Thursday, 21 April 2016

PLANNING TO JAPAN 2016


Planning to Japan 


Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum semua. Kepada pembaca yg sudi membaca hasil pena Ayuchelah ni, thanks sgt kat korang semua.


Gambar di ambik dr Google Imaje @ Gala Yuzawa, Tokyo Japan
Dalam setahun ayu hanya dapat pergi melawat ke satu tempat je (oversea) kerana masa & budget yg tk mengizinkan. Kerja makan gaji ni tak banyak cuti. Cuti hanya di berikan selama 14 hari dalam setahun, manalah nk pergi sgt kan. Ambik cuti raya paling sikit pun 5 hari. Tambahan pula skrg Wyshal dah start sekolah. Lagi pulak budget yang tinggi klu bw satu family. Maklum lah kerja makan gaji je. Berapa lah sgt. Ayu bersyukur, Allah masih izinkan ayu & family berjalan2 di Bumi Allah.

Next trip for this year In shaa Allah nk ke negara matahari terbit. In shaa Allah , semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Yang penting planning dan persediaan awal mesti detail dan maklumat mesti tepat.

Negara Jepun adalah sebuah negara yang mempunyai 4 musim yang berbeza. Negara Jepun juga adalah negara yang tercantik dan bersih di dunia. Ayu plannnig nk pergi time winter. May b time school holiday (Dec'2016). Start hari ni perlu buat persiapan. Melihat blog2 dan si blogger yang dah pergi kesana sememangnya menyatakan kos hidup di Jepun sgt tinggi berbanding di Kuala Lumpur especially Penginapan dan transportation. Ayu dh buat research ni dr bulan January 2016 hingga lah ke hari ni. Nak pegi Dec, punyanya lama dok buat research. hahahha... :-). Klu tak perfect juga tak tahu lah.

Ok, jom kita tgk apa yg perlu sebelum ke Tokyo, Japan.

1) Book Flight
Paling penting tiket ok. Klu tak de ni jgn berangan lah nk pegi. Tp semua org nk harga yang terbaik kan. So, if korang nk harga yg terbaik, mesti check setiap hari semua airline yg beroperasi ke Japan.Salah satu cara mudah korang boleh terus ke website Skyscanner @ Cheapflight.

 - Skyscanner antara website yang boleh membandingkan harga antara airline2 yg ada kat dunia ni. Skyscanner akan bantu kita dapatkan harga ticket flight yg murah dan membantu dlm perbandingan harga antara satu sama lain. Ni link utk skyscanner. Skyscanner.
Ni contoh Home Skyscanner. Memudahkan korang nk compare harga flight.






Untuk pengetahuan semua, Ayu just check harga je , bila dah dpt decide nk airline mana , so ayu akan direct masuk airline tu and start book ticket. Selain dari Airasia & Malaysia Airline, make sure u all perlu request the Halal Food for Muslim, ok. Selalunya Airline yang betul2 murah tambang ke Negara matahari terbit ialah Airasia @ Vietnam Airline. Untuk Vietnam Airline u all perlu transit di Ho Chin Minh terlebih dahulu. But yg bestnyaVietnam Airline included 30kg utk luggage setiap seorang. Untung sgt. Klu Airasia korang perlu siap sedia budget utk beli luggage. Klu rezeki korang, included luggage pun still dpt cheaper than others airline. huhuhu  
Untuk ke Tokyo, korang boleh memilih destinasi yang korang nk pergi, samaada ke Tokyo, Osaka @ Hokaido. Tempat yg byk memerima salji adalah di Hokaido pd Dec- Feb. Untuk Ayu, Ayu pilih nk ke Tokyo kerana ayu nk tgk kecanggihan teknologi  negara matahari terbit ni. Di Tokyo ada dua airport yang korang boleh pilih untuk landing ( Narita Airport @ Haneda Airport). Narita Airport agak jauh dr Tokyo City (lebih kurang KLIA -KL) compare dgn Haneda Airport. So ikut korang lah nk pilih yg mana satu. hehehe...bergantung kpd airline yg korang pilih.Tak salah pun klu jauh skit tp dapat flight tiket murah kan. Asalkan mendarat kat Tokyo. :-)


2) Visa / Passport

 - Skrg rakyat Malaysia yg nk ke Jepun tak perlu menggunakan visa tp make sure kat muka depan passport korang ada tanda cip..bentuk dia mcm camera tu. Sblm berangkat make sure check dulu ok.
Nampak tak yg gambar bwh skali tu...bentuk mcm camera tu....function dia mcm visa ye !!!!!

3) Tempat Menarik di Tokyo :

 - Shibuya
 - Omotesando Street
 - Harajuku Street
 - Tokyo Disneyland
 - Mount Fuji
 - Hakone
 - Gala Yuzawa (Tempat main salji)
 - Asakusa City
 - Ueno City
 - Akihabara
 - Tokyo Tower
 - Tokyo Skytree Tower
 - Odaiba Island
 - Roppongi City
 - Ginza City


Ni antara tempat2 yg menarik di Tokyo. Kalau nk cover semua tempat tu atleast kena ambik masa dalam 2 weeks and above kot.


Ni Shibuya Crossing - Persimpangan tersibuk di dunia. Gambar dr Google Image.
Mt Fuji. Tempat yang Ayu teringin sgt nk pegi. Subhanallah cantiknya.

