AYU KENANGAN BERPANTANG
Title ni agak menarik bagi si Dara yang lepas berkahwin dan beranak tetiba badan naik macam tong drum. Bagi Ayu perkara macam ni sangat sensitif dan merisaukan kepada sesiapa yang mengalami keadaan yang demikian. Bila dengar orang ckp " Badan aku tak naik tau time pregnant, maintain je" memang agak menyampahlah dengar , sebab badan Ayu naik 100% dari asal. Segala bumper semua tumbuh dari atas sampai bawah. Arggggg !!!
Sedikit coretan untuk dikongsikan semasa Ayu bertekad nk kuruskan badan atas sebab sayangkan Jeans kesayangan tak muat pakai. Bayang kan bila lepas pantang 44 hari , try jean tu , sampai lutut je masuk. MasyaAllah, betapa gemuknya. Beli seluar lepas pantang size 36-37. hahaha. Lagi pula tak mampu nak beli semua baju baru & perlu beli yang bersize XL @ XXL. OMG...
Malas Ayu nk berceloteh panjang, just nak sharing apa yang Ayu makan & ambik semasa & selepas pantang untuk maintain & tak berapa nk maintain sgt lah sbb urat2 dah putuskan lepas beranak 2 ni. hehehe. Ada yang dok cakap badan Ayu cepat turun lah apa lah... dak lah makcik oiii, Ayu diet bagai nk rak...memang pulun habis & ambil masa setahun juga nak dapat mcm ni.
Ayu cerita kisah terbaru lah selepas Ayu lahirkan Teddy ye ! . Last pregnant 9 bulan berat ayu 89 kg. Sebelum pregnant berat ayu hanya 44 kg. Kenaikan yang agak melampau 45 kg. Sampai tahap Ayu lari dr clinic sebab dipaksa oleh doctor minum air gula.
Kita sebagai perempuan yang sudah melahirkan anak jangan ambil lewa tentang berpantang cara org dahulu, kerana bila kita ikut cara nenek-nenek zaman dahulu, korang akan rasa keenakan badan ni pulih macam anak dara. Bak kata Tok Ayu " org skrg ni suka hati je pantang, bila suruh itu ini, tarik muka, bagi byk alasan , hangpa jgn mcm ni, kena rajin pantang, skrg mmg tak rasa, nnt mai umoq 30 tahun ke atas baru hangpa tau " . Seriously, Ayu mmg jenis yang takut & Ayu akan pantang selagi Ayu mampu buat. In shaa Allah.
Sesiapa yang rasa menyampah nak baca, baik hangpa stop takat ni ja..sebab kat bwh ni memang panjang berjela...ok sambung lagi...
Step 1 - Selepas beranak
- Lepas je baby keluar, Mak akan bagi ayu minum air kopi yang dibancuh pekat tanpa gula , dalam setengah cawan teh ( lebih kurang 3 sudu besar kopi kampung , dibancuh dengan setengah cawan air panas ). Mak suruh minum pahit2 sampai habis, dah lah dok pening branak , skali kena minum kopi yang memang tak sedap langsung. Reason dia : Bagi mengelakkan sakit di bahagian peranakan ( Rahim) klu orang kedah sebut tak mau bagi sakit batu meroyan.
- Telur ayam kampung bersama madu lebah sesuai di minum pada awal pagi, kerana ia akan memanaskan badan dan merawat luka dalam, selepas pengambilan madu dan telur ayam kampung, Mak akan berikan ayu minum setengah cawan air rebusan daun inai. Tujuan di ambil adalah untuk seri muka supaya muka tidak kelihatan pucat dan tidak bermaya. Disamping itu ayu akan minum air kunyit muda yang ditumbuk. Untuk Daun Inai dan Kunyit muda , Ayu akan ambil selang sehari. Sebagai contoh , hari ni Ayu minum air daun inai, dan keesokkannya Ayu akan minum air kunyit muda.Khasiat kunyit muda adalah utk mengempiskan perut.
- Air Daun inai itu juga, korang boleh ambil dalam secawan dan cuci muka korang dengan air tersebut bersama selawat nabi. In shaa Allah , muka korang tak kan kelihatan pucat. :-)
Daun Inai perlu direbus bersama air. |
Sesudu madu dicampur dgn sebiji telur ayam kampung (tidak perlu dimasak) |
Kunyit muda di tumbuk dan direbus ( Ambil air utk diminum) |
- Sebelum mandi badan akan dilulur @ param selama 1 @ 2 jam bagi memanaskan badan. Ayu menggunakan lulur dari product Set berpantang Amway. Ayu akan memakai lulur setiap hari selama 14 hari.
- Setiap pagi dalam jam 10 -1030 pg mcm tu lah, Ayu perlu mandi air rebusan akar kayu dan daun2 herba untuk menyegarkan badan dan menaikan seri badan. Mengikut adat Siam , Ayu perlu mandi selama 44 hari sepanjang tempoh berpantang.
