Tuesday, 23 August 2016

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) - Ayu dalam Dilemma



WABAK HFMD

Syukur Alhamdulillah, Adik sepenuhnya sihat dari wabak HFMD. Disini Ayu nk cerita sedikit tentang bagaimana adik boleh terkena jangkitan HFMD dan bagaimana cara Ayu cuba merawat Adik dan dengan izin Allah, Adik sihat sepenuhnya dalam masa 2 @ 3 hari. 


Apa itu HFMD?

HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu,segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

                        ( Sumber : Postal Kementerian Kesihatan Malaysia)



Selepas balik dari open house raya anak buah, Adik dah start demam. Kebetulan time open house tu anak sulung anak buah dijangkiti HFMD. Tapi tak serius , alhamdulillah. Hari pertama Adik demam biasa. Ayu just bg ubat. 2 nd day demam makin menjadi dan dia tak dpt nk jalan sebab ada naik biji di tepi peha. Tengok biji yang naik tu macam Chickenpox. Asyik sebut " Mummy , tatit, Mummy, tatit".Kesiannya dengar. Malam tu juga Ayu ajak A.Halim g specialist yang biasa Ayu pegi. Adik & Wyshal dari kecil dengan Doc Tan tu. So senang skit. Walaupun agak jauh,yang penting adik sihat.


Dah sampai klinik , Ayu baru perasan kat tangan pun ada naik sikit. Tapi doc sahkan adik kena Chickenpox. Syukur Alhamdulillah. Balik rumah ayu pakaikan adik ubat sapu, ubat spray kedalam mulut dan ubat makan. 


For the next day bertambah naik di tangan dan mulut. Wlupun tak banyak , Ayu agak risau. Yang Ayu pelik di badan tak de plak. Menurut org-org tua dulu-dulu, Chickenpox ni selalu akan naik kat kepala tapi adik punya tak de plak. Terasa hati ni dah tak sedap. Cepat-cepat Ayu ajak A.Halim ke HUKM pula. A.Halim turut je apa yang ayu inginkan. Mungkin dia pun risau melihat keadaan adik. Tapi Alhamdulillah Adik tak de demam. Sampai HUKM , buat rawatan sekali lagi. Sampai turn jumpa doctor dah rasa berdebar-debar. Dalam setengah jam juga doc check adik. Terlalu detail doc mengenal pasti penyakit adik. Akhirnya doc bersuara , klu tgk dr segi luaran lebih kepada chickenpox , tapi disebabkan ada ulcer didalam mulut, adik lebih terkena jangkitan MFMD, Virus ni tak bahaya , sama sahaja macam chickenpox. Yang penting jangan dedahkan dia dikawasan orang ramai. Alhamduillah akhirnya Ayu dah tahu yang HFMD ni tak berbahaya kalau pencegahan awal diambil dan dengar nasihat doc.Doc tak de bagi apa-apa ubat. Cuma perlu buat rawatan dirumah je.  


Kebetulan Mak akan datang KL pada keesokan hari untuk menjaga adik kerana babysitter (Amma) akan bercuti selama 2bulan. Kat situ pun dah merisaukan Ayu. Adik tak sihat, berpisah pula dengan Amma dan nanti akan berpisah dengan Ayu , Daddy & Kakak. Kesian Ya Allah. Kuatkanlah semangat Adik & peliharakan Adik dari segala penyakit dan sembuhkanlah apa yang telah engkau hadiahkan. Ayu ada minta mak bawakan air penawar yang dibuat oleh abah. Air yang abah buat ni utk sejukan badan adik dan melegakan penyakit adik ini. Kita manusia perlu berusaha, In shaa Allah , klu kita yakin dengan Allah, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Aminn. 


Di bawah ni Ayu nk share cara Ayu rawat Adik : 

1) Sabun Marine Essence (Hai O)


Setiap hari Ayu mandikan adik dengan menggunakan sabun garam buluh dr Hai O iaitu sabun marine essence utk melegakan gatal2,menghilangkan parut dan mengecutkan biji-biji yang tumbuh ditangan dan dimulut adik. Sabun ni memang terbaik, dengan 2,3 kali mandi semua biji-biji tu dah kecut. Gunakan sabun ini dengan selawat dan bacaan doa syifa. In shaa Allah. 

