Sunday, 10 September 2017

MATTA OH MATTA 2017

"MATTA FAIR" KL SEP 2017

Assalam & Salam 1 Malaysia.

Korang mesti tau kan apa itu "MATTA FAIR". Kalau yang tak tau tu , mai Ayu nak bagi tau. MATTA FAIR tu ialah Matta Duitan, yang nk perabaih duit org. !!!! hahahah.
 
 

Actually Matta Fair ni macam exhibition pelancongan , pelbagai agen pelancongan samaada Domestic @ International berlumba-lumba promote harga yang murah dan services yang terbaik. Kira macam kalau korang nak g melancong satu-satu tempat tu dia bagi package penginapan & tour guide lah included makan sekali.  Matta fair berlangsung di PWTC Kuala Lumpur.
 
 
 
Tapi dari segi pemerhatian Ayu , kebanyakan agensi ni hanya menawarkan package penginapan & tour je , untuk ticket kena beli sendiri. Korang decide lah sendiri. Maybe untuk couple agak ok , tapi kalau bersama anak-anak2 rasa mcm tak berbaloi.
 
 

Berbalik kepada cerita tadi Matta Fair, ni 1st time dalam hidup , Ayu pegi. Ayu pegi pada hari ahad baru ni 10 Sep, last day for Matta. Manusia jangan cakap lah. Mula tu ingatkan free je masuk. Rupanya ada entance Fee juga. RM4 seorang. Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun free (FOC).

Dah bayar diaorang ada bagi sticker macam gelang tu , pakai lah kat tangan korang , so sebelum masuk diaorang akan check. Package docmestic & international ada hall masing2. Korang tanyalah pekerja kat situ. Tujuan Ayu ke sana pun , sebab nk tau lebih dekat lagi apa yang ada & best kat Matta ni , memandangkan tengok orang berduyun-duyun pegi. Ada yang terus beli tiket flight kat situ tru agen & ada juga yang book tour package & beli tiket flight kat umah tru online. macam-macam gaya & ragam orang.
 

Ayu hanya mampu ambik pamphlet je. Bagi Ayu harga flight mcm lebih kurang je kalau book hari biasa pun. Kalau syarikat airline buat promotion harga boleh dapat mcm Matta fair juga. Yang penting kutip pamphlet dulu.

Untuk Domestic seperti Indonesia @ Philippine package agak berbaloi kalau ambik. Kalau korang pegi ramai-ramai memang berbaloi ambil tru travel agen. Harga murah & tak perlu pening2 nak cari jalan cuma terikat dengan jadual lah.

1st Hall , Ayu g tengok Negara-Negara Asia, then baru tengok  International. Last skali Domestic. Package domestic ada juga ticket untuk masuk ke Zoo Negara, LEGOLAND , Kidzania. Harga berbeza dari biasa. Tapi perbezaan pun tak banyak. Dalam RM5-RM8 ringgit per ticket. So Ayu decide tak beli. hehehhe.
 
 

K lah. Tak banyak cerita pun tentang Matta Fair coz Ayu tak berapa nak excited sangat. Cuma satu je yang excited skit, Package Libra Cruise dari PORT KLANG - PENANG-PHUKET-PORT KLANG. Mentioned kat situ from RM699 & Kids Free. Tapi bila Tanya package tu , mcm tukar je harga, Untuk 2 Adult & 2 Kids is RM4500 ( 4 Hari 3 Malam). Full package include makan & room. Tapi still mahal. Kalau ikut prices RM699 x 4 = RM2796. Tapi bila bawa budak katanya free tetiba jadi harga RM4500. Tanya punya Tanya, dia jawab mcm tak tahu explain. Sedih betoiii !!!

Pada korang yang pandai cari tiket dekat Matta Fair bgtau lah Ayu ye. Manatau korang pernah dapat harga terbaik. Sebab Ayu lebih prefer melancong mcm Bagpacker.
 
Now, kalau korang nak book yang Air Asia free ticket @ murah tu masih ada lagi tru website. Coz promotion until 17 September 2017. k Bye !!!

No comments:

Post a Comment