Aisyah meriwayatkan " Rasulullah SAW memakan tembikai bersama tamar masak"
Bahkan, Anas bin Malik menyatakan dalam hadis yang bersanad lemah ertinya
"Bahawa Rasulullah SAW mengambil ruthab (kurma masak) dengan tangan kanannya & tembikai dengan tangan kirinya. Lalu Baginda memakan ruthab dengan tembikai dan ia ruthab adalah buah yang paling disukainya".
Siapa pembaca blog ayu ni yang suka makan tembikai? Tiap-tiap hari dia makan tembikai? kerap makan tembikai? badan korang rasa mcm mana? feel korang rasa mcm mana?
Dulu Ayu tak berapa suka sangat dengan Tembikai. Kerana apa? kerana kerap buang air kecil, tu lah malas nak makan. Tapi bila ada 1000 rahsia dalam buah ni , Ayu skrg penggemar tembikai, tak kisah lah kerap ke toilet pun , asalkan dapat khasiat dari sumber badan tembikai ni.
Menurut Iman As-Suyuthi, tembikai mempunyai sepuluh kebaikan termasuklah sebagai :
- Makanan
- Minuman
- Bau bauan,
- Buah buahan
- Garam potasium
- Meningkatkan keinginan jimak
- Merawat penyakit dingin seks
- Mencantikan kulit
- Dapat membasuh perut
- Memperbanyakan air mani
Tembikai merupakan sumber yang sangat baik untuk beberapa vitamin ;
Vitamin A - bagi membantu mengekalkan kesihatan mata & antioksidan
Vitamin C - membantu menguatkan imuniti, menyembuhkan luka & mencegah kerosakkan sel
Vitamin B6 - membantu dalam fungsi otak dan menukarkan protein kepada tenaga
Tembikai juga mengandungi kepekatan likopen yang tinggi berbanding buah-buahan & sayur-sayuran yang lain. Tembikai berguna untuk menambahkan platlet darah bagi penyakit DENGGI.
Selain itu , kalau korang nak tau Buah ni juga baik untuk melawan penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.
Terdapat sumber kalium yang tinggi dalam tembikai. Kalium dapat membantu fungsi otot dan saraf, kekalkan keseimbangan asid-bes dalam badan & mengurangkan risiko TEKANAN DARAH TINGGI.
Ia juga kaya dengan Citrullin (Asid amino)yang berfungsi dalam membantu meningkatkan peredaran darah & kesihatan kardiovaskular dalam badan.
Tembikai juga digunakan dalam Perubatan Islam. Antaranya ialah :
1. Menghaluskan & melicinkan kulit - Tumbuk biji tembikai hingga hancur kemudian lumur pada kulit. (Biji yang kering lebih baik)
2. Bengkak - Tampal isi tembikai pada tempat yang bengkak
3. Sakit & bengkak di atas kepala - Letak kulit tembikai di atas kepala
4. AIDS - Rebus akar pokok tembikai dengan segelas air sehingga mendidih selama 15 min. dah sejuk, korang tapis , dan minum. Amalkan selalu.
5. Anti serangan jantung - Makan isi buah tembikai berterusan
6. Menghilangkan penyakit - Memakan tembikai sebelum ambik makanan berat akan daoat memberrsihkan perut
7. Kecacingan - Tumbuk biji tembikai hingga lumat , perah airnya dan minum
8. Demam kuning- Makan isi tembikai
9. Demam malaria - Rendam daun tembikai dalam air panas yang baru mendidih, tapis & minum ketika masih panas.
10. Bandar banyak lender/ hingus / kahak - Makan isi buah tembikai @ minum jus
11. Badan lemah / lemah tenaga fizikal - makan isi buah tembikai
12. Panas badan - makan buah tembikai & buah kurma sebelum mengambil makanan berat
13. Sakit Buah Pinggang / Buah pinggang bermasalah - Makan isi buah tembikai
14. Hati bermasalah - Tumbuk kulit buah tembikai sehingga lumat kemudian sapukan pada dada
15. Kulit muka bermasalah - Jemur kulit tembikai hingga kering & tumbuk lumat. Buang kulit sehelai daun lidah buaya (aloe vera) & kisar sebiji timun menjadi jus & campur 2 sudu besar serbuk dan jadikan sebagai masker. Biarkan selama satu jam sebelum cuci dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.
16. Sakit Mulut - Makan isi buah tembikai
17. Perut kotor - Kisar isi buah menjadi jus & minum 3 kali sehari
18. Perut sukar hadam - Makan isi tembikai & kurma sebelum sarapan
19. Bengkak pundi kencing - Makan isi tembikai
20. Rambut gugur, botak & akar rambut lemah - Tumbuk isi kulit tembikau yang berwarna putih sehingga lumat & gosak pada kulit kepala. Biar beberapa minit kemudian bilas.
21. Sistem pencernaan bermasalah - kisar isi buah tembikai & tomato dalam kuantiti yang sama banyak menjadi jus. Minum 3 kali sehari.
22. Sakit kerongkong - Makan isi tembikai
Wahhh !! banyak kan khasiat tembikai. So lepas ni sesiapa yang tak berapa suka dgn tembikai, suka suka kan lah. Insyaallah lepas ni kalau ayu rajin menaip Ayu akan share lagi ngan korang khasiat2 pemakanan lain ngan korang, ok !!! Selamat mencuba.
slm
ReplyDeletewaalaikumsalam. TQ
Delete