2. Calamine Lotion & Cream 


Kemudian ayu akan sapu dengan sapuan Calamine Lotion bersama dengan Cream (tak ingat ayu cream apa). Calamine ni fungsi dia untuk mengurangkan rasa gatal. 


3. Bubur Nasi, Buah & Sayuran

Dalam waktu rawatan ni selama hampir dua minggu Ayu bagi adik makan bubur nasi yang dimasak dengan halia dan bawang putih (perbanyakkan bawang putih untuk kesan terbaik). Ayu juga masukan ikan, ayam @ daging, carrot, brocoli dan sayur-sayuran lain. Yang bestnya adik ni memang penggemar buah dan sayur, so senanglah nk bagi. Tak perlu kot nak memaksa kan !!!!

4. Habbatussauda'



Di samping itu Ayu juga blend habbatussauda sehingga hancur dah masukkan secubit beserta selawat dan niat kedalam susu (botol susu- shake sehingga sebati). Sib baik Adik tak perasaan. hahhaha..Ok je dia minum, tak de complaint apa-apa pun. Alhamdulillah.

Dengan izin Allah, selepas seminggu quarantine Adik sihat sepenuhnya. 


After 2 weeks kesan parut makin pudar. Selera makan makin menjadi dan makin membesar dengan jayanya. Terima kasih kepada family yang sentiasa memberi semangat kepada Ayu dan A.halim. Love U All. 


 Selepas Adik sihat sepenuhnya, adik di bawa oleh Tok & Tokwan ke Kedah. huhuhu sedih tak  terkata. Tapi Adik macam relaxs je ikut Tokwan. Tak menangis, tak tanya tentang mummy, daddy @ kakak. Macam tak de apa2 yang berlaku. Kami kat sini yang sentiasa bersedih. Tengok je gambar2 comel adik mesti mata berair. huhuhu... Take Care Baby. Mummy, Kakak & Daddy Love u so Much.

# Pesanan : Kepada semua pembaca blog Ayu ni, untuk anak2 yang terkena penyakit HFMD jangan rasa down, take positif, jangan kalut, jangan takut, ikut nasihat doktor, cuba yang terbaik, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menyediakan dan berkorban untuk tidak lupa @ lambat memberi ubat dan sebagainya. Perlu tepati masa dan Yakin dengan Allah bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya. Wallahualam...Akhir kalam , Ayu sertakan Doa syifa untuk semua. 






Thursday, 7 July 2016

RIANG RAYA 2016 " CHE LAH FAMILY" - PART 1


Belum terlambat rasanya Ayu nk berkongsi pengalaman berhari raya di dua negeri Kedah & Sarawak.
Tahun ni Ayu akan beraya di 2 buah negeri iaitu negeri Ayu (Sik,Kedah) & Negeri A.halim (Kuching,Sarawak).Sambutan hari raya tak byk berbeza apa yang diwar -war kan oleh sesetengah pihak. Bagi Ayu sama sahaja kerana bergantung kepada cara kita meraikannya. Betul tak ???

4 Hari sebelum raya Ayu dah berangkat bersama 2 budak comel menaiki pesawat Air Asia KL-Penang. A.Halim still keja & akan blk ke Sik 2 hari sblm raya juga menaiki pesawat Air Asia. Kenapa Ayu ambil Penang ye !!! sebabnya murah. hahahha...Lagi pun jarak antara Sik - Penang sama  jarak Sik - Alor Setar. Tahun ni terpaksa naik flight coz raya ke-2 Ayu akan direct fly ke Kuching. Selalu setiap tahun blk naik kereta yg akan mengharungi jem hampir 16jam , tapi tahun ni bebas dr jem. Yahoooo!!!!

Di Sik suasana sehari sebelum Raya memang best sgt. Tahun ni boleh dikatakan 8 beradik semua blk raya di Sik. Mak & Abah happy sgt dapat jumpa cucu dan akan pening kepala sebab cucu macam apa lagi buas oiiii...gamat umah. Mak & Abah dah ada cucu 15 org. After raya tambah lagi sorang. Memang meriah lah.

