SYDNEY, DAY 4


Dah masuk Day 4, Ayu & family di bumi Melbourne. Jari jemari & ingatan perlu kental untuk meneruskan penulisan ni agar korang tak jemu membaca. Tapi kalau korang jemu , korang tak yah baca. Ayu tak suruh pun. Angpa yang nk baca. Krik krik krik..


PHOTO : BERJALAN KE SOUTHERN CROSS STATION
 Perlu habis kan atas permintaan pembaca. Niat hanya utk membantu. Tak lebih dari tu. Alhamdulillah dengan adanya blog ni , banyak dah memberi manfaat kepada pembaca. Thanks sgt pada follower yang baik hati. 

Kerana terlalu penat dek cari jalan nk drop keta tak jumpa2 smlm , maka pagi ni kitaorang terjaga jam 830am. Subuh gajah jawabnya. Ayu cepat2 masak nasi & kejutkan Abg Halim. Untuk lauk semestinya Ayu guna brahim...Kan dah ada Ayam beli semalam. Ayu masak paste Ayam Madu Brahim utk bawa bekal. Breakfast plak kitaorang makan Cereal & Fruits.


PHOTO: BERDEPAN DENGAN KAUNTER BELI TIKET TRAIN NK KE BELGRAVE
Cepat-cepat Mandi & Siap. Nak hantar kunci kereta then nak g tgk Thomas ( Puffing Billy Steam Train). Kitaorg ke Melbourne Central Station Jalan kaki separuh & naik tram separuh. Jalan kaki sebab dok pening tak tau nk cari Tram mana nk naik. Kan kalut kejar masa, Tram plak agak lambat , orang ramai, so dari tgu baik jalan ke station berikutnya. Tapi sebelum tu mmg kitaorang dah call Apex Office inform lambat skit sampai utk serah kunci. Diaorg ok je. Asalkan korang dah hantar keta awal. Hotel Ayu stay ni dlm city, nak g station tu pun tak jauh sgt jln kaki. 

Kitaorang sampai di Station jam 1115 am. Terus bagi kunci. Staff tu just ambik kunci & tanya parking no. That all. Easy. Kalau ada apa2 charge dia terus potong tru Credit Card. hahaha. Mmg ar senang.

Dah sattle satu bab. Alhamdullillah. Pasni Ayu akan menggunakan 100% public transport. Yang bestnya tram dalam city  FOC. Tak perlu pun Myki. Myki klu nak naik train luar City.

Next Destination is Puffing Billy Steam Train.


PUFFING BILLY STEAM TRAIN 

Sebelum ke sini , Ayu perlu beli Myki , Puffing Billy berada di luar City. Korang boleh beli Myki di mesin yang disediakan , but if you have a children, must go to counter. Mesin tak provide utk Myki for children.


PHOTO : WAITING FOR TRAIN TO BELGRAVE STATION


Sampai counter , inform detail kepada staff situ , then dia advice agar kitaorang just byr utk trip ke Puffing Billy (Return) & for the next day to Brighton Bathing Boxes. Tak perlu byr mahal just bayar utk tu je. Wah sangat hebat & super duper jimat.  Total Myki utk 2 Adult & 1 Child (Teddy Free) is 15+15+10 = AUD40.



PHOTO : HASIL TANGKAPAN TEDDY ..HEHEHE
PHOTO : KONONNYA...NICE PHOTO SYG



So bermulalah perjalanan ke Puffing Billy yang terletak di Daerah Belgrave.


PHOTO : AKHIRNYA. DAPAT JUGA GAMBAR BERDUA. KALAU TEDDY TAU NI MMG KENA BLASAH NGAN DIA SAMPAI ESOK. HAHAHA. BOLEH DIA KAT SEBELAH TAK PERASAN. HAHAHA

Direction : From Hotel walk 3 min to Southern Cross Station > Take Train to Belgrave (1 h 11 min) > walk 3 min to Puffing Billy 


PHOTO : LALUAN MASUK KE PUFFING BILLY DARI BELGRAVE STATION

PHOTO : PUFFING BILLY TRAIN 




Kitaorang sampai jam 1245 noon. Berjalan memasuki lorong mengunakan arrow & signboard yang tertera. Ayu tak beli tiket online. Ayu beli tiket di kaunter. Alhamdulillah org tak ramai pun. Staff tu bagi package untuk Family. Total utk semua return train AUD118. Kalau beli online korang akan dpt harga sama cuma tak perlu que . Staff tu suggest ambik Belgrave to Lakeside . heheheh.





Memandangkan Train akan bergerak jam 230 pm. Maka dengan ini Ayu mengistiharkan utk makan terlebih dahulu. Lapaq ya amat dah ni. Ketaq kaki tangan. Kat sini diaorg ada sediakan meja & kerusi. Apa lagi kitaorg terus bersidang dgn poyonya buka bekal makan. Licin. Nikmat dapat makan sedap. Ayam madu & nasi. Bersama Fresh oren + Strawberry Coklat. Nyum nyum.






