Sunday, 18 December 2016

TIP KE TOKYO PADA MUSIM SEJUK


HOLIDAY BERSAMA ANAK-ANAK KECIL

Setiap orang ada cara masing-masing. Bagi Ayu persediaan awal perlu, tambah lagi Ayu mempunyai 2 orang si comel yang masih kecil , 7 tahun & 2 tahun. Persiapan awal perlu bergantung kemana korang akan melancong, musim apa korang akan tempuh dan bagaimana cara persekitaran di tempat yang korang mahu tuju.

Untuk ke Tokyo, pada musim sejuk (winter), perkara yang Ayu titikberatkan ialah pakaian & kasut. Di Malaysia tak mudah utk mencari pakaian yang betul2 sesuai untuk di pakai pada musim winter, tambah lagi harga yang berlipat ganda. Ayu senantiasa membuat servey, ada sales je terus grab ,yang penting apa yang korang nk beli perlu senaraikan dulu ye. Dan banyak juga blog-blog yang Ayu baca sebagai rujukan.

Ayu ke Tokyo pada pertengahan bulan Dec sehingga ujung Dec. Time tu cuaca sgt sejuk. Korang boleh check di website ini utk detail. Suhu.


Time Ayu pegi average suhu antara 14 c - 1 c. Sejuk tu. Boleh beku. Bayangkan klu korang pasang aircond, habis kuat 16 c dah ketaq satu badan kan !!!. hahahha.

1 - PAKAIAN. 

Untuk pakaian, Ayu akan pastikan ada 3 lapisan @ 4 lapisan , In shaa Allah tak akan sejuk nanti.

Lapisan pertama ialah Long John @ Thermal , Lapisan ke2 Tshirt material cotton, Lapisan ke 3 Fleece Jacket/sweater & Lapisan ke4 ialah Wintercoat/jacket.

Long John @ Thermal Wear




Memandangkan Uniqlo ada menjual Thermal yang nipis iaitu Heetech menggunakan teknologi Jepun, so Ayu just beli yang ini untuk kami 4 beranak. Ada 2 jenis Heetech yang Uniqlo keluarkan , satu yang normal dan satu lagi yang extra warm. Ayu memilih extra warm kerana lebih berbaloi, tambah lagi pergi musim sejuk, so tak perlu nk risau kerana lapisan pertama dah ada extra warm.

Untuk Teddy , Uniqlo tak de keluarkan size kecil yang extra warm, Ayu beli di Universal traveller, walaupun harganya agak mahal , keselamatan yang penting. Harga Thermal wear for kids RM168.00. 

Fleece Jacket / Sweater





Ini Fleece Jacket untuk Teddy. Wyshal pun dapat gunakan sebab size badan Teddy lebih kurang size badan Wyshal. hahaha
Untuk Fleece Jacket @ Sweater , Ayu beli di Uniqlo juga. Untuk Teddy & Wyshal , Ayu beli 2
pasang dan untuk Ayu & Abg just beli satu pasang sahaja kerana yang lama masih boleh digunakan. 


Wintercoat / Jacket




Wintercoat / Jacket sgt mencabar utk mencari, kerana harga yang agak mahal mengambil masa utk Ayu beli dan sentiasa perlu survey utk mendapatkan harga yang berbaloi. Bila tgk di Uniqlo , design dan color kurang menarik. Alhamdulillah akhirnya Ayu dapat juga beli dhn harga yang agak berpatutan hehehe. Ayu beli di Zara utk wintercoat  Teddy, Wyshal & Ayu. Utk Abg Halim Ayu terpaksa beli online tru Shoppe.Untuk Teddy dan Wyshal, color merah menjadi pilihan hati. Untuk Ayu, tak nk lah over sgt kan, just beli light coklat grey. Tak tau nk ckp warna apa. Korang tengok lah sendiri. Buta warna skit Ayu ni. hahahha.






Semua yang Ayu beli mempunyai hood kerana nanti dapat melindungi telinga dari angin sejuk. Sebab kami 4 beranak tak selesa nak pakai thermal earmuffs, rasa mcm pkai earphone plak tp tak berbunyi. hahhaha




Korang juga boleh beli di Bundle @ Ampang. Ayu ada try beli kat sana untuk menambah koleksi winter coat. Sekadar pakai di luar apa salahnya. Bila dah cuci dgn air panas, winter coat tu nampak cantik dan baru tau. Best !!!!

 Snowcap / Topi



Sebagaimana Hood, topi @ snowcap juga berfungsi utk menutup kepala dan telinga daripada angin sejuk. Untuk snowcap Ayu beli di Isetan & Uniqlo. Harganya agak berpatutan. Warna pun agak menarik. Ada lagi snowcap , lupa nak take photo. 


