Isnin baru ni Abg Halim baru balik dari sempadan Malaysia - Thailand, ada beli Uniform Navy untuk Teddy & Wyshal. Budak 2 orang ni sangat excited dapat baju ni & terus pakai. Teddy siap cari pistol lagi nak tembak sbb pakai baju Army katanya. Hentam guna pistol air.
Malam tu, yang memeningkan kepala Ayu dia tak nak tukar baju & pampers. Baju tu kan terus sarung dari kaki so katanya "kalau Mummy tukar Pampers adik, nanti Mummy penat , sebab Baju ni susah". Alasan tak nak tukar pampers !!!!
Tidur pun Teddy pakai uniform ni, bila Ayu bagitau baju tu tak selesa pakai tidur & panas , dia jawab aircond kan ada. Allahu...Petah bercakap pun susah juga. Teddy oh Teddy.
Malam ni terpaksa lah Ayu tidur beraircond sampai pagi. Yang geramnya , Teddy akan bangun tengah malam, tanya topi askar & pistol dia, risau hilang time tidur , rasanya dalam 7@ 8 kali juga dia terjaga mencari topi & pistol. Apa punya dasyat lah penangan Baju ni !!!!
Bangun pagi keras badan2 , sejuk. Kerana anak ku turutkan. Pagi tu, hantar rumah Baby Sitter (Amma- India Muslim) dengan uniform tu lah. Call Amma dari ofc, Teddy tak nak mandi & tukar pampers , atlast pampers bocor baru dia nk tukar baju. Tapi dia requested Amma cuci baju tu, katanya petang dah kering dapat pakai.
Amma layan aje karenah Teddy. Cara komunikasi Teddy & Amma adalah dalam bahasa Tamil. So kat sini Ayu tak tahu nak tulis dalam bhs tu,. hehehhe. Teddy & Wyshal dari kecik membesarkan dengan Amma, so ini memudahkan Teddy & Wyshal mempelajari bahasa Amma (Tamil). Ayu, satu habuk pun tak faham apa yang dibualkan antara Amma, Wyshal & Teddy.
Balik dari keja , terkejut Ayu tengok, Teddy masih pakai baju yang sama. Allahuakbar. Anak Amma bgtahu baju dah dicuci oleh Amma, adik minta Amma cuci.
Sampai je rumah, dunia Teddy masih dunia askar, masih berperang , entah sampai bila dia akan pakai baju ni. hahahha. Bersabarlah wahai hati. Korang pun mesti pernah lalui karenah anak-anak macam Teddy kan? Apa yang korang buat? bagi cadangan sikit?
No comments:
Post a Comment