RAMADHAN BULAN YANG MULIA.
ASSALAMUALAIKUM Semua....
Tak sabar rasanya nk menyambut Ramadhan yang bakal tiba lagi 2 hari je lagi. Korang dah habis qada puasa ke belum?? Kepada yang tak sempat tu jangan lupa membayar Fidyah.
Apa itu Fidyah ?
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehingga tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Apakah hukum membayar Fidyah?
Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar Fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap WAJIB digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungjawab (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Jom kita menghayati Ramadhan dengan sebaiknya. 29-30 hari adalah satu tempoh yang agak pendek. Pejam celik pejam celik Ramadhan dah meninggalkan kita. Entah tahun depan kita dapat bertemu dengan Nya atau tidak. Doakan semoga Allah panjangkan usia untuk bertemu dgn Ramandhan tahun 2017. In Shaa Allah ....
Apa Itu Ramadhan ?
Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
“ | Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... | ” | ||||
— surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
Apakah peristiwa besar yang berlaku pada Bulan Ramadhan ?
1 - Nuzul Quran
Para ulama bersetuju bahawa Al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan dan oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan). Pada malam tersebut surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.
2 - Lailatul Qadar
Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.Marilah kita sama-sama tergolong dalam golongan ini. In Shaa Allah.
Antara Amalan di Bulan Ramadhan.
1 - Puasa Ramadhan
Selama sebulan Ramadan, kita akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, kita harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
Kita disunatkan bersahur sebelum berpuasa . Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.
2 - Tarawih
Pada malam harinya, setelah solat Isyak, kita perlu melanjutkan ibadah dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama'ah di masjid-masjid.
3 - Zakat Fitrah
Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini .Korang jangan lupa ingat mengingati soal Zakat Fitrah ni sbb klu dah dekat nk raya ni memang kepala asyik ingat nk raya je. hahahah !! Samalah dengan Ayu.
4 - Membaca Al Quran
Di Bulan Ramadhan ni perbanyakan bacaan Al Quran. Pada yang mampu khatam lah alquran 30 juzuk . Puasa Ramadhan 30 hari , satu hari satu juzuk. So 30 hari dapat habiskan 30 juzuk. In Shaa Allah. Mari kita sama2 doakan semoga Allah memberi kekuatan kepada kita. Aamin.
5 - Bersedekah
Ramadhan adalah bulan keampunan, banyakkan lah bersedekah , ringankan tulang utk membantu sahabat kita yang kekurangan. Tak kisahlah sedekah dlm segi apa cara pun sama ada dr segi wang ringgit , makanan , pakaian @ sebagainya. Asalkan nawaitu kita betul dan tidak ada terdetik sifat Riak dan Takabbur.
Alhamdulillah, disini Ayu nk ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kpd sahabat-sahabat Blog di luar sana yang sudi membaca coretan Ayu. Sama-samalah kita ingat mengingati kemuliaan dan kebesaran Ramadhan. Ayu mohon maaf dr hujung rambut ke hujung kaki jika ada salah dah silap.
Akhir sekali ,
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA.
|
No comments:
Post a Comment