Monday, 19 November 2018

TRIP TO MELBOURNE - SYDNEY, DAY 2

Photo : BAY OF MARTYRS

Sedap tidur semalam. Suhu plak sejuk. Best gila. Rasa mcm dok Oversea. Hoiiii, Mekyu..Ang mmg lah dok Oversea skrg !!!! oh ye lah kan...Lupa daaaaa.... krik krik

Photo : Depan pintu tempat penginapan 

Nak bgtau korang, sepanjang 3 hari kat sini Kitaorang mmg makan telur, sayur & buah ja. Rasa nk muntah pun ada. Sebab dok kwsn pendalaman mana nk cari Ayam halal. Supaya rasa tak berapa nk muntah , Telur tu Ayu masak dlm pelbagai cara. Ada kedai runcit kat depan sana, ingat ada jual udang ke apa ke...mmg tak de. Yang ada Daging Babi haram jadah ...😁😁


        Photo : Bilik penginapan yang Ayu stay @ Great Ocean Road Tourist Park

Pagi ni breakfast Maggie Goreng. Sib baik Ayu ada bw juga beberapa pack maggie dari KL. Kalau tak jenuh lah, pagi ptg siang malam makan Telur ngan nasi. Nanti muka pun mcm telur.
Dah breakfast , Ayu prepared utk lunch - Nasi & Teloq goreng dgn kubis kicap. Masak siap2, satgi balik makan. Rasa best makan skit sebab Ada kicap & Sos , Ayu beli ketika di Lorne. Kat situ ada kicap ABC (Halal). Mmg tak berapa sedap, sebab manis sgt. Ayu mmg allergic dgn manis ni. Hentam je lah , asalkan nama kicap.
   Photo : Bilik penginapan yang Ayu stay @ Great Ocean Road Tourist Park

Hari ni yang tak bestnya, bila cari dalam almari tak de iron. mmg baju & tudung semua kedut. Terpaksalah pakai Tshirt yang tak berapa nk selesa sbb fit , dengan tudung yang tak berapa nk nampak kedut. Ku pasrah jua. Minta tolong Abg Halim g tengok kat bilik laundry, pun tak ada. Rupanya ada. Malam tu baru tau ada. Iron dok tepi  dinding, Abg Halim tak perasaan. hoho. Kat sini washaju 3aud, & dryer 1aud

Kitaorang keluar dr bilik dalam jam 11am. Hari ini mengikut jadual nak melawat 5@6 amazing place.  Tempat yang dilawat ni semuanya di persisiran Southern Ocean. Antaranya Bay of Martyrs, Bay of Islands, Gibson Steps, Grotto, Loch Ard Gorge, London Arch (London Bridge) & Twelve Apostles. Tempat-tempat ni juga mempunyai sejarah dan cerita masing-masing yang melambangkan GOR itu sendiri. 


BAY OF MARTYRS

                 Photo : Ni lah tugas Ayu sebelum memulakan                  perjalanan. Bukan pandai sangat pun. Berserabut rasa ngan menda alah ni. 



Kalau korang stay tempat Ayu ni , 5 min je pegi kat sini. Laluan ke sana pun sangat cantik dengan deretan rumah mat salleh yang semestinya unik dan bersih. Best tau tengok. Dok berangan balik Malaysia nk beli tanah , nak buat rumah ala ala mat saleh tapi versi hujan dan panas sepanjang tahun. Gitewwww....


Cuaca agak menarik hari ni, panas & berangin. Tapi tak tau lah kenapa Teddy & Wyshal tak suka panas. Kat Malaysia ok je. Siap buat perangai lagi nk balik bilik. Terutamanya Teddy. Dasyat merengek dia. Mummy & Daddy nk ambil gambar pun susah.


BAY OF ISLANDS


Bay of Islands sebelah je dengan Bay of Martyrs. Jalan kaki pun sampai. Tapi buat apa susah-susah nk jalan kaki. Keta kan ada. Guna lah sehabis mungkin keta yang korang sewa tu. Apa yang best kat sini, tengok view laut dan batu-batu yang terletak di tengah lautan ni. Banyak batu-batu yang dah runtuh dipukul ombak kuat. Kalau tak rasanya lebih cantik. Subahanallah cantik sungguh ciptaan mu. Memang tak dpt nk gambarkan dengan kata2. Cantik sgt korang.