Glove & Mafla




Glove sgt penting pada musim sejuk, kadang2 disebabkan tangan terdedah dengan angin sejuk , satu badan akan sejuk menggeletar kan !!! Bila tangan di tutup, In shaa allah satu badan akan rasa selesa. Ayu juga ada bawa glove yang sesuai untuk bermain salji.

Mafla penting ok , untuk menutup leher daripada angin sejuk. Korang mesti bawa mafla @ scaft.

Kasut



Untuk kasut Ayu just pkai kasut yang sedia ada. Alhamdulillah kasut boat Dr Marten sgt sesuai dipakai pada musim sejuk. Kasut ni Ayu belasah pakai sepanjang di Tokyo. Begitu juga Wyshal & Teddy.

Make sure beli 6 bulan @ setahun awal kasut ni, then sentiasa pakai bagi leather dia lembut, nanti bila nak g holiday tak lah kasut tu keras dan akan manyakitkan kaki korang.

Sarung Kaki

Untuk socks , Ayu beli di Uniqlo yang materialnya dari wools. Kerana wools dapat menahan sejuk dan memastikan kaki kita sentiasa panas dan selesa.

Pakaian Biasa.

Ayu tak de banyak sgt bw pakaian sbb musim winter ni baju tak kotor, badan pun tak berpuluh. Utk 11 hari stay sana Ayu hanya bw baju tidur 2 pasang, Jeans 2 helai dan T-shirt 3 helai setiap seorang. Yang penting material 100% cotton. Rasa dah memadai dan tak lah bag tu nanti berat mcm batu.  

2 - MAKANAN

Korang pun tahu kan, di Japan sukar untuk mencari makanan yang Halal Toiyiban.Klu ada pun , kedai antara satu sama lain agak jauh dan perlu mencari. Pada pandangan Ayu lebih baik Ayu bekalkan makanan dari Malaysia dan masak kat sana. Lagi pun Ayu bukan stay kat hotel, Ayu booking apartment yang ada sediakan tempat memasak dan peralatan memasak. Ayu juga ada membawa sabun Taharah.

Korang tau tak apa itu sabun Taharah?. Sabun Taharah ni boleh dijadikan alat untuk menyamak najis besar. Dengan sabun ini Ayu dpt menyamak peralatan dapur yang disediakan & tanpa ada rasa ragu-ragu utk memasak. In Shaa Allah. Ayu beli sabun ini kat kedai jamu dlm giant, harga RM8.90.Korang juga boleh dapatkan di kedai buku area jalan TAR. Tapi yang ni Ayu tak sure sbb Ayu baca dekat satu blog ni dia beli di kedai buku jalan TAR. Korang boleh lah pegi check. 

Apa itu Sabun Taharah ??




Barangan buatan Malaysia, Sabun Taharah  mengandungi 90% tanah liat, yang telah disahkan sebagai memadai dan sesuai untuk pembersihan dan  membersih kotoran mughallazah. Barangan ini disokong  dan disahkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa  di Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Disahkan & Disokong oleh Majlis Fatwa KedahKementerian Kesihatan MalaysiaPejabat Mufti Negeri SembilanPejabat Mufti TerengganuYayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Disamping itu Sabun Taharah juga berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
Berbalik kepada makanan, makanan yang Ayu bawa ialah Brahim Ayam kurma, Brahim kari daging, Brahim rendang ayam & daging,Brahim ayam masak merah, kuah fejerin, sardin tin, makaroni, kuah makaroni, Paste laksa sarawak, santan, serunding daging, beras, ,maggie, nescafe 3 in 1, sugar, tea, salt, kicap, sos cili & tomato (dalam paket mcm kat KFC, Mcd yang sll korang dapat tu bila take away-korang minta lah byk2), bihun, susu Teddy & Wyshal, Roti putih gardenia, roti coklat gardenia (beli semasa hendak berangkat) so expired dia lambat skit.Then, Ayu bekalkan juga coklat, sweet & biskut untuk ngap dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

# Untuk Brahim , Ayu mmg pegi kilang dia sbb asyik cari kat giant , tesco & jusco, sll tak complete. Tak banyak pilihan. Apa yang Ayu nk semuanya tak de. Lagi pun beli dikilang mmg berbaloi harganya. Jimat banyak tu. Kilang Brahim terletak di Bangi, Selangor. Korang boleh visit website Brahim dan tengok detail kat situ.

# Make sure susu baby korang bawa lah lebih, sebab kat sana memang tak kan ada brand yang dekat Malaysia. Klu dalam 2 minggu baby korang minum 3 kotak , korang bawa lebih lagi 2 kotak. Musim sejuk ni cepat lapar tau !!.

Jika musim sejuk, perut cepat lapar , so Ayu sarankan better korang bawa makanan lebih. Biar lebih jangan kurang. Betul tak ???. Tetambah bawa anak2 kecil. Makanan mesti mau win. hehehe.

