Hari ni bangun seperti biasa, 7 am. Lepas solat subuh , kemas bilik sebelum menunggu Wyshal & Teddy bangun. Plan pagi ni nak round Queen Victoria Market. Memandangkan dekat je dengan Hotel , so kitaorang tak rushing sgt. Lebih kurang 5 min je berjalan kaki dari Hotel.
PHOTO : BERDEPAN BUILDING QVM. ABAIKAN MUKA TEDDY YANG TAK JADI NK BERSIN TU.. 😄😄 |
QVM ni lebih kurang Petaling street , mcm2 ada. Dari jual product tenusu, buah buahan, makanan laut, ternakan, sayur-sayuran , sampai lah pakaian & accessories. Tapi yang tak bestnya kan, semua barang ni bukan local punya , semua made in China. Memang feel tak best lah. Kecuali product tenusu & bahan-bahan basah je dari local.
Ayu hanya borong buah & sedikit freeze magnet utk kenang kenangan. hahaha. tak leh boros sgt, panjang lagi perjalanan di Bumi Aussie ni. Gila weiii tengok buah yang fresh lagi murah. Memang borong habis especially buah cherry. Kat KL buah cherry ni buah org kaya makan je. Orang mcm kita ni , 5,6 kali fikir nk beli kan. Kat sini ang kaya ka ang miskin ka confirm boleh beli. Memang borong tak ingat dunia.
Lepas settle beli buah , kita orang g tempat tenusu , ingat nk beli cheese , tapi fikir-fikir balik, bila nk makan. Tak jadi lah. Abang Halim plak asyik sibuk nak beli topi koboi. Minat dia pelik pelik.
Sebelum balik kitaorang round area luar , terjumpa ada lori comel jual American doughnut. Mcm best je. Ingredient pun halal. Apa lagi terus Ayu que beli tu. Serius sedap. Ayu beli yang ada jem berry dalam tu. Makan sambil duduk kat kaki lima, mmg heaven. Teddy memang suka. Lapaq lah tak breakfast tadi. hahaha. Harga AUD5.50 for 5 pcs.
PHOTO : BAHAGIAN PRODUCT TENUSU |
PHOTO : TAK HABIS-HABIS DENGAN TOPI KOBOI. ALL HANDMADE |
Sebelum balik kitaorang round area luar , terjumpa ada lori comel jual American doughnut. Mcm best je. Ingredient pun halal. Apa lagi terus Ayu que beli tu. Serius sedap. Ayu beli yang ada jem berry dalam tu. Makan sambil duduk kat kaki lima, mmg heaven. Teddy memang suka. Lapaq lah tak breakfast tadi. hahaha. Harga AUD5.50 for 5 pcs.
PHOTO : EHSAN FROM GOOGLE |
PHOTO : TRY CARI MANA AYU?? |
Pas makan terus berjalan melawat kawasan sambil makan buah cherry dengan cuaca pagi yang agak sejuk & nyaman. Memang best. Singgah 7e minum Coffee & Hot Chocolate. Fantastic. Tak dapat nk gambar kan , best sgt time tu. Dah tu Teddy tak nk jalan, so terpaksa kendong belakang. Biasa lah , Mummy Anak 2. yeahhh !!!!
Lepas penat berjalan kita orang balik hotel utk mandi, dan bersiap nak pegi tempat yang best untuk bergambar. Cuaca hari ni agak baik. Baru lepas hujan. Just nice.
Lagi pun esok malam dah nk ke Sydney. Ayu masak untuk lunch. Lunch awal sikit hari ni before keluar. Hari ni masak Ayam rendang + sayur campur . Hari ni bekal buah yang dibeli tadi. Sihat dan selamat. 😉😉
Around 1pm kitaorang keluar. Kali ni ambil tram terus ke Southern Cross Station. Dari situ kitaorang ambil train ke destinasi yang di tuju. Next destination Brighton Bathing Boxes. Yeah !!!
Lagi pun esok malam dah nk ke Sydney. Ayu masak untuk lunch. Lunch awal sikit hari ni before keluar. Hari ni masak Ayam rendang + sayur campur . Hari ni bekal buah yang dibeli tadi. Sihat dan selamat. 😉😉
PHOTO : HASIL TANGKAPAN DI QVM |
PHOTO : CHERRY YANG SEGAR BUGAR |
Semalam dah beli tiket siap2. (Expenses ticket train hari ni , Ayu dah included dlm Expenses Blog lepas).So hari ni just tab sahaja.
