Thursday, 7 July 2016

RIANG RAYA 2016 " CHE LAH FAMILY" - PART 1


Belum terlambat rasanya Ayu nk berkongsi pengalaman berhari raya di dua negeri Kedah & Sarawak.
Tahun ni Ayu akan beraya di 2 buah negeri iaitu negeri Ayu (Sik,Kedah) & Negeri A.halim (Kuching,Sarawak).Sambutan hari raya tak byk berbeza apa yang diwar -war kan oleh sesetengah pihak. Bagi Ayu sama sahaja kerana bergantung kepada cara kita meraikannya. Betul tak ???

4 Hari sebelum raya Ayu dah berangkat bersama 2 budak comel menaiki pesawat Air Asia KL-Penang. A.Halim still keja & akan blk ke Sik 2 hari sblm raya juga menaiki pesawat Air Asia. Kenapa Ayu ambil Penang ye !!! sebabnya murah. hahahha...Lagi pun jarak antara Sik - Penang sama  jarak Sik - Alor Setar. Tahun ni terpaksa naik flight coz raya ke-2 Ayu akan direct fly ke Kuching. Selalu setiap tahun blk naik kereta yg akan mengharungi jem hampir 16jam , tapi tahun ni bebas dr jem. Yahoooo!!!!

Di Sik suasana sehari sebelum Raya memang best sgt. Tahun ni boleh dikatakan 8 beradik semua blk raya di Sik. Mak & Abah happy sgt dapat jumpa cucu dan akan pening kepala sebab cucu macam apa lagi buas oiiii...gamat umah. Mak & Abah dah ada cucu 15 org. After raya tambah lagi sorang. Memang meriah lah.

Sebahagian dari Family Ayu (Ipar , Anak buah, & sister)
Sehari sebelum Raya kat Sik ni satu kampung org bertungkus lumus bakar lemang & ketupat palas. Selalunya pas maghrib mak baru start buat rendang. Setiap tahun mak akan buat 2 @ 3 kilo rendang daging dan 2 @ 3 ekor rendang ayam. Raya pertama dah habis licin. Lemang selalunya abah akan bakar lebih kurang 5 - 10 kg beras pulut. Juga akan habis pada hari raya pertama. Buat lah byk mana pun..mmg habis. Tak tahu lah knp boleh habis begitu cepat. hahahha..

Malam raya plak Mak  dan K.Rah (No 2)sibuk didapur, Ayu dan K.Kinah (no 3)  memang sibuk nak mengemas umah, yg menantu plak sibuk dengan iron baju untuk dipakai esok. Ank2 ntah lah..buat hal masing2. Yang lelaki hilang tanpa dikesan. Bila mana kemas rumah dimlm raya confirm lah tidur lambat kan. Memang setiap tahun family Ayu akan tidur pada pukul 2@ 3 pagi. Pagi raya memang ting tang ting tong nk bgn, Di sebabkan surau didepan umah so agak bersemangat lah sbb dengar takbir raya yg kuat di awal pagi lagi. Best kan !!!! heheheh. U all try bayangkan...surau hanya didepan umah...

Kakak & Ipar

Me & Abg Halim (Gambar mak tersesat di blkg)
Rumah Abah ni memang selalu tetamu dtg. Alhamdulillah. Habis je sembahyang Raya memang berduyun-duyun org dtg. Dah mcm kenduri. Memang ada yang tak sempat nk mandi kot. Nak berkumpul dan bersalam bersama family mmg tak sempat. selalu pukul 10-11 baru dapat bersalam salaman. hahahha..setiap tahun mcm tu. But this year sedih sgt..coz dapat bersalam ngan abh lewat. Ntah mana abah pergi. Dlm photo kat bwh memang tak de muka abah.

That why lemang , ketupat cepat habis. hehehhe...org dtg mcm kenduri. Penat jgn ckp lah kan. Tp yg penting best ok.
My brother & My Kakak Ipar)

Ayu & niece

Ayu & Niece

My Adik Ipar & Kakak Ipar

Campur semuanya





With kakak-kakakku tersayang
Me & Niece


Adir Ipar & Anak

2nd Sister & Anak2
older sister & 2nd 

Tahun  ni tak banyak gambar yang dapat dikongsikan, kerana ada aje yang menghilang dan timbul semula. Maklumlah ramai sgt. Pelbagai ragam. Apa yang penting asalkan dapat bersalam dengan semua walaupun bukan satu masa. 
Selalunya hari raya pertama mak akan masak simple simple je untuk di jamukan kepada tetamu. Tahun ni kami bersepakat untuk membuat bihun goreng bersama kuah laksa. Korang pernah makan tak bihun goreng dengan kuah laksa???. Orang kedah memang selalu makan macam ni. Family ayu bukan penggemar laksa. So, kuah laksa kitaorang makan bersama bihun goreng. Sedap tu !!!! Jom ar try.

Ok..pepepun Selamat hari raya utk semua. Sambung cerita Part 2 di Kuching, Sarawak. 



No comments:

Post a Comment