Lepas dah settle bergambar bagai , puas dah tengok view laut , kitaorang bergerak ke bilik, untuk makan tengah hari. Lagi pun Teddy ngamuk mungkin sebab lapar kot. Ada 2 sebab Teddy akan mengamuk, 1st : Lapar , 2nd PSP Battery habis. Apa punya budak daaaaa....


Lepas je kitaorang melantak seperiuk nasi , yang mmg nasi tu untuk 6@8 org makan, ada semangat sikit nak g jalan-jalan. Teddy pun macam Ceria & happy kembali. Siap ajak suh cepat lagi. hahaha. Pulak.... Next destination is Twelve Apostles. 







TWELVE APOSTLES


Photo : Gemuk plak rasa gambar Ayu kat sini atau memang dah gemokk.. oh No No


Twelve Apostles ni merupakan beberapa pembentukan bebatuan berupa tiang dengan pelbagai bentuk yang terletak di pesisir  Taman Negara POrt Campbell di GOR. Sekarang hanya tinggal 8 sahaja Batuan , Batuan lain sudah roboh dilanda hakisan. Mungkin 10 tahun akan datang batuan ini makin berkurangan. Sempatkah cucu-cucu kita melihat kecantikan kuasa kebesaran tuhan ini nnt. Wallahualam. 




Time ayu sampai ni ramai sangat pelancong yang ada. Ada yang mengambil inisiatif menaiki helikopter. Agak mahal bayaran utk menaikinya. Ayu pilih jalan kaki je. Tengok dr pandangan tepi lagi cantik berbanding pandangan atas. Bagi Ayu lah. Namapun tak mampu. Tu yang cakap mcm tu. Hahaha. Kalau naik Heli bayaran dlm 2k- 3k satu trip. 


Photo : Cameraman kalut. Ceq tak dan nk ready lagi.... 


12 Apostles ni mmg cantik. Kalau boleh semua penjuru nak ambik photo. Berebut-rebut orang nk ambik photo.  Termasuklah kitaorang. hehehe. Rugi kot tak ambik gambar. Tak tau bila lagi nk sampai kan. Memandangkan ramai org tu lah memakan masa yang agak lama utk take photo. 



Ayu hanya dapat gambarkan, suasana disini amat mengasyikkan , menyaksikan hebatnya kuasa yg esa, ombak biru menghempas  batu-batu, percikan air, Allahuakbar mmg cantik. Rasa mahu menitiskan air mata & rasa gementar ,betapa kerdilnya kita sebagai khalifah Allah. Subhaallah , kecantikan kau cipta tiada tandingan. Kau mmg Maha Hebat.



Photo : With my beloved Hero & Little Hero 


Sebelum bergerak ke tempat seterusnya , basahkan tekak dengan ice cream dulu, Harga ice cream mcm apa lagi. 5aud = RM15  setiap satu. Hahaha. Memang cekik darah kat sini. Kalau kat luar ice cream mcm tu baru 1 aud. Jauh beza. 




 Photo : Tak dapat senyum dah...panas sgt... orang ramai... hahaha


GIBSON STEPS


Habis cerita makan Ice Cream. Tempat kedua ni Ayu masih di 12 Apostle , tapi bahagian lain. Bahagian ni boleh turun ke bwh , bermain dipersisiran pantai. Tujuan sebenar Teddy dah tercapai. Walaupun perlu menuruni ank tangga yang agak tinggi , tapi ku pasrah hanya utk mu Teddy. Arghhhhh !!!! Nak naik satgi mau boleh pengsan.





LOCH ARD GORGE 



Gorge ini dinamakan sempena kapal Loch Ard yang karam , yang berlabuh di Pulau Muttonbird pada 1 Jun 1878 melakukan perjalanan tiga bulan dari England ke Melbourne. Daripada lima puluh empat penumpang dan anak kapal, hanya dua yang terselamat. 




