Sunday, 4 October 2015

PERCUTIAN KE PERTH - DAY 10

Perth - Day 10

Hari ni hari Ahad. Free Parking kat Perth city. Hari ni juga kitaorang perlu hantar kereta yg disewa kat tempat yg ambik  hari tu (Airport). Senang je cara nk hantar kreta ni, masa pick up diaorang dh bg map kat mana kereta perlu diletakkan dah kat area situ ada kaunter untuk penghantaran kunci. Tak perlu nk sign document apa bagai. Senang sungguh. Yg penting masa penghantaran perlu sharp ok. Klu tak melayang lah duit (bond) AUD100 yang dibyr time pick up tu. Banyak juga tu AUD100.


Ni dia signboard untuk sesiapa yg nk parking..kena faham elok2...

Sebelum kitaorang hantar, ayu dh pastikan petrol refill full tank, & perlu simpan resit minyak tu untuk di beri bersama kunci kereta nnt. Diaorang akan check yg kreta yang dah dipulangkan full tank, klu tak duit bond akan lesap @ kad kredit korang tetiba je baki berkurang. hahahaa. Satu lagi pastikan sampah di buang ok.

Hari ni Abang DD yang baik hati tunggu kitaorang kat bwh hotel & bergerak skali ke airport. Dah settle kereta , Abang DD hantar kitaorang ke FREMANTLE MARKET. Tak nk susahkan abg DD, kitaorg just minta dia hantar je , nnt blk kitaorang blk sendiri. On my planning nk naik bus :-). Ayu ada baca blog sebelum ni, kat sini memang ramai org dtg utk beli souvenir dan makan Fish & Chip yang fresh. nyum nyum. Belum makan dah nyum nyum. Hopefully apa yang diaorang ckp sedap tu betoi lah ye. Kitaorang jalan2 dekat  PERTH'S BARRACK STREET JETTY & CAPTAIN COOK CRUISE, Semua ni dekat-dekat je.

Barang-barang souvenir memang murah sgt kat sana berbanding kat tempat lain. Ada satu tempat tu memang murah sgt. Nama kedai tu E shed (Megabes Shop). Korang g lah cari uncle ni, pasti korang dpt discount yang agak best murah dia. Barang2 kat sini berquality tinggi juga. Ayu tak byk shopping pun, just beli skit-skit je untuk kenang kenangan sbb dlm otak ni dok fikir, tak pe pasni leh dtg lagi. hahahahha...Ayu beli T-shirt untuk Wyshal & Washyl (AUD8 setiap satu) , Sweater Wyshal (AUD13), Sweater Ayu (AUD15), Key chain 3 pack (AUD12), Nougat 6 pack (AUD20) & untuk mummy Aus bag utk pergi market hehehe (AUD10).

Dah settle kat E-shed, perut dah start berbunyi dan menari-nari. Yeh!! teringat lg dgn blogger2. Kebanyakan ckp best makan kat Kailis' ( FISH & CHIP terbaik ). Apalagi kitaorg pun start cari lah kat mana area tempat tu. Tak jauh dr E-shed je. Tak besar sgt tempat ni, pusing-pusing pasti jumpa. Dah sampai terus Q, sbb Ayu tgk semua org Q. kat sini self services ye. mmg Seafood je ada jual kat sini. Harga ok lah sbb portion dia besar. satu set boleh 3 dewasa makan.Byk kan !!!!  Rugi cik hubby tak makan ikan. Terpaksalah Ayu habis kan bersama budak comey 2 org ni. Memang tak habis. Abg Halim just makan garlic bread and mushroom soup + fries. So Ayu order  Fish & Chip Set AUD18 & Ice Lemon Tea AUD2.50 & Susu Coklat AUD1.50, Abg.Halim punya set AUD10 with hot coffee. Total AUD32. Ramai sgt org kat sini, table full, makan plak tepi jetty, heaven n angin sepoi sepoi bahasa..fullamak..best ehhh!!!!

#Gambar kat bawah tu gambar sementara mencari Kailis'. Building kat sini building lama2 yg masih dijaga rapi utk menampakkan seni bina klasik utk tarikan pelancong. 


Salah satu building lama yg terdapat di Fremantle area.



Kat tiang pun nk bergambar...

Sunyi je jln.... 
Memandangkan jam dah pukul 4pm, kitaorg pun rasa dah boleh gerak blk hotel. Tetiba je suami ank buah A.Halim call nk jumpa. dia baru sampai dr kuching smlm. Dia mmg stay sini. So kitaorang tgu dulu lah. bukan sll jumpa. Dah jumpa and sambung makan lagi , nak gerak balik, Si ank buah tumpangkan kitaorg blk ke Hotel. Tak kesampaian lah nk naik bus. hehehhe....Anyway thanks ya hantar kitaorg blk hotel.



Gambar di ambil dr google.



Yeh !! dah dapat makan..nyum nyum...

Bersama Sazzy, Anak buah Abg Halim :-)
Dah sampai Hotel , rehat kan diri, bersihkan diri, kemas bag utk check out esok dan masak for utk dinner. Planning mlm ni nk jalan2 kat bwh hotel tu je , nak merasai suasana mlm ni perth city. Tp yg tak bestnye confirm sunyi je sbb kul 5 semua kedai dah tutup. Hahahaha.

Malam kitaorang habiskan masa dlm hotel je rasanye. Best lagi kot.Bilik yang selesa memang mls nk keluar. 


Suasana dalam bilik hotel. 

Kita sambung episod seterusnya. Perth Day 11. Lusa dah terbang blk KL. Esok je lagi masa utk explore Perth City. 



No comments:

Post a Comment