Thursday, 5 May 2016

BALI 2013 - MENGIMBAS KEMBALI

BALI 2013 - DAY 1


Atas permintaan kawan-kawan minta Ayu masukkan juga Percutian Ayu ke Bali, wlupun hampir 3 tahun berlalu, anak pun dah tambah sorang, so Ayu rajin kan jari jemari utk menaip sedikit sebanyak entry bercutian ke Bali. Wlupun secara amnya , dah tak berapa nk ingat, tapi bila ayu korek-korek email dan conversation yang lama2 akhirnya terjumpa info perjalanan tentang percutian ke Bali ni. Alhamdulillah. 

DAY 1
Percutian kali ini Ayu memilih untuk pergi pada penghujung bulan May 2013 kerana niat dihati utk menyambut Birthday Ankku Wyshal yang ke 4 thn. Ayu pergi selama 5 hari 4 malam (30 May - 3 June). Perjalanan dengan menaiki pesawat Air Asia (penerbangan tambang murah). Ayu book tiket pada 4 Feb 2013, harga tiket agak mahal RM1,536.00 ( 2 Adult & 1 Child). Klu korang ke Bali , airport yang korang kena landing ialah Denpasar Ngurah Rai. Kat bwh tu ialah cth booking ticket Ayu yang Ayu dah book.  


Ayu bertolak pada pukul 10.50 pg dan dijangka tiba pd 1.50 ptg. Alhamdulillah perjalanan smooth. Airport Ngurah Rai kecil je, tak perlu nk berjln jauh. Utk ke Bali korang tak perlu visa, just bawa passport and Rupiah je. Sampai je di Airport Denpasar terasa seakan di negara jauh dr Malaysia. hahahha. Banyak mat saleh kat sini. Maklumlah tempat perlancongan terbaik dunia. Pemeriksaan immigration berjalan lancar. Cuma perlu Q sbb terlalu ramai. Hampir 1 jam berlalu.

Dah settle urusan di dalam , kitaorg pun terus keluar dan mencari driver yang mmg dah book dari Malaysia. Yang kitaorang dok usha ialah sepanduk yg tertulis nama AYUCHELAH. glamour sungguh nama Ayu ni, sampai ke Bali, hahahha. Yehhh !!! dah dapat. Nnt Ayu akan share ngan korang ttg driver ni. Mana tau if korang nk pergi boleh ambik driver ni. Lagi plak driver ni Islam. Senang korang nk cari makanan halal kat sini. Ayu book dgn Avriel Yantoo kawan fb ayu and yang driver ni Avriel hantar Abang Ali coz dia bz dgn tugasan lain. If korang nak korang boleh direct ke FB ayu and search dlm Friend list Ayu nama Avriel Yantoo, ok. So korang tanya lah apa yang korang nk tanya. Avriel sgt baik orgnya. 

# Untuk pengetahuan korang penduduk Bali lebih kurang 4 juta orang, dengan majority 84.5% penganut beragama Hindu. Agama lain adalah Buddha (0.5%), Islam (13.3%), Protestan dan Katolik (1.7%). Agama Islam adalah agama minority terbesar di Bali dgn penganut kini mencapai 13.3% berdasarkan bancian terbaru pada Januari 2014. 


Kereta yang di beri oleh Avriel lebih kurang kereta Toyota Avanza. Ayu tak sure lah nama kereta tu. Class you termasuk driver tau. Sgt selesa. Sebelum bergerak ke Villa, Bang Ali bawa kitaorg ketempat makan dulu. Sbb perut pun dah berkeroncong. Munurut Bang Ali , di Bali susah utk mencari makanan Halal. Sometime kita nmpak muka mcm org islam tapi sebenarnya bukan beragama Islam. Kebanyakan org Malaysia yg ke sana tidak tahu ttg perkara ini. Bak kata Bang Ali , dia sll melihat org malaysia makan di kedai bukan islam. Nauzubillah. Pesan Bang Ali klu nk selamat makan lah di restaurant Nasi Padang. Restaurant Nasi Pasang di Bali semuanya dimiliki oleh penganut yang beragama Islam. In shaa Allah.  



Yeh..sampai Bali , korang jgn lupa try teh botol. Wajib try. sedap....

# Sorry, Ayu terpaksa crop photo Ayu sbb time tu masih nakal2 lagi. heheheh !!!.


Slps makan kitaorg terus ke Villa. Hari ni mmg planning tak de pegi mana2, cuma utk dinner nnt je keluar sekejab. Tu pun keluar sendiri kat area2 situ je. Ayu stay 2 mlm di Banyumas Residence. Villa ini terletak di Pekan Denpasar. Villa ni sgt cantik (4 star). Memang awesome. Facilities completed. Best sgt. Ayu booking thru Booking.com. Rate smlm RM174. Murahkan !!!! Klu kat Malaysia 4 star mau RM300++. Klu korang ambik family room pun still murah. Hanya RM250 per night & ada 2 bilik. 



Lobby Villa. Villa ni mmg super duper. Tepi tu kereta yang Ayu sewa. Besarkan.