BRIGHTON BATHING BOXES
Selama bertahun-tahun di akhir abad kesembilan belas, Brighton adalah destinasi tepi pantai kegemaran penduduk & pelancong ke Melbourne. Brighton terletak di City of Bayside, yang mempunyai 17 km dari tepi pantai ke Port Phillip Bay. Terletak di Dendy Street Beach, kotak mandi Brighton adalah ikon Bayside yang popular dan aset budaya orang di sini.
Dibina lebih dari satu abad yang lalu sebagai tindak balas kepada idea-idea Victoria yang sangat iconic dan untuk mandi di tepi laut, kotak mandi kekal sama dan tidak berubah. Semua mengekalkan ciri-ciri senibina Victorian klasik dengan rangka kayu, papan dan bumbung besi beralun, walaupun mengikut kehendak pemilik dengan ciri-ciri perhiasan seni yang berwarna-warni.
Directions : Train from Southern Cross Station > Middle Brighton Railway Station (30 min)> Walk 14 min to Brighton Bathing Boxes.
Kitaorang kat sini hampir 2 jam. Teddy asyik bermain pasir dgn hotwheels. Melayan dia hampir 2 jam. Wyshal terkejar-kejar dengan seagulls. Abg Halim biasa lah tak lepas dengan camera. Ayu dok berangan lah. hahaha.
Malam ni Ayu ada date dengan sorang Adik , yang stay & kerja kat Melbourne ni. Satu kampung. Tak sabar nk jumpa, walaupun before ni mmg tak pernah jumpa. Hanya berborak di ruang FB je. Dah nama satu kampung , mmg rasa dah mcm adik beradik kot. Nama adik manis ni Ina.
Janji dengan Ina around 7-730pm mcm tu. Kiranya lps maghrib kitaorag nk keluar. Jam di tangan dah pukul 500pm. Kitaorang bergerak balik ke Hotel. Sampai je Southern Cross Station kitaorang singgah supermarket utk bila apa2 yang boleh dimakan. Mula tu nk beli pizza. Tapi mcm tak best je, smlm dah beli Pizza. Kebetulan kat coles ni ada jual bread halal. Maka makanlah bread tu sampai kenyang. Sampai hotel around 645 pm. Sempat solat Asar.
Lepas tukar baju semua , ngum Ina sampai dengan kawannya. Kebetulan Kawan Ina org srwk. Hahaha. meriah lah jadi. Bahasa sarawak vs Kedah kedengaran di Bumi Melbourne.
Malam ni kita orang lepak di Yarra River. Hujan renyai-renyai pun kitaorang redah. Sebab hujan kat sini halus je. Ambik free tram depan hotel.
DIRECTION : Walk 1 min to QVM Stop > Take Tram to Flinder Street Stop 1 > Walk 5 min to Yarra River (Southgate).
Kitaorang jalan2 , take photo , borak & singgah lepak minum & makan di Mc Donald. Mujur ada Ina , dapat lah Ayu & Abg Halim curi-curi bergambar berdua. Kalau tak mmg kena tumbuk ngan budak kecik tu. Punya jealous. Kawan ni tolong layan dia , then tanpa dia tak perasan , kita orang bergambar. hahaha.
# Menurut Ina, Chicken Mc Nugget di sini Halal ye. Boleh makan. So kitaorang beli Fries & Nugget bersama Coffee. Pulun Teddy & Wyshal makan sebab penat berjalan & berlari.
Around 11 pm, kitaorang bergerak balik ke Hotel. Pastu sambung borak dalam bilik. hahaha. Thanks my adik belanja makan McDonald. Esok mlm , Ayu akan bergerak ke Sydney . Malam ni adalah malam terakhir di Bumi Melbourne.
Around 11 pm, kitaorang bergerak balik ke Hotel. Pastu sambung borak dalam bilik. hahaha. Thanks my adik belanja makan McDonald. Esok mlm , Ayu akan bergerak ke Sydney . Malam ni adalah malam terakhir di Bumi Melbourne.
NO EXPENSES TODAY - TRAM IS FOC.
#MAKAN & SHOPPING UP TO YOU ALL.
Sapa yg tk sempat baca utk Day 4, click here
TRIP TO MELBOURNE - SYDNEY DAY 4
#MAKAN & SHOPPING UP TO YOU ALL.
Sapa yg tk sempat baca utk Day 4, click here
TRIP TO MELBOURNE - SYDNEY DAY 4
No comments:
Post a Comment