4) Transportation

 - Dah tahu tempat yang hendak di tuju, perlu juga ambil tahu ttg transportation di Tokyo. Kat Tokyo semua org dah tahu, train adalah transport yg terbaik utk kemana shj. Laluan yg efficient,kepantasan dan masa yg tepat memudahkan org ramai utk planning ke satu-satu tempat yg hendak dituju.  Tetapi harus diingat ada bermcm2 jenis dan aliran yg terdapat di Tokyo. Klu salah mmg pening dan rugi sgt..sbb tiket memang mahal berbanding harga ticket di Malaysia. Sebelum pergi ke sana perlu study tentang laluan trains. Lagi elok korang hafal segala apa yg ada kat aliran train tu...Rebus kertas & minum..hahahha :-). Memang agak mahal tambang antara satu tempat ke tempat yg lain. Make sure tukar duit dr Malaysia nnt cukup ye. Klu boleh lebih skit pun tak pe.

5)Penginapan
 - Untuk backpacker mmg senang. Boleh tdo suka hati je. Just sewa hotel jenis capsule pun dah memadai. Tapi klu untuk family and ada kids lagi memang agak susah nk cari hotel yg murah. Hotel di Tokyo sgt mahal dan harga 4x ganda dr Malaysia. If korang nk book hotel juga pasti kan korang tgk policy hotel ttg children. kat situ dia ada mention umur budak brp thn free dan brp tahun kena byr & berapa org budak boleh bw masuk. Di fahamkan, dr member ayu yg stay kat area Jepun , hotel disana sgt ikut rule, so korang be careful lah ye.

Untuk penginapan , Ayu rasa Ayu memilih apartment yg ada dapur sbb boleh main masak2. klu lapar je masak. Klu lapar je masak, klu masak je lapar. :- ) Jimat kan, lagipun di Tokyo tak byk ada restaurant halal toiyiban. Yg terbaik untuk book apartment guna AIRBNB. Website ni mmg terbaik. I love its. Ni Link AirBnB. Kebaikan website ni kita boleh direct ber communicate dgn owner. Make sure korang tick Entire Home/Apartment. Klu yg ni tak perlu korang stay satu umah dgn owner. Tak privacy lah kan. Kat sini korang boleh pilih mcm2 jenis rumah yang korang nk. Make sure sebelum book baca policy dgn detail dan faham kan. Make sure tempat tu dekat dgn semua benda especially dekat dgn public transport.  Klu jauh kang jenuh jln korang. Tapi tu lah dgn Airbnb ni nk book je mesti kena ada duit dlm acc anda ye (credit card or Debit Card). Book je terus kena byr, after buat bayaran owner akan minta gambar pasport anda. Dia nk tgk muka anda cantik ke tak. hahahha :-)


Mcm ni lah dlm website Airbnb. Korang isi lah apa yg patut. 

6) Pakaian

 - Pakaian ikut musim yg korang pegi lah. Klu winter tak kan nk bw singlet kan. hahhaha....beku and keras kedekung lah jwbnya...keluaq hotel jd ketoi ais.
Ada 4 musim di sana:
 1 - Musim Sakura
 2 - Musim Panas
 3 - Musim Luruh
 4 - Musim Sejuk


Make sure bawa pakaian yg sesuai dgn musim yg korang pergi. Ok.

7) Itinerary

 - Sebelum pergi, ringankan tangan korang, buka mata besar2 , buka2 lah internet cari maklumat, dan draf lah itinerary untuk memudahkan perjalanan korang kat sana nanti. Jadilah Itinerary tu sebagai guru disiplin korang. Bukan apa, dgn adanye benda ni perjalanan korang pun smooth, tak perlu nk fikir ...eh pasni nak g mana yek !!! mcm mana nk ke tempat tu yek...mcm2 lah korang dok pening. Kat situ pun dah bazirkan masa.

Last year ayu g perth and Bali , ayu memang pastikan itinerary ayu detail sbb tak nk buang masa. Nnt ayu akan upload cth Itinerary ayu. Tp tgu Ayu p Tokyo dulu. In shaa Allah.

8) Barang-Barang Keperluan. 
 - Klu ayu mcm biasa lah, pergi kemana-mana je akan bw multi cooker, senang, boleh masak apa yg kita nk makan. Makan kat luar ni dikhuatiri tak bersih. Kang sakit perut plak kat tempat org.  Lagi pun ssh nk cari makanan Halal kat sana. Ayu juga akan bw ubat ubatan , toiletries, stock susu utk adik & wyshal,  makanan yg boleh di masak (makanan tin), biskut, beras, bihun,maggie, serunding, 3 in 1 and etc. At least sampai sana tak fikir sgt pasal. Lapar je ada benda makan. kn...Bw budak ni kena prepare makanan sbb benda ni mmg penting sgt utk diaorg.

Ok, dengan maklumat yg simple Ayu bg tu, dapat membantu sedikit sebanyak perjalanan dan persediaan utk melangkah ke Negara matahari terbit. Nanti klu ada sebarang updated ayu akan share kat sini. Bukan senang nk buat persediaan yg betul2 detail ni, dgn budget yang memang kena budget :-) , tapi cukup untuk perjalanan selama lebih kurang 2 minggu. In Shaa Allah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Aminn.








No comments:

Post a Comment