KERANA BANTAL BUCUK TEDDY HURU HARA SATU DUNIA !!!!
Assalam & Salam sejahtera semua,
Hari ni Ayu nk cerita kisah lucu Bantal Bucuk Teddy. Pada sesiapa yang ada anak menggunakan Bantal Bucuk mesti tersenyum tgk title ni kan & mesti akan faham di sebalik apa yang dimaksudkan.
Pagi ni kat office kepala Ayu memang Ting Tong Ting Tong sbb penangan Bantal Bucuk Teddy. Dari lahir tokwan yang bekalkan Teddy bantal bucuk , alasan bagi Teddy senang tidur. Bak kata org Kedah bagi Qhalid. hahaha. Qalid Qalid...hura hara dunia.
Ok..Ayu nk cerita pasal semalam.
Semalam selepas blk dr umah baby sitter , dalam kereta, Teddy minum susu sambil pegang Bantal bucuk. Then, bila nk naik umah Teddy tertinggal bantal tu dalam kereta. Ayu pun tak perasan yang bantal tu terlepas dr tangan Teddy. Just dukung Teddy, angkat barang bagai , terus naik umah. Memang sgt2 tak perasan. Sib baik Bantal Bucuk tu jatuh kat dalam kereta.
Nak dijadikan cerita, hati Ayu tergerak nk parking kereta kat atas , kat tempat visitor. Klu lah Ayu parking kat basement ...hmmmmm...baca dulu. :-)
Malam tu, Teddy minta susu, maybe dia mengantuk sgt kot , so minum susu sikit je terus tidur.
Bila dah masuk tidur, tetiba je sedang asyik Ayu dan Wyshal nyenyak tidur mula lah Teddy nangis dan buat perangai. Ingat ke mengigau atau Nampak benda pelik-pelik. Ayu pun bangun , pujuk pun tak jadi, makin kuat nangis , bila tanya knp , Teddy ckp yang memang Ayu tak berapa nak faham. Dok sebut "cuk cuk cuk cuk"...ingat nk susu. Bancuh susu pun tak nak.
Mungkin Ayu pun mamai tidoq kan. Ayu pun apalagi siap baca ayat2 quran (makin baca kuat makin Teddy nangis kuat) ketaq ni jgn ckp lah, Ayu berzikir pun Teddy tetap menangis, letak minyak celak pun Teddy masih menangis dan mengamuk. Teddy pukul Ayu & Wyshal. Dah lah Abg Halim tak de.
Adoiii, macam mana ni, dah tak tahu nk buat mcm mana dah, Ayu ambik air sapu kat muka Teddy, makin Teddy marah. Bila Ayu minta Teddy tunjuk nk apa, Teddy tunjuk Bantal. Teddy ckp "antai cuk" "antai cuk" ..hahahhaha...Oic baru lah Ayu faham. Tengok jam dah pukul 315 pagi. hampir satu jam Teddy mengamuk Ayu tak faham. hahahhah
Nak tak nak Ayu terpaksa turun ambil Bantal Bucuk Teddy dalam keta. Dah lah jam 3 pagi. Nak turun ambil time tu memang seram juga bulu roma. Terpaksa beratkan hati minta Wyshal jaga adik, then Ayu turun parking ambil.
Lepas je Teddy dapat tu , punyanya senyum sampai ke telinga, siap cium banyak2 kwn Teddy tu. Punyanya dasyat. Tidur dengan tenang tak gerak2 sampailah Ayu bangun nak g kerja.
Memang dasyat penangan Bantal Bucuk ni. Korang pernah kena tak ? Mcm mana korang handle ye bagi anak lupa bantal bucuk tu ??? pls help me ...
Hohoho...Huru Hara dunia kerana Bantal bucuk si Teddy ni !!!!!
#pernah satu hari , bawa Teddy kuar jalan tetiba bantal bucuk Teddy jatuh...dah gerak baru perasan tak de, memang patah blk la...satu The Curve Abg Halim cari , Alhamdulillah akhirnya jumpa kat kedai yang kitaorang makan, habis kotor orang pijak bantal tu :-( . Boleh gaduh laki bini dgn Bantal bucuk Teddy ni. hahahhah
No comments:
Post a Comment