Swimming pool yang awesome. 


Dalam kamar.

Ni Bang Ali yang baik hati & sentiasa tepati janji.

View malam @ Villa.
Cantikkan !!! Apalagi korang boleh try.

Dah check In , dah masuk bilik...rasa mcm nk tidur je. Sebelum tu Ayu dah book siap2 utk celebrate birthday Wyshal mlm esok. Dan utk malam ni Ayu juga dah book utk massage. Tukang urut hotel mmg akan dtg ke bilik. Harga nya mampu milik. RM70 selama 1 jam 45 min. Memang nyaman urutan dia. Masih muda tapi gerakkan tangan dia perhhhhh tak boleh blah. ringan je rasa badan.

# For your information : Untuk tentukan kiblat korang mmg dinasihatkan bawa kompas krn senang nk tentukan arah kiblat. Sebab Hotel ni mmg tak de tunjuk arah kiblat. 


# Waktu di Bali juga sama je dengan waktu di Malaysia. Tapi utk waktu solat lebih kurang sama waktu di Sabah Sarawak. Cth waktu Asar jam 3.++ptg. 


Ok..dah settle entry Day 1. Jom kita sambung ke Entry Day 2. 



Wednesday, 4 May 2016

Happy Mother's Day


HAPPY MOTHER'S DAY


Tak lama lagi satu dunia akan menyambut Hari Ibu. 8 Mei 2016 (Sunday). Apa planning korang???Dah beli hadiah ke ?? ke ada planning lain ? Apa pun yang penting korang mesti wished ...klu sebelum ni memang tak pernah wished, tahun ni mesti wished, buat apa nk segan /malu...bukan sapa pun..mak kita juga kan...klu malu tutup mata so tak nampak...tak pun tulis surat lekat kat mana2 yg mak korang boleh nampak!!!! Yg penting hajat tercapai....

Bagi Ayu , bukan sekadar 8 Mei Ayu sambut hari Ibu, tp rasanye tiap-tiap hari kot hari ibu, tiap-tiap hari teringat muka mak, tiap-tiap hari teringat sambal ikan sardin mak..tiap-tiap hari rindu ngan suara mak...Adoi...Rasa nk nangis bila sebut MAK. 

Mak dulu seorang yang lemah lembut. kelembutannya sampai sekarang. Mak tak de sifat marah. Mak tak pernah naik tangan , cubit , jika nakal Mak akan sentuh dan usap dengan nasihat yang betul2 menusuk, Jika masih tak dengar cakap tugas akan di berikan kepada Abah. Mak sgt rajin. Apa yang kami Adik beradik minta semua di penuhi. Tak pernah merungut letih. Kami 8 beradik masing-masing mempunyai perangai yang tersendiri. Paling lucu , tiba malam utk mengaji Alquran suara Mak akan kuat sedikit kerana sudah lambat utk ke kelas. Ank-ank masih bermain. Itu je yg dapat kami dengar suara mak marah. Mak masih melayan, melayan sampai skrg. Teringat ketika alam sekolah, kasut sekolah Mak akan cuci walaupun ketika anak2 sudah berusia 6-12 tahun. Sarapan sudah sedia terhidang, dulu mak buka kedai makan, sibuk memasak utk orang lain, tapi anak-anak mak utamakan. 

Segala tunjuk ajar Mak , kelembutan yang ada pada Mak hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih Mak kerana menjaga dan membimbing kami utk kehidupan dunia dan akhirat.Tanpa Mak siapalah kita semua. Jasa Mak tak mampu kami adik beradik membalasnya. Sekarang bila dah meningkat dewasa, Ayu akan cuba dapatkan apa yang mak ingin kan wlupun benda itu susah. Akan cuba dan terus cuba demi menjaga hati Mak.  



Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w:
 “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.  (Hadis Riwayat Tirmizi)

Tengok betapa pentingnya Mak...Rasulullah ada sebut byk kali perkataan "IBUMU"..Ya Allah, besar pengorbanan seorg ibu. Memang tak ternilai betapa hebatnya seorang Ibu. Sesiapa yg menjadi Ibu termasuk Ayu..berbanggalah dan jadilah seorang Ibu yg disarankan oleh Al-Quran & As Sunnah. In Shaa Allah. Ingatlah, Selagi kita berpegang kpd 2 perkara ini, kita tak akan sesat. 

SELAMAT HARI IBU KEPADA SESIAPA YANG SUDAH BERGELAR IBU !!!

Tuesday, 3 May 2016

KINOHIMITSU - LAHIR KECANTIKAN DARI DALAM

KINOHIMITSU - FREEDOM TO LIVE


Tak salahkan klu Ayu nak kongsikan tips kecantikan dan kesihatan kepada penggemar pembaca blog. Ramai yg bertanya , Ayu amal jamu apa untuk dapatkan kulit yang makin hari makin nampak cerah and tak perlu pakai foundation pun still nampak kemerah merahan.