Sebahagian dari Family Ayu (Ipar , Anak buah, & sister)
Sehari sebelum Raya kat Sik ni satu kampung org bertungkus lumus bakar lemang & ketupat palas. Selalunya pas maghrib mak baru start buat rendang. Setiap tahun mak akan buat 2 @ 3 kilo rendang daging dan 2 @ 3 ekor rendang ayam. Raya pertama dah habis licin. Lemang selalunya abah akan bakar lebih kurang 5 - 10 kg beras pulut. Juga akan habis pada hari raya pertama. Buat lah byk mana pun..mmg habis. Tak tahu lah knp boleh habis begitu cepat. hahahha..

Malam raya plak Mak  dan K.Rah (No 2)sibuk didapur, Ayu dan K.Kinah (no 3)  memang sibuk nak mengemas umah, yg menantu plak sibuk dengan iron baju untuk dipakai esok. Ank2 ntah lah..buat hal masing2. Yang lelaki hilang tanpa dikesan. Bila mana kemas rumah dimlm raya confirm lah tidur lambat kan. Memang setiap tahun family Ayu akan tidur pada pukul 2@ 3 pagi. Pagi raya memang ting tang ting tong nk bgn, Di sebabkan surau didepan umah so agak bersemangat lah sbb dengar takbir raya yg kuat di awal pagi lagi. Best kan !!!! heheheh. U all try bayangkan...surau hanya didepan umah...

Kakak & Ipar

Me & Abg Halim (Gambar mak tersesat di blkg)
Rumah Abah ni memang selalu tetamu dtg. Alhamdulillah. Habis je sembahyang Raya memang berduyun-duyun org dtg. Dah mcm kenduri. Memang ada yang tak sempat nk mandi kot. Nak berkumpul dan bersalam bersama family mmg tak sempat. selalu pukul 10-11 baru dapat bersalam salaman. hahahha..setiap tahun mcm tu. But this year sedih sgt..coz dapat bersalam ngan abh lewat. Ntah mana abah pergi. Dlm photo kat bwh memang tak de muka abah.

That why lemang , ketupat cepat habis. hehehhe...org dtg mcm kenduri. Penat jgn ckp lah kan. Tp yg penting best ok.
My brother & My Kakak Ipar)

Ayu & niece

Ayu & Niece

My Adik Ipar & Kakak Ipar

Campur semuanya





With kakak-kakakku tersayang
Me & Niece


Adir Ipar & Anak

2nd Sister & Anak2
older sister & 2nd 

Tahun  ni tak banyak gambar yang dapat dikongsikan, kerana ada aje yang menghilang dan timbul semula. Maklumlah ramai sgt. Pelbagai ragam. Apa yang penting asalkan dapat bersalam dengan semua walaupun bukan satu masa. 
Selalunya hari raya pertama mak akan masak simple simple je untuk di jamukan kepada tetamu. Tahun ni kami bersepakat untuk membuat bihun goreng bersama kuah laksa. Korang pernah makan tak bihun goreng dengan kuah laksa???. Orang kedah memang selalu makan macam ni. Family ayu bukan penggemar laksa. So, kuah laksa kitaorang makan bersama bihun goreng. Sedap tu !!!! Jom ar try.

Ok..pepepun Selamat hari raya utk semua. Sambung cerita Part 2 di Kuching, Sarawak. 



Friday, 3 June 2016

RAMADHAN & FIDYAH

RAMADHAN BULAN YANG MULIA.



ASSALAMUALAIKUM Semua....

Tak sabar rasanya nk menyambut Ramadhan yang bakal tiba lagi 2 hari je lagi. Korang dah habis qada puasa ke belum?? Kepada yang tak sempat tu jangan lupa membayar Fidyah.

Apa itu Fidyah ? 

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehingga tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Apakah hukum membayar Fidyah? 

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar Fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap WAJIB digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungjawab (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. 

Jom kita menghayati Ramadhan dengan sebaiknya. 29-30 hari adalah satu tempoh yang agak pendek. Pejam celik pejam celik Ramadhan dah meninggalkan kita. Entah tahun depan kita dapat bertemu dengan Nya atau tidak. Doakan semoga Allah panjangkan usia untuk bertemu dgn Ramandhan tahun 2017. In Shaa Allah ....