Dah puas main air , next destination is Loch Ard Gorge. Kat sini mmg cantik. Cantik sangat sangat. Rasa nk pengsan tengok. Amazing. Nak cantik lagi kena turun. Turun tangga yang byk. Adoi..Dah la tadi pun turun naik tangga. Tu lah org ckp, nak cantik kena sakit. Betoi lah ni... hahaha. 




Kitaorang lepak lama kat sini sambil makan biskut. Tengok view yang tak jemu dipandang. Dua beradik tu mmg tak peduli orang dah. Bukan setakat orang , Mummy & Daddy pun diaorg tak kenal dah. Asyik main ngan ombak membidas persisiran tu. Panggil balik pun tak nak.Puas pujuk.  Cakap nk g mandi beach dekat Port Cambell , baru dia on nk naik. So nak tak nk kitaorang singgah Port Campbell utk layan Teddy & Wyshal main air laut. 



PORT CAMPBELL


Port Campbell ni small town yang sangat unik. Town dia ala-ala pekan cowboy giteww. memang jatuh hati sgt tgk pekan ni. Kat sini ada mini market but harga boleh tahan juga lah. Jauh beza dengan harga di City. Tapi tak de bahan basah yang halal. Esok dah nk balik city , so Ayu beli apa yang nk dimakan mlm ni , utk lepak sambil tgu diaorg mandi & breakfast utk esok je. 

     Photo : Pekan Port Campbell. Cantik kan !!! Unik..

Hebat Teddy & Wyshal mandi , sampai tak nk naik. Dah lah air sejuk macam ketoi ice. Hairan betul lah. Teddy tu mandi tak pakai baju lagi. hmmm... Kulit biawak kot...



Sebelum bergerak , stop refill petrol utk bertolak esok. Ayu tak refill banyak , memandangkan harga petrol kat sini terlalu mahal. Just 30aud. Nanti sampai City , refill full tank utk drop off. 




GROTTO

Kitaorang singgah di sini pula. Tujuan singgah menyinggah ni utk melihat view yang memang sangat cantik tak tau nk cakap. Semuanya lain2 & terdapat daya tarikan sendiri. Kalau korang datang , jangan malas singgah ye. Singgah lah semua tempat. Tak rugi pun. Jangan layan sangat penat badan tu. Bila dah blk Msia korang akan rasa rugi sebab tak pegi. Sambil gigit jari sbb rasa rugi. 








LONDON ARCH (LONDON BRIDGE)


Ni antara tempat yang glamour lah. Sejarah London Bridge rupanya dari sini. Hehe. Baru tau. Bridge dia dah terbelah dua disebabkan ombak yang kuat menghempas Batuan yang berbentuk London Bridge. Mungkin tak lama lagi Batu ini akan runtuh. 



Last Destination , Ayu tak sure nama dia. Kitaorg main stop je. Dah alang alang lalu. Time ni dah pukul 745 pm. Masih cerah. Nak tengok sun set. Cuaca hari ni memang cantik. Allah beri peluang utk kitaorang ambik gambar. Tak hujan dari pagi sampai malam. Alhamdulillah. Syukur sangat.


Before balik bilik, kitaorang singgah dulu dekat area penginapan ni ada satu garden berdepan laut. Walaupun dah maghrib , stop sekejab utk ambik gambar. Nice place.  Tepi garden ni ada play ground. Tapi dah tak dpt main sbb dah lewat. Esok jelah ye Teddy . 


Balik bilik, terus masak . Malam ni makan maggie tomyam, buah & roti. Kenyang. Packing barang & melawat kawasan penginapan. Rupanya ada iron di bilik laundry. Terus Ayu iron baju utk pkai esok. Dapat lah pkai baju & tudung elok skit. Tak lah suka hati kan. hahaha.


Kita Sambung Day 3. (Tgu ye) . 
Sapa yang tak sempat baca utk Day 1..


Expenses Day 2 :

Petrol 30 Aud = RM93.00
























No comments:

Post a Comment