Jom Ayu nk share ngan korang apa yg Ayu amalkan selama 3 tahun +++. Ni antara supplement yang penting lah dlm hidup Ayu seharian. Jamu lain pun Ayu ada amalkan. In shaa Allah, next entry Ayu akan kongsikan dgn korang. Tengok gambar kat bawah ni. Ayu just amalkan Kinohimitsu Collagen Diamond 5300 Drink.

Sebelum Ayu meneruskan panjang lebar benda kat atas ni, jom kita tgk antara kelebihan yang ada dgn Kinohimitsu Collagen Diamond 5300 ni. Product ni made in Japan. Rasa-rasa klu g beli kat Jepun ada tak ???

Kinohimitsu Collagen Diamond 5300 Drink dilengkapi dengan 5300mg Collagen Peptide direka khusus untuk kulit matang untuk mengembalikan kemudaan, daya tahan dan seri.

Berbanding dengan kolagen semula jadi kulit kita, Kolagen Peptida mempunyai struktur molekul yang lebih pendek tetapi kerana persamaannya, Collagen Peptide mudah diserap dlm kulit kita. Minuman yang aktif meningkatkan sintesis kolagen dan pembaikan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus, kedutan dan kekeringan. Diekstrak melalui teknologi canggih, peptida kolagen yang tinggi dalam kualiti dan kesucian, tidak mengandungi lemak dan kolesterol.

Kaya dengan antioksidan yang kuat yang membantu untuk melambatkan proses penuaan kulit, AS-dipatenkan Extract Perilla Seed eksklusif membantu untuk meningkatkan lagi kulit dengan membaiki sel-sel rosak dan mengurangkan keradangan.100% semulajadi dan selamat. Tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna tiruan atau perisa. Bebas daripada hormon, steroid dan bahan kimia, diuji oleh SGS (Benchmark Global Recognisation Kualiti dan Integriti).

Yang penting product ni dijamin halal dan selamat. Korang boleh terus visit laman web Kinohimitsu ni. Yang atas tu Ayu translate blk je dr website dia. hahahha..ni link nye Kinohimitsu. Dalam website ni ada pelbagai2 jenis collagen. Tapi Ayu pilih Collagen diamond kerana dia merangkumi semua &  dan sesuai utk usia meningkat 30series. Masa umur Ayu 25 thn - 28 thn Ayu amalkan Firm Up. Utk yg masih umur 20an dinasihatkan ambiklah supplement utk menjaga kulit supaya tak kusam. Spend skit duit utk diri sendiri. Tak rugi pun.

Cara minum ni pun senang je : 
Usage: 1 bottle a day, preferably before breakfast or bedtime . Shake well before drinking. Keep chilled for a delicious taste.
First-time users: 1 bottle a day for a consecutive period of 6 days .
For maintenance: 1 bottle every 2 days . 


Ayu ambil ni setiap kali sebelum tidur. Utk pengetahuan korang satu kotak boleh bertahan selama 1 bulan. So korang boleh tgu gaji berikutnya utk membeli stock yg berikutnya. Kiranya setiap bulan tak pernah miss lah minum.. hehehe...Kesan akan terasa seawal 7 hari. Memang sgt bagus. Pada sesiapa yg mengalami masalah keguguran rambut In shaa Allah lepas ni dah tak de dah, rambut korang akan lebat mcm rambut Allycat ok..Kuku ,Siku, bibir, tumit yg kering2 tu semua kembali cantik, masalah jerawat pun akan berkurang. memang awesome lah benda ni. Dah lah sedap. Jgn lupa letak dlm peti ais ok.  

Ni gambar kotak utk Kinohimitsu
Kat mana korang nk beli Kinohimitsu ni ???

- Semua pharmacy ada jual benda ni. Korang boleh beli kat Caring, Guardian, Watson etc. Ok, Ayu nk share ngan korang. Ada satu pharmacy ni memang murah sangat , Harga bagai nk gila. Tapi rasanya dia hanya ada di sekitar KL je kot. Nama Pharmacy tu BIG PHARMACY. Color signboard Big Pharmacy ni color merah. dari jauh lagi korang mesti akan nampak. Setahu Ayu pharmacy ni ada kat SS21 Damansara Uptown, OUG and PJ Old Town. Memang murah sgt. Harga utk 24 botol (1 Month supply) RM125.00. Murah kan??? klu kat tempat lain RM145.00. Banyak tu beza. 
Ni website dia (tapi still under construction). BIG PHARMACY. 

Ni gambar signboard @ SS21 Damansara Uptown


Boleh lah pasni korang pergi serbu pharmacy ni. Semua brg dia mmg murah. OK. Kita sambung blk cerita Kinohimitsu ni. .

Apakah fungsi sebenar Kinohimitsu Collagen Diamond 5300?

  • Firm sehingga kulit kelihatan lebih tegang
  • Mengetatkan liang untuk kulit lembut, halus dan licin
  • Membantu solekan lebih lama dan mengawal lebih baik untuk kulit
  • Mengangkat dada dan punggung untuk bentuk badan yang lebih menarik
  • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, dan menyembuhkan parut
  • Re-densifies lapisan dermis kulit untuk kulit halus dan lembut
  • Meterai dalam lembapan yang penting untuk pengekalan berkekalan dalam kulit
  • Mencerahkan kulit untuk kulit yang bersalji
  • Menguatkan rambut dan kuku, menjaga supaya kuat dan sihat

Untuk Siapa Kinohimitsu dicipta ??

