AYU KENANGAN BERPANTANG
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua... Kali ni Ayu nk continue topic Berpantang VS Kurus untuk Part 2. Terima kasih kepada yang mengikuti perkembangan Ayu. :-). Ini link ke PART 1.
Step 2 - After Berpantang
Selepas berpantang 44 hari , inilah masanya untuk memikirkan soal kuruskan badan. Selepas berpantang badan Ayu still mcm tong drum. Dr 89kg hanya turun 10kg je. So, berat Ayu masih 79kg. Masih memakai baju dan seluar pregnant. Korang bayangkan masuk ofc masih pakai baju pregnant. hahahah. Hentam je lah.
Tepat hari yg ke 45 hari , Ayu dah bertekad akan diet sediet dietnya. Kat sini Ayu just nk share bagaimana cara Ayu berdiet. Klu korang nk ikut cara Ayu pun ok, apa yang penting jangan fade up. Perlu istiqamah.
1 - Pemakanan
Cara pengambilan pemakanan yang betul adalah salah satu cara untuk diet. Bagi Ayu, badan Ayu ni cepat naik dengan pengambilan Nasi. Apa2 yang berunsurkan nasi Ayu akan elakkan. Kita orang melayu mesti perlu dapatkan nasi juga kan , klu tak rasa ketaq lutut. Ayu hanya ambil sesenduk nasi seminggu skali sahaja , itu pun sama ada hari sabtu @ ahad. tak di akui pada minggu yang pertama memang ketaq badan. Tapi atas dasar nawaitu nk kuruskan badan Ayu nekad.
Selama hampir 9 bulan Ayu maintain tak ambil nasi. Mesti korang fikirkan, apa yang Ayu makan setiap hari ? hahahha. Sebelum breakfast Ayu akan ambil segelas air suam bersama sedikit habbatussauda. Pastu baru fikir breakfast ,Ayu akan ambil samaada Cereal @ roti wholemeal , 2 biji telur Ayam Kampung (3 Hari skali) & Susu low fat.
Favourite cereal Ayu ialah chocolate with raisin and almond & Original oat.
Roti ni klu di makan semasa breakfast @ lunch , memang dapat tahan lapar. |
Good for health |
My favourite cereal. |
Susu Low fat. Apa-apa brand pun tak pe. |
Untuk lunch (selalunya kat ofc) Ayu akan makan sama ada sup sayur @ steak. Permulaan selepas pantang Ayu hanya amalkan sup sayur sawi , ikan bakar, ayam bakar @ goreng dan sekeping roti wholemeal. Ayu hanya ambik air suam je . :-). Selepas 6 bulan baru Ayu tukar menu.
After 6 month , pelbagai makanan dah boleh makan, untuk lunch Ayu akan ambil bihun sup , keowteow sup, spaggetti, @ roti dicicah kari dan mcm2 lagi. Air still air suam.hehehhe.
For Dinner , Ayu akan pastikan makan sebelum jam 730 mlm. Cepat2 bekalkan roti @ apa2 didalam kereta. Maklumlah KL ni jem , sampai umah dah pukul 8 mlm. Tapi klu Ayu lapar sgt pada mlm hari , Ayu just ambil buah & Susu low fat @ Jus Avacado di blend bersama susu low fat. Itu lah diet pemakanan Ayu sepanjang 9 bulan.
Spaggeti |
Jus Avacado + susu |
Fruits |
Favourite sayur Ayu ialah brokoli, sawi, carrot, bendi dan tomato. |
2 - Supplement
Dah beranak dua & usia pun melangkau ke 3 series , supplement perlu di ambil untuk penjagaan luaran & dalaman. Collagen perlu di ambil apabila usia melangkau ke alam 3 series. Bagi Ayu, ayu beli mana yang mampu dan selamat digunakan. Perlu diambil secara consistent ,jgn pula hangat2 tahi ayam. Disebabkan terlalu gemuk, Ayu memilih untuk mengambil herba kurus. Puas juga mencari dan membuat research. Akhirnya ayu memilih product dari "Himalaya (Ayurslim)" sbb nama dia lebih kurang nama Ayu. hahahah.
Sebulan disyorkan untuk 2 botol. |
Tak lama pun Ayu ambil Ayurslim ni. Ayu hanya ambil 4 bulan shj diikuti dengan diet pemakanan dan exercise. Cara pengambilan Ayurslim , sehari 4 biji untuk 2 biji pagi dan 2 biji mlm. Perlu diingat, dengan pengambilan Ayurslim korang perlu minum air kosong yang banyak at least 8 glass sehari @ 1 liter sehari.
