Sunday, 18 November 2018

TRIP TO MELBOURNE - SYDNEY, DAY 1

Assalam dan Salam syg dari Ayu untuk semua.

Terima kasih kepada yang sudi mengikuti jejak Ayu dan positif dalam mengikuti blog ini.

Ayu baru je balik dari Bumi Kangaroo. Kali ini percutian Ayu meliputi Dua Negeri Aussie - MELBOURNE & SYDNEY. Agak panjang perjalanan percutian kali ini utk Ayu habiskan penulisan blog. Ayu try utk pendekkan ye !!! hahaha. Insyaallah.




DAY 1 - MELBOURNE (GREAT OCEAN ROAD)




Penerbangan kali ini menggunakan Air Asia. Asbab Ayu ambil AirAsia kerana penerbangan return dari Sydney agak murah dari yang lain. Untuk pengetahuan korang Ayu beli separate tiket. 1st Ayu beli utk KL-MEL (One Way). 2nd Ayu beli tiket SYD - KL (One Way). 1st time juga Ayu menggunakan Air Asia untuk long journey almost 8 hours. Alhamdulillah semuanya ok & selesa.




            Photo : Sementera menunggu utk boarding . Sempat lagi budak dua org ni berposing.

Flight Ayu dari KL-MEL pada jam 1025pm (17/11/2018). Ayu sampai airport jam 7pm. Dah siap check in Online. So cepat, just g drop luggage je lah.  Ayu just ambik luggage 25kg and balik dr Sydney 45kg. Ngum ngum ok.

Flight malam ni agak selesa sebab dapat tido sampai pagi, Teddy & Wyshal mmg tido tak sedar2. Make sure bawa bantal travel & selimut utk keselesaan ye.Lagi sejam nk landing baru diaorg bangun. Ayu belikan breakfast dalam Air Asia yang semestinya berbayar ye. hahaha. Nasi putih daging kicap + Mineral Water + Hot Coffee = RM 34.00.




Photo : Ngum je lampu Seat belt dipadamkan . Teddy pun apa lagi cepat2 ambik PSP. Punya excited.




Photo : Dapat seat last skali , Seat No 51. Sebenarnya best dpt seat last skali sbb selesa kot. Orang tak  de kat belakang kita. Boleh goyang goyang byk2. Lenguh oiiii...

Sampai di Airport Mel pada jam 920am (18/11/2018) waktu Mel. Malaysia time tu jam 620am. Beza 3 jam cepat dari Msia.

#jangan lupa ambil Travel Insurance ye. Ayu ambil CHUBB Travel Insurance. Cover whole Family incl PA, Medical etc (300k). Complete. Harga utk cover 13 days RM197.

DECLARATION FORM

 Isi form declaration. Jangan tipu. Apa yang korang bawa tolong mentioned kat situ. Especially rokok & dairy product. Kalau rokok korang bw 25batang je tak perlu nk declare. Tapi kalau bw lebih kena declare & silap hari bulan kena buang dalam tong sampah. Banyak Ayu tengok kastam diaorg buang rokok & makanan dari luggage visitor. Baik bawa ngum ngum dah confirm selamat. Satu lagi Ayu nk pesan, jangan sesekali guna phone time kastam clearance, byk pelancong dari china kena saman. Melayang duit oiiiii. Melayang hampir 1k Msia , syg duit.

OPTUS CARD - TEL CARD

Alhamdullillah semuanya selamat. Easy & smooth. Welcome to Melbourne Ayu & Family. hehehe.
Kuar dari kastam , terus Ayu cari card top up sebab nk call suttle car rental utk Ayu pick up kereta. Ayu beli OPTUS. Package utk 12days & above included 45GB internet & free international call, menjadi pilihan. Harga AUD40. Currency time tu 3.1. Korang kiralah sendiri.

Ayu minta diaorg masukkan sim skali. Ayu just on off je phone terus boleh call. Ayu minta Abg Halim call car rental ofc utk pickup kitaorang. Ketaq nk cakap omputih sleng Aussie , nk selamat baik ayu suh Abg Halim. Kejam punya bini.