Wanita yang bekerjaya adalah elok utk mengamalkan Collagen ni kerana setiap hari berada di dlm air cond (bg yg bekerja di dlm ofc) , and dibwh sinaran matahari (utk yg bekerja outdoor), Wanita yg berumur 30thn, merokok, sukakan Nescafe and etc. Dgn meminum Collagen ni korang bolah kembalilah Collagen yang berkurang dlm badan korang. Dan yg penting ia akan mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran korang.

Rasa dah detail kot apa Ayu bg tu. Klu masih tak puas hati lagi korang boleh visit website yang Ayu bg tadi. Nk lagi best boleh try minum. hehehhe...Sesiapa yang nk masuk 3series tu better ambik. mmg best sgt. Ok. SELAMAT MENCUBA.  

Friday, 22 April 2016

BUTTER PRAWNS CREAMER

JOM TRY MASAK BUTTER PRAWNS CREAMER.

Assalamualaikum semua.

Atas permintaan kawan-kawan nk resepi Butter Prawns Creamer, so Ayu mention dalam blog lah senang pastu share dlm fb. Hujung minggu ni korang boleh buat. Sedap tak terkata. 



Nk buat ni senang sgt..sambil pejam mata pun boleh. Ok resepi dan cara-caranya seperti di bwh ye : (Resepi utk 4 org makan)

BUTTER PRAWN CREAMER

Bahan-Bahan:

1/2 kilo Udang bersize besar
2 sudu Tepung jagung
1/2 sudu serbuk kunyit
(gaul udang bersama tepung jagung & serbuk kunyit)
3 Ulas Bawang  Putih di cincang halus
Sedikit Daun Kari
2 biji cili melaka dipotong kecil (jika nk pedas)
1/2 tin susu cair (ikut suka lah cap apa pun)
125 g butter cup @ marjerin (utk membuat creamer)
125 g butter cup @ minyak masak (utk goreng udang)

Cara-Caranya:

- Bersihkan Udang terlebih dahulu
- Panaskan kuali bersama Butter @ minyak masak. Goreng udang yg digaul dgn tepung & serbuk kunyit sehingga kekuning-kuningan.(Jgn terlalu lama)- Angkat dan toskan minyak.
- Panaskan kuali dan masukkan buttercup, kacau hingga cair
- Masukkan Bawang Putih yg dicincang td, cili bersama Daun Kari. Tumis sehingga naik bau
- Masukkan susu cair, kacau sehingga pekat.
- Masukkan Udang yg di tos td. Kacau sehingga rata
- Masukkan garam mengikut citarasa lidah anda.
- Dah bersalut boleh lah dihidangkan bersama nasi putih.

SELAMAT MENCUBA. Senang sgt tp sedap tak terkata.

Pesanan
#Jangan amal selalu kerana dikuatiri berat badan korang akan naik mendadak. hahahha..ok BYE








Thursday, 21 April 2016

PLANNING TO JAPAN 2016


Planning to Japan 


Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum semua. Kepada pembaca yg sudi membaca hasil pena Ayuchelah ni, thanks sgt kat korang semua.


Gambar di ambik dr Google Imaje @ Gala Yuzawa, Tokyo Japan
Dalam setahun ayu hanya dapat pergi melawat ke satu tempat je (oversea) kerana masa & budget yg tk mengizinkan. Kerja makan gaji ni tak banyak cuti. Cuti hanya di berikan selama 14 hari dalam setahun, manalah nk pergi sgt kan. Ambik cuti raya paling sikit pun 5 hari. Tambahan pula skrg Wyshal dah start sekolah. Lagi pulak budget yang tinggi klu bw satu family. Maklum lah kerja makan gaji je. Berapa lah sgt. Ayu bersyukur, Allah masih izinkan ayu & family berjalan2 di Bumi Allah.

Next trip for this year In shaa Allah nk ke negara matahari terbit. In shaa Allah , semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Yang penting planning dan persediaan awal mesti detail dan maklumat mesti tepat.

Negara Jepun adalah sebuah negara yang mempunyai 4 musim yang berbeza. Negara Jepun juga adalah negara yang tercantik dan bersih di dunia. Ayu plannnig nk pergi time winter. May b time school holiday (Dec'2016). Start hari ni perlu buat persiapan. Melihat blog2 dan si blogger yang dah pergi kesana sememangnya menyatakan kos hidup di Jepun sgt tinggi berbanding di Kuala Lumpur especially Penginapan dan transportation. Ayu dh buat research ni dr bulan January 2016 hingga lah ke hari ni. Nak pegi Dec, punyanya lama dok buat research. hahahha... :-). Klu tak perfect juga tak tahu lah.

Ok, jom kita tgk apa yg perlu sebelum ke Tokyo, Japan.