3 - TOILETRIES

Untuk toiletries tak byk yang Ayu bw, sbb di apartment yang Ayu tinggal semua sudah disediakan. Cuma Ayu bawa day cream, night cream, bedak, losyen, perfume, make up skit2, berus gigi dan ubat gigi dan yang penting pampers si kecik. Itu sudah memadai. Tk perlu nk angkut semua kot kang buat penat je sorong bag nanti kan.


Vaseline ni semua org dah tahu akan kebaikannya. Ayu hanya gunakan Vaseline di Siku dan di tumit setiap pagi dan malam. 


Trilogy balm ni memang sangat bagus. Baby pun boleh pakai. Sesuai dipakai semasa winter antara suhu yang paling sejuk -20. Alhamdulillah Balm ni buat skin Ayu & family sentiasa lembab dan tak gatal. Harga cream ni RM119.00. Balm ni pakai sikit je. Tapi perlu sapu satu badan.  


4 - LUGGAGE

Betul tindakan Ayu , berat hati nk bawa trolley bag. Berkat Ayu terbaca di blog2 lain yang mengatakan di Tokyo ,setiap station yang ada perlu memanjat tangga yang tinggi. Lift pun ada d sediakan tapi agak jauh utk ke lift.  So Ayu hanya bawa 3 backpack dan satu lagi small trolley bag atas tujuan untuk mengisi makanan yang di bawa dr Malaysia.

5 - MEDICINE

Dari segi ubat-ubatan , Ayu akan packing siap2. Benda ni penting sangat. Kalau salah seorang tak sihat perjalanan akan terbantut. Antara ubat yang Ayu bawa ialah ubat demam, batuk,selsema, ventolin ,cirit, vitamin c dan ubat sapu (vicks & minyak angin).

Kenapa Ayu bawa ubat cirit ? sebab masa pergi ke Perth hari tu , Wyshal & Teddy terkena cirit birit yang teruk juga. Alhamdulillah , kakak angkat Ayu ada sana, so senang nk cari ubat yang sesuai. Kat Tokyo ni tak de saudara , kang tersalah ubat , dah lah semua dlm tulisan jepun,nak tak nak memang kena prepared.

6 - ITINERARY /  CASH & CREDIT @ DEBIT CARD

Hampir 6 bulan Ayu study selok belok di Tokyo. Dah study baru Ayu start buat Itineray berserta dgn segala expenses dan budget semasa di tokyo nanti. Dengan bersedia awal, perjalanan akan sentiasa smooth, In shaa Allah.
 Nanti akan ada satu Post ,Ayu akan create untuk share detail itinerary & bugdet sepanjang Ayu berada di bumi matahari terbit. In shaa Allah.

Segala ticket , cara menggunakan train, google map, dan senarai makanan yang halal , semuanya Ayu dah print dan masukkan kedalam satu fail. kalau lupa fail tu maka porak porandalah percutian Ayu nanti.

Untuk Cash , ayu akan sediakan beberapa envelope contohnya envelope untuk public transport, hotel, food, entrance, pocket money (shopping) & emergency. Ini akan memudahkan Ayu untuk planning dan tidak akan berlaku over expenses. Disamping itu juga ia akan lebih mudah untuk Ayu mengira dan tidak perlu risau & tidak akan menghantui fikiran Ayu apa yang dibelanjakan setiap kali selepas keluar. Lama-lama kepala Ayu akan bertukar menjadi calculator bergerak.hahahha. Cukuplah sekadar jadi calculator di office.

Debit / Credit card , sebelum berangkat Ayu akan pastikan Debit / Credit card di aktifkan untuk penggunaan di luar negara. Perlu standby, kita tak tahu apa yang berlaku ke depan. Manusia hanya merancang , Allah yang menentukan semuanya. Yang penting persediaan awal perlu bg mendapatkan keselesaan nanti. Betul tak ?

7 - DISNEYLAND TICKET


Ni contoh Disney ticket. Make sure korang print ticket ni dan bawa ye. Resit pembelian tak perlu bawa pun tak pe. 
Bagi yang merancang untuk berkunjung ke Disneyland, adalah lebih mudah jika ticket dibeli secara online sebelum berangkat. Korang just masuk kat website disneyland, sign up member dan terus book berserta bayaran penuh. Bayaran perlu di buat dengan menggunakan credit card. Korang boleh baca detail di website tersebut. Ticket boleh dibeli sebulan awal dari tarikh korang berangkat. Dan tiket tersebut akan valid selama setahun. Make sure selepas pembayaran dibuat, korang print tiket tersebut dan bawa bersama-sama korang nanti. Jika korang lupa , korang tidak dibenarkan masuk ke dalam park. Maksudnya korang perlu beli baru. huhuhu...rugi tu. Harga ticket untuk 1 Daypass bagi dewasa  adalah JPY 7400 (Ages 18 & Over) , JPY 6400 (Ages 12-17 ) & JPY 4800 (Ages 4-11). Bawah umur 4 tahun ( 3 tahun - 1 hari ) kira free lah kan.

