Thursday 13 October 2016

AIRBNB

PERCUTIAN ANDA MENJADI LEBIH HEBAT DGN AIRBNB

Ramai pembaca blog Ayu bertanya bagaimana Ayu membuat booking di Airbnb. Korang tau tak apa itu Airbnb ?. Mungkin ramai yang tak tahu apa itu Airbnb. Ayu dulu pun tak tahu...bila kodek2 blog-blog lain baru ayu tahu serba sedikit apa itu Airbnb. :-) Kat bawah ni Ayu nk berkongsi mcm mana cara menggunakan Airbnb.
 
 

Ni logo Airbnb ye !!! Jangan tersalah , kang melayang duit korang :-)

 
Lagi pula, tak lama lagi cuti sekolah akan bermula, mak ayah sedang sibuk memikirkan kemana utk membawa anak-anak pergi holiday kan. Bagi yang mementingkan keselesaan tempat tidur , korang bolah mencuba Service Airbnb. :-)

Klu korang suka melancong ke luar Negara , sesuai sgt lah korang menggunakan service Airbnb. Sebelum ni Ayu ada cerita sedikit info tentang Airbnb ni ,post PLANNING TO JAPAN 2016. Korang boleh refer sini :- http://ayuchelahjourneys.blogspot.my/2016/04/japan-on-planning.html
Untuk tempahan dalam Negara pun korang still boleh menggunakan services Airbnb. Airbnb ni sesuai utk mereka yang bercuti dalam group yang banyak cthnya bercuti bersama family, kawan-kawan dan sebagainya.
 
Ni muka depan website Airbnb...Kadang2 dia keluar gambar-gambar yang berbeza.
 
APA ITU AIRBNB ?
 
Airbnb ialah satu website bagi pelancong utk  mencari dan menempah penginapan unik di seluruh dunia .Sama ada sebuah apartmen untuk satu malam, sebuah istana selama seminggu, atau vila selama sebulan, Airbnb menghubungkan pelancong dengan pengalaman pelancongan yang unik, dgn harga menarik, lebih daripada 34,000 bandar dan 191 negara. Disamping itu bukan sahaja dapat menempah penginapan yang diinginkan tetapi juga orang ramai dapat menambah pendapatan daripada ruang tambahan yang diberikan oleh Airbnb sebagai mengiklankan  kediaman mereka utk disewa kepada pelancong.
 
Kat sini Ayu akan cerita tentang cara booking je. Klu nk jadi hosted , Ayu perlu study detail. heheheh.
 
CARA MEMBUAT TEMPAHAN.
 
2 - Korang mesti jadi member , so Sign Up dulu ye !!! (ayu sign up menggunakan email).
3 - Pastu baru boleh korang buat booking.
 
Korang pilih lah tempat kat mana korang nk tuju, cth "Tokyo" , so masukan date , makin lama stay makin murah rate per night, so pilih  jenis bilik yang korang minat , berapa guest akan pergi, if korang bawa baby @ children , sebaiknya tanya dulu kepada host, kadang-kadang ada host yang baik hati ,children under 7-12 years still FOC.
 
Selepas dah berpuas hati barulah korang start book ye !!!!
 
# Untuk Security deposit korang tak perlu bayar , Incase klu ada kerosakan sepanjang korang stay nanti , pihak Airbnb akan membuat pemotongan terus dr credit card korang. Korang hanya perlu bayaran untuk penginapan & cleaning fee sahaja.
 
Contoh , host mentioned tentang cleaning Fee & Security Deposit.
 
Bayaran di Airbnb berbeza sedikit, bila korang nk book , korang mesti sediakan duit yang cukup, sebab Airbnb akan potong terus dalam account anda.
 
# Sebaiknya , sekirannya korang nk pergi ke satu-satu tempat tu , make sure korang dapatkan detail tempat yang korang nk pergi. Sebelum book , korang boleh bertanya apa sahaja dekat host yang korang pilih. In Shaa Allah diaorg akan jawab segala pertanyaan korang . Tapi soalan perlu yang logic lah ye , yang berkenaan dgn tempat korang nk pergi dan detail kediaman yang korang inginkan. hehhehe.
 
Setiap host akan mempamerkan gambar-gambar bilik mereka. So korang boleh pilih mana satu yang berkenan di hati.
 
Selepas korang dah ada pilihan , host akan pre-approved korang punya requested, selepas itu barulah korang boleh buat booking.  Click button Book Now.
 
Ni photo contoh :-). Nampak tak ada column Book Now tu .
 
Selepas korang click book now , korang akan dapat tgk House Rules. Make sure baca dulu before proceed payment. Bayaran boleh dibuat menggunakan credit card sahaja.
Selepas fill up form , secara automatic akan dicreditkan dalam acc credit card korang, Make sure amount dalam credit card korang cukup untuk lakukan transaksi ini ye.
 
Sebelum payment di process , korang perlu confirmkan identity korang. Untuk booking luar dr Malaysia, Depan passport korang pihak Airbnb akan lihat, so before korang send better korang buat remark ditepi gambar passport tu ye " For Airbnb Used Only". For safety . :-) Korang faham tak Ayu tulis ni ?? heheheh.
 
Selepas itu korang akan dapat massage direct dari host detail mengenai address, tel number host, direction & etc. Korang juga akan dapat Resit pembayaran dari host. Make sure korang print dan simpan apa-apa maklumat yang host berikan, ini akan memudahkan korang untuk mencari direction rumah nanti, termasuklah kunci rumah.
 
Ayu rasa apa yang Ayu bagi dah detail untuk korang faham. Klu tak faham suka hati korang lah. hahahhah.... Ok..selamat mencuba !!!!
 
airbnb website : airbnb

#airbnb, #travelling, #cuti, #hotelmurah, #hotel, #cheaphotel, #bookinghotel
 
 

No comments:

Post a Comment