1) Book Flight
Paling penting tiket ok. Klu tak de ni jgn berangan lah nk pegi. Tp semua org nk harga yang terbaik kan. So, if korang nk harga yg terbaik, mesti check setiap hari semua airline yg beroperasi ke Japan.Salah satu cara mudah korang boleh terus ke website Skyscanner @ Cheapflight.

 - Skyscanner antara website yang boleh membandingkan harga antara airline2 yg ada kat dunia ni. Skyscanner akan bantu kita dapatkan harga ticket flight yg murah dan membantu dlm perbandingan harga antara satu sama lain. Ni link utk skyscanner. Skyscanner.
Ni contoh Home Skyscanner. Memudahkan korang nk compare harga flight.






Untuk pengetahuan semua, Ayu just check harga je , bila dah dpt decide nk airline mana , so ayu akan direct masuk airline tu and start book ticket. Selain dari Airasia & Malaysia Airline, make sure u all perlu request the Halal Food for Muslim, ok. Selalunya Airline yang betul2 murah tambang ke Negara matahari terbit ialah Airasia @ Vietnam Airline. Untuk Vietnam Airline u all perlu transit di Ho Chin Minh terlebih dahulu. But yg bestnyaVietnam Airline included 30kg utk luggage setiap seorang. Untung sgt. Klu Airasia korang perlu siap sedia budget utk beli luggage. Klu rezeki korang, included luggage pun still dpt cheaper than others airline. huhuhu  
Untuk ke Tokyo, korang boleh memilih destinasi yang korang nk pergi, samaada ke Tokyo, Osaka @ Hokaido. Tempat yg byk memerima salji adalah di Hokaido pd Dec- Feb. Untuk Ayu, Ayu pilih nk ke Tokyo kerana ayu nk tgk kecanggihan teknologi  negara matahari terbit ni. Di Tokyo ada dua airport yang korang boleh pilih untuk landing ( Narita Airport @ Haneda Airport). Narita Airport agak jauh dr Tokyo City (lebih kurang KLIA -KL) compare dgn Haneda Airport. So ikut korang lah nk pilih yg mana satu. hehehe...bergantung kpd airline yg korang pilih.Tak salah pun klu jauh skit tp dapat flight tiket murah kan. Asalkan mendarat kat Tokyo. :-)


2) Visa / Passport

 - Skrg rakyat Malaysia yg nk ke Jepun tak perlu menggunakan visa tp make sure kat muka depan passport korang ada tanda cip..bentuk dia mcm camera tu. Sblm berangkat make sure check dulu ok.
Nampak tak yg gambar bwh skali tu...bentuk mcm camera tu....function dia mcm visa ye !!!!!

3) Tempat Menarik di Tokyo :

 - Shibuya
 - Omotesando Street
 - Harajuku Street
 - Tokyo Disneyland
 - Mount Fuji
 - Hakone
 - Gala Yuzawa (Tempat main salji)
 - Asakusa City
 - Ueno City
 - Akihabara
 - Tokyo Tower
 - Tokyo Skytree Tower
 - Odaiba Island
 - Roppongi City
 - Ginza City


Ni antara tempat2 yg menarik di Tokyo. Kalau nk cover semua tempat tu atleast kena ambik masa dalam 2 weeks and above kot.


Ni Shibuya Crossing - Persimpangan tersibuk di dunia. Gambar dr Google Image.
Mt Fuji. Tempat yang Ayu teringin sgt nk pegi. Subhanallah cantiknya.

4) Transportation

 - Dah tahu tempat yang hendak di tuju, perlu juga ambil tahu ttg transportation di Tokyo. Kat Tokyo semua org dah tahu, train adalah transport yg terbaik utk kemana shj. Laluan yg efficient,kepantasan dan masa yg tepat memudahkan org ramai utk planning ke satu-satu tempat yg hendak dituju.  Tetapi harus diingat ada bermcm2 jenis dan aliran yg terdapat di Tokyo. Klu salah mmg pening dan rugi sgt..sbb tiket memang mahal berbanding harga ticket di Malaysia. Sebelum pergi ke sana perlu study tentang laluan trains. Lagi elok korang hafal segala apa yg ada kat aliran train tu...Rebus kertas & minum..hahahha :-). Memang agak mahal tambang antara satu tempat ke tempat yg lain. Make sure tukar duit dr Malaysia nnt cukup ye. Klu boleh lebih skit pun tak pe.

5)Penginapan
 - Untuk backpacker mmg senang. Boleh tdo suka hati je. Just sewa hotel jenis capsule pun dah memadai. Tapi klu untuk family and ada kids lagi memang agak susah nk cari hotel yg murah. Hotel di Tokyo sgt mahal dan harga 4x ganda dr Malaysia. If korang nk book hotel juga pasti kan korang tgk policy hotel ttg children. kat situ dia ada mention umur budak brp thn free dan brp tahun kena byr & berapa org budak boleh bw masuk. Di fahamkan, dr member ayu yg stay kat area Jepun , hotel disana sgt ikut rule, so korang be careful lah ye.