Apa Itu Ramadhan ?

Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
“Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...”
— surah Al-Baqarah, ayat 185

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.

Apakah peristiwa besar yang berlaku pada Bulan Ramadhan ?
1 - Nuzul Quran 
Para ulama bersetuju bahawa Al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan dan oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan). Pada malam tersebut surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

Gambar di petik dr Google Image
2 - Lailatul Qadar
Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.Marilah kita sama-sama tergolong dalam golongan ini. In Shaa Allah.

Antara Amalan di Bulan Ramadhan. 
1 - Puasa Ramadhan
Selama sebulan Ramadan, kita akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, kita harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
Kita disunatkan bersahur sebelum berpuasa . Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.
2 - Tarawih
Pada malam harinya, setelah solat Isyak, kita perlu melanjutkan ibadah dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama'ah di masjid-masjid. 

Subhanallah, Allahuakhbar, teringin nk sambut ramadhan di Mekah. Bestnya suasana tarawih disana . 

3 - Zakat Fitrah
Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini .Korang jangan lupa ingat mengingati soal Zakat Fitrah ni sbb klu dah dekat nk raya ni memang kepala asyik ingat nk raya je. hahahah !! Samalah dengan Ayu.

4 - Membaca Al Quran
Di Bulan Ramadhan ni perbanyakan bacaan Al Quran. Pada yang mampu khatam lah alquran 30 juzuk . Puasa Ramadhan 30 hari , satu hari satu juzuk. So 30 hari dapat habiskan 30 juzuk. In Shaa Allah. Mari kita sama2 doakan semoga Allah memberi kekuatan kepada kita. Aamin.

5 - Bersedekah
Ramadhan adalah bulan keampunan, banyakkan lah bersedekah , ringankan tulang utk membantu sahabat kita yang kekurangan. Tak kisahlah sedekah dlm segi apa cara pun sama ada dr segi wang ringgit , makanan , pakaian @ sebagainya. Asalkan nawaitu kita betul dan tidak ada terdetik sifat Riak dan Takabbur. 

Alhamdulillah, disini Ayu nk ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kpd sahabat-sahabat Blog di luar sana yang sudi membaca coretan Ayu. Sama-samalah kita ingat mengingati kemuliaan dan kebesaran Ramadhan. Ayu mohon maaf dr hujung rambut ke hujung kaki jika ada salah dah silap.
Akhir sekali ,
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN  DAN SELAMAT BERPUASA. 














Thursday, 2 June 2016

KHASIAT AVOCADO

AVOCADO & AYU


Assalamualaikum semua.....

Topik Ayu nk share ngan korang hari ni ialah Avocado & Ayu. Ayu tu bukan nama Ayu ye !!!! ...tp Ayu tu didefinasikan sebagai Cantik luaran dan dalaman. 

Ayu telah mengamalkan Avocado lebih kurang 6 bulan , so skrg Ayu nk share lah ngan korang apa yang Ayu rasa selepas Ayu mengamalkan buah Avocado ni. 



Nak dijadikan cerita memang agak bengong pada mulanya...hahahhahahaha. Maklumlah tak pernah beli pun sblm. Kononnya nk mencuba , so Ayu belilah satu biji nk try, kataorang buah ni sedap. Ayu beli buah ni kat giant dengan harga sebiji RM6.99. Balik je rumah Ayu terus buka & makan. Hoiiittt!!! rasa nk termuntah, pahit ya amat...pelik juga mcm mana diaorang boleh ckp sedap. hahahah, Rupanya selepas blk dr Australia baru tau , kena tgu kulit nya berwarna koko baru boleh mkn. (Thanks Kakak Australia bg tau cara makan).Yang Ayu makan tu yang belum masak. Hi lah giant !! awat ang p juai yg tak masak lagi. 


Ok kita sambung lagi, Actually klu korang nk makan mcm tu je pun sedap , tapi buah ni rasa lemak2, dan tak manis. Tapi nice sgt. Klu ikut cara Ayu makan, Ayu blend dengan fresh milk, Ayu amal pagi dan mlm. Korang boleh dpt murah klu kkorang lucky. Selalunya klu Avocado dr Australia murah dr USA @ NZ. Baru ni Ayu beli kat giant hanya RM0.99 je. Apalagi borong sakan. :-)


Klu korang nk ikut cara Ayu senang je... 


