AKU ISTERI PELUKIS
Hi blog, Assalam semua....semoga kalian dipayungi rahmat Illahi. Aaminn..
Mood rajin hari ni , Ayu nk menjawab soalan-soalan yang dah banyak sgt dapat dari kawan-kawan @ kenalan-kanalan baru diluar sana.
Soalan yang selalu Ayu dapat " Ayu, laki Ayu keja apa sebenarnya ye? kadang tengok dia kat TV, kadang tengok dia melukis, kadang tengok dia travelling sana-sini". heheheh.klu korang nk tau, Abang halim ni buat 2 keja dalam 1 masa. Siang Abg Halim pikul tanggungjawab dan amanah dari kerajaan untuk memberi perkhidmatan dan malam pulak memenuhi minat dan bakat yang Allah anugerahkan. Ok tak penjelasan Ayu. Korang faham ke kurang faham... heheheh...lantak korang lah nk faham ke tak. Kat sini Ayu tak nk cerita pasal yang kerja siang tu, tapi Ayu nak cerita Abg Halim seorang pelukis. "SUAMIKU SEORANG PELUKIS"
Dari dulu , sebelum kenal Abg Halim , Ayu memang suka sgt tengok orang melukis, kerap juga Ayu membuang masa di Pasar Seni, KL. Kat sana deretan pelukis-pelukis sedang menunjukan bakat dan cara masing-masing. Bila Ayu tgk diaorang melukis je memang sgt terpegun. Klu korang tgk pun mesti korang terpegun kan. Dalam hati mesti berkata " Perggg cantiknya, mcm real, pandai sungguh !!!" betul tak ???. Tak sangka jodoh Ayu dengan seorang pelukis.. ce ce ce ce
Abang Halim dah lama dalam dunia lukisan, semenjak di bangku sekolah minat terhadap melukis memang mendalam. Sampailah sekarang minat terhadap lukisan tak dapat ditinggalkan.Tapi tu lah , klu dirumah seorang pelukis memang penuh dgn lukisan , dan kdg2 agak memeningkan. Bila Abang Halim start je melukis, Wyshal & Teddy pun start enjin juga melukis. Klu menggunakan warna pensil, Ayu tak kisah sgt..ni menggunakan Chacoal. Korang bayangkanlah guna chacoal, siap pegang kat sofa bagai...habis itam legam. :-(
Sebagai seorang isteri , Ayu perlu dan mesti faham minat suami kan. Lagi pun melukis juga salah satu sumber pendapatan yang halal. Bukan semua orang Allah berikan bakat sebegini. Ayu rasa semua pelukis sama lah.. bila diorang start melukis, kepala diaorang akan kosong, kita bertanya pun susah diaorang nk jawab, mungkin soalan perlu berulang , baru kita di layan, barang2 lukisan diaorang jgn cuba dialih kerana itu menjadi idea atau sumber inspirasi diaorang mendapat idea. Kata Abang Halim lah, ntah betul ntah tidak..hehehe..Yang peliknya, bila diorang melukis di tgh mlm , mata diaorang tak mengatuk ke ???? Pelik bin ajaib.
Banyak sudah pameran yang Abg halim adakan , dalam negara dan luar negara. Abg Halim banyak melukis lukisan bercirikan potret dengan menggunakan chacoal, pastel, water color, color pensil dan mcm2 lagi lah. Ayu pun tak tau nak sebut. Sebab Ayu bukan seorang pelukis. heheheh
Kadang-kadang pada malam hari Abg Halim akan habiskan masa melukis bersama pelukis-pelukis hebat lain di Bukit Bintang. Katanya disana,banyak idea masuk dan senang rasa melukis berbanding di rumah. Mungkin disana tempatnya open, byk pelancong dari luar yang jln2 area situ , dan dikelilingi kawan-kawan pelukis , maka idea timbul mencurah-curah. Kebanyakkan pelancong dr Timur tengah suka menempah lukisan. Ada dapat siap on the spot then ada juga perlu mengambil masa sehari utk siapkan lukisan tersebut. Kebanyakkan yang order adalah lukisan family, suami isteri, gambar kawin dan sebagainya. Harga bergantung kepada material yang diminta dan size kertas.
Antara lukisan yang dilukis oleh Abang Halim. Ada banyak lagi ..dan bermacam-macam jenis seperti permandangan , haiwan, abstract , ayat-ayat alquran dan potret.
Kadang-kadang Ayu lihat ,gambar yang terlalu detail di lukis mengambil masa berbulan-bulan , dan hasilnya memang sangat awesome. Yang pasti customer memang sangat berpuas hati dan akan repeat order.
Ayu tak berapa pandai sgt dalam soal lukisan. Korang boleh detail tanya Abg halim. Klu rajin visit je fb abg halim. Ni link FB ABANG HALIM .
Wyshal pun turut terjebak dalam dunia seni. heheheh. In shaa Allah .. |
Kat bawah ni name card abg halim. Di olah sendiri. Bestkan jd orang seni ni kan. Semua buat sendiri. Menarik pula tu. Klu korang nk tanya apa-apa boleh je direct dengan abg halim terus. Klu malu nk tanya Ayu pun boleh. No hal lah. :-)
No comments:
Post a Comment