Untuk penginapan , Ayu rasa Ayu memilih apartment yg ada dapur sbb boleh main masak2. klu lapar je masak. Klu lapar je masak, klu masak je lapar. :- ) Jimat kan, lagipun di Tokyo tak byk ada restaurant halal toiyiban. Yg terbaik untuk book apartment guna AIRBNB. Website ni mmg terbaik. I love its. Ni Link AirBnB. Kebaikan website ni kita boleh direct ber communicate dgn owner. Make sure korang tick Entire Home/Apartment. Klu yg ni tak perlu korang stay satu umah dgn owner. Tak privacy lah kan. Kat sini korang boleh pilih mcm2 jenis rumah yang korang nk. Make sure sebelum book baca policy dgn detail dan faham kan. Make sure tempat tu dekat dgn semua benda especially dekat dgn public transport.  Klu jauh kang jenuh jln korang. Tapi tu lah dgn Airbnb ni nk book je mesti kena ada duit dlm acc anda ye (credit card or Debit Card). Book je terus kena byr, after buat bayaran owner akan minta gambar pasport anda. Dia nk tgk muka anda cantik ke tak. hahahha :-)


Mcm ni lah dlm website Airbnb. Korang isi lah apa yg patut. 

6) Pakaian

 - Pakaian ikut musim yg korang pegi lah. Klu winter tak kan nk bw singlet kan. hahhaha....beku and keras kedekung lah jwbnya...keluaq hotel jd ketoi ais.
Ada 4 musim di sana:
 1 - Musim Sakura
 2 - Musim Panas
 3 - Musim Luruh
 4 - Musim Sejuk


Make sure bawa pakaian yg sesuai dgn musim yg korang pergi. Ok.

7) Itinerary

 - Sebelum pergi, ringankan tangan korang, buka mata besar2 , buka2 lah internet cari maklumat, dan draf lah itinerary untuk memudahkan perjalanan korang kat sana nanti. Jadilah Itinerary tu sebagai guru disiplin korang. Bukan apa, dgn adanye benda ni perjalanan korang pun smooth, tak perlu nk fikir ...eh pasni nak g mana yek !!! mcm mana nk ke tempat tu yek...mcm2 lah korang dok pening. Kat situ pun dah bazirkan masa.

Last year ayu g perth and Bali , ayu memang pastikan itinerary ayu detail sbb tak nk buang masa. Nnt ayu akan upload cth Itinerary ayu. Tp tgu Ayu p Tokyo dulu. In shaa Allah.

8) Barang-Barang Keperluan. 
 - Klu ayu mcm biasa lah, pergi kemana-mana je akan bw multi cooker, senang, boleh masak apa yg kita nk makan. Makan kat luar ni dikhuatiri tak bersih. Kang sakit perut plak kat tempat org.  Lagi pun ssh nk cari makanan Halal kat sana. Ayu juga akan bw ubat ubatan , toiletries, stock susu utk adik & wyshal,  makanan yg boleh di masak (makanan tin), biskut, beras, bihun,maggie, serunding, 3 in 1 and etc. At least sampai sana tak fikir sgt pasal. Lapar je ada benda makan. kn...Bw budak ni kena prepare makanan sbb benda ni mmg penting sgt utk diaorg.

Ok, dengan maklumat yg simple Ayu bg tu, dapat membantu sedikit sebanyak perjalanan dan persediaan utk melangkah ke Negara matahari terbit. Nanti klu ada sebarang updated ayu akan share kat sini. Bukan senang nk buat persediaan yg betul2 detail ni, dgn budget yang memang kena budget :-) , tapi cukup untuk perjalanan selama lebih kurang 2 minggu. In Shaa Allah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Aminn.








Friday, 18 March 2016

ETS TRAIN BY KTM


KTM ETS 

PERJALANAN DARI KL SENTRAL - SUNGAI PETANI, KEDAH

Apa itu ETS ? Siapa dah pernah naik ETS? Ni 1st time Ayu naik ETS utk balik kampung. Bak kata pakcik kaunter yang Ayu call ni , ETS memang cepat dan ketibaan di setiap stesen adalah tepat pada waktunya. Klu anda lambat jwbnya bye bye. Beli lah tiket lain ye. Keretapi ni antara keretapi yang paling laju antara bandar dan hanya stesen-stesen tertentu je keretapi ni stop. Setiap hari hanya ada 4 kali sahaja perjalanan. Ayu tak sure sgt waktu tepat dia. Apa apa pun sebelum tu kita perlu tahu dulu sedikit sebanyak ttg ETS.


ETS adalah satu perkhidmatan kereta api antara bandar dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad menggunakan unit berganda elektrik. Ia adalah yang paling pesat perkhidmatan kereta api meter tolok di Malaysia yang kini beroperasi di sepanjang regangan elektrik dan dua dikesan daripada Line Pantai Barat antara Gemas dan Padang Besar di sempadan Malaysia-Thai oleh pengendali kereta api kebangsaan Malaysia, Keretapi Tanah Melayu.   Kereta api bergerak sehingga 160 km / h (99 mph) pada elektrik meter tolok landasan kereta api yang boleh dianggap sebagai kereta api berkelajuan tinggi.