Selepas korang masuk je di Disneyland, make sure ambik map dah tengok permainan mana yang memerlukan FastPass. Pergi ke mesin  untuk print Fastpass. Bila mana korang dah ada Fastpass korang tak perlu que panjang yang mengambil masa 1-2jam untul setiap permainan. Di entry Disneyland nanti Ayu akan cerita detail ttg ni. ok.


8. SUNGLASSES

Ini penting dipakai kerana bukan sahaja untuk smart tapi untuk menahan mata dari terkena angin kuat yang sangat sejuk. Sepanjang Ayu kat sana , Ayu memang banyak memakai sunglasses sebab mata selalu berair bila windy. 

# Inilah diantara tip Ayu sebelum Ayu berangkat ke Tokyo. Korang boleh jadikannya sebagai rujukan, walaupun tak banyak tapi sedikit sebanyak dapat membantu korang nanti. In Shaa Allah. HAPPY HOLIDAY ALL !!!!























Friday, 25 November 2016

SETTLEKAN PTPTN DAN CLEARKAN BLACKLIST

BLACKLIST VS PTPTN

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua..

Terasa rugi jika perkara penting tak dihebah-hebahkan. Satu pagi terdetik di fikiran Ayu untuk check Status imigresen, last Ayu check pada July 2016, dah banyak kali Abg Halim suruh check lepas bulan July tu tapi tu lah asyik lupa je.

Pagi tu bila Ayu masuk je website Imigresen , key in je IC number, terpampang msj kat bwh ni !!!




Hairan sekejab, kenapa keluar msj pelik je ni...hari tu check keluar status " Tiada Halangan" . Memang muka Ayu dah cuak, pucat lesi, ketaq lutut dit dit dit...asyik dok ulang p toilet ja... boss naik heran...dia tegoq " Are you ok, Ayu? sakit ke ? ....hahahah...dia tak tau kepala Ayu dah biul ni.... Jalan pun dah tak betul time tu. Nak masuk toilet , tersalah masuk bilik meeting..Punyanya ketaq.. Call Abg Halim pun dia tak jawab. Lagi bertambah biul...Ayu hanya ada 3 minggu je utk settlekan semua ni sebelum berangkat. Sempat ke ???😓

Apalagi, Ayu terus google dan baca blog-blog lain , mungkin blogger lain ada pengalaman mcm Ayu. Kebanyakan blogger tersangkut sbb isu PTPTN. Pengalaman diaorg kebanyakan bila check dlm status PTPTN , nama diaorg sudah disenarai hitamkan. Ayu terus masuk website PTPTN , utk check nama Ayu.

 Ayu pun key in detail apa yang diminta. Masa nk tekan "Hantar" tu punyalah Ayu ketaq. Hanya Allah yang tahu perasan Ayu time tu. Rasanya muka pun dah mcm mayat hidup kot. hahaha.
So, kuar lah msj ni :


Lagi bertambah hairan. Tak de pula dalam senarai hitam. Apakah ???? Makin biul kepala. Saman polis ke ? JPJ ke? hmmm...check lagi ... Tak de saman pun. Blacklist ngan pihak bank? Rasanya tk pernah kantoi dengan pihak bank..... Makin pening.... Ayu terus call pihak imigresen, syg skali diaorg tak dapat check melalui tel. Ayu perlu pegi ke kaunter untuk semakan. Sampai mlm Ayu mencari-cari blog yang dapat membantu . Akhirnya .....tak de pun yang membantu. 

Dengan izin Allah, keesokannya Ayu perlu settlekan barang ofc , so dapat lah Ayu singgah sekejab di Pejabat Imigresen yang berdekatan. Ayu terpaksa minta tolong Abg Halim, sbb Ayu mmg tak boleh drive, asyik rasa seram sejuk je. hahahha..ngok kan !!!! Ayu ke imigresen Jalan Duta. Sampai je , lampu ofc semua tertutup , tapi sempat juga masuk tanya Abg polis tu, dia ckp "skrg waktu rehat , tak dpt check, pukul 2 dtg balik & bg ic dekat saya. Saya tolong check. !!! Alhamdulillah, Allah mempermudahkannya. 😔

Nak tak nak , sementara menunggu jam 2, Ayu g lunch dulu area Tropicana. Selepas lunch Ayu terus bergegas ke Pejabat Imigresen, tak sabar sgt nk tahu kenapa nama boleh blacklist. Dalam doa Ayu biarlah PTPTN, janganlah sebab lain. Sampai je Abg polis yang baik hati tu terus minta IC ayu, then dia pegi kat kaunter minta pegawai kat kaunter tu check status Ayu. Tak sampai 2 min, Abg polis tu datang, dengan selamber & slownya dia jwb "PTPTN". hahahah. Ayu terus ambik IC & balik ke ofc dengan perasan yang senang tapi still risau sbb tak punya banyak masa untuk settlekan nama dari blacklist. Hanya mampu berdoa agar Allah mempermudahkan perkara yang baik ini. In shaa Allah.