CAR RENTAL - APEX CAR RENTALS




         Photo : Sementara menungggu Suttle van (Car Rental) dtg pick up , Kita take photo dulu. 





Ayu book siap2 masa di Malaysia. Ambil full coverage (zero excess), GPS & child seat utk Teddy. Wyshal dah 9 tahun so tak perlu child seat (bawah 9 tahun perlu ye). Ayu check , hanya Apex yang tawarkan harga murah including full coverage. Maksud full Coverage ni, kalau berlaku apa2 korang tak perlu tanggung satu sen pun. Teruk ka, tak teruk ka , syarikat depa yang tanggung.

Kalau ikutkan, Ayu sewa keta Hyundai i20. Bila dapat, keta Toyota Corolla. Good for long journey , yang penting safe petrol. Ayu sewa dari 18hb - 21hb. 3 hari. Total utk 3 days included coverage bagai AUD248.52. Pick up area Airport & droff off pula Ayu pilih Melbourne City. Macam biasa kat sini sewa keta , petrol diaorg bagi full. So nk hantar nnt pun kena full. Diaorg akan suggest petrol station yang terdekat utk refill petrol b4 drop off.

VIA GREAT OCEAN ROAD (GOR)




      Photo: View Great Ocean Road. 

Ayu memilih utk ke GOR terlebih dahulu sebelum stay dlm city. Kereta masuk city agak susah & parking pun agak mahal dan rumit. Dah ada public transport free buat apa nk bazirkan duit kan.
Perjalanan dari Apex Car Rental ke tempat penginapan Ayu memakan masa 4 jam, Ayu memilih utk menggunakan laluan Great Ocean Road, menikmati jalan di persisiran pantai ..perghhh best gila. Kalau Ayu memilih laluan farm (winchelsea) perjalanan agak dekat dalam 3 jam. Tapi tak best dapat tgk lembu ngan kambing ja. Kat Msia pun banyak. Gitewww...

Kononnya tak nk miss langsung perjalanan tepi pandai , Ayu set GPS utk satu satu destination. Ayu ikut map. 1st Destination Ayu set ke Geelong - then ke Torquay - Anglesea - Lorne - Appolo Bay - Port Campbell - Peterborough (GOR Tourist Park).





#make sure korang set siap2 GPS, without tol. Nanti GPS tu akan bw korang jalan yang free highway. Free highway pun cantik ya amat. Tak yh lah nk byq2 lagi (potong terus dari credit card). Cukup lah kt KL je kita dok bayaq.

Ayu memulakan perjalanan dari Apex Car Rental jam 1pm. Setiap town kitaorg stop. hahaha. Agak chewiiii sbb pekan dia nmpk mcm pekan Cowboy. Pelik weiiii. Dah lah tepi Pasific Ocean. Jadi peqak sat. Kalah Jakun. Lawa weeiiiiii. Tak tau nk habaq syok mcm mana. Walaupun tak cukup tidoq tapi tak ngantok sbb syok tgk view. Jet Leg pun tak kena. hahaha . Aamin.


Photo : Salah satu tempat yang best , otw ke Port Campbell

Sebelum masuk Geelong kitaorang singgah  7E. Beli bekal. Semestinya Coffee Ice Break (Sorry, gambar terdelete) yang lama dok teringin nk minum. Terus beli 2 botol besaq. Punya teruk. Last minum kat Perth hari tu. Beli Krispy Kreme Doughnuts yang semestinya halal & jajan jajan lain utk makan dalam kreta.

Yang tak bestnye drive sini kena ikut had laju. Ada satu jalan dari Appola bay ke Port Campbell, jalan dia mmg best klu laju. Tapi had laju dia 50-35km/j. Gila kot. Mati lah enjin keta. Tak tekan minyak pun meter dah naik 40km/j.Bongok betoi. Mmg agak tension juga ar. Bila ada sign board tulis 100km/j..wah hati berbunga-bunga, pijak minyak cepat2, time to speed !!! 😁😁😁 Fikir balik mcm lucu je time tu.