Kat sini ayu nk cerita pengalaman Ayu naik ETS. Start dr beli tiket sampailah perjalanan dr KL Sentral - SP - KL Sentral. Alang alang naik baik ambik return ticket. :-). Ni link utk info lanjut ETS Train Malaysia

1) Pembelian ETS Ticket


Planning nk blk kedah pada 18/03/2016 ( Friday ). So bila perlu beli tiket? Klu cuti sekolah memang perlu beli awal. Sebelum Ayu beli, Ayu akan call pihak KTM terlebih dahulu untuk confirmkan tarikh , time, destinasi dan jenis train yang ada. Actually boleh beli guna online, tapi tak berapa nk faham dia punya time table. hahahha. Lebih baik terus g kaunter, leh tanya banyak skit. maklumlah 1st time. Time ayu blk tu school holiday, mmg cepat sgt tiket habis. Bayangkan Ayu call 3hb, pakcik kaunter ckp ada lagi 50 seat utk ETS Gold, then Ayu g kaunter 5hb dah habis semua tiket utk ETS Gold. Wow..so fast. 



Ok, for your information, ticket ETS tak boleh beli awal sgt mmg tak de jual....dia just buka and open ticket sebulan awal je. Tak mcm ticket flight book Jan, perjalanan Dec. Sorry ok memang tak de jual. Klu untuk raya , u all mesti standby sebulan awal sebelum raya duduk kat depan counter @ pc. Klu buat lambat2 confirm habis. 

Ok, berbalik kepada cerita Ayu td, Pakcik kaunter sarankan ayu ambil ETS Platinum, sebab tu je yg ada..hahhaha.... Apa beza ETS Gold & ETS Platinum? Beza antara dua jenis ni adalah masa perjalanan & harga tiket. . Train rasanye sama je. Untuk Ayu , Ayu terpaksa ambil (KL Sentral - SP) menggunakan ETS Platinum & dr (SP-KL Sentral) menggunakan ETS Gold.

Ni detail perjalanan Ayu :

Date/Time                           Train                    Destination                               Fare               

18/03/2016                                                                                           Adult RM 88.00    11am - 1450pm                   ETS Platinum          KL Sentral - SP               Child  RM 48.00                                                                                                                     
21/03/2016                                                                                           Adult RM 66.00
5.30pm - 11pm                    ETS Gold               SP - KL Sentral                Child RM 37.00


So Total Ayu beli utk blk kg 2 dewasa, seorang budak , infant RM392.00. Untuk baby free ok.
# Bak kata pakcik kaunter, utk weekday sesiapa yg beli tiket ETS samaada Gold @ Platinum dan perjalanan utk hari biasa (bukan weekend ok) diberi 30% discount. WOW!!!!!

Ni contoh ticket ETS yg Ayu beli :-):



Jarak perjalanan ETS Gold & ETS Platinum agak berbeza. Utk ETS Platinum dr KL Sentral - SP hanya mengambil masa 2 jam 50 min. Manakala utk ETS Gold mengambil masa 5 jam 30 min. Tau tak kenapa ETS Gold lambat? sbb banyak station Train ni berenti. Klu ETS Platinum hanya  Big station je train ni stop. Cth Ipoh, Taiping, Butterworth, SP, Alor Setar & Perlis.

Kat bwh ni cth time table ETS. Korang boleh pilih :

ets1


18/03/2016 adalah hari yg terbaik lah ..tak sabar nk naik keretapi baru ni. Mcm tak logik, 2 jam lebih je dah smpai kedah. Kt dlm train ni mmg cantik, bersih , selesa. Toilet dia mak aiii punya besaq. Ada cafe lagi..leh minum kopi. hehehhe... #Make sure korang sharp time ye. sbb train ni mmg sharp. boleh kena tinggal klu lambat seminit.
Ni Perjalanan dr Bandar Tasik Selatan - KL sentral. Parking kat sini dekat dengan rumah. Murah plak tu Parking sini.
Wyshal sempat posing sblm tgu train sampai - nk ke KL Sentral :-)



Kusyuknya adik menikmati KFC...hahahha..ni suasana dlm train...


Cntik kan seat dia..mmg selesa...Adik dh tdo, penat bermain lari2 dlm train.

Perjalanan yg mengambil masa yg pendek , mmg tak terasa. Sekejab je dah sampai SP. Pas ni boleh lah selalu guna ETS. Alhamdulillah perjalanan kitaorg pergi dan blk selamat. :-)
Anda bila lg??? Jom try






Sunday, 4 October 2015

PERCUTIAN KE PERTH - DAY 10

Perth - Day 10

Hari ni hari Ahad. Free Parking kat Perth city. Hari ni juga kitaorang perlu hantar kereta yg disewa kat tempat yg ambik  hari tu (Airport). Senang je cara nk hantar kreta ni, masa pick up diaorang dh bg map kat mana kereta perlu diletakkan dah kat area situ ada kaunter untuk penghantaran kunci. Tak perlu nk sign document apa bagai. Senang sungguh. Yg penting masa penghantaran perlu sharp ok. Klu tak melayang lah duit (bond) AUD100 yang dibyr time pick up tu. Banyak juga tu AUD100.