Seterusnya, Ayu perlu menghubungi pihak PTPTN. Pada mulanya Ayu bercadang nak pergi terus ke kaunter di Giant Kinrara puchong pada hari sabtu . Tapi memandangkan Ayu langsung tak tahu berapa amount tunggakan dan pinjaman, Ayu rasa lebih baik Ayu dpt detail dulu. Dalam terkodek-kodek blog2 yang ada, Ayu terbaca dalam satu blog , kat situ blogger ni ada letak no tel pegawai PTPTN yang sgt mesra (katanya). Ayu cuba whatsapp pegawai tersebut. Namanya Puan Husna. Memang bagus services Puan Husna. Cepat dan pantas.

Alhamdulillah Puan Husna sudi membantu , Selepas Puan Husna buat semakan acc Ayu , mmg banyak tertunggak, so Ayu perlukan settlekan tunggakan atleast 50% daripada amount tersebut. Mana nak cekau duit. Bincang punya bincang , dia cadangkan Ayu buat potongan KWSP menggunakan Acc 2. Pada mulanya agak tinggi dia requested utk potongan Acc 2, Ayu minta dikurangkan, alhamdulillah Puan Husna setuju. 

CARA - CARA MEMBUAT PEMBAYARAN MELALUI KWSP ACC 2

Untuk memudahkan korang , make sure korang mesti ada "i-akaun" untuk kwsp. 

i-Akaun

#Nak buat "i-akuan" senang je , korang boleh call pihak kwsp @ pergi terus ke KWSP - menggunakan mesin yang disediakan oleh KWSP, dah requested korang hanya perlu active kan sahaja melalui website " First Time Log in ". 

Atas persetujuan dua pihak Puan Husna pun tolong Ayu requested pengeluaran melalui KWSP. Ayu bagi TAC no yang dihantar oleh pihak KWSP ke no tel Ayu. Selepas itu urusan pemohonan pengeluaran KWSP telah berjaya dan perlu menunggu mesej @ panggilan dari pihak kwsp untuk thumb print. Menurut Puan Husna , process itu akan mengambil masa lebih kurang 7 hari bekerja. 

Tapi Alhamdulillah , semuanya dipermudahkan , Ayu buat permohonan tu pada hari jumaat malam , dan Ayu terima mesej dari KWSP untuk urusan Thumb print pada hari isnin tengah hari. Wow cepatnya. Process tak sampai satu  hari bekerja. Document yang perlu di bawa untuk urusan Thumb print ialah : 


  1. Original Scroll (Diploma @ Degree) 
  2. Transcript of Academic Record
  3. 1 Copy of Scroll
  4. 1 Copy of Transcript
Dah complete , Ayu terus ke KWSP terdekat , tanya reception , & ada counter khas untuk urusan PTPTN. Process tak lama pun, lebih kurang 3-5 min je. Dah settle korang akan dapat acknowledge slip pembayaran. Process bayaran antara KWSP dengan PTPTN mengambil masa lebih kurang 7-14 hari bekerja. 



Process di PTPTN

Dah settle , Ayu terus whatsapp Puan Husna dan snap photo slip KWSP ni , terus Puan Husna emailkan Ayu agreement utk buat pertukaran ke sistem Ujrah. Sebelum ni Pinjaman Ayu direkodkan menggunakan sistem conventional dengan pengiraan lebih kurang 3% charge setiap tahun. Dengan menggunakan sistem Shariah (ujrah) 1% akan dichargekan setiap tahun. Banyak bezakan ??

Atas persetujuan Ayu untuk membyr bulanan yang ditetapkan , Puan Husna pun terus emailkan agreement Ujrah untuk Ayu tandatangan. Agreement ni perlu di cetak kepada 2 salinan , korang perlu baca teliti dan faham sebelum turunkan tandatangan. Agreement Ujrah ni juga perlu ditandatangani oleh Pegawai kerajaan Gred 41 keatas sebagai saksi. Korang carilah sapa-sapa pegawai kerajaan yang berpangkat mcm tu. 

Then, korang juga perlu membeli "setem hasil" sebanyak 2 keping , RM10 setiap satu. Belilah di pejabat pos yang berdekatan. ☺

Sebelum ke PTPTN untuk penghantaran Agreement Ujrah , Ayu juga ada membawa slip bayaran KWSP , incase klu Puan Husna minta. 