Bahan-bahannya : 

Sebiji Avocado (yg dah masak k..kang pahit klu yang belum masak)
Segelas susu segar
Blender utk hancurkan buah bersama susu 
#boleh tambah madu @ kismis utk rasa manis

Ayu guna susu ni.
Caranya: 
Kupas buah tersebut, buang biji , dan masukkan segelas susu tadi & blend ikut berapa hancur korang nk. Pastu boleh lah dihidangkan. (cara kupas buah senang je , tak perlu kot guna pisau, korang je tarik je kulit dia)




Jom kita tengok apa khasiat Avacado : 


 Pokok avocado atau nama saintifiknya persea Americana

mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan

 mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan,

 penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti. 


1) Mengawal tekanan darah

Avocado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2) Menggalakkan kesihatan mata

Avocado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.

3) Melindungi daripada kanser

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avocado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

4) Menyembuhkan nafas berbau

Avocado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

5) Ciri-ciri anti -penuaan

Avocado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat

6) Penjagaan Kulit

Minyak avocado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

7) Berat badan

Avocado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avocado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avocado adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.

8) Mengekalkan kesihatan jantung

Avocado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avocado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

9) Vitamin E Powerhouse

Avocado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.

10) Mengandungi banyak vitamin

Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

Bagus kan Buah Avocado ni. Klu korang dah try tolong komen skit kat blog Ayu. Ayu nk tgk reaksi & kesan kat korang lps korang try ni. 


Thank you & Selamat mencuba.






Friday, 20 May 2016

BALI 2013 - DAY 5

BALI - DAY 5 

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah, ini adalah last entry utk perjalanan Ayu ke Bali, Indonesia. Akhirnya, dapat juga ayu completed kan entry ini utk tatapan semua. Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang lemah itu disandarkan kepada Ayu.

Hari ini adalah hari terakhir Ayu di Bali. Petang ni flight Ayu jam 7.10 pm. So, banyak masa lagi utk berjalan di sekitar Kuta. Walaupun hari ni lastday, Ayu tetap ikut jadual yang di rancang, still padat Ayu punya itinerary.

1 . KUTA BEACH 

Awal pagi sekali lagi kitaorang ke Kuta Beach untuk melihat Sunrise. Asyik dok tengok Sunset ja kan, nak juga tengok Sunrise. Cuaca pagi ni memang marvelous. Langit membiru , alunan ombak kecil, panas yang dingin, memang best utk berjemur.

Main Road  dari Hotel Alam Kul Kul ke persisiran Pantai Kuta. 







Tengok langit tu, cantik kan!!!



Berjalan dari hujung ke hujung memang tak terasa & tak akan ketemu penghujungnya. Faham tak ? hahahha..



Kuta beach memang cantik. Bisa jatuh cinta dgn keindahan pantainya yang bersih. 
Untuk hari ni, Ayu dah inform Bang Ali supaya datang jemput kitaorang jam 3 ptg di Beachwalk, Bali. Beachwalk Bali adalah salah satu tempat shopping terbesar di kuta. Tempat shopping ni terdapat pelbagai kedai yang branded tetapi terdapat barang khas yang direka hanya utk pelancong yang berkunjung ke Bali. Contoh : Brand Roxy - Pihak Roxy akan mengeluar T-shirt khas utk Bali, dan di tulis di T-shirt sempena nama Bali. Harganya agak berpatutan.

Selepas kitaorang selesai berjemur, kitaorang balik ke Hotel untuk mengemas barang dah bersiap-siap kerana jam 1 akan check out. Bag besar Ayu tumpang letak di Lobby Hotel. Kemudian kitaorang berjalan ke BeachWalk. Jarak antara Hotel ke BeachWalk lebih kurang 20min berjalan. Tak terasa pun sebab kawasan yang cantik dan deretan kedai yang banyak membuatkan kitaorang lupa tentang jarak. heheheh.

Yeh, sampai sudah BeachWalk.