Ayu suka keenakan Vitamin C Brand Shine. |
- Ayu juga mengambil 2 biji sehari Vitamin C ,kerana dengan Vitamin C korang dapat Mengatasi masalah selsema. Disamping itu dapat menjaga daya tahan tubuh dari serangan virus, bakteri dan radikal bebas. Ia juga salah satu Antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh juga jaringan kulit yang rosak akibat radikal bebas.
Salah satu penyakit mata yang selalu terjadi adalah katarak. Dengan pengambilan vitamin C dapat membantu mencegah penyakit katarak.Dalam rawatan kecantikan pula, vitamin C memiliki peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit terlihat lebih segar. Vitamin ini juga akan merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya dari kerosakan.
Apa yang penting , dgn Vitamin C ini dapat mengelakkan daripada penyakit kanser.
Beberapa penelitian menunjukkan bahawa beberapa wanita yang mengambil banyak vitamin C dari makanan seperti buah-buahan atau sayur (bukan supplement), memiliki risiko lebih rendah terkena kanker payudara.
- Pengambilan Collagen dalam tubuh seseorang sgt perlu di awal usia 30 an. Bergantung kepada korang lah nk pilih collagen yang mcm mana. Tapi pastikan collagen yang korang pilih tidak terlalu rendah dan tinggi "mg" nya. Ayu memilih Kinohimitsu kerana byk factor. Ayu memilih yang ada sijil KKM, Halal, GMP , harga berpatutan, dan yang penting memang di jual di pharmacy yang didaftar. Skrg banyak sgt collagen yang dijual , ada yang tiada sijil tapi di promote di media massa, bila murah berduyun-duyun orang membeli dan ada juga mahal tetapi result nya cepat , berani juga orang mencuba. Bagi Ayu biar lambat resultnya asalkan selamat.
- Akhir sekali, setiap malam sebelum tidur & setiap pagi sebelum sarapan , Ayu akan mengamalkan secawan teh air rebusan akar kayu bidan kampung. Ada 1001 Khasiat air rebusan akar kayu ini. Yang paling terbaik , ia dapat memulihkan tenaga , menyegarkan badan yang lesu , tidak mudah penat selepas bekerja, merawat dara, mengetatkan dalaman wanita, mengempiskan perut, awek muda dan pelbagai khasiat lagi. Alhamdulillah, dengan berkat meminum air rebusan ini hampir 13 tahun, segala rahsia telah terbongkar. heheheh. Klu korang tak percaya , korang try lah sendiri !!!
3 - Senaman
Senaman perlu untuk wanita selepas melahirkan anak. Bagi Ayu , tanpa senaman mana mungkin dapat menurunkan berat badan. Walaupun turun, mesti badan akan nampak lembik dan lesu. Betul tak ??? Ayu just lakukan yang simple2 je . Contoh Sit-up, joging, menari (zumba) dan skipping.
- Untuk Sit-up , Ayu akan lakukan selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Berapa kali itu ikut kekuatan korang lah. Mcm Ayu setiap hari Ayu akan naik kan . Contoh , hari ni Ayu hanya mampu lakukan 15 kali , so esoknya ayu akan up lagi 5 kali menjadi 20 kali dan seterusnya. Tujuan dia , untuk mengempiskan perut dan mengeraskan otot perut.
- Skipping , Ayu lakukan skipping setiap 3 @ 4 kali seminggu ..Ayu lakukan malam klu time keja , then petang klu weekend. Habis banyak Ayu bertahan 60 kali lompat je. Tujuan skipping ni untuk memecahkan lepas dibahagian peha, pinggul dan perut. Tapi dgn skipping memang cepat keluarkan peluh, begitu juga zumba.
- Zumba, di awal selepas pantang, Ayu banyak melakukan tarian zumba yang simple dan tak melompat seperti skipping. Skipping pula Ayu lakukan selepas 5 bulan habis pantang. Zumba agak menarik kerana segala gerak geri memainkan peranan satu badan dari ujung rambut ke hujung kaki. Semua ni Ayu lakukan di rumah sahaja. Klu joging pun Ayu belari dalam umah je. CD Zumba plak Ayu minta Abang halim download kan. Senangkan. Tiada alasan untuk korang nk kurus. Ayu hanya pegang prinsip ni je "Nak 1000 daya , tak nk seribu dalih".
Selamat Mencuba. Muahhh kat korang semua !!!!
Kak ayu nak tanya ayurslim tu halal ke? Saya carik kat kedai dy pakai bovine bone and tak de sijil halah
ReplyDeleteHalal dik...beli kt Himalaya...mmg natural ingrediant...ada halal cert
Delete