Dah complete, Ayu terus buat appoinment dengan Puan Husna. Ayu ke pejabat PTPTN ni Jalan Yap Kwan Seng pada hari yang dijanjikan. Sampai je , Ayu terus call Puan Husna. Alhamdulillah Puan Husna sudi jumpa Ayu sebentar walaupun dia agak busy. Puan Husna minta staff dia utk tolong Ayu submitted Agreement Ujrah ni. 


Tengok nama Puan Nurul Husna terpampang...Pegawai besar rupanya ... hehehe!!

Process kat sini pun sekejab je...tak sampai 15 min , semua dah settle. Nasib baik Ayu bawa slip bayaran KWSP , staff ptpn ada minta untuk rujukan. Kalau tak terpaksalah balik rumah ambik. Kan dah jadi banyak kerja. Pihak PTPTN akan bagi kita satu Agreement Ujrah yang kita bawa tadi untuk simpanan dan rujukan kita yang telah dimatikan setem. 

Sistem terus akan update dan nama akan diclearkan serta merta daripada blacklist. Syukur Alhamdulillah. Pagi ni Ayu saje suka-suka nk check status Imigresen. Berdebar-debar ni 




Alhamdulillah , mesej terbaru keluar "Tiada Halangan". Bermulalah episod membayar PTPTN. hehehe...

# Bersyukur kepada Allah , segala urusan Ayu dipermudahkan , Thanks juga kepada Puan Husna yang banyak membantu. Pada sesiapa yang ingin berhubung dgn Puan Husna boleh lah email Ayu ye ayu_halim85@yahoo.com / fb ayu "ayu che lah" untuk mendapatkan tel no. Thanks. 







Monday, 14 November 2016

BRAHIM'S FOOD - SEDAP & CEPAT

BRAHIM'S FOOD - SENANG , SEDAP,  & CEPAT SEMASA TRAVEL 😋

Pagi tadi Ayu ada singgah sebentar di Kilang Brahim's. Kebetulan pergi LHDN, Bangi submitted form untuk company , so sempat Ayu singgah di Kilang Brahim's. Tak susah pun nak cari kilang Brahim's ni , dekat area Warta Bangi ada simpang empat then belok Jalan P1. Straight je, then ambil kanan, Brahim's ada kat depan tu. Sebagai visitor korang boleh je terus masuk kilang tu, diaorang ada sediakan parking khas untuk visitor. Ayu tak tahu yang ada sediakan parking khas, jauh pulak tu parking, sabar je lah. Pak guard tu siap tanya lagi, datang jalan kaki ke? ngok ngek betoi lah...hahahhah. 

Makanan Brahim's sangat mudah di bawa waktu nak travel ke negara yang memang susah nak cari makanan halal. Di bungkus dalam pack yang senang di bawa (senang disusun kedalam luggage kerana tak menggunakan ruang yang banyak) , kuantiti yang sederhana ,rasanya yang sedap , makanannya bercirikan makanan melayu asli , so perjalanan korang pun akan menjadi mudah dan selesa. Tak rugi pun bawa sebab nanti tak lah susah payah nak mencari, lebih jimat dan yang penting dah confirm status Halal toyyiban. 😃. Kenapa Ayu perlu cari sampai ke kilang ye ??? Sebab Ayu ada cari kat giant , apa yang Ayu nak semua tak complete, dan tak banyak pilihan, harga pun boleh tahan. 

Ni Address yang Ayu ambil dari Website Brahim's Food : Dewina Food Industries Sdn Bhd , 
Lot 9, Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi, 
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, 
Selangor. 
Tel : 03-8922 1399.

Kedai dia kat tepi van putih tu . Signboard color coklat tu. Nampak tak ?
Terkejut juga Ayu tengok harga dia , jauh lebih murah dari Giant. Mungkin kos penghantaran mahal that why harga di Giant mahal. Semua yang korang nak , semua ada disini, tak perlu nk mencari dari satu tempat ke tempat yang lain. Yang penting pada sesiapa yang ingin membeli dan stay  berdekatan dengan Bangi, better korang datang terus kekilang. Banyak juga korang dapat jimat dan ada pelbagai makanan korang boleh pilih. 

Ini view dalam mini kedai Brahim's.
Tak banyak pun yang Ayu beli. Sekadar cukup seminggu untuk alas perut semasa travel nanti. Dan baki lagi seminggu Ayu ada bawa makanan lain berunsurkan mee. Ayu beli makanan yang siap dimasak , hanya perlu panaskan aje. Dan Ayu juga beli makanan yang sesuai untuk Wyshal & Teddy , makanan yang tak pedas. 