Kitaorang check in jam 7pm. Beli barang masak area Lorne. Sib baik ayu beli byk juga. Tapi rugi sgt tak beli ayam siap-siap. Sbb time lupa nk tanya member brand apa yang halal.




#Ingat ye , after Lorne dah tak de pasar utk beli bahan masak & apa-apa makanan. Kalau ada pun kedai kampung yang sgt mahal harga dia. 3@4 kali ganda harga asal. Sebelum korang pegi singgah dulu area Geelong, Torquay @ Appolo Bay beli bahan masak.



#Ayam halal yang boleh dibeli brand STEGGLE. Segala brand Steggle boleh makan ye. Ingat niiiiii.... nk detail korang boleh visit website dia AYAM HALAL - STEGGLES


             Photo : Ayam brand Steggles. - Photo dari google




Time check in tu, Ayu kena add on charge sebanyak AUD60 sbb ayu tak mentioned bw kids. Nak tak nak kena byr. Kat sini sesetengah tempat tu dia charge bawa kids even Ayu sewa chalet besar yang ada dua bilik utk adult & kids. Ayu check in di sini selama 3days & 2 night. 18hb-20hb.  Rasa berbaloi , tempat ni cantik, besar, selesa & yang penting dekat dengan tempat yg ayu nk lawat.

Teddy & Wyshal mmg excited kot sampai bilik. Terus mandi sambil main air , lompat2 dalam bilik, makan byk2 pastu terus pengsan tak sedar kan diri.




#Korang boleh juga stay area Port Campbell. Port Campbell pun tak jauh dari sini. Port Campbell ada pekan kecil. Next time klu dtg maybe Ayu akan stay area Port Campbell @ Appolo Bay.

Lepas Check in, terus masak sebab perut dah bergendang gendang. Yang penting samak dulu alatan masak. Seperti biasa Ayu akan bekalkan sabun Taharah digunakan utk menyamak.

Sekarang kat Mel ni Summer, kul 8pm masih cerah. Maghrib pun kul 8pm lebih. Ayu makan dulu baru maghrib. hahaha. Kira mcm waktu mlm pendek dari waktu siang. Korang bygkan  kul 10pm lebih baru masuk insya. Nak senang korang google waktu solat Melbourne (which area your stay) & screenshot simpan dalam phone.


                                      Photo : Simple Dinner 

Malam ni masak sayur & telur kicap. Seperiuk juga habis. Ditambah makan buah strawberry & orange yang sgt segar bugar. Adoi..sekali hadap sekotak.

🚀🚀 EXPENSES 17-18/11/2018 (Rate 3.1)

Fare AirAsia X @ KL - MEL (2 Adult/2 Child)    RM 1,650.00
Family Travel Insurance (13 Days)                        RM 197.00
Car Rental (Zero Excess)                                        RM 770.00
Optus Tel Card                                                        RM 125.00
Great Ocean Road Tourist Park (3D,2N)                RM 990.00

Food (Pandai2 lah korang budget ye). Tak kan nk ikut Ayu kot. Perut korang tak sama ngan perut Ayu. Perut Ayu perut tong. Asyik nk makan ja. hahaha.

#PESANAN YANG SGT PENTING
SUHU DI MEL TAK SAMA DGN TEMPAT LAIN. NAMA JE SUMMER. TAPI SUHU DIA BOLEH JADI 4 MUSIM DALAM SATU HARI. SO IF KORANG NK TRAVEL KE MEL IN SUMMER OR OTHERS ,PLS MAKE SURE BRING YOUR WINTER JACKET @ THERMAL WEAR ESPECIALLY TRAVEL WITH KIDS. INI PENTING OK. KAT MEL NI TETIBA JE SUHU BOLEH DROP.






No comments:

Post a Comment