2. BEACHWALK (SHOPPING COMPLEX) 

Ini pintu tepi untuk masuk ke BeachWalk. 
 Tempat pertama yang kitaorang tuju adalah mencari kedai makan halal. Apa yang halal kat sini? Alhamdulillah kat sini banyak kedai makan yang mempunyai logo halal. Akhirnya kitaorang memilih untuk makan Pizza. Kat sini ada Domino's Pizza tau. nyum nyum nyum. Harga lebih kurang kat malaysia je, rasanye murah pun dalam RM3 @ RM4 je kot.

Dah kenyang, kitaorang pun berjalan-jalan melihat apa yang ada disekeliling. Tempat ni memang sangat cantik dan tersusun. Kebanyakkan yang dtg ke sini adalah foreigner. Rakyat Bali sendiri memang kurang kesini alasan mereka kerana barang-barang disini agak mahal. Ayu ada grab satu T-shirt Roxy utk Wyshal , yang tertulis Bali. Harganya lebih kurang RM100-80, mengikut design dan size. Kat sini juga Ayu ada membeli slipper BALI yang harganya RM49.00.


Hampir 2 jam lebih kitaorang window shopping, jam ditangan menunjukan pukul 2.00 pm. Masih ada 1 jam lagi untuk menunggu Bang Ali. Sementara menunggu Bang Ali kitaorang duduk melepak di Starbuck utk minum Coffee dan makan Doughnut yang menjadi favorite Wyshal  sambil melihat gelagat manusia. Macam-macam gelagat ada. hahahah.

Selepas Bang Ali datang, kitaorang terus ke Hotel utk mengambil bagasi, dan Bang Ali akan bawa ke last destinasi kitaorang ialah Pasar Krisna.

3. PASAR KRISNA

Terdapat pelbagai barang yang boleh dijadikan ole-ole & harga yang berpatutan. 

Pintu utama masuk ke Krisna. 
Kat sini Ayu dapat membeli pelbagai ole-ole utk dibawa pulang ke Malaysia. Ayu just beli keychain, makanan masyarakat Indonesia seperti Dodol, pulut hitam , kerepek dan sebagainya. Harga yang dijual seperti Malaysia. 3 bungkus RM10.

Pening sebenarnya mau beli apa disini kerana barangnya terlalu banyak dan cantik-cantik , ada yang murah dan ada yang mahal, kerana pening Ayu beli sikit ja. Bagus juga kan. !!!!hahaha. Klu korang tak percaya korang dtg tengok sendiri.

Sebenarnya hajat dihati mahu membeli kain kebaya, tetapi salah Ayu juga kerana tak bgtahu Bang Ali dari awal.huhuhu..sedih. Tak pe, next time dtg mesti beli. In Shaa Allah.
Selepas selesai kitaorang bergerak ke hotel. Jam sudah menunjukan pukul 445 pm. Perjalanan dari Krisna ke Airport lebih kurang 15min.

Gambar di bawah di ambil semasa perjalanan ke Airport.





Masyarakat di Bali penggemar daging babi dan anjing, Tidak hairanlah dimana-mana sahaja terdapat Restaurant Babi Guling. Untuk masakan anjing, masyarakat sini percaya, bahawa anjing perlu dimasak tanpa di hiris atau dicuci kerana tidak mahu ada sedikit darah pun yang keluar dr badan anjing tersebut. Jika berlaku , makanan ini sudah tidak mempunyai khasiat dan ada kebaikan yang ada dlm daging anjing ini mengikut kepercayaan mereka.

Gerai pisang goreng ini dimiliki oleh orang Muslim. 




Siapa tgh cari kerja, boleh call number ini ye !!!!
Alhamdulillah, tepat jam 5 pm kitaorang sampai di Ngurah Rai Airport. Urusan imigresen berjalan lancar. Harus diingat didalam Airport susah untuk mencari makanan halal. Akhirnya Ayu memilih untuk membeli maggie cup untuk mengisi perut sebelum menaiki pesawat. Pesawat Air Asia on time. 710 pm berangkat ke KL. Alhamdulillah, kitaorang sampai di LCTT pada jam 1010pm.

Tamat sudah episode perjalanan Ayu & Family ke Bali Indonesia. Terima kasih kerana sudi membazirkan masa membaca hasil nukilan Ayu.