Lepas subuh , Ayu terus prepared breakfast ( Nasi Goreng + Roti bakar). Air semestinya Fresh Milk. Dalam sehari ada kot 2@3 botol fresh milk yang 1 liter tu. hahaha. Dah siap semua , round kawasan Penginapan. Adik & Wyshal nak main Jumping Pillow. Ada kot Sejam juga diaorg dok melompat. Habis kotor baju. Erghhhh.
Hari ni tak de planning apa2. Just nk balik city & singgah menyinggah di bandar2 lama sekitar Great Ocean Road. Waktu check in di City pada jam 3 pm. Dan malam pula nk drop off kereta , takut esok pagi rushing sangat nk hantar (apa yang Apex Staff advices kat kitaorg). Lagi plak laluan city agak susah , sebab tak biasa, laluan Tram share dengan laluan kereta.
Photo : Awatlah ang nmpk gemok sgt pkai baju & seluaq ni Mek yu oiii...Ni last pakai baju n seluaq ni. Pasni masuk tong sampah...😆😆😆
Hampir jam 12 noon juga kitaorang bergerak balik ke City. Cuaca pagi ni dibasahi hujan renyai-renyai tapi still nyaman je rasa. Sesuai lah dengan long journey. Kitaorang singgah di Appolo Bay utk ke Toilet sambil bergambar disekitar.
Photo : Mata Ayu mmg tak tahan dengan cahaya. Maka jadi lah mcm ni. Lantak korang lah klu bosan tgk gambaq Ayu asyik pkai sunglasses je ...
Planning utk lunch, akan singgah di Lorne. Around 230pm kita orang sampai di Lorne.
Sampai je di Lorne terus cari tempat parking, parking di sini kalau setakat 2 jam di kira free then tak perlu ambik tiket. So kitaorang fikir , tak sampai pun 2 jam kita orang kat sini. Just nk makan je. Apa yang menariknya di sini, Bila Ayu kuar keta je terus Burung Parrot datang stay tepi Ayu. Seekor ok lagi. Bila dah beekor ekor dtg semput juga nyawa. hahahah. Burung kat sini tak garang pun, cuma ceq takut oiii. Tak biasa. Tak yah dah korang nk g taman burung nk tgk parrot. hahaha.
Berjalan di sekitar Pekan lama Lorne yang masih mengekalkan ciri-ciri klasik , bagaikan berada dalam dunia pirate tau suasana kat sini. Dulu Lorne ni kawasan lanun. Pelbagai kedai ada kat sini tapi harga agak mahal , kerana Lorne masih dlm kwsn pendalaman.
Photo : Ni lah kedai Fish & Chips yang halal toyyiban tu. Very Nice Kebab & Chips
Photo : tgk tu Dia dh blasah chip Teddy ... hahaha
Terus berjalan mencari kedai yang halal, ye ada satu kedai halal . Kedai yang menjual Kebab dan Fish & Chip. Ayu order Fish & Chip medium set & lamb Kebab . Kat sini yang tak best nye , tak de jual hot drink. Dah lah sejuk , minum ice plak. Kitaorg just beli satu air je(Lemon Tea) then bekal mineral water.
Harga utk Lunch hari ni AUD32 =RM100.
Photo : Lamb Kebab , besaq kedabak. Makan yang ni sampai Lusa kenyang...
Pas makan kitaorang terus bergerak ke City. Singgah utk bergambar je. Di Torquay kitaorang singgah station petrol utk refill ,beli coffee & any jajan utk makan dlm keta. Ayu Refill Aud30. Harga Petrol masih tinggi area sini.
Yahhhh....around 5pm dah masuk Melbourne City. Excited, takut semua ada. Dalam City , Ayu n abg mmg keliru habis jalan dia. Main hemtam je. Ada org local sini, buka cermin lagi suh kitaorang belok sini. Katanya sebelah tu tak dpt belok. hahaha. Orang Melbourne mmg kaya dgn budi bahasa & suka menolong orang luar. Dok rasa mcm kena saman. Hahahah. At last hampir sejam pusing baru jumpa hotel. Kat sini byk sgt one way. Tu ar problem.
MERCURE THERRY STREET HOTEL
Ayu stay kat sini untuk 20/11-23/11/18. 3 night & 4 Days .
Allahuakbar , Best gila bila dah sampai hotel. Lepak hotel, golek -golek atas katil, makan roti bakar dengan susu. Heaven. Pas maghrib baru kuar jalan kaki area hotel nk cari barang utk masak. Dalam 750 meter berjalan dari Hotel ke Coles. Pegi balik tercungap cungap juga . Tapi tak rasa letih sangat sebab cuaca sejuk & hujan masih renyai-renyai.
Kat sini mmg kitaorang cari ayam @ daging halal. Memang rindukan Ayam. Korang bygkan since sampai 3 hari lepas asyik makan telur je. Memang borong Ayam seekor , susu, buah , beras , sayur & mcm2 lagi. Hampir satu trolley juga ar. Lupa kata jalan kaki. Jenuh usung satgi nk balik. Total barang satu troley termasuk lah sabun pencuci & pewangi , shampoo semua lah baru Aud90. Kalau kat Msia satu troley mau RM250-300. Korang bayangkan Harga beras sekilo yang local punya AUD1.30 = RM4.30. Korang bayangkan... Makanan asas kat sini mmg murah sgt. Bestnya lah. Fresh Milk 3 liter - AUD1. Allahuakbar. Awat lah murah sgt oiiiiiii.
Cukup takat tu crita pasal brg murah. hahaha. Sampai hotel terus masak , makan then rest jab. Kul 10 kitaorang hantar keta. Pusing punya pusing akhirnya sampai juga Mel Central Station. Dah sampai , Allah baru teringat Petrol tak refill lagi. Adoi adoi. Cari plak Petrol Station. Full tank dalam Aud33. Ptg tadi kan Ayu dah refill Aud30. Memang jimat gila minyak keta ni. Since Ayu pakai dari 18hb tu baru Aud83 refill petrol. Untung sgt wei. Dah lah Gps ni mcm apa lagi. Pening. Dekat kul 12 juga kot baru settle. Memang tension tahap tak betul. Lega bila dah drop car. Esok cuma dtg bagi kunci kat kaunter je.
Balik hotel kitaorang ambik Taxi. Mula tu nk ambik Uber , kena register credit card bagai. Buang masa je. Kat Melbourne tak de Grab k. Tambang dari Station ke Hotel tak mahal sgt pun = Aud10. Orang taxi tu kata kira cincai. Tak pakai meter. Hentam je lah. Asalkan sampai Hotel.
Sampai je terus pengsan.
Expenses Day 3:
Petrol : Aud 63
Hotel : Aud 376
Taxi : Aud 10
Total : 449.00
TRIP TO MELBOURNE - SYDNEY , DAY 2
No comments:
Post a Comment