Antara makanan Brahim's yang Ayu beli ialah Kuah Fajeri 2 bungkus (memang sedap kalau dimakan dengan nasi panaskan !!!, ada kuah pun dah cukup) , Kurma Daging lembu 2 bungkus, Kari Ayam 1 bungkus, Kari Daging Lembu 2 bungkus & Ayam Masak Merah 2 bungkus. Memang heaven dapat makan nanti. Hopefully Wyshal & Teddy dapat terima makanan segera ni. 

# Pengalaman Ayu semasa travel ke Perth hari tu Ayu ada bawa kuah fajeri, kuah kacang dan kuah ayam madu, memang sedap especially kuah fajeri. Beli je nenas , rebus nenas dan masukkan ke dalam kuah fajeri bersama sedikit air & panaskan. Terus boleh nyum nyum !!! senang dan lazat. Yang penting rasanya tak pedas dan dapat diterima oleh Wyshal.

Inilah koleksi makanan yang Ayu borong tadi 😆

Korang tengok kat resit tu , total harga yang Ayu beli, untuk 9 barang hanya RM41.65. Murahkan !!! Memang berbaloi beli kat kilang dia . Kalau kat tempat lain harga satu kotak tu pun dah RM7.20. Alhamdulillah , Allah mempermudahkan urusan Ayu. Tadi sebelum datang , memang dalam kepala ni tengah fikir nak cari jalan. Pada mulanya memang sesat juga lah, dalam 4,5 orang juga Ayu bertanyakan jalan. Atlast Alhamdulillah jumpa juga. Betul kata org tua2 "Malu bertanya sesat jalan". Tapi dalam situasi ni Ayu tak malu bertanya , so tak lah sesat jalan. hehehe. 


# Untuk nasi , Ayu pernah beli , Nasi goreng kampung, tapi perut Ayu tak dapat terima, mungkin 1st time kot makan nasi segera. Tapi ramai orang cakap Nasi Tomato Brahim's sedap. Next time kena try lah....In shaa Allah .

Lepas korang beli, korang akan dapat resit macam ni ye !!! Harga include GST tau. 
Sekian, untuk perkongsian hari ini. Pada sesiapa yang nak pergi traveling , cepat-cepat lah korang pergi kilang Brahim's ye ..Beli buat stock siap-siap... Lagi pun expired lambat lagi , 2018. You are the Best lah Brahim's !!! 😝 

  

Monday, 7 November 2016

NUTELLA BROWNIES

RESEPI NUTELLA BROWNIES 

Assalam semua...hari ini Ayu nak kongsikan Resepi Nutella Brownies dengan korang. Semalam Ayu dah try , mmg best. Tapi korang jangan amal sangat ye, takut kang terkena kencing manis plak. 


Gambar kat atas tu hasil yang Ayu buat smlm. Tak sempat nk cari bekas yang cantik, pinggan nasi pun ok lah asalkan ngam dengan loyang pembakar yang Ayu guna. Jom kita tengok bahan-bahannya :-

Bahan-Bahan: 

1 cwn Buttercup 
1 1/2 cwn gula
1/2 sudu garam
1 cwn serbuk koko
1 cawan tepung cake (klu guna tepung gandum cake agak keras)
4 biji telur
Sebotol Nutella bersize kecil
Coklat @ Badam (hiasan atas)



Cara-cara Menyediakannya : 

* Panas kan kuali , cairkan butter bersama gula sehingga gula cair. 
* Selepas butter dan gula cair alihkan kedalam bekas lain. Kemudian masukan serbuk koko, garam, tepung kedalam adunan butter dan gula tadi, kacau sehingga rata.
* Pecahkan telur satu persatu dan kacau sehingga kembang.


* Letakkan kertas alas pembakar ke dalam loyang (klu tak de korang sapu je loyang tu dgn butter-tak mau bagi lekat je pun). Masuk setengah adunan tadi kedalam loyang dan letakkan nutella dgn menggunakan spatula dan sapu rata. 


* Selepas itu, tuangkan adunan yang lebih tadi keatas nutella tadi.
* Bakar dengan suhu 250c selama 20-30 min. (Guna api atas bawah ye)
* Dah masak, tunggu sehingga cake itu menjadi suam dan telengkop cake tu kebekas @ dulang yang korang suka. (faham tak apa itu telengkop ??? hahah..suka hati korang lah faham ke tak)
* Kemudian sapukan nutella di atas cake tersebut dan taburkan hirisan coklat @ badam (badam mesti dibakar terlebih dahulu k). 
* Boleh potong dan ngup...

SELAMAT MENCUBA !!!!


Friday, 4 November 2016

SELAMAT HARI TUA.....

UMURKU MAKIN MENINGKAT ....

       وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ اَمُوْتُ وَيَوْمَ اُبْعَثُ حَيًّا      

“Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari kelahiranku, pada hari wafatku dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.” - Maryam 33 

Macam korang jugakan , bila birthday diri sendiri je mesti excitedkan. Tak kisahlah apa yang orang nak ckp, bagi ayu setahun skali nak jumpa number lahir kita tu, tak salah klu kita nk raikannya. Setiap orang ada cara tersendiri untuk meraikan birthday party kan. 



Bagi Ayu cukup sekadar keluar makan bersama Abg Halim dan 2 budak comel tu. Yang penting suami dan anak-anak mengingati tarikh keramat ni 3/11. betul tak ??? 

Setiap tahun umur makin meningkat , perasaan pun makin sensitive dan ala ala simple, tak perlu kot nak mcm zaman remaja & darakan, klu birthday je mmg enjoy dgn kengkawan, hadiah ni jgn cakap lah...sambutan seminggu pun belum habis. hahaha..Tapi lepas kawin dan ada anak lain cara sambutan dia...Tapi feeling dia tetap enjoy cuma cara je berbeza. Bagi Ayu sambutan dgn suami dan anak-anak lagi best kot...krik krik krik

Untuk Birthday yang ke 31 ..ehh 13 ehh 31 ..hahahah (tak de apa pun dgn number kan, mana-mana je lah) ada 2 kali sambutan , satu di ofc dan satu lagi bersama org yang tersyg. Thanks boss sudi mengingati my birthday. :-) 

Tahun ni Abang Halim bawa Ayu makan ke Seoul Garden, Sunway Pyramid. Coz this is My favorite place & selera Ayu makan kat sini ni melampau-lampau. Hati berbunga-bunga sebab lewat malam makan yang melampau. confirm mlm ni je berat badan akan naik sekilo. Sampai pun dah pukul 9 mlm. Kedai kemas kul 945 mlm. Tutup jam 1030 pm. Rasa korang sempat tak nk makan? sbb nk bbq bagai. hahahah... 

Korang patut try kat seoul garden ni , sbb harga ok dan berbaloi , makan apa sahaja sampai korang rasa nk muntah. Makanan di sini berunsurkan ayam, daging & segala seafood, kimchi, sayur bagai , sushi, ais krim, dessert etc. Kat Sunway ni lagi best kot dari kat Melaka. 

Ni rupa depan kedai dia - LG2 ok.
Harga pun dah naik. Try korang tgk ni....banyak juga naik..

Harga lama


Harga baru ..
Jauh kan beza harga dia. Malaysia kan..semua naik.hehehe..Sabarlah wahai hati.

Disebabkan Ayu sampai pun dah lambat , hanya sempat makan je lah. Cake dah bawa tapi tak sempat nak potong. hahahah. Anyway thanks Abg Halim beli cake untuk your wife. :-)

Ni antara makanan yang ada di Seoul Garden. Korang boleh makan sepuas puasnya. 







Pas makan sempat bergambar kenangan sambil pegang kotak cake yang belum dibuka. Nampak dari dalam kotak cantik juga cake ni.

Hampir 15 min Ayu nk dapatkan gambar sorang. hahahah. Ada je si kecik tu dimana2. 

Teddy ada dimana-mana.

Memang Ayu tak pandai nk berselfie depan cermin. 



  

Since beranak 2 ni, mmg susah nak bergambar sorang. Diaorang ada dimana2, hahahha... itu lah nama nya "Ibu" ada anak. 

Sebelum balik singgah dulu di ofc Abg Halim, utk potong cake dgn alasan klu potong kat rumah confirm cake yang sekilo ni akan tidur selama-lamanya di dalam peti ais. Lagi pun, staff lain masih bekerja. Alhamdulillah, sekilo cake habis. Kan tak membazir namanya tu. 


Tadaaa!!! ini lah cake birthday Ayu....Cake ni abg halim beli tanpa planning. Lalu je kedai cake tergerak hati nk beli. Maka jadi lah mcm ni. Pilih mana yg ada kat situ je. Apa pun rasanya memang best. 

Teddy paling excited nak tiup candle tu. Candle tu jadi 21 tahun sbb satu candle lagi dimakan oleh Teddy. hahaha. Dia ingat sweet ke !!




Best sambut dgn anak-anak ni. Lagi meriah kot !!!



# Birthday gift dari Wyshal tgu weekend ni. katanya lah. Then, dari Abang Halim tgu bulan depan masa family trip. hehehe..Apa apa pun Ayu bahagia sgt dgn life skrg. Alhamdulillah.

- Tak lupa juga , Ayu nk ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang mengucapkan Happy birthday kepada Ayu dan mendoakan kehidupan Ayu. Semoga korang di lindungi Allah swt. Terima kasih kerana bertungkus lumus membaca blog Ayu ni.