Tuesday, 19 September 2017

ANAK - ANAK SYURGA. ALFATIHAH

Assalamualaikum semua.
 
TAKZIAH BUAT KELUARGA ANAK-ANAK SYURGA

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan peristiwa yang menyayat hati yang melibatkan 23 nyawa dalam satu masa. Ayu rasa sebak dan tetiba mata ini berair tanpa diduga. Terbayang bila mana anak sendiri berada di tempat itu, Allahuakbar. Akan tetapi apabila difikirkan kembali, Allah begitu menyayangi anak-anak syurga ini, malaikat sentiasa disisi mereka. Isu Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah menjadi sejarah hitam buat Malaysia 2017.



Yang sedihnya ada sesetengah pihak terus membuat andaian @ speculasi tentang sekolah tersebut. Tidak kurang juga yang tidak berhati perut terus menghentam madrasah kononnya tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan. Ada juga yang menggesa Madrasah-madrasah seperti ini di tutup, ada sesetengah golongan yang seagama (melihat dari segi nama) terus melulu bersuara dan menghentam. Adakah golongan ini sudah hilang akal @ tidak waras???. Mana letaknya islam di hati mereka ?? Bercakap ikut sedap mulut, tanpa berfikir Allah itu ada. Doakan mereka-mereka ini diberi hidayah.




Mohon kita berdoa diperolehi hidayah bagi mereka ini.Bila doa keburukan pastinya buruk akan datang pada kita.
Doakanlah kebaikan agar mereka juga dapat hidayah dari Allah.Kasihanilah mereka sebagaimana Allah mengasihani akan hamba hambaNYA.

Berbalik kepada isu Kebakaran tadi , yang amat terkilan suspek dari kalangan budak bawah umur. Semua 7 suspek  yang ditahan berusia di antara 11 dan 18 tahun dan tidak bersekolah. Mereka juga positif dadah jenis ganja dan dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan merusuh dan curi kenderaan. AllahuAkbar. Manusia sekarang, bila terkena benda haram , fikiran tidak dapat menentukan mana baik mana buruk. Hanya kerana berlaku ejek mengejek mereka sanggup membakar dan membunuh anak-anak yang tidak berdosa ini. AllahuAkbar.
 
 
Alhamdulillah siasatan Polis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Segalanya pantas, berkat doa dan kerjasama semua, Allah mempermudahkan jalan penyelesaian. Siapakah yang harus dipersalahkan? ada segelintir masyarakat menunding jari kepada institusi sekolah, kenapa perlu begitu? Semua factor perlu diambil kira. Semua perlu mengambil peranan samaada Ibu Bapa, kakak abang, guru & masyarakat.

Wahai Anak-Anak Syurga,

Renungan buat pencinta alquran.....

Musibah yg berlaku pada anak2 tahfiz pencinta alquran ini mengingatkan satu kisah seorang tabieeen bernama Silah bin Asyham, ahli ibadat di malam hari pahlawan hebat di siang hari.....
Suatu hari seorang anak muda dari Basrah dtg menemuinya dan berkata kpdnya ajarkanlah aku akan ilmu yg diajarkan oleh Allah kepadamu......dgn tersenyum dan tenang hati beliau berkata,"wahai anakku,engkau telah mengingatkan aku ketika aku masih muda,... aku telah pergi menemui bbrpa org sahabat dan bertanya soalan seperti kamu bertanya kpdku....lalu mrk menjawab..
jadikanlah: 

 1-alquran sbg pelindung dirimu
2-alquran sebagai penyeri hatimu
3-alquran sbg penasihat hidupmu krn alquran akan memberi nasihat kpd ummah..

 .......Alfatihah utk arwah2 huffaz...
 
Beruntunglah para hufazz, engkau bertemu penciptamu dlm keadaan kamu cinta alquran dan alquran mencintai kamu...amin ya rabb.
moga2 Allah ampunkan segala dosa2 mereka & tempatkan mereka dlm syurga ilahi....amiin

(Dipetik dari Luahan seorang Ustaz yang Ayu kenali).

Bagi Ayu, perkara ini perlu di ambil berat & diambil perhatian oleh semua agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.

Sekolah Tahfiz & Sek Agama adalah perantaraan yang terbaik untuk semua. Jangan cakap belajar agama tiada masa depan, hanya orang yang berfikiran kolot & terencat yang akan berfikiran sebegitu. Ingat lah, Dunia ini hanya sekadar persinggahan, dunia akhirat kekal selamanya. Wallahualam.
 
 
 



 




No comments:

Post a Comment