Antara Daun herba yang di buat mandi. |
Minyak panas yang Ayu gunakan sepanjang dalam pantang. |
- Selepas mandi , Ayu akan sapukan minyak panas di seluruh badan , dan pakaikan pilis di bahagian dahi untuk memanaskan kepala bagi mengelak pening @ pitam. Mengelak angin merian yang dialami oleh ibu yang mengalami tekanan emosi. Mengelakkan daripada masalah rabun di usia muda Yang penting , Stokin tebal perlu dipakai siang dan mlm. Selain minyak dr amway Ayu juga menggunakan minyak gamat dan minyak kayu putih utk disapukan di seleuruh badan. Memang berbotol -botol minyak habis. hehehe.
- Campurkan Air Limau nipis bersama kapur dan sapu dibahagian perut , peha dan pinggul untuk membakar lemak , dan dapat merampingkan kembali susuk tubuh. selepas disapukan limau nipis dan kapur, Ayu memakai bengkung dari peha ke pinggang selama lebih kurang 4-6 jam sehari. (pastikan korang menggunakan kapur makan ok, bukan kapur kasut tau !!).Ayu akan sulam dengan product amway, herba peramping perut yang mempunya fungsi yang sama dgn limau nipis dan kapur.
Limau Nipis dan Kapur. |
- Then, Mak akan bakar kan tungku dengan mengunakan batu sungai dan dialas dgn daun herba.(ayu tak ingat lah daun apa). Bertungku memang best utk peredaran darah dan dapat memulihkan tenaga. Kebaikan bertungku ni dapat membakar lemak dan membuang angin secara semula jadi. Tapi kadang datang tahap mls mmg Mak akan mengamuk.
Ada cerita lucu disebalik Ayu berpantang ni.. hahahha..., pukul 4 pagi Mak bagi tungku untuk Ayu bertungku, korang bayangkanlah kul 4 pagi, time tu memang sedap tidur oooii..ada ke patut kul 4 pagi suh pegang batu...hahha.. apalagi dok pening2 akhirnya Ayu tertidur, tungku kat tepi perut atas tilam, tetiba je bau asap..berasap..hahah...Rupa2 nya tilam dah terbakar...sampai belubang...hahah..ngamuk mak Ayu...pastu dengarlah leteran mak yang panjang lebar.
Lebih kurang macam ni tungku yg kat umah ayu. Sumber : Google |
- Bertungku ni Ayu amalkan sampai 6 bulan. Selepas 6 bulan Ayu masih bertungku , tapi 2 minggu skali je , itu pun tungku moden, yang cas tu. Oklah kan..kira bertungku sudah.
- Selepas 9-14 hari dalam berpantang, bidan akan datang kerumah utk mengurut satu badan. Kenapa Ayu lambat mengurut sbb ank pertama jahitan Ayu full , and 2nd baby C section. Urutan dibuat 3 pagi berturut-turut. Masa urut ni lah yang paling best. rasa badan ringan sgt. Urutan ke 2 akan dilakukan seminggu sebelum habis pantang. Urutan ketiga 3 bulan selepas pantang , dan seterusnya 3 @ 6 bulan sekali. Dah blk KL susah skit nk dapat tukang urut yang best tapi alhamdulillah ada tukang urut yang agak ok , dapat dtg umah. So setiap 3 bulan @ 5 bulan bidan tu akan dtg umah. Tapi cas dia agak tinggi. Skali urut RM100.
- Basuhan bawah , Ayu hanya menggunakan basuhan air rebusan daun sirih. Korang cuci daun sireh dalam 4@5 helai, rebus sehingga mendidih, dah suam korang cuci lah kat bwh. Tujuan dapat menyegarkan alat sulit dan dapat mewangi dan menghilangkan bau henyir darah nifas.
- Soal Pemakanan, korang pun tahu kan, org dalam pantang ni memang makanan dia paling sedap lah. sepanjang 2 minggu pertama Ayu hanya makan ikan haruan bakar , halia mentah, lada, kurma dan limau sunkist. Di samping itu setiap pg dan malam ayu akan minum pati ikan haruan selama 2 minggu. Setiap 3 hari Mak akan bagi ayu telan Hempedu ikan haruan yang mentah2 tu. huhuhu...memang meremang bulu roma nk telan menda alah tu. Tujuan dia sbb nk luka dalam cepat baik. Alhamdulillah berkat pantang semuanya sihat luar dan dalam.
Untuk minuman Ayu hanya amalkan air suam, air glucose (orange) , air kopi kampung cicah biskut hup seng. mmg sedap.
Memberi tenaga selepas kehilangan banyak darah selepas bersalin. |
Membuang angin yg banyak di dalam badan selepas bersalin. |
Dibakar @ Dibuat sup. Menyembuhkan luka dalam dengan cepat. |
Menyembuhkan luka dalam. |
Antara Pati Ikan Haruam yang Ayu amalkan. |
- Begitu lah seterusnya sehingga habis berpantang. Orang2 siam berpantang selama 100 hari utk bersama suami, 6 bulan berpantang dalam pemakanan cth seafood, bihun, mee, keowteow, buah2 yang sejuk etc), setahun lebih berpantang dalam makanan yang agak berbisa cth ais batu, laksa , kuah laksa yang dimasak dgn bunga kantan, nangka, dokong , air kelapa adalah air yg paling berbisa. So sampai skrg ayu memang tak pernah ambik nangka, dokong, laksa & air kelapa. Klu ais tu kadang2 teringin ambik juga lah . heheheh...
Step 2 - After berpantang
Continue the next part ok. hehehheh...
No comments:
Post a Comment