Ni dia signboard untuk sesiapa yg nk parking..kena faham elok2...

Sebelum kitaorang hantar, ayu dh pastikan petrol refill full tank, & perlu simpan resit minyak tu untuk di beri bersama kunci kereta nnt. Diaorang akan check yg kreta yang dah dipulangkan full tank, klu tak duit bond akan lesap @ kad kredit korang tetiba je baki berkurang. hahahaa. Satu lagi pastikan sampah di buang ok.

Hari ni Abang DD yang baik hati tunggu kitaorang kat bwh hotel & bergerak skali ke airport. Dah settle kereta , Abang DD hantar kitaorang ke FREMANTLE MARKET. Tak nk susahkan abg DD, kitaorg just minta dia hantar je , nnt blk kitaorang blk sendiri. On my planning nk naik bus :-). Ayu ada baca blog sebelum ni, kat sini memang ramai org dtg utk beli souvenir dan makan Fish & Chip yang fresh. nyum nyum. Belum makan dah nyum nyum. Hopefully apa yang diaorang ckp sedap tu betoi lah ye. Kitaorang jalan2 dekat  PERTH'S BARRACK STREET JETTY & CAPTAIN COOK CRUISE, Semua ni dekat-dekat je.

Barang-barang souvenir memang murah sgt kat sana berbanding kat tempat lain. Ada satu tempat tu memang murah sgt. Nama kedai tu E shed (Megabes Shop). Korang g lah cari uncle ni, pasti korang dpt discount yang agak best murah dia. Barang2 kat sini berquality tinggi juga. Ayu tak byk shopping pun, just beli skit-skit je untuk kenang kenangan sbb dlm otak ni dok fikir, tak pe pasni leh dtg lagi. hahahahha...Ayu beli T-shirt untuk Wyshal & Washyl (AUD8 setiap satu) , Sweater Wyshal (AUD13), Sweater Ayu (AUD15), Key chain 3 pack (AUD12), Nougat 6 pack (AUD20) & untuk mummy Aus bag utk pergi market hehehe (AUD10).

Dah settle kat E-shed, perut dah start berbunyi dan menari-nari. Yeh!! teringat lg dgn blogger2. Kebanyakan ckp best makan kat Kailis' ( FISH & CHIP terbaik ). Apalagi kitaorg pun start cari lah kat mana area tempat tu. Tak jauh dr E-shed je. Tak besar sgt tempat ni, pusing-pusing pasti jumpa. Dah sampai terus Q, sbb Ayu tgk semua org Q. kat sini self services ye. mmg Seafood je ada jual kat sini. Harga ok lah sbb portion dia besar. satu set boleh 3 dewasa makan.Byk kan !!!!  Rugi cik hubby tak makan ikan. Terpaksalah Ayu habis kan bersama budak comey 2 org ni. Memang tak habis. Abg Halim just makan garlic bread and mushroom soup + fries. So Ayu order  Fish & Chip Set AUD18 & Ice Lemon Tea AUD2.50 & Susu Coklat AUD1.50, Abg.Halim punya set AUD10 with hot coffee. Total AUD32. Ramai sgt org kat sini, table full, makan plak tepi jetty, heaven n angin sepoi sepoi bahasa..fullamak..best ehhh!!!!

#Gambar kat bawah tu gambar sementara mencari Kailis'. Building kat sini building lama2 yg masih dijaga rapi utk menampakkan seni bina klasik utk tarikan pelancong. 


Salah satu building lama yg terdapat di Fremantle area.



Kat tiang pun nk bergambar...

Sunyi je jln.... 
Memandangkan jam dah pukul 4pm, kitaorg pun rasa dah boleh gerak blk hotel. Tetiba je suami ank buah A.Halim call nk jumpa. dia baru sampai dr kuching smlm. Dia mmg stay sini. So kitaorang tgu dulu lah. bukan sll jumpa. Dah jumpa and sambung makan lagi , nak gerak balik, Si ank buah tumpangkan kitaorg blk ke Hotel. Tak kesampaian lah nk naik bus. hehehhe....Anyway thanks ya hantar kitaorg blk hotel.



Gambar di ambil dr google.



Yeh !! dah dapat makan..nyum nyum...

Bersama Sazzy, Anak buah Abg Halim :-)
Dah sampai Hotel , rehat kan diri, bersihkan diri, kemas bag utk check out esok dan masak for utk dinner. Planning mlm ni nk jalan2 kat bwh hotel tu je , nak merasai suasana mlm ni perth city. Tp yg tak bestnye confirm sunyi je sbb kul 5 semua kedai dah tutup. Hahahaha.

Malam kitaorang habiskan masa dlm hotel je rasanye. Best lagi kot.Bilik yang selesa memang mls nk keluar. 


Suasana dalam bilik hotel. 

Kita sambung episod seterusnya. Perth Day 11. Lusa dah terbang blk KL. Esok je lagi masa utk explore Perth City.