Settle makan, lepak bergambar di semua sudut. 1 jam setengah tak rasa pun menunggu. Sebab terlalu excited nk naik train arang. Buka je pagar , Ayu terus pilih gerabak yang agak best. Gerabak 3@ 4 dari hadapan sebelah kanan. Alhamdulillah dpt tempat yg elok punya. Cuma yg tak best skrg dah tak dpt nk keluarkan kaki dr Train. Alasan diaorang ada kes orang jatuh. Huihhh bahaya juga tu.



PHOTO : CER CARI MANA TEDDY YG COMEL TU ?

PHOTO : BUSY DENGAN MELUKIS. DIMANA SAHAJA ADA RUANG ABG HALIM AKAN MELUKIS

Kitaorang bergerak dari Belgrave Station ke Lakeside Station memakan masa selama 1 jam. Best tgk view hutan , dengan bau asap hitam. Hahaha. Sapa yang dok belakang & depan kepala tu mmg hitam ar muka. Sib baik. Tapi ada juga lekat2 habuk hitam dekat seluar n baju. Bau jgn cakap ar. semua org bau asap. Rasanya mcm naik train zaman dahulu kala, zaman 40-50an. Yang paling excited ialah Teddy & Wyshal. Abang Halim biasa lah , tangkap gambaq tak stop2. Yang nk jadi model kitaorang ar.


PHOTO : KENA TUNDUK. SEBAB TEDDY YANG AMBIK.


Sampai Lakeside , train akan stop & turun melawat kawasan. Take photo bagai. Train Stop dalam 30 min. Sempat lah makan buah lagi. hahaha.  Kul 4 pm Diaorang panggil naik utk retun ke Belgrave. Ngumlah sampai situ jam 500pm. Tempat ni closed jam 530pm.


PHOTO : YEAH !!! START JOURNEY 





Sampai je terus masuk kedai Souvenir. Biasa lah Teddy ni. Maka terbelilah train ala ala yg dia naik tadi. Harga AUD13. Ok Mummy potong duit pocket Teddy ye.




PHOTO : JALAN-JALAN DI LAKESIDE STATION. SEMENTARA MENUNGGU TRAIN GERAK



Ayu memang dah peruntuk duit utk Teddy & Wyshal. Masuk dalam envelop masing2. Kalau diaorg nk beli je terus ambik dari envelop tu. Kalau habis , sorry mmg dah tak dpt beli. Yupp...diaorang faham. Setiap kali sampai hotel diaorang akan tanya berapa lagi cash yang tinggal. hahaha. 



PHOTO : AGAK POYO... MCM AYU SORANG JE YG OVER EXCITED


PHOTO : SAMPAI JE KAT AREA SINI, MMG SEMUA ORG AKAN BEREBUT NK TANGKAP GAMBAR
Bergerak ke City jam 5.30pm. Sampai di city around 7pm. Kitaorang berjalan di sekitar City, kononnya nk cari Chemist Pharmacy. Nak servey harga perfume. Actually belambak Chemist. hahaha. Yeah so easy. Maka ternampak plak signboard Pizza Halal. Apa lagi terus masuk & makan. Awat tak tau asyik lapaq ja sejuk2 ni. hahahah. Harga utk satu Pizza Medium (8 slice) AUD13. Kenyang. Pas makan singgah Seven E beli Hot Coffee & Coklat. Harga untuk Hot Coffee just AUD1, & Hot Choc AUD2.





Perut pun dah kenyang , terus berjalan ke Hotel. Kali ni kitaorg jalan je ke Hotel. Tak jauh sgt pun.
Sampai Hotel around 830 pm.


PHOTO : JALAN NK BALIK HOTEL. JUMPA BUILDING CANTIK JE , AKAN AMBIK GAMBAR

PHOTO : ULTRAMAN SESAT KAT MEL CITY


Malam ni Teddy & Wyshal nk makan lagi. Allah, perut tong kot. hahahah. Maka dengan malasnya Ayu masak lah nasi & Ayam Goreng tepung ala ala KFC. Kesian wei anak lapaq. heheh. Ibu mana yang sanggup tengok anak lapaq. Habaq sat...

Maka tidur lah mereka dalam kekenyangan.

EXPENSES DAY 4

MYKI   : AUD40/4 Person
ENTRANCE TICKET PUFFING BILLY  : AUD118/Family Package
TOTAL : AUD158 = MYR490.00

Yang tak sempat baca Day 3 , click sini  TRIP TO MELBOURNE - SYDNEY, DAY 